E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Sunday, September 21, 2014

Feedback Operasi Bulan Madu


Assalamualaikum. ...Alhamdulillah dpt feedback yang mengujakan dari pembaca novel Operasi Bulan Madu. Jadi....sesiapa yang belum dptkan karya saya ni, cepat2 lah beli dan baca ya....semoga jalan ceritanya menepati selera anda semua.  

Wednesday, September 10, 2014

Feedback-Sandaran Hati

Assalamualaikum....

Memang lama betul saya berhenti menulis di blog ni. Kali terakhir adalah pada bulan April yang lepas. Maknanya hampir 5 bulan jugak kan. Tak tahu lah kenapa...tiba2 sahaja saya tak ada masa nak update cerita terbaru di sini. Mungkin sebab saya dah mula bekerja selepas selesai pengajian saya di UiTM Shah Alam. Perpindahan tempat kerja, pindah rumah dan suasana baru memang betul2 membuatkan saya sibuk dan tidak ada masa hendak menjenguk di sini. Anyway..., sekarang rasanya dah settle down. So..., bolehlah saya memberi perhatian yang lebih di sini.

Baru2 ini ada adik yang pm saya dan kata minat sangat dengan novel Sandaran Hati iaitu novel sulung saya dengan Alaf 21. Thanks dearest Jasmine...really appreciate your compliments.

 
Jadi...kawan2 yang belum membeli dan membaca novel2 saya, cepat2 dapatkan di pasaran ya.

Thursday, April 17, 2014

PAKEJ NOVEL ALAF 21 SEMPENA PESTA BUKU

Assalamualaikum semua

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yg akan bermula pada 24 April ni,  pihak Alaf 21 bermurah hati menawarkan pakej2 istimewa bagi novel2 bulan Mac-Jun. Pakej ini hanya akan ditawarkan semasa pesta buku ini sahaja ya. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel2 ini.





NOVEL ALAF 21 BULAN JUN 2014

Kat bwh ni adalah novel2 Alaf 21 bagi bulan Jun. Wahhh...cantik kan cover novel2 ni. Ceria dan menawan pandangan mata. Novel2 ni hanya akan dijual di pesta buku nanti sbb kalau ikut tarikh terbitan, sepatutnya pd bulan Jun baru dihantar ke kedai2 buku. Jadi jangan lepaskan peluang hebat ini ya dan pastikan anda beli novel2 dari penulis hebat Alaf 21.


Karya si comel Nur Insyirah

Yuppp...mmg dia orangnya...Weeda Airiza

Jangan main2 ya dengan Cinta Top Secret..karya Laila Kamilia.

Ini karya nenek vogue Fida Rohani yg sentiasa ceria.

NOVEL ALAF 21 BULAN MEI 2014


Teruja tak? Tengok lah nama penulis2 tu. Semuanya yang hebat2 tau. Novel2 ni semua akan dijual masa pesta buku nanti. Jadi jgn lupa masukkan dalam senarai ya.

ILHAM KARANGKRAF DAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Assalamualaikum. ..

Kat bawah ni adalah screenshot novel2 saya di ILHAM stkt minggu lepas.



Kalau anda ada kelapangan dan nak tahu serba sedikit jalan cerita di dalam novel2 saya, anda boleh layari ILHAM KARANGKRAF dan baca beberapa bab yang telah saya kongsikan di situ sebelum membuat keputusan samada nak beli novel2 saya ya.

Oh ya...Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 akan diadakan di PWTC bermula 24 April 2014-4 Mei 2014. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli buku2 yang anda minati dan anda juga berpeluang bertemu dengan penulis2 kesayangan anda. InsyaAllah jika tiada aral, saya juga akan berada di sana pada 26 April 2014.


Adios.



Wednesday, April 16, 2014

USAH MENANGIS SAYANG - FEEDBACK

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Yang ni pulak adalah komen dari pembaca novel Usah Menangis Sayang.  Sebenarnya komen ni dah lama saya dapat. Bila saya baca balik mesej2 lama yang saya terima baru saya terperasan dgn mesej ni. Jadi saya kongsikan di sini untuk menghargai pembaca yg telah membaca novel2 saya. Terima kasih byk2 kepada pembaca tersebut.


OPERASI BULAN MADU - FEEDBACK LAGI

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi2 ni just nak kongsi feedback pembaca tentang OBM. Mood nak menulis panjang lebar x de sangat pagi ni tapi tengok gambar je dah jelas maksud nya. Terima kasih banyak2 pd pembaca tersebut. Kepada yang belum mendapatkan novel ni boleh dptkan di kedai2 buku atau beli secara online spt di Popular book store, MPH atau Karangkraf Mall.




Wednesday, April 9, 2014

Operasi Bulan Madu


Alhamdulillah. ..lagi review dari pembaca OBM. Terima kasih byk2 pd adik Nurina. Mmuuaahh

Usah Menangis Sayang...


Tengok ni. Bukti bahawa dia ni peminat novel. Sampai kek birthday pun ada gambar novel. Yang paling best bila dia jadikan novel saya UMS sbg salah satu novel pilihan utk diabadikan atas kek tu. So sweet, I'm so touching. Kalau anda baca entry saya sblm ni saya ada attach screenshot feedback Ersalina ni psl novel UMS ni. Dan lepas tu dia hantar gambar ni dan tag saya. Saya sangat2 menghargai setiap apa yang dikatakannya. Thanks a lot  Ersalina. Sayanggg adik. 

Monday, April 7, 2014

USAH MENANGIS SAYANG

Okey...saya dapat feedback lagi untuk novel Usah Menangis Sayang dan adik ni siap suggest supaya saya buat sambungan novel ni. InsyaAllah kalau penerbit luluskan ya. Tapi seperti yg saya tulis dulu, feedback novel UMS ni sangat2 hebat. Alhamdulillah.  Saya sangat2 bersyukur dengan kurniaanNya.



Kat bawah ni pulak adalah screenshot dari Goodreads. Rata2 memberikan 4 dan 5 bintang. 



OPERASI BULAN MADU

Assalamualaikum.  Masa tengah jalan2 ke web Alaf 21 saya nampak feedback dari seorang pembaca novel OBM. Terima kasih pd pembaca tersebut kerana membeli dan membaca novel saya.


Sunday, April 6, 2014

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Assalamualaikum. ..PBAKL akan diadakan bermula 24 April ini. InsyaAllah saya akan turun ke sana pada 26 April.  Kalau anda peminat buku, boleh lah sama2 memeriahkan pesta buku ni nanti yang akan diadakan di  PWTC. Jangan lupa ya untuk singgah di booth Alaf 21 utk membeli novel2 yg pelbagai dan juga berjumpa dengan penulis kesukaan anda. Ramai penulis2 yang bersedia meluangkan masa utk turun ke pesta buku ni nanti.



Yang paling best, novel2 baru terbitan bulan Mei juga akan mula dijual di pesta buku ni. Untuk bulan Mei ni, semua novel adalah dari penulis2 hebat Alaf yg memang tidak boleh dipertikaikan mutu penulisan mereka.  Jadi jangan lepaskan peluang ini. Kita jumpa di sana ya. 

Saturday, April 5, 2014

CAPTAIN AMERICA THE MOVIE




Ni filem yang latest kami tonton. Best cerita ni. Dari mula hingga akhir penuh dengan aksi2 yang membuatkan kami semua tak senang duduk.  Yang penting tak ada adegan2 melampau yang tidak sesuai utk tontonan kanak2 atau remaja. Saya suka dengan semua yang dipaparkan dlm filem ni. So saya bagi 5*/5*.


SPRING SEASON IN IPOH????

Hihihi...mcm suspen je kan. Actually, semalam saya terbaca kat FB pasal kat Kedah sana nun dah mcm musim autumn and summer. So pagi ni bila saya lalu kat jalanraya kawasan rumah saya, baru saya perasankan pokok2 yang sedang galak berbunga ni. Malah banyak juga yang sudah berguguran. Cantik sungguh suasananya sehinggakan saya sanggup berhenti di tepi jalan utk rakam gambar2  ni semua. 









Friday, April 4, 2014

Donut Kentang

Petang tadi tiba2 rasa macam nak makan donut. So seperti biasa saya google la nak cari resepi. So jumpa resepi di KONGSI RESEPI.



Macam-macam resepi ada kat sini. Sebab saya nak resepi donut, cari je dari kotak merah tu kan. Alhamdulillah menjadi. Adunan mmg gebu. Dalam buat donut atau roti ni, mutu yis tu lah yang paling penting. Kalau yis x elok, adunan x akan mengembang dengan baik so x  akan jadi gebu.

Untuk resepi donut yang saya ikut adalah seperti di bawah:


1 biji kentang (direbus dan dilecekkan halus). 
250 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 3/4 camca besar yis
telur 1 biji (dipukul dulu dgn sedikit garam).
1 1/2 sudu besar shortening
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
Air sejuk dalam 70-100ml


Cara buat:

Bahan2 kering disatukan. Saya guna mixer. Masukkan kentang yang telah dilenyek. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit. Air juga perlu dimasukkan sedikit demi sedikit- jangan masukkan semua sekali ya. Saya habiskan 100ml air tu dan adunan lembik sikit. Bila adunan dah sebati, masukkan shortening dan putar lagi hingga adunan dah x melekat. 

Biarkan adunan kembang 2 x ganda (dlm stgh jam mcm tu). Tutup bekas dengan tuala basah atau guna je plastic wrapping.  Bila adunan dah kembang, tumbuk dulu untuk keluarkan angin kemudian uli semula. Bentukkan donut. Biar donut tu kembang sekejap kemudian bolehlah digoreng. Make sure goreng guna api sederhana/perlahan ya sebab donut ni cepat masak. Bila angkat donut tu dari kuali, lapik la dulu dengan tisu dapur supaya dapat meresap lebihan minyak.  Kalau nak bubuh gula halus kena tunggu donut sejuk dulu ya. 


Hehehe...abaikan periuk yang berkarat tu ya. Tu tandanya I rajin masak kan... (perasan betul) huhuhu.

Antara bahan2 yang saya sebutkan tadi

Ni bahan2 kering yang saya dah satukan dalam bekas

Adunan yang dah siap

Tengok tu...dia mengembang kan.

Haaa...ambik ko. Kalau tengah geram mmg sesuai la lepaskan perasaan marah pd tepung ni. At least kita x kena saman kan. 


Saya x pakai acuan donut. Tu la pasal ada kecik besor. Tak pe la..janji gebusss ye dak. Tapi kalau nak saji pd tetamu elok la pakai acuan ya. Baru nampak kerja kita lebih sistematik.

Eh eh! Mana gambar donut yang dah siap? Hehehe...disebabkan excited nak tengok drama tv...donut yg digoreng 1st round terlebih masak (alaa...ckp je la terhangus sikit). 
So malulah I nak tempek kat sini. Tapi x semua yg hangus. Ada juga yg elok cuma elok2 habis goreng, suami sampai kat rumah. Dia nak gerak ke KL sebab esok ada kursus. So nak kena sediakan baju2 dia tu. Dalam pukul 10.30 malam dia bertolak..I pun dah penat. So I tempek gambar mana yang ada je lah kan. Tapi kalau x letak pun semua kenal mcm mana rupa donut dah masak kan...


*resepi ni menjadi. Donut tu gebu. Tapi disebabkan terlembik adunannya, bila goreng byk serap minyak. So make sure jangan tuang semua air tu ya. Agak2 keperluan air tu. Senang cerita sukat 70ml dah la. Sebab nanti nak campur shortening lagi. 

Okeylah...ngantuk dah ni. Esok sembang2 lagi ya. Bye2. 


Test!!!

Adohaiii...

Tiba2 je lecturer kat nak buat test minggu depan. Siap kata close book pulak tu sedangkan before this dia kata semua open book. Hmmm....x habis merajuk lagi rupanya dia. Tak pe lah. Saya doakan semoga ALLAH s.w.t lembutkan hati dia dan dia kembali mengajar seperti biasa minggu depan. Tapi apa2 pun, kena lah prepare untuk test minggu depan.

Ni antara nota2 yang nak kena dibaca. Uwaaa (menguap)


Untuk lecturer....saya nyanyikan lagu filem P. Ramlee:

"Maafkan kami, maafkan kami, maafkan kami, maafkan kami....berapa banyak maaf daaaa.....

Thursday, April 3, 2014

STOK DAPUR YANG SENTIASA ADA DI DAPUR

Hehehe...nampak sangat dah tak ada idea nak tulis pasal apa kan. Yang ni pun boleh la jugak ya. Kongsi2 cerita dengan puan2  surirumah yang baca blog saya ni (ada ke orang baca pun???...kalau ada saya nak ucapkan terima kasih banyak2 ya).

Ok, berbalik kepada topik di atas. Selain dari garam gula, kunyit dan bahan asas biasa, saya juga sentiasa pastikan Bahan2 kat bawah ni ada kat dapur atau dalam peti sejuk.


Oregano is a must kat rumah sebab anak suka makanan western style especially spaghetti, shepherds pie, lasagna yang mana bila masak memang saya akan gunakan oregano. Malah stok spaghetti , macaroni pun memang akan saya beli everytime beli barang2 dapur. Selain tu mixed herbs juga penting.  

Yang ni pulak rempah2 kering. Lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang,  dry rosemary...mcm2 lagilah. Benda2 ni x pe beli sebab memang dry ingredients dan boleh tahan lama. So bila terasa nak masak, senang terus ambik je.


Okey..yang ni barang2 dalam peti sejuk. Daun2 kering mcm daun kari dan daun kunyit memang saya sentiasa beli dan simpan je dalam peti ais. Tak apa kalau daun2 ni kering pun sebab bila kita masak daun2 ni akan kembang semula dan baunya masih akan sama mcm daun segar. Lagipun mmg daun2 ni kita gunakan utk dapatkan bau dia je kan.

hmmm....selain tu kalau pergi pasar saya akan beli santan segar banyak2. Tak la berkilo2. Tapi srlalunya saya akan cakap kat penjual untuk bungkuskan santan tu untuk rm2 sebanyak 5 atau 6 plastik. Bila balik rumah saya akan letakkan dalam freezer untuk air batu. Biar dia betul2 beku. Bila nak guna, keluarkan dan masuk je dalam periuk. Alhamdulillah setakat ni mmg ni cara saya. Saya tak suka guna santan kotak sebab kdg2 ada yang jenis berbau tengik. Satu lagi saya cuba nak kurangkan penggunaan bahan2 yang byk bahan kimia/pengawet. 

Mcm cili giling pun saya x pernah beli cili boh siap tu. Bila saya mesin cabai, bawang semua..selalunya saya akan buat extra kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila nak buat nasi goreng ke atau masakan yang perlukan cili memang amat mudah sebab semua dah ada. 

Apa lagi ya...oh ya. Serbuk milo, nescafe dan kopi O pun saya letak dalam peti sejuk untuk bagi tahan lama. Cuaca panas kat luar kadang2 cepat sahaja buatkan benda2 ni masuk angin dan mengeras. Jadi untuk panjangkan jangka hayat penggunaan dan nak elakkan membazir, saya akan pindahkan semua barang2 ni dalam bekas kedap udara kemudian masukkan dalam peti sejuk. Selesai masalah. 

Okeylah...rasanya tu saja lah kot bebelan saya kali ni. Nak hantar anak pergi solat Jumaat jap. Jumpa lagi ya. 

Usah Menangis Sayang

Assalamualaikum. ..

Masa belek2 mesej kat fb baru saya terperasan satu mesej pembaca UMS. Adik ni dri Singapore.  Thanks a lot sebab dia sudi baca novel saya dan yang lebih best sebab dia suka dengan novel ni.


Alhamdulillah. ..

Alhamdulillah. .novel Operasi Bulan Madu telah dicetak kali kedua hanya selepas 3 minggu di pasaran. Terima kasih banyak2 saya ucapkan pada pembeli dan pembaca novel2 saya. Tanpa kalian, saya tak mungkin akan dapat meneruskan minat saya dalam bidang penulisan ni. Gambar kat bawah ni adalah novel cetakan ke-2 saya. Ada perbezaan sedikit pada cover. Sekarang ni alaf maklumkan kat depan tu ini adalah novel yang keberapa oleh penulis tu. Bagus jugak kan.



Menu tengahari -Chicken Buttermilk

Assalamualaikum. ..

Lapar nya perut. Lepas hantar anak sekolah pagi tadi saya sambung tidur balik..hehehe. ye la kan. Bukan ada anak lain yang nak diuruskan pulak. Satu lagi sebab pening la memikirkan masalah pensyarah ni. Tak pe la...semoga ALLAH s.w.t melembutkan hati beliau.

Bila bangun tidur, perut mula la berkeroncong. Breakfast tak lagi ni. Alaaa...alang2 terus brunch je la kan. Kepala otak ni mula lah berfikir nak makan apa tengahari ni. Nak beli macam malas nak keluar.  Ayam ada dalam peti ais. Kemudian teringat pulak semalam masa saya singgah di rumah puan Ana Suzana, saya berminat la pulak nak try masak Chicken Buttermilk.  Kalau you all nak resepi asal boleh singgah2 blog beliau ya.

Kat bawah ni pulak saya tunjuk cara saya buat. Cuma ada sikit2 la bahan yang saya terpaksa tukar sebab tak ada stok kat rumah ni.

Kat atas ni bahan2 untuk tumis. Potong je halus2 bawang besar, bawang putih, halia. Juga sedikit daun kari.

Ni pulak cili masak dan cili api. Kalau nak pedas bubuh banyak.

Ayam ni saya potong kecik2 kemudian perapkan dengan garam, kunyit, sedikit tepung dan 1 sudu besar serbuk kari daging. Disebabkan kering sangat, saya pecahkan sebiji telur.  Saya perap tak lama pun...dalam beberapa minit je. Lepas tu gorengkan sampai separuh masak. Saya goreng dengan api sederhana kemudian balik2 kan supaya bahagian dalam ayam tu masak.


Dalam periuk/kuali lain, tumiskan butter dalam 4 sudu besar. Guna api perlahan untuk elakkan butter cepat hangus. Tumiskan semua bahan2 potong tadi sampai layu. 

Bila dah layu masukkan susu. Saya tak de fresh milk so saya guna susu sejat je. Susu sejat ni memang dah lemak so pada pendapat saya tak perlu letak lagi kepingan cheesdales. Mcm Ana Suzana dia guna whipping cream dan 2 kepingan cheese. Ikut suka masing2 ya. Cuma saya takut kalau muak pulak makan. Last sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Balik-balikkan supaya kuah tu bersalut dengan ayam. Perasakan dengan garam. Saya juga tambahkan sedikit serbuk lada hitam.


Taraa..dah siap. Untuk hidangan ni (dalam 4 org makan) , belanja yang saya keluarkan hanya rm14.00 untuk seekor ayam. Untuk masak ni saya gunakan separuh ayam je. So kos dalam rm7.00. Bahan2 lain memang dah sedia ada di rumah. Murahkan...dan yang penting sedapppp!!!


Semakin sedap bila menamatkan hidangan dengan segelas teh lemon panas. Teh lemon ni saya beli di Bali. Menyesal pulak beli kampit kecik je sebab memang sedap teh ni. Nak bancuh pun senang sebab diorang dah campur siap2 dengan gula pasir. Just tambahkan air panas je...nyamannnnn