E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Sunday, December 29, 2013

Manuskrip Baru

Assalamualaikum...

Jemput para peminat novel untuk membaca karya yang seterusnya di PORTAL ILHAM. Saya dah lampirkan Bab 1 dan tajuknya adalah "Magnet Cinta". KAlau nak komen pun boleh supaya saya boleh perbaiki mana yang patut ya.

Oh ya....jangan lupa ya untuk dapatkan novel terbaru saya di pasaran iaitu Operasi Bulan Madu.

Saturday, December 28, 2013

Operasi Bulan Madu

Assalamualaikum. ..
Hari2 minggu ni best kan lepak2 kat rumah dengan family. Santai2 tengok tv, kemas2 rumah dan makan sama2. Tapi ada jugak yang ambil peluang jalan2 atau window shopping dengan family. Haa...bercakap pasal keluar ke pusat membeli belah ni, kalau terniat nak singgah kedai buku dan nak cari novel, jangan lupa dapatkan novel Aini Marisha yang terkini ya. Ramai yang kata jalan ceritanya lain dari yang lain. Tak macam cerita cinta lain...dan ada yang kata tak pernah lagi baca novel yang heroinnya adalah pegawai polis.
Kalau tengok tajuk memang la org dok fikir...mesti psl pasangan pergi honeymoon ke kan. Tak...isu utama bukan pasal pergi honeymoon. Kalau nak tahu jalan ceritanya yang sebenar....kenalah dapatkan novel ni di pasaran ya.

Sunday, December 22, 2013

Operasi Bulan Madu

Assalamualaikum....

Jangan jemu ye dengan promo OBM ni. Promosi memang memainkan peranan yang sangat penting dalam bisnes. Kiranya ini pun bisnes saya juga....nak menjual novel saya supaya ramai peminat novel tergerak hati untuk membelinya. Eh eh...bukan setakat nak jual novel sahaja ya, tetapi saya nak berkongsi karya, usaha, kreativiti, hasil nukilan saya untuk dikongsi bersama peminat novel. This is my passion. I''m a  writer. Tak guna juga kan kalau kita menulis tapi simpan je dalam lamptop. Sesebuah karya harus dibaca dan dinilai oleh orang lain supaya kita tak perasan sendiri bahawa kita memang seorang penulis yang hebat. hehehee...senang kata " masuk bakul angkat sendiri".

Anyway, bukan senang sebenarnya nak menulis dan melengkapkan sebuah buku. Bukan boleh ambil masa sehari dua. Makan tahun juga lebih2 lagi penulis macam saya yang ada profession lain untuk diberi perhatian juga. So peminat2 Aini Mariha (ceh ceh ceh...ada ke peminat ni?)....please be patient with me...jangan jemu memberi sokongan ya sebab mmg sokongan2 pembaca, peminat novel sangat2 diharapkan dan dihargai. Okeylah, seperti dijanjikan dan atas permintaan juga, saya attachkan beberapa bab untuk pemangkin atau booster kepada peminat novel untuk dapatkan OBM di kedai2 buku ya. Oh ya....satu lagi saya nak cakap...maaf cakap ya.....JANGAN BERPALING DARI ALAF 21 KERANA KAMI SENTIASA BERJUANG UNTUK MENGHASILKAN NOVEL2 BERMUTU..DAN YANG PALING PENTING NOVEL2 YANG BERIMEJ BERSIH, SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN MINDA SEMUA PERINGKAT!!!








Review of Usah Menangis Sayang....

Assalamualaikum....

Lama dah tak update pasal novel sendiri sebab last novel iaitu Usah Menangis Sayang dah lama juga berada di pasaran sebelum novel baru Operasi Bulan Madu diterbitkan. Sedang menggoogle pasal novel sendiri, saya terjumpa review yang sangat menyentuh hati tentang novel UMS. Sangat2 membakar semangat apabila membaca review yang dibuat oleh adik Puteri ni. So...saya share sama2 ya. Actually...saya tahu setiap insan mempunyai citarasa yang berbeza. Maybe Puteri suka, tapi ada juga yang tidak suka. It's up to each individual taste kan. Semua novel pun macam tu....and its the asam garam dalam kehidupan seorang penulis. Okeylah...jom klik blog PUTERI IRA (KLIK SINI) dan baca review2 beliau yang sangat menarik ya.....


Wednesday, December 18, 2013

Novel Baru....rezeki tahun baru

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat kehadrat Ilahi kerana akhirnya novel baru saya akan diterbitkan pada bulan Januari 2014. Rezeki tahun baru.....cover novel ni pun sangat cantik. InsyaAllah ceritanya pun sangat menarik. Para peminat novel, sila2 lah baca novel terbaru Aini Marisha ya.



Friday, October 25, 2013

Novel Baru

Assalamualaikum. ...

Alhamdulillah.  Manuskrip dah lulus untuk terbit. InsyaAllah masuk jadual penerbitan bulan Januari 2014. Tajuk dah ada. Sekarang dlm proses final editing. Editor dah e-mail suruh sediakan sinopsis semua....dan yang x boleh tahan tu.."dengan kadar segera".

Okey ok. Dont't worry ya my sweet editor. InsyaAllah akak akan cuba sediakan segala yang  dimahukan mengikut time frame yang diberi because I'm feeling excited sekarang ni. Hehehe.... al-maklumlah, lama jugak buku baru x keluar. Jeles je tengok baby2 baru kawan2 novelis yang keluar saban tahun.

Ok....pqda peminat2 novel Melayu, teruskan dengan minat membaca anda ya. Sokonglah penulis2 novel melayu dan bersikap professional apabila membuat komen ya sayang. Semoga kita semua mendapat kebaikan dari setiap perkara yang kita lakukan di dunia ni demi bekalan di akhirat kelak. Aaminnn....

Thursday, October 24, 2013

Entry pertama untuk bulan Oktober 2013

Assalamualaikum. ...

Lama jugak rasanya x post entry baru kat sini. Sekarang ni semester 2 dah start. So rutin saya sebagai student bermula semula. Setiap minggu kena ulang alik ke Shah Alam untuk attend kelas. Nasib baik kali ni ambik 3 paper je and kelas direct 3 hari berturut-turut. X de gap. Senang sikit nak arrange masa. Tapi anak terpaksa berkorban sebab masa saya pergi kelas dia terpaksa tinggal dengan mak mertua saya. Tak pe lah. Dah lama mama cuti. Sekarang adalah masa utk sambung tanggungjawab sebagai student semula.

InsyaAllah...bulan 7 tahun depan study saya tamat. Syukur kepada ALLAH s.w.t di atas segala rezeki, rahmat, kurniaanNya selama ini. Dapat sambung study ni pun satu rezeki....

Sebelum saya tutup post kali ni. Just nak pesan utk diri sendiri dan berkongsi dgn kawan2.  Sentiasa bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang kita perolehi walau sekecil mana pun ia. Kadang2....bila kita senang dpt parking di tempat yg sibuk pun satu rezeki. Jangan lupa ucapkan "Alhamdulillah. ..".

Saturday, September 28, 2013

Cerita tentang menjadi penulis

Assalamualaikum wbt......

Salam mesra untuk semua pembaca blog Aini Marisha.

Actually, saya ada jugalah menerima pm dari beberapa rakan atau adik2 yang bertanyakan bagaimanakah ingin menjadi seorang penulis. Ehemm.....malu lah pulak nak bercerita pasal benda ni kan sebab saya bukanlah seorang penulis yang hebat pun berbanding penulis Alaf 21 lain yang lain yang lebih hebat. Huhuhuh...tension jugak kan sebab target nak hasilkan novel setahun sekali macam sukar je untuk direalisasikan. Almaklumlah...saya banyak komitmen lain dan yang paling utama kerja2 di pejabat dan juga tugas2 suri rumahtangga apabila pulang ke rumah. Menulis ni terpaksa saya letakkan di nombor tiga. Nak buat macam mana......saya manusia biasa yang tak mampu nak pulun semua benda. Apa-apapun saya akan cuba yang terbaik. 

Okey, berbalik pada soalan di atas kan. Kat sini saya cuma kongsikan pengalaman saya je lah ya, macam mana saya boleh menjadi seorang penulis. Rata-rata.....saya pasti la hampir setengah daripada penulis akan kata mereka kuat berangan. Hehehee....mula-mula berangan macam mana lah aku ni nak jadi kaya. Nak dapat duit dengan cara yang senang, tak payah guna sangat tulang empat kerat ni kan. Hahaaa......tak de lah kot macam tu. Pandai-pandai jelah Aini Marisha ni kan.

Tapi bab berangan tu memang saya akui. Saya dulu kuat berangan. Saya ingat lagi, sebelum tidur saya akan create cerita-cerita especially kisah pasal remaja-remaja apabila masuk ke universiti nanti. Tapi masa tu berangan je lah kan sebab mana ada duit nak beli mesin taip pun masa tu. Tapi one thing yang saya masih ingat lagi sampai sekarang adalah kisah masa saya kat sekolah menengah. Masa tu saya di tingkatan 5 lah kalau tak silap. Cikgu Alias (cikgu BM masa tu) suruh kami buat karangan tajuk "Kisah yang paling saya tak boleh lupa". Kira-kira macam tu lah tajuknya. Saya telah tulis kisah berkenaan saya jatuh tangga masa kat supermarket sebab masa tu tiba-tiba je blackout. bila lampu dah ada balik, sedar-sedar kat depan saya ada beberapa orang lelaki dan saya dah terjelepuk atas lantai....hehehehe. Lebih kurang begitulah kisah dia. 

Lepas tu Cikgu Alias ni panggil saya ke bilik guru. Dia puji karangan saya dan dia kata saya ada bakat jadi penulis sebab cerita yang saya tulis sangat2 menarik (kata dia lah kan). So dia kata kalau saya memang minat menulis, dia sanggup ajar saya lebih lanjut. Adooiiii mak...bangganya kan. 

Tapi......benda tu berlalu macam tu je. Saya tak kembangkan pun  minat saya tu dan benda tu sepi sampai lah saya masuk Universiti.....and then kerja....and then kahwin...and then jadi ibu. Saya tak boleh nak refresh bila pertama kali saya mula menaip tapi rasanya sekitar tahun 2001. Sedikit sedikit lama-lama tanpa saya sedar saya dah buat 3 manuskrip yang saya taip suka-suka kemudian simpan je dalam komputer untuk bacaan sendiri. Hinggalah pada satu hari saya terdetik untuk cuba nasib menghantar manuskrip saya ke syarikat penerbitan.

Dulu-dulu, masa tahun 2001, 2002 internet ni tak berapa luas penggunaannya. Kat ofis pun line lembap sesangat macam siput b***. So apa yang saya lakukan. Saya beli novel2 yang telah diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan untuk dapatkan alamat diorang. Saya pun print manuskrip saya dan hantar pada setiap syarikat ni. Cuba-cuba nasib kan. Mana tahu untung sabut, timbullah kan. Tapi saya tak hantar keseluruhan manuskrip ya, saya hantar dalam 10 mukasurat yang pertama je. The truth is...saya memang ada hantar kat pihak alaf 21 masa awal2 dulu tapi tak de jawapan. Senyap sampai sudah. Tapi saya berjaya di syarikat penerbitan yang lain. 3 buah novel pertama saya diterbitkan oleh syarikat lain. Nama novel2 saya tu ialah Saat Mencintaimu, Indahnya Kemaafan dan Pencarian Adleena. Nama pena saya dulu pun lain untuk ketiga2 novel ni. Nama sekarang ni nama komersial yang diberi oleh Alaf 21...sweet kan.

Tapi Alhamdulillah...akhirnya Alaf 21 menerima manuskrip saya yang keempat iaitu Sandaran Hati. Dan seterusnya Usah Menangis Sayang. Dan sejak itulah saya bersama Alaf hingga sekarang. 

Berkenaan dengan cara menulis:

1. Minat menulis mesti ada + rajin. Kalau minat ada tapi malas......faham2 je lah kan. 

2. Niat menulis.......penting ni ya. Dalam Islam, niat ni lah pembuka segala perkara. Nak tahu baik atau buruknya sesuatu perbuatan tu bergantung pada niat kan. Penulis ni sebenarnya macam cikgu jugak. Cuma kami hanya mengajar dengan pena sahaja tak seperti cikgu2 sekolah lain yang berhadapan dengan anak2 murid. Jadi adalah penting penulis meniatkan untuk menjadikan medan penulisan ini sebagai satu dakwah untuk mereka menyampaikan kebaikan kepada pembaca. Tulislah cerita-cerita yang baik, selitkan unsur-unsur nasihat dan kisah2 yang boleh menyentuh jiwa pembaca. Allahuakbar...jika ditakdirkan pembaca tersentuh dengan cerita kita dan tiba2 berubah menjadi yang lebih baik, MasyaALLAH.....pasti kita juga akan mendapat pahalanya kan. Jadi...janganlah menulis hanya kerana nak kaya, nak glamour. Niatlah untuk mendapat keredhaan ALLAH.

2. Beli novel-novel sedia ada, dan ikut cara penulisan mereka terutama macam mana nak buat dialog. Macam mana nak mulakan Bab dan berapa banyak mukasurat yang diperlukan untuk satu2 bab dan sebagainya. Saya kongsikan sedikit info. Selalunya dalam 1 bab, mukasurat adalah lebih kurang 5  sahaja. Tapi kalau nak lebih atau kurang terpulanglah pada penerbit nak terima atau tak kan.

3. Permulaan yang baik adalah sangat penting kerana ia adalah penarik minat utama kepada pembaca. Contohnya kalau orang nak beli majalah. Kalau cover dia gambar CT Nurhaliza...laju je orang belikan. Ce letak pulak gambar Aini Marisha...hhhmmmmm alamat pulang balik la majalah tu kat kilang kan sebab x laku2  hehehe

4. Untuk dialog, selalunya kita akan mulakan dengan ".........................................dan tutup semula dengan "

5. Untuk dialog juga. Jika buat ayat macam ni...

"Ayah nak pergi masjid," maklum ayah kepada Aini yang sedang asyik menonton televisyen.  
Untuk ayat kat atas....yang saya bold kan tu. Saya cuma nak bagitahu kita kena letak koma (,) selepas perkataan masjid tu dan bukannya noktah (.). Ini kerana ayat ni belum tamat lagi.....faham tak. kalau tak faham, saya bezakan dengan ayat kat bawah pulak.

"Ayah nak pergi masjid." Selepas memaklumkan kepada Aini, Yahaya terus keluar dari rumah menunggang motor kapcainya. 

Haaa....faham kan. Untuk dialog ni saya letak noktah. Pasai apa pulak kan? Hehehee...ada yang garu kepala ni. Senang je. Sebab ayat ni dah habis. That's why letak noktah. So kalau kita letak ayat2 macam "ujar ayah......maklum ayah...tanya ayah....jawab ayah......selar ayah...tengking ayah.....

semua ayat2 ni kita kena letak koma (,)  ya.

6. Untuk setiap perenggan baru dan dialog baru, kita akan tab ke depan sikit permulaan ayat/dialog baru ya.

7. Tulis lah sesuatu yang kita tahu atau familiar. Haaa....sebab tu lah saya lebih selesa tulis pasal kawasan negeri Perak sebab kat negeri ni lah saya tahu serba serbinya. Nak tulis pasal negeri lain takut x betul ke jalan2nya nanti gelak di orang Kedah pulak. Tapi tak pe...kalau nak buat pasal negeri lain ke atau nak cerita pasal sesuatu perkara lain, make sure kita buat research betul2 pasal benda yang kita nak tulis tu. Ini untuk memastikan kita tak bagi maklumat yang salah pada pembaca. 

8. Untuk  1 manuskrip novel dewasa selalunya, mukasurat yang diperlukan adalah lebih kurang 350-550 mukasurat. 

9. Tema....ikut pada kehendak penerbit. Yang penting cerita yang ditulis menarik dan akan menarik minat pembaca. Sebab kita sedang berurusniaga sebenarnya dengan  penerbit. So bila berbisnes, keuntungan adalah penting untuk mereka terus berkembang maju. Jadi amat penting untuk kita menghasilkan karya2 yang boleh dijual. 

10. Banyakkan membaca novel2 lain di pasaran terutama yang popular untuk melihat trend yang diminati oleh pembaca sekarang. Tapi elakkan daripada terlampau terikut2 dengan cara mereka menulis sehingga tanpa kita sedar kita terciplak cerita mereka. 


Apa lagi ya.....oh ya. Promosi. Penting jugak ni. Dalam area teknologi maklumat sekarang, tak susah sebenarnya nak buat promosi. Macam-macam laman social ada. Facebook, twitter, blog, instagram dll. Gunakan medan ini sepenuhnya. Lantak  pi lah  kalau orang kata hang pa ngada-ngada sebab asyik nak promote novel. Kalau kita tak promote novel sendiri, ada ke diorang nak tolong promote kan dengan free kan. So....buat tak tau je pada semua komen negative. Sentiasa berfikiran positif ya. MALAYSIA BOLEH dan anda juga BOLEH. Banyak jugak grup2 di fb yang telah dibuka khas untuk review dan promote novel2.

So...itu saja kot. Kepada bakal2 penulis, teruskan usaha anda (peringatan untuk diri sendiri jugak ni). Sama-sama lah kita menetapkan target untuk keluarkan novel banyak2 ya......aminnnnn




Tuesday, September 17, 2013

bab 5 : Akukah yang Ego

Sedikit sedutan dari manuskrip baru.....

Bab 5

Dia tak diam telah dua minggu Faizal bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di sini. Dan dalam dua minggu itu jugalah dia sering melihat Amira Saira yang juga turut bertugas di balai yang sama. Walaupun perubahan fizikal Amira telah banyak berubah namun senyuman manisnya tetap sama seperti dulu. Cuma senyuman itu tidak pernah diberikan kepada Faizal. Faizal hanya dapat melihatnya apabila Amira Saira berbual dengan kawan-kawannya atau dengan pegawai yang lain.
Faizal tahu Amira Saira sangat marah padanya. Mungkin juga sehingga sekarang perasaan marah itu masih lagi merah membara kerana Amira Saira tidak pernah menunjukkan tanda-tanda bahawa dia telah memaafkan Faizal. Faizal sedar dia yang bersalah. Oleh itu dia tidak mahu terburu-buru mendekati Amira Saira walaupun dia boleh mengeluarkan apa sahaja arahan memandangkan dia adalah ketua jabatan di sini.
Faizal mengimbas kembali kenangan semasa mereka bersekolah dahulu. Faizal tergelak sendiri apabila dia teringatkan kenakalannya di sekolah. Memang dia akui dia agak nakal. Bukan sekali, bahkan telah banyak kali Cikgu Hasnol memanggilnya ke bilik guru atas kesalahan disiplin yang telah dilakukannya. Pernah sekali dia meletakkan sirap merah atas kerusi Fatin yang terkenal kerana kecantikannya di sekolah mereka. Fatin memandangnya sebelah mata kerana dia tidak sekacak pelajar-pelajar lelaki lain di sekolah mereka malah Fatin membencinya dan sering mengejeknya dengan perkataan cicak kubing. Tanpa dilihat oleh seseiapa, dia meletakkan beberapa titik sirap ros di atas kerusi Fatin. Fatin langsung tidak sedar perkara ini dan apabila dia bangun, semua mata memandang ke bahagian belakangnya kerana sirap itu kelihatan seperti darah haid yang meresap ke bajunya. Merah padam muka Fatin kerana malu dan Faizal yang memerhatikan dari jauh ketawa besar sampai meleleh-leleh  air mata. Mana tidaknya, dia dapat melihat Fatin yang berjalan tersipu-sipu menuju ke bilik air sambil menutup belakang bajunya dengan kertas lukisan besar.
“Apa kena kau ni Fatin? Period tembus ke?” tanya Faizal, sengaja hendak memalukan Fatin. Fatin hanya memuncung  dan terus berlari-lari ke tandas perempuan. Faizal dan kawan-kawannya ketawa berdekah-dekah sehingga berair mata. Dan sehingga kini Faizal yakin tiada siapa yang tahu bahawa dia lah yang melakukan perkara itu kepada Fatin.
“Apa kena dengan kamu ni Faizal? Saya terima banyak sangat aduan. Dari guru-guru, dari pelajar, dari orang luar..... Apa masalah kamu ni sebenarnya?” Cikgu Hasnol bertanya dengan pandangan yang tajam. Wajahnya serius tanpa sebarang senyuman yang terpamer. Faizal hanya tunduk memandang lapik meja berbunga-bunga kecil warna biru. Jari-jarinya menarik-narik plastik putih yang dihamparkan di atas meja itu. Dia bosan sebenarnya. Setiap kali ada aduan, dia akan dipanggil. Setiap kali ada pelajar perempuan yang menangis, dia akan dipanggil. Bosan! Dia memang bosan. Di rumah, bapanya selalu terjerit jerit memarahinya. Di sekolah pula guru disiplin iaitu Cikgu Hasnol pula menggantikan peranan bapanya dalam soal siasat. Apa yang mereka mahu daripadanya? Salahkah sekiranya dia ingin bergurau dan bermain-main dengan kawan-kawannya sendiri?
Dia bukannya membunuh orang malah memegang pun tidak. Hanya kata-kata yang agak kasar tidak akan mencacatkan anggota tubuh pelajar-pelajar yang diusiknya itu. Manja sangat. Usik sikit pun tak boleh.....ejek Faizal dalam hatinya. Dia tersenyum sendiri tanpa sedar yang cikgu Hasnol masih memerhatikan setiap tindak tanduknya.
“Kenapa awak senyum-senyum ni Faizal? Kenapa awak tak jawab soalan saya?” Cikgu Hasnol masih cuba untuk bersabar dengan kerenah anak muda di hadapannya.
“Apa lagi yang saya nak jawab cikgu? Saya bukannya buat apa-apa. Usik-usik je. Bukannya luak pun. Dia orang tu yang manja sangat....,” jawab Faizal selamba. Sama seperti jawapannya dalam kes-kes yang lain.
“Itu kata awak....awak mendefinasikan perbuatan awak sebagai usik sahaja, tapi tidak bagi pelajar tersebut. Mereka merasakan usik-mengusik awak tu dah keterlaluan sehingga memalukan mereka. Awak panggil orang dengan gelaran yang tak sepatutnya, bubuh katak, usik barang-barang mereka...semua ini memberikan tekanan kepada pelajar tersebut...,” tegas Cikgu Hasnol. Nada suaranya agak tinggi kerana dia mahu Faizal sedar bahawa perbuatannya adalah salah.
Katak? Gelaran yang mengaibkan? Ha! Dia sudah tahu siapa yang membuat aduan kali ini. Tentu budak gemuk bernama Amira itu. Faizal mahu tergelak apabila kejadian Mira menjerit kerana gelikan katak bermain semula di matanya. Tetapi apabila melihatkan wajah Cikgu Hasnol yang masih serius, sedaya upaya Faizal cuba menahan perasaan geli hatinya. Huh! Padan muka kau! Kau tak kenal siapa Faizal! Getus hati Faizal bangga kerana telah berjaya mengenakan Amira.
“Faizal?” panggil Cikgu Hasnol dengan suara yang tinggi apabila dilihatnya Faizal tidak mengendahkan kata-katanya.
“Errr..ya cikgu?” Tergagap-gagap Faizal menyahut. Kecut juga perutnya apabila mendengar nada suara Cikgu Hasnol yang tinggi.
“Kenapa awak tak jawab?” tanya Cikgu Hasnol dengan pandangan yang tajam.
“Saya nak jawab apa lagi cikgu? Saya main-main aje,” jawab Faizal selamba. Malas dia hendak bertekak dengan Cikgu Hasnol tentang apa yang telah berlaku.
“Saya nak awak minta maaf dengan dia.” Tiba-tiba sahaja Cikgu Hasnol membuat keputusan tanpa sebarang pertimbangan lain lagi.
“Dengan siapa cikgu?” tanya Faizal pura-pura tidak tahu.
“Awak jangan buat-buat tak tahu, Faizal,” ujar Cikgu Hasnol. Geram sungguh dia melihat sikap Faizal yang langsung tidak bertanggungjawab. Sementara itu tangannya menulis sesuatu di dalam diari tugasannya di sekolah.
“Betul cikgu,” serentak itu juga Faizal mengangkat tangan kanannya seolah-olah sedang bersumpah.
“Jangan nak bersumpah-sumpah pulak. Lepas ni saya nak awak minta maaf dengan Amira,” ujar guru kaunseling itu dengan wajah yang serius.
Faizal tersenyum. Betul tekaannya. Amira Saira yang telah membuat aduan mengenainya. Minta maaf? Mungkin boleh tapi aku tidak akan mengalah dengan engkau semudah itu Amira....bisik hati Faizal geram.  
“Baik cikgu, saya janji akan pergi mintak maaf dengan dia nanti,” ujar Faizal dengan wajah yang disedihkan penuh kepura-puraan.
Tetapi ternyata guru yang telah mempunyai banyak pengalaman mengendalikan kerenah pelajar-pelajar sekolah tidak mudah tertipu dengan sekadar reaksi luaran. Cikgu Hasnol mengulum senyum di hujung bibir.
“Tak semudah itu Faizal...,” ujarnya dengan senyuman sinis. Faizal mendongak - hairan.
“Pukul 11.00 pagi, saya akan panggil Amira ke bilik kaunseling dan awak akan meminta maaf kepadanya di hadapan saya,” jelas cikgu Hasnol. Dia memandang wajah Faizal cuba mencari reaksi anak muda itu.
Ada tanda kejutan terpamer di wajah anak muda itu. Reaksinya seolah-olah cuba membantah tetapi gelengan kepala cikgu Hasnol memberikan jawapan tersirat bahawa dia tidak boleh membuat apa-apa rayuan. Dengan longlai Faizal keluar dari bilik cikgu Hasnol. Entah berapa banyak sumpah seranah yang dihamburkan dalam hatinya terhadap Amira Saira. Dia tidak menyangka begitu berani sekali gadis itu mengadu kepada cikgu Hasnol tentang perbuatannya. Nantilah kau...sekali lagi Faizal berbisik geram.
“Apa cikgu Hasnol cakap?” Aswazi yang telah begitu lama menunggu di dalam kelas terus melontarkan soalan.
“Ah! Diamlah kau!” marah Faizal. Wajahnya masam mencuka. Pelajar-pelajar lain yang turut berada di kelas hanya menjeling dan berbisik-bisik dari jauh. Faizal menghempaskan punggungnya ke kerusi dengan kasar. Meja kayu yang hampir penuh dengan contengan dan lakaran akibat vandalisme diketuk beberapa kali. Marahnya terhadap Amira Saira semakin menggunung. Laharnya seolah-olah menunggu masa untuk meletup.
“Eh, apahal ni kawan....” Aswazi masih tidak puas hati. Dia menarik kerusi di sebelah tempat duduk Faizal kemudian menariknya rapat ke meja Faizal.
“Siapa yang komplen pulak kali ni?” tanya Aswazi lagi masih ingin tahu.
Faizal malas hendak menjawab soalan-soalan Aswazi. Matanya memandang tepat ke papan hitam yang masih bertulis dengan beberapa angka dan pengiraan. Dia seolah-olah terbayangkan wajah Amira Saira yang sedang ketawa dan mengejek-ngejeknya.
“Tummm!!”
Aswazi terlompat apabila tiba-tiba sahaja Faizal menumbuk meja dan terus melangkah keluar dari kelas. Pelajar-pelajar lain yang berada di dalam kelas itu juga tersentak dan semua mata memandang ke arah Aswazi. Aswazi menjungkitkan bahunya lalu bergegas keluar membuntuti Faizal.
“Kau ni kenapa Faizal? Nak ke mana ni?” tanya Aswazi lagi sambil beriring berjalan dengan Faizal.
“Aku nak cari minah gemuk tu. Berani dia mengadu pasal aku kat cikgu Hasnol,” jawab Faizal dengan geram. Jari jarinya digenggam erat tanda panasnya hatinya di waktu ini.
“Jangan buat yang bukan-bukan Faizal. Nanti kalau kau kena buang sekolah lagi teruk.” Aswazi cuba memujuk kerana dia sayangkan kawan baiknya itu.
“Ah!! Aku tak peduli. Minah tu memang nak kena ajar sebab kurang ajar sangat,” bentak Faizal lagi. Wajahnya semakin panas membakar. Aswazi hanya mampu menggeleng kepala namun dia terus mengekori langkah Faizal.
Langkah Faizal terhenti apabila dia dapati Cikgu Sharon berada di dalam kelas 5 Mawar. Niatnya untuk bersemuka dan membuat perhitungan dengan Amira Saira sebelum bertemu dengan Cikgu Hasnol terbantut. Faizal bersandar di koridor bersetentang dengan pintu bahagian belakang kelas Amira.  Dia menunggu sekiranya Amira akan menoleh ke belakang sebentar. Jadilah sekiranya dia dapat menunjukkan penumbuknya kepada perempuan gemuk itu sebagai amaran. Lima minit berlalu tetapi Amira langsung tidak menoleh malah cikgu Sharon pula yang merenungnya tajam beberapa kali. Akhirnya dengan berat hati Faizal melangkah semula ke kelasnya.
“Cikgu Hasnol suruh aku mintak maaf dengan minah gemuk tu pukul 11.00 nanti kat bilik kaunseling,” beritahu Faizal perlahan tetapi penuh kemarahan.
“Berani ya perempuan tu,” komen Aswazi, terkejut juga kerana buat pertama kali ada pelajar yang berani mengadu tentang kelakuan Faizal.
“Itulah, sakit betul hati aku. Selama ni bukan tak ada aku usik budak-budak lain, tapi tak siapa berani report kat cikgu. Ini...baru datang sini dah nak tunjuk besar kepala. Dia ingat dia tu siapa? Dia ingat bapak dia Inspektor polis, aku takut??,” bebel Faizal tidak puas hati. Genggaman tangannya semakin kuat mencengkam.
“Habis tu kau kena pergilah ni?” tanya Aswazi lagi sambil menggaru kepala yang gatal.
“Memanglah....kalau aku tak pergi nahas aku kena marah dengan cikgu Hasnol. Lagi teruk lalau dia report pulak kat bapak aku tu...,” jawab Faizal gelisah. Dia merenung jauh kemudian meraup rambutnya yang terjuntai di dahi ke belakang.
“Apa kau nak risau. Bapak kau bukan selalu ada kat rumah pun. Kalau yang dapat tahu pun mungkin emak kau je...,” pujuk Aswazi, cuba meredakan keresahan Faizal.
“Aku tak nak tanggung risiko lah Zi,” luah Faizal dengan nada suara yang semakin mengendur.

Aswazi mengangguk. Kasihan pun ada dengan Faizal yang telah menjadi kawan baiknya sejak mereka di sekolah rendah lagi. Boleh dikatakan dia tahu semua perkara mengenai Faizal dan keluarganya. Dia simpati pada Faizal dan dia faham kenapa Faizal selalu mengusik pelajar-pelajar lain dan cuba menunjukkan kekuatan dan kehebatannya. Itu semua disebabkan oleh sikap bapa Faizal sendiri yang panas baran dan sering memukulnya sejak dari kecil sehinggalah sekarang. Perasaan marah kepada ayah sendiri diluahkan dengan cara membuat apa sahaja yang disukainya demi untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Mereka merokok, mengusik pelajar-pelajar perempuan, melepak, menconteng dinding awam dan adakalanya ponteng sekolah. Tetapi bagi mereka semua yang mereka lakukan masih ada batasan. Mereka tidak sama sekali melakukan perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, meragut, dan menghisap dadah. 

Sunday, September 15, 2013

Entry with no title

Hahahaa...boleh pulak macam tu kan. Entry with no title.  Masa tulis post ni, dah pukul 11.20 malam dah pun. Sepanjang minggu ni tak ada la cerita2 menarik yang nak dikongsi2kan. Cuma kami sedang menghitung hari untuk suami yang akan berangkat ke Mekah kerana terpilih sebagai petugas haji tahun ni. Subhanallah. ...rezeki kan. Kalau dah sampai seruNya dapatlah kita menjadi tetamuNya. Macam suami ni memang tak disangka2 kan. Seronoknya dapat peluang macam ni sebab kita tahu bukan senang nak dapat menunaikan haji dengan cara percuma macam ni. Saya sangat2 cemburu sebab saya tak dapat pergi sekali. Doa saya semoga suatu hari nanti ALLAH s.w.t menjemput pula saya ke rumahNya dalam keadaan saya masih sihat dan kuat utk melakukan amal ibadah di sana. Aminnn....

Thursday, September 12, 2013

Projek menjahit jubah

Assalamualaikum. ...

Alhamdulillah kerana cuti belajar ni memberikan saya banyak peluang utk saya explore kebolehan diri sendiri. Setelah berminggu2 bergurukan video2 di you tube dan mengintai2 rumah blogger yg pandai menjahit dan tak kekok ilmu utk berkongsi cara menjahit, akhirnya jubah saya yg pertama siap jugak. Harap2 cikgu2 online saya halalkan ilmu2 yang mereka beri ya. Susah jugak rupanya nak menjahit ni. Tapi alah bisa tegal biasakan... (betul ke peribahasa ni)...hehehee. Jubah ni cutting umbrella atau A cut. Saya mmg suka jubah mcm ni. Nampak cantik terbuai bila kita melangkah. Siapa kata kalau pakai pakaian menutup aurat tak menarik? Pakai jubah, menutup aurat yg penting dpt redha ALLAH s.w.t.  itu yg paling utama kan. Sama2lah kita berhijrah ke arah kebaikan...perbaiki diri utk menjadi insan yang lebih baik dan bukan semakin mundur ke belakang ya.

Okey, itu saja entry utk kali ini. Salam sayang buat kawan2 semua....Assalamualaikum. ...

Tuesday, September 3, 2013

Perjumpaan Penulis-Penulis Grup Buku Karangkraf




Assalamualaikum semua....

Perjumpaan ni actually dah pun berlaku beberapa hari yang lepas iaitu pada 31hb Ogos 2013 bersamaan dengan hari kemerdekaan negara yang ke 56. Sebelum pihak Karangkraf nak confirmkan tarikh perjumpaan memang pening jugak lah pihak penganjur sebab bukan senang ya nak kumpulkan semua penulis mereka dalam satu masa. Ada yang boleh datang, ada yang tak boleh. Ada yang mintak tarikh lain...dan akhirnya nasib baik jadi jugak pada 31hb Ogos tu sebab kalaulah penganjur pilih tarikh 7hb September mesti saya tak dapat nak join majlis tu.

Seronok dapat jumpa rakan-rakan penulis sebab sebelum ni kami hanya mengetahui perkembangan aktiviti menulis masing-masing melalui facebook, blog dan grup novelis alaf sahaja. Sebenarnya lama jugak perjumpaan seperti ni tak dibuat. Seingat saya sejak saya jadi penulis dengan alaf, ada 2 kali kot dan dah lama dah perjumpaan macam ni pernah dibuat.

Berkenaan dengan perjumpaan ni, bukan sahaja saya rasa seronok sebab dapat berjumpa dengan rakan penulis lain, tetapi kesronokan juga bertambah kerana dapat mendengar taklimat daripada CEO Grup Karangkraf dan pegawai-pegawai yang lain seperti Puan Firdaus, Puan Sri Diah dan pegawai2 bertanggungjawab dalam bidang masing2 seperti bahagian jualan dan promosi serta royalti.

Di sini saya jugak nak mengambil peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak info yang saya  perolehi sepanjang majlis tersebut. Saya cukup tertarik dengan ucapan yang diberikan oleh CEO iaitu Tuan Haji Hussamuddin yang mana kata2 beliau membuatkan saya rasa semakin bersemangat untuk menulis dan juga rasa sangat bersyukur kerana memilih ALaf 21 sebagai syarikat yang menerbitkan novel saya. Alhamdulillah.....

Antara sebab kenapa saya rasa bersyukur adalah:

1. Pihak Alaf 21 amat mengambil berat tentang isi kandungan novel yang ditulis. Walaupun mereka adalah peniaga dan pasti mahukan keuntungan dalam perniagaan mereka namun mereka tidak akan mengambil mudah berkenaan isu atau unnsur lucah dalam mana2 novel yang mereka terbitkan. Benda yang baik selalunya akan kekal lama.....

2. Tuan Haji juga memaklumkan bahawa penulis juga boleh berdakwah melalui penulisan. Oleh itu penulis perlulah menyampaikan perkara-perkara yang baik kepada pembaca. Jika pembaca yang membaca tiba-tiba berubah menjadi baik, sudah pastilah penulis akan mendapat pahala atas buku yang ditulis.  Ini adalah simpanan dan saham buat penulis di akhirat nanti.

3. Kita hendak berjaya di dunia dan pada masa yang sama nak masuk syurga.

4. Grup Buku Karangkraf  adalah satu2nya syarikat swasta yang mempunyai surau di dalam kawasan mereka dan diiktiraf untuk boleh mendirikan solat Jumaat di situ.

5. Perniagaan mereka adalah berlandaskan syariah.....mereka telus dalam setiap urusan perniagaan antara syarikat dan penulis. Royalti penulis dibayar 4 kali setahun.

6. Mereka berusaha keras untuk mempromosikan buku penulis2 mereka.

7. Grup Buku Karangkraf  telah melangkah ke hadapan lagi dengan menerbitkan Al-Quran dan terjemahan2 Al-Quran.

8. Mereka tidak berat sebelah dan cuba bersikap seadil mungkin kepada setiap penulis mereka di Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari.


Setakat ni, perkara2 di atas adalah yang saya dapat ingat semula hasil pertemuan penulis2 yang lepas. Doa saya semoga ALLAH (s.w.t) memberkati usaha murni pihak penerbit. Saya juga berdoa semoga ALLAH (s.w.t) menerima usaha saya untuk menyampaikan kebaikan melalui penulisan.  Hanya ini sahaja yang dapat saya sumbangkan sebagai bekalan saya di akhirat nanti.





Puan Sri Diah - orang kuat Alaf 21

Tuan Haji Hussamuddin- CEO 







Manuskrip Baru...

Assalamualaikum semua....

Salam 1 Malaysia. Apa khabar? Anda sihat?....Hehehhe.....ini adalah ayat yang selalu anak saya ucapkan bila balik dari sekolah. Agaknya ini adalah ucapan-ucapan yang cikgu-cikgu kat sekolah selalu ucapkan jugak kot. Tapi sweet kan......benda yang baik eloklah kita kongsi2 kan...kan kan.

Okeylah. Entry kali ni saya nak share pasal manuskrip baru saya. Kalau anda ada baca posting saya sebelum ni, saya ada bagitahu yang manukrip saya yang terbaru dah siapkan. Saya pun dah pos kan ke Alaf dah pun. So...saya nak kongsi sikit2 la pasal cerita baru saya ni. Sinopsis dia lebih kurang macam ni ya:

Amira Saira yang baru balik dari oversea sebab ikut ayah dia yang sambung belajar menjadi pelajar baru di sekolah yang sama dengan Faizal.  Faizal ni hero nakal kat sekolah tu. Boleh kata satu sekolah kenal dia la. So sebagai pelajar baru memang wajiblah Amira kena buli dengan Faizal. Tapi Amira ni lain dari yang lain. Dia juga pantang dicabar. So banyak lah kisah2 yang berlaku antara diorang kat sekolah. Kisah cabar mencabar kat sekolah antara mereka akhirnya telah menyebabkan kedua2 mereka terpaksa bertukar ke sekolah lain. Mereka berpisah dengan perasaan dendam dan sakit hati yang mendalam. 

Selepas tamat sekolah dan masing2 bekerja, mereka berdua ditakdirkan bertemu semula dan bekerja di balai polis yang sama. Kali ini Faizal bukanlah lelaki kurus kering yang selalu diejek Amira semasa di sekolah dulu dan Amira Saira juga bukanlah lagi gadis montel yang suka dibuli oleh Faizal dulu. Faizal kini adalah pegawai atasannya dan Amira terpaksa patuh kepada setiap arahan yang Faizal keluarkan. Tetapi apa yang masih tidak berubah adalah rasa dendam dan sakit hati antara mereka sehingga menyebabkan kisah2 semasa sekolah dulu sering menjadi ungkitan mereka......

So...apakah kisah yang sebenarnya berlaku antara mereka di sekolah sehingga menyebabkan mereka terpaksa bertukar sekolah? Apakah sebenarnya yang berlaku kepada Faizal sehingga dia bertindak nakal dan mengusik semua pelajar di sekolah itu? Siapakah Rina di hati Faizal dan siapakah pula Syamil di hati Amira. Adakah mereka akan terus berperang dan mempertahankan keegoan masing2 untuk menunjukkan bahawa mereka lebih hebat antara satu sama lain? Atau adakah keegoaan itu akan runtuh dan menyatukan hati mereka?


Kalau nak tahu kisah selanjutnya, kena tunggulah pihak Alaf  21 luluskan manuskrip saya ni. Tajuk yang saya pilih untuk cerita ni adalah "Akukah Yang Ego".  

Nanti saya akan sharekan beberapa bab manuskrip tu untuk tatapan semua ya. 

Doa saya semoga usaha saya ni akan berhasil.....sila beri sokongan anda ya. Terima kasih....

Wednesday, August 28, 2013

Aktiviti Baru

Assalamualaikum

Okey....hmmmmm kenapa tajuk macam ni pulak kan. Haaa......sebab sekarang ni saya ada aktiviti baru yang saya buat untuk mengisi masa lapang saya kat rumah. Maklumlah anak sorang je. Pagi2 tak ada kat rumah sebab pergi sekolah. Suami pulak kerja jauh. Sejak cuti semester bulan 7 hari tu sehinggalah hari ni rasanya macam saya banyak buang masa jugak kot tambah2 waktu pagi. Selalunya lepas hantar anak sekolah saya akan tidur balik. Pasal tulis novel memang saya tak boleh lah nak tulis waktu siang. Cepat je ngantuk macam baca buku. So masa yang paling sesuai untuk saya menulis novel selalunya adalah waktu malam sebelum tidur dan tempatnya adalah atas katil saya. Saya akan mula menulis dalam pukul 9++  sampai pukul........depends on idea yang datang. Kalau banyak idea lamalah saya menulis. Kalau rasa macam jerebu je, cepatlah laptop tu duduk berehat atas almari.

Okey okey...berbalik pada aktiviti baru ni. Actually ia bukanlah asing sangat pada saya pun. Jika diimbas kembali masa zaman muda remaja dulu memang saya dah biasa dengan aktiviti jahit menjahit ni. Walaupun dalam keluarga saya ada 4 adik beradik perempuan (no. 1-4) tapi rasanya saya je kot yang lebih banyak buat kerja2 menjahit ni. Diorang ni tambah2 adik perempuan no. 3 dan 4 tu tahu pakai baju dah siap jahit je ( jangan marah adik2 nooo).  Tapi rasanya ini adalah hakikat yang diorang kena terima. Dulu-dulu baju sekolah dan baju raya kami semua mak jahitkan. Jarang la nak beli2 kat kedai. Ye lah....kami bukannya orang kaya. Mak tak kerja. Anak pulak ramai. Anak perempuan je ada 4 orang. Bayangkan lah kan. Kalau lelaki senang je beli t-shirt dan seluar kat pasaraya. Tapi anak perempuan ni banyak belanjanya bila nak raya.

Berbalik pada cerita menjahit ni, selalunya mak hanya akan gunting kain ikut ukuran baju masing2 dan tugas menjahit pula akan diserahkan pulak pada saya. Bukan senang tau nak jahit baju tambah2 bila raya sebab semua dapat 2 pasang setiap sorang. Kalau campur baju mak maknanya ada 10 pasang baju nak kena jahit. Terkial2 la saya siapkan semua. Kalau jahit baju jurung moden senang la jugak kan tapi kalau jahit baju kurung biasa stepnya banyak dan lepas siap nak kena jahit sembat pulak semua kelim2 baju tu. Siap jahit insang pari lagi kat tengkok baju. Dulu2 memang saya pandai buat semua tu atas tunjuk ajar mak. Tapi lama sangat dah tak buat dan memang dah lupa. Kena google la nampaknya macam mana nak jahit.... (kalau rajin le).

Arwah mak saya ni bukanlah tukang jahit pun tak ambik pun mana2 tempahan buat baju. Tapi mungkin memang dah kebiasaan perempuan zaman2 dulu yang mesti kena tahu semua kerja2 rumah ni kan terutamanya memasak dan menjahit. Salute my mother...memang dia ada kemahiran benda2 ni. Kalau pasal memasak memang air tangannya sangat2 sedap walaupun main campak2 je masaknya. Kalau buat kuih muih tradisional  ni memang terrer terutamanya kuih yang bancuh2 yang mana sampai sekarang saya failed buat. Saya ingat lagi arwah mak suka buat kuih pau, kuih apam, kuih seri muka dan macam-macam lagi la. Tak ada pun saya tengok dia bersukat2 beria-ia benor. Yang saya ni beria2 la belek buku resepi la, google la tapi memang susah sangat nak jadi elok. Last2 langsung malas nak buat.

Okey,...berbalik kepada aktiviti menjahit ni. Tak tahulah kenapa tiba-tiba rasa hendak menjahit tu seperti magnet pulak kebelakangan ni. Dulu kat rumah saya ni ada lah mesin jahit mak mertua saya untuk saya guna nak jahit2 kain atau seluar yang koyak. Suami pun siap tambah mesin kaki nak bagi mesin tu laju sikit dan senang isteri dia ni nak menjahit. Tapi tak tahu lah apa kenanya....mesin ni meragam je pulak. Bila jahit je benang putus, bila jahit je benang putus. Sampai lama2 saya pun putus minat nak guna mesin tu. Last2 aktiviti menjahit tu pun terkubur la. Bila ada kain2 yang nak kena jahit saya selalunya akan hantar kedai untuk jahitkan. Bayor le dalam harga lebih kurang RM4.00-8.00.

Hmmm....saya rasa salah satu sebab kenapa saya minat menjahit semula sebab bila bercuti ni saya rajin dok tengok internet dan baca macam-macam cerita pasal menjahit ni. Bila belek2 telekung yang saya guna...saya macam terdetik rasa "senang je nak jahit ni". Bila pakai tudung, saya pun kata "macam boleh buat sendiri je ni".

So...disebabkan rasa tu saya pun pergilah merayau ke kedai mesin jahit dan terus beli mesin jahit portable baru jenama Brothers. Lepas beli tak sabar2 nak balik rumah untuk cuba jahit. Benda pertama yang saya nak cuba buat ialah jahit telekung guna kain lycra. Kain dah beli kat nagoya...warna hijau. Orang kata kalau kita nak buat sesuatu kena ada ilmu kan. Bersandarkan pada pengalaman menjahit dulu2 dan ditambah dengan pembacaan di internet saya pun mula lah projek buat telekung. Whoooo....berpeluh2 jugak lah nak cuba buat ni setelah sekian lama tinggalkan aktiviti menggunting dan menjahit ni. Setakat nak jahit cantum tu okey lagi cuma masalah timbul bila nak jahit getah pinggang di kain. Tapi alhamdulillah akhirnya menjadi jugak. So hari ni nak sambung buat badan telekung pulak. Harap2 dipermudahkan usaha saya ni.

Kat bawah ni saya kongsi sikit gambar2 yang berkaitan aktiviti menjahit saya ya.

Mesin jahit Brothers Model GS2700. 

Mesin jahit tepi ni memang dah lama saya beli tapi lama dah tak guna. Nasib baik elok lagi dan boleh guna. Siap manual lagi kat tepi mesin. Penting ni nak tahu macam mana nak guna mesin jahit Brothers tu.


Kain telekung dah siap.


Yang ni perca kain.  Saya cuba jahit tepi dan buat dia jadi curly macam tepi tudung sekarang ni. Puas cuba akhirnya menjadi lah jugak.


Yang ni badan telekung. Dah siap potong, tunggu nak jahit je. 


Thursday, August 22, 2013

Manuskrip baru

Assalamualaikum. ..
Alhamdulillah setelah berbincang dengan editor tentang manuskrip yang saya hantar dulu, akhirnya selesai dah tugas saya mengedit manuskrip tersebut. Saya harap kali ni semua okey dan editor luluskan untuk diterbitkan. Bukan apa...bertahun jugak saya ambil masa nak siapkan manuskrip tu. Selagi ia tak siap, selagi tu la saya tak boleh nak move on dengan cerita baru. So sekarang ni keputusannya di pihak penerbit. Nanti kalau dah approve saya akan paparkan sebahagian bab2 dlm novel baru untuk tatapan pembaca ya. Okey...adios dulu.

Sunday, August 18, 2013

Char kuey tiaw Ipoh mali....

Assalamualaikum. ....
Hari ni kawan baik masa sekolah menengah kata nak datang rumah. Bila tetamu nak datang ni kita mula lah fikir2 nak masak apa kan. Macam tak best la pulak hidang air kosong pada kawan yang datang dari jauh dan kita pun dah lama tak jumpa. Fikir2 punya fikir saya rasa nak buat char kuey tiaw. Saya ni memang suka makan char kuey tiaw tapi tak pernah lah buat. Tapi kalau kuey tiaw goreng biasa tu pernahlah. So mcm biasa saya buat rujukan resepi kat internet. Byk la rumah blogger yang saya intai pagi2 ni....halalkan lah ya blogger2 semua untuk pembacaan saya tu.
Jadi bila dah mcm faham2 sikit cara nak buat, saya pergi pasar untuk cari bahan2 dia. Rupa2nya  untuk buat char kuey tiaw ni ada bahan2 dia yg kita kena prepare dulu. Macam paste dia.
Bahan2 untuk masak paste ialah:
Udang
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Gula
Bahan perasa
Semua bahan2 ni direbus sampai udang betul2 masak. Perasakan garam dan gula. Bila siap ketepikan dulu.
Untuk cili tumis just blender bawang putih dan cili merah. Tapi saya campur juga sikit bawang besar.
Lain2 bahan ialah telur, kerang, kueytiaw, togeh dan kucai.
Cara masak:
Tumis cili masak yg di blend tadi sampai garing kemudian masukkan kerang. Api kena besar ya sbb char kueytiaw ni kita masak kejap je. Lepas tu terus masukkan kueytiaw, togeh, kucai dan tambahkan air rebusan udang dengan udang2 sekali. Lepas tu masukkan telur. Telur tu boleh je nak  pecahkan terus dalam kuali atau pecahkan dalam bekas lain dulu ya. Then lastly rasa garam dia. Jgn terus taruh garam ya sebab masa rebus udang tu kita dah bubuh garam. Cuma tambah garam kalau perlu saja. Ok..siap dah.

Saturday, August 17, 2013

Entry penulis....

Assalamualaikum. ...
Hmmmm....kalau disemak2 balik entry2 saya yg sebelum2 ni saya terpaksa mengaku bahawa saya jarang bercerita tentang diri saya sebagai seorang penulis kan. Nampaknya saya ni lebih banyak bercerita tentang percutian, diri saya sebagai seorang ibu, seorang isteri, pasal masakan2 yang saya dah cuba buat dan lain2 lagi la tapi still sikit sangat cerita tentang menulis novel.
Actually kan...saya lebih banyak mempromosi atau bercakap tentang novel2 di dalam facebook saya. So kawan2 dialu2kan untuk friend dgn saya ya untuk tahu tentang cerita2 novel saya dan penulis2 alaf 21 yang lain.
Okeylah...sebenarnya saya dapat idea untuk buat entry ni adalah disebabkan saya terbaca 1 ruangan di dalam surat khabar Harian Metro semalam. Ada seorang wanita yang menulis kepada ruangan soal jawab berkenaan masalah rumahtangga dia dan suaminya. Dia kata dia dah bercerai talak tiga tapi mereka berdua saling mencintai lagi dan tidak mungkin ada org lain yang boleh menggantikan kasih mereka.  Akibat rasa cinta tapi disebabkan tak boleh kawin semula mereka telah bersekudukan mcm suami isteri jugak. Dia kata perceraian berlaku hanya kerana masalah kecil saja dan dia sendiri salah kerana mencabar suaminya untuk menjatuhkan talak 3 tu. Wanita tu tanya mengenai  kaedah "cina buta" dan minta nasihat bagaimana dia boleh berkahwin semula dengan bekas suaminya.
Membaca nukilan wanita ni menyebabkan saya tersenyum sendiri sebab ia mengingatkan saya kepada novel saya Usah Menangis Sayang. Isu ni sama dengan isu yang saya ketengahkan dalam novel saya tu. Pasal Isma dan Imran yang saling menyintai tetapi disebabkan cemburu melampau Isma dan dia telah mencabar Imran menyebabkan Imran menjatuhkan talak 3. Selepas tu barulah kedua 2 mereka menyesal sebab dah tak boleh bersama sebagai suami isteri. Dan selepas itulah kawan baik Isma iaitu Tini terpaksa menjadi penyelamat dengan berkahwin dengan Imran.
Luahan hati wanita itu jelas menunjukkan bahawa kisah2 seperti ini memang ada berlaku di kalangan kita dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku. Cuma kita semua tidak tahu sahaja sebab manusia terlampau ramai kan....manalah mampu kita nak ambil tahu semua kisah yang berlaku.
Jadi....kesimpulannya di sini adalah, tidak ada sesuatu yang mustahil untuk berlaku sebenarnya. Semuanya boleh berlaku dengan izinNya.
Berkenaan dengan penulisan novel dan tema2 yang dipilih, saya percaya cerita tu akan lebih hidup sekiranya penulis menulis sesuatu keadaan yang dia arif dan tahu. Berkenaan dengan manuskrip baru yang sedang saya siapkan, saya memilih pekerjaan polis dan sedikit sebanyak prosiding mahkamah untuk jalan ceritanya. Ini bukan bermaksud saya seorang polis ya, cuma bidang kerja saya lebih dekat kepada kehakiman dan bidang kerja polis sedikit sebanyak berkaitan dengan pekerjaan saya. Cuma ada sesuatu yg dibimbangkan oleh editor.....dia bimbang cerita2 polis,  siasatan tidak akan disukai oleh pembaca kerana mengikut trend sekarang, mereka lebih sukakan cerita2 cinta. Ini membuatkan saya dalam dilema jugak sebenarnya. Sebab tu lah saya masih lagi dalam proses mengedit manuskrip ni. Dan untuk pengetahuan pembaca, saya masih lagi mengekalkan kerjaya polis tetapi dikurangkan dan saya banyakkan scene kisah2 cinta antara hero dan heroin. Saya harap pembaca menyokong saya dalam bidang penulisan ini kerana ini adalah minat saya sejak dari sekolah lagi. Terima kasih semua yang membeli novel2 saya sebelum ini dan yang memberikan kata2 semangat buat saya untuk terus menulis. Saya sayang anda semua.....

Tuesday, July 9, 2013

Cerita tentang Novel

Entry kali ni saya nak cerita tentang novel-novel yang telah saya tulis. Actually saya dah tulis 4 buah novel. 2 dengan Tintarona, 1 dengan NHf Media dan yang terbaru dengan Alaf 21. Dan sekarang saya sedang cuba menyiapkan novel saya yang ke-5. Manuskrip tu sebenarnya dah lama dihantar ke Alaf tapi diminta buat pembetulan oleh editor kerana ada beberapa part yang perlu diolah semula. Anyway, saya anggap itu sebagai salah satu cabaran yang saya harus terima untuk membolehkan saya bergelar seorang penulis yang hebat dan terbaik agar dapat berjalan seiringan dengan penulis2 Alaf yang lain seperti Anis Ayuni, Bikash, Aleeya Aneesa, Sharifah Abu Saleem dan ramai lagi.

Hopefully, saya akan mendapat sokongan yang baik daripada peminat2 novel Alaf 21 sekiranya novel terbaru saya diterbitkan nanti.

Mengenai penulisan juga, di sini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya apabila menjadi seorang penulis novel. First of all...apa yang penting ialah "MINAT". Jika tak ada perkataan ini...maka semua yang dibawah ini tak akan berlaku....

Apa yang saya lakukan sebelum mula membuat sesuatu cerita?

a. Mula-mula saya akan berangan atau dalam kata lain berfantasi mengenai cerita yang bakal saya tulis. Saya akan bayangkan jalan ceritanya secara ringkas, siapa pelaku-pelakunya, di mana ia akan berlaku, plot cerita, klimaks dan endingnya. Dan yang paling penting...selain dari mereka2 cerita, saya juga tidak lupa berdoa kepada ALLAH agar dikurniakan ilham dan idea yang baik untuk saya menulis novel yang baik. Ini yang paling penting.

b. Ada kalanya saya biarkan saja cerita itu melayang-layang dalam fikiran saya begitu sahaja kerana selalunya jalan cerita itu akan bertukar-tukar mengikut masa dan tempat dimana saya berada. Ia juga mungkin boleh diadaptasi dari apa yang saya perhatikan berlaku di sekeliling saya.

c. Jika saya dah dapat isi-isi cerita yang bakal saya tulis, maka step seterusnya ialah saya akan menulisnya di atas kertas/buku kerja saya. Saya akan nyatakan nama-nama yang telah saya pilih untuk watak2 dalam cerita saya, pekerjaannya, wataknya, tempat di mana cerita akan berlaku, konflik2 yang ada, dan akhir sekali endingnya. Dan jika saya perlu buat kajian mengenai sesuatu isu yang akan timbul dalam cerita saya, maka saya pasti akan membuatnya. Selalunya saya akan membuat rujukan dengan melayari laman web sahaja. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa...

d. Bila dah ada cerita...ok. bolehlah mula menulis. Yang penting kena ada "masa" yang mana kebelakangan ini saya kehilangannya dan sukar untuk saya cari ia untuk membolehkan saya duduk lebih lama di hadapan komputer lebih lama.

Ok...selamat berjaya bagi sesiapa yang mempunya "MINAT" untuk menulis. Aloha.

cheese cake lagi



Monday, July 8, 2013

Rendang ayam negeri Perak

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...tinggal lagi 2 hari je sebelum bulan Ramadhan yang mulia menyapa kita. Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH s.w.t masih memberikan kita peluang untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan dan melakukan ibadah puasa dan juga meningkatkan amalan kita yang lain.
Berbalik kepada tajuk utama entry ni, walaupun rendang ayam ni selalunya saya masak masa pagi hari raya sebagai hidangan wajib tapi tak lah melanggar etika pulak bila saya masak hari ni kan. Rasa macam teringin pulak nak makan, tu yang buat jugak tu.
Resepi yang saya ikut memang resepi yang opah dan mak saya guna bila setiap kali masak rendang ayam dan daging. Dan saya memang tak ubah atau edit langsung resepi tu. Saya kongsi resepi kat bawah ya. Oh ya...disebabkan ini resepi tradisional jadi dia tak ada sukatan2 semua tu tau. Bahan2 dia agak2 sendiri ya.
Resepi:
Stgh ekor ayam
Cabai kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai - blender sampai halus.
Daun kunyit.
Kunyit serbuk
Kerisik
Santan
Garam
Asam keping
Semua bahan2 tu masukkan terus dalam kuali. Santan tu biarlah pekat supaya bila dah masak, minyak2 akan kelihatan. Perasakan garam.  Tak payah bubuh bahan perasa sebab gabungan bahan2 tu memang dah sedap. Kerisik cukup la 1 peket beli kat kedai tu. Kunyit serbuk sebagai pewarna nak bagi dia kuning2 sikit. Asam keping dlm 2 keping pun dah cukup nak balancekan semua rasa. Daun kunyit tu kalau malas nak potong halus2 masukkan je sekeping dalam kuali sebab kita nakkan bau dia je. Kacau elok2 bagi bahan2 tu sebati. Masakkan sehingga naik minyak dan agak kering. Kalau suka berkuah janganlah sampai kering sangat. Senang je buat dia kan...

Apam kampung

Assalamualaikum semua....
Hari ni untuk minum petang saya buat kuih apam kampung. Ngape pulak namanya apam kampung pulak....
Pada pendapat saya sebab ni adalah kuih apam yang betul2 tradisional la resepi opah2 dan mak2 kita buat dulu. Kalau sekarang ni banyak dah apam2 lain...ada apam beras la, apam eno la, apam polkadot la....maknanya tu semua apam moden sikit la kan.
Apam ni arwah mak saya dulu pun selalu buat. Saya ni tak la pulak salin resepinya. Lepas tu bila mak dah tak ada baru la terkial2 nak buat. Sukat beria-ia pun tak jadi segebu yang arwah mak buat dulu yang main agak2 je sukatannya. Sebenarnya malam tadi saya dah try dah buat tapi.....bila dah masak jadi macam getah sekerap la pulak. Bantat kata orang Perak. Tak maunya naik adunan tu. Langsung la apam tu merempat dalam tong sampah. Bila saya compare2 balik dengan resepi lain yang ada kat internet...saya rasa silapnya ialah saya bancuh adunan dengan air suam. Yis pun saya bancuh dengan air suam jugak. Lepas tu saya rasa yis saya tu pun dah x elok kot.
Petang ni saya cuba lagi. Pakai resepi lain pulak yang saya google jugak. Ada lah nampak perubahan positif dari cubaan pertama. Yis naik elok. Adunan tu mengembang dengan cantik sebelum nak kukus. Dalam hati harap2 menjadi la kan.
Lepas masak...gambar macam kat bawah ya. Resepi pun saya akan letakkan kat sini. Thanks pada blogger yang share tu ya. Mintak halal ye saya pinjam resepi tu. Ikut resepi ni menjadi la jugak apam saya.....tapi kureng gebu sikit. Mungkin saya kena tunggu lama sikit sebelum kukus kot supaya adunan betul2 mengembang dengan baik. Tak pe lah....kalauuuu rajin nanti saya cuba lagi. Kalau orang lain boleh buat takkan saya tak boleh kan.
So...saya kongsi hasilnya kat bawah ni ya. Oh ya...antara perubahan yang saya buat ialah saya tak cairkan gula dengan air panas sebaliknya saya kacau je gula2 tu dalam air sejuk sampai larut then tapis. Alasannya sebab malas nak masak then tunggu pulak gula tu sejuk. You all kalau nak guna gula merah yang ketul2 tu make sure cairkan dan tapis ye sebab dalam gula merah tu macam2 benda ada. Ehh...tak de lah benda yang bukan2 pulak. Tapi selalunya ada macam ketul2 kasar macam batu la dan pasir2 halus.
Okeylah...resepi yang saya ikut saya screenshort je dari laman orang lain dan bukan hak cipta saya ya.




Sunday, June 23, 2013

Shepherds pie

Assalamualaikum semua...
Hehehe...lamanya menyepi ya. Bz la katakan...chewahhh. ye benor le tu. Tp actually betul pun sbb bulan ni semua assignments dah due utk dihantar, so apa lagi semua pakat pecut nak siapkan. Belum lagi full write up, campur pulak dengan presentation lagi, nak preparw slide lagi....hisshhh mmg sibuk sangat. Tapi sekarang alhamdulillah. ...semua dah selesai cuma tinggal exam je. Hopefully ALLAH s.w.t memudahkan segalanya dan melembutkan hati lecturers utk berikan markah yang baik kepada saya dan kawan2.
Okeylah.....sekarang baru nak masuk cerita pasal tajuk ni. Jauh benor larinya ye. Sebelum ni tak pernah pun dengar pasal pie ni. Tiba2 sorang kawan suggest buat dan dia kata sedap sangat pie ni. Hmmmm....saya pun google la resipe. Mcm senang je nak buat ni...
So hari ni saya pun try la. Resepi saya mcm kat bawah ni ye:
Inti:
Daging kisar -saya guna daging kisar Ramly
Kalau suka boleh bubuh carrot, jagung dan kacan pis ( saya guna yg frozen tu).
Bawang besar dan bawang putih cincang halus.
Sos prego ( kalau x de bubuh je sos tomato)
Garam dan lada sulah.
Inti ni masak macam sos utk spaghetti je. Tumis dulu bawang besar dan bawang putih sampai layu kemudian masukkan daging cincang. Masak hingga daging betul2 masak la kan..
Lepas tu masukkan sayur2 campur tadi. Actually kalau suka boleh bubuh cendawan butang, daun celery ke...its up to you all sbb kita yg buat dia kan. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Kalau nak kuah dia pekat masukkan tepung gandum yang dibancuh dgn sedikit air. Masak seketika dan siap.
Untuk bahagian atas pie:
Ubi kentang dibuang kulit dan direbus sampai empuk. Bila dah empuk, toskan airnya dan lenyek2 ubi kentang tu sampai halus. Sementara tu campurkan garam, pepper,  butter, ke dalam ubi kentang tu masa tengah panas2. Sukatan butter lebih kurang 4 sudu besar. Susu segar tuang sikit demi sedikit bergantung kepada tekstur kentang. Jangan curah banyak2 takut lembik la pulak. Lepas tu masukkan cheddar cheese yg diparut dan kacau lagi dengan ubi kentang tu. Saya guna keju kraft yg keping2 tu je sbb kedai yang saya pergi tu tak jual pulak cheddar cheese yg ketul tu.
Cara buat:
Ambil bekas yang bersesuaian. Lapisan bawah letakkan inti daging. Kemudian tutup atas daging dengan kentang lecek. Bakar adunan dalam oven sehingga bahagian atas kentang bertukar keperangan....
Siap dah. Senang kan. Dan sgt sedap makan masa panas2....contoh gambar yang saya buat boleh tengok kat bawah ya. Tak cantik la potongnya...tapi x pe sbb x sampai 5 minit piring tu kosong je....
Ok...selamat mencuba ya.

Tuesday, June 11, 2013

Selamat Hari Jadi Nazrin

Assalamualaikum semua....
Hari ni 12.6.2013....genap umur anak lelaki saya 13 tahun. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Bertambahnya usia Nazrin bermaksud bertambah juga usia saya dan suami. Alhamdulillah ALLAH swt memberi saya peluang untuk bergelar seorang ibu bermula pada  tahun 2000.  Masih segar lagi semua kenangan saya semasa saya mula2 tahu bahawa saya pregnant. Memang itu adalah saat yang sangat2 membahagiakan. Setiap hari rasa tak sabar melihat perut kian membesar walaupun bagi sesetengah wanita ia sesuatu yg menakutkan. Selain itu pemeriksaan setiap bulan sangat2 ditunggu sebab waktu tu sajalah kita dapat melihat baby sewaktu doktor scan perut. Melihat perkembangan baby walaupun hanya dari monitor sangat membahagiakan....tak sabar nak tunggu 9 bulan supaya dapat memeluk dan mencium baby....
Alhamdulillah Nazrin lahir sihat dengan berat 3.63kg. Dia membesar sepenuhnua di depan mata saya dan saya bersyukur kerana dia membesar menjadi seorang anak yang tidak banyak kerenahnya. Saya berdoa semoga ALLAH swt kekalkan kebaikan hatinya dan jadikan dia anak yang soleh yang akan memimpin tangan ibu bapanya ke syurga. Walaupun saya sangat mendambakan kehadiran lebih ramai cahaya mata....namun jika ALLAH swt telah takdirkan bahawa hanya Nazrin sahaja reseki saya....saya redha dengan ketentuanNya kerana saya telah berusaha tetapi sehingga kini rezeki belum ada. walaupun seorang, saya bersyukur kerana saya mendapat seorang anak yang baik.....alhamdulillah. 
Nazrin....mama ucapkan selamat  ulangtahun kelahiran Nazrin yang ke 13. Mama minta maaf sebab pada hari ni mama tak dapat bersama Nazrin disebabkan mama ada kelas dan pembentangan tugasan yang perlu diselesaikan. Insyaallah...hari sabtu ni kita akan raikan bersama2 sebab hari jadi mama pula pada 15 june ini....
Doa mama semoga Nazrin menjadi anak yanh soleh, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan akan sentiasa menyayangi mama dan abah sehingga akhir hayat kami.....aminnnn.