E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Monday, December 25, 2017


Assalam semua, 

Sempena kedatangan tahun baru 2018 ini, saya buat potongan harga untuk pembelian kombo novel #Selingkuh dan #Harapan. Hanya RM50 untuk pembelian 2 novel ini dan harga ini termasuk kos pos. Potongan harga yang sangat berbaloi memandangkan jika membeli harga berasingan dengan harga biasa, harga Selingkuh adalah RM23 dan harga novel Harapan adalah RM35. Di bawah ini saya kongsikan random teaser untuk kedua-dua novel ini. Untuk teaser yang lain, boleh juga dilihat di facebook dan grup fb Aini Marisha.


Novel Selingkuh.

Apabila Hazlan masuk ke bilik air, aku memasukkan pakaian yang dipakai Hazlan ke dalam raga pakaian. Telefon bimbit dan dompet Hazlan ku letakkan di atas meja. Baru sahaja aku hendak melangkah ke katil, telefon bimbit Hazlan bergetar. Aku pelik. Kenapa pula Hazlan meletakkan telefon bimbitnya dalam mode “Vibrate”. 
“Patut lah tak dengar panggilan yang masuk.” Aku meneka-neka lagi.
“Mungkin sebab ada mesyuarat di pejabat tadi agaknya…”
Aku membiarkan sahaja telefon itu bergetar. Tetapi apabila berkali-kali panggilan masuk, aku bangun dari katil. Aku mengambil telefon untuk melihat nama pemanggilnya tetapi panggilan telah berhenti.
“Siapa pulak call tengah-tengah malam ni. Tak boleh tunggu esok ke? Selalunya kalau call malam-malam ni tentu ada urgent matter…” Hatiku bersoal jawab.
Panggilan tadi membuatkan aku pula yang bimbang. Hazlan pula masih lagi di dalam bilik air. Aku cuba melihat panggilan yang masuk tadi tetapi gagal. Hazlan telah menukar screen lock di telefon bimbitnya. Aku semakin pelik kerana sebelum ini aku boleh membuka telefon bimbit Hazlan dan melihat segala panggilan masuk serta pesanan yang diterima oleh Hazlan. Tetapi kenapa kali ini dia mengunci telefon bimbitnya dan menukar kata kuncinya? 
Aku cepat-cepat meletakkan telefon bimbit Hazlan apabila aku terdengar bunyi seperti Hazlan akan keluar dari bilik mandi. Aku bergegas naik ke atas katil dan berpura-pura membaca novel yang memang sedia ada di tepi katil. Apabila Hazlan membuka pintu bilik air, aku tersenyum ke arahnya.
Hazlan terus menuju ke almari pakaian sambil mengelap kepalanya yang basah dengan tuala kecil.
“Err….abang. Tadi ada call masuk.” Aku memberitahu apabila Hazlan sedang mengambil bajunya. Hazlan seperti terkejut apabila mendengar kata-kataku kerana aku nampak bahunya tersentak. Aku mengamati lagi reaksi Hazlan. 
“Ya ke…? Siapa call? Sayang tak tolong jawab kan ke?” Hazlan menoleh ke arahku. 
“Tak sempat nak jawab. Call dah berhenti. Tak dapat nak tengok caller sebab telefon abang lock.”
“Biar je lah. Kalau penting sangat, sikit lagi dia call la semula. Kalau tak…esok pun boleh cakap. Sekarang ni abang nak layan permaisuri abang ni. Yang lain-lain boleh tolak tepi. Telefon ni memang abang tukar lock baru-baru ni sebab dalam ni kan ada macam-macam maklumat pasal syarikat. Bahaya kalau orang dapat baca.” 
Hazlan mengambil telefon bimbitnya kemudian memeriksa panggilan yang masuk. Tanpa melihat pun, Hazlan tahu pasti panggilan itu dari Farisya. Tetapi Hazlan tidak bimbang kerana sebelum masuk ke rumah tadi dia telah menukar nama Farisya kepada Fahmi bagi mengaburi mata Rania. Cuma silapnya, dia terlupa untuk “block” kan nombor telefon bimbit Farisya. 
“Siapa yang call tadi abang?” aku masih ingin tahu.
“Ni haa.., Fahmi.” Hazlan terus menunjukkan nama pemanggil. Aku mengangguk melihatnya. Nama Fahmi terpapar di skrin.
“Siapa Fahmi ni?” tanyaku lagi.
“Staff kat pejabat. Anak dia main telefon la kot. Memang sebelum ni pun ada jadi macam ni. Tu la orang sekarang. Anak-anak masa kecik lagi dah diajar umpan dengan telefon bimbit. Macam ni lah jadinya.”
Dengan membelakangkan Rania, Hazlan terus “Off” kan telefon bimbitnya agar tiada apa-apa lagi panggilan atau pesanan yang masuk. 
Aku lega mendengar jawapan Hazlan. Ternyata Hazlan tidak teragak-agak memberikan jawapan dan aku yakin Hazlan bersikap jujur.


Novel Harapan

Pekerja wanita itu menghulurkan tangannya untuk mengambil Aryyan tetapi Aryyan terus memalingkan mukanya dan semakin kuat memeluk Rania. Rania semakin serba salah. Dia semakin berat hati untuk melepaskan Aryyan. 
“Mari sayang. Kita pergi main ya.” Pekerja itu cuba memujuk Aryyan lagi dan perlahan-lahan cuba menarik tubuh kecil itu. Aryyan yang seolah-olah faham apa yang bakal berlaku mula menangis.
Rania memejamkan mata, cuba menguatkan semangatnya. Dia tahu dia perlu juga menyerahkan Aryyan walaupun perasaannya enggan membenarkan.
“Aryyan sayang, jangan macam ni. Aryyan buat mommy lagi sedih. Kakak ni nak bawak Aryyan pergi tempat best. Aryyan duduk sana dulu ya. Nanti mommy akan datang tengok Aryyan.”
Selepas berkata begitu, Rania terus menyerahkan Aryyan kepada pekerja tersebut dan dia terus melangkah pergi tanpa menoleh lagi. Tangisan Aryyan yang semakin kuat membuatkan langkah Rania semakin lemah dan perlahan tetapi dengan satu tarikan nafas, dia melajukan langkahnya semula sehingga akhirnya dia berjaya juga keluar dari bangunan itu. Rania terus berlari ke arah tepi bangunan di kawasan yang lebih tersorok kemudian menangis semahu-mahunya. Dia memang tidak mampu, tidak mampu hendak berhadapan dengan saat perpisahan begini.
Rania tersentak apabila tiba-tiba bahunya dipegang dari belakang. Dia yang sedang dalam keadaan yang sangat sedih terus berpaling dan menyembamkan kepalanya ke tubuh yang sedang berdiri di hadapannya.
“Damia.., mommy tak sanggup. Mommy tak mampu kehilangan orang yang mommy sayang. Mommy tak kuat Damia, mommy tak kuat untuk menghadapi saat-saat macam ni lagi.”
“Rania…,” 
Rania terus terpempan apabila mendengar namanya dipanggil. Tangisannya serta merta berhenti. Dia terus mendongak dan sangat terkejut. Tubuh yang disangkanya Damia sebenarnya adalah Taufiq Hidayat. Rania terus menjauhkan dirinya dari tubuh lelaki itu. Dia terus berpaling dan membelakangkan Taufiq Hidayat. Kerana terlalu malu, Rania terus melangkah pergi dari situ, meninggalkan Taufiq Hidayat tanpa kata.
Taufiq Hidayat masih juga berdiri di situ. Dia juga sangat terkejut dengan tindakan Rania tadi. Tetapi apabila mendengar rintihan Rania tadi, dia sedar Rania telah tersilap orang. Dia tidak menolak tubuh Rania bukan kerana dia hendak mengambil kesempatan tetapi dia tidak sampai hati melihat keadaan Rania begitu. Semasa Rania memeluknya tadi, Taufiq Hidayat hanya tegak berdiri membiarkan Rania meluahkan perasaannya dan dia langsung tidak membalas pelukan Rania.
Di dalam kereta, Rania dan Taufiq Hidayat langsung tidak bercakap. Rania hanya merenung ke luar tingkap. Damia juga melayan perasaan sedihnya di tempat duduk belakang. Suasana sangat sunyi, hanya lagu-lagu dari radio yang dipasang sahaja menjadi santapan telinga mereka. Tetapi apabila kereta Taufiq Hidayat berhenti di depan rumahnya, Rania tidak ada alasan untuk tidak bersuara lagi......




E-BOOK NOVEL SELINGKUH

Assalam semua

di zaman teknologi sekarang ini, cara orang muda sekarang dan juga orang lama membaca mungkin banyak perbezaan, Kalau orang-orang yang lebih berusia mungkin lebih suka membaca dengan memegang buku yang sebenar, berbanding dengan cara orang muda sekarang yang tidak kisah jika membaca secara di atas talian.

Oleh itu wujud lah penjualan buku secara e-book. Kenapa e-book menjadi pilihan? Antara sebabnya mungkin:
1. Harga lebih murah (kos mencetak buku mahal, oleh itu penjual perlu letakkan harga yang tinggi)
2. Mudah untuk disimpan/menjimatkan ruang.
3. Mudah dibaca di mana-mana - dalam telefon/laptop
4. Selamat - tidak mudah hilang.

Oleh itu saya nak maklumkan yang novel Selingkuh juga boleh dibaca secara e-book di E-Sentral.com Boleh klik di perkataan E-Sentral.Com tadi untuk cara-cara pembelian. Hanya RM14 sahaja jika dibeli secara e-book.


Tuesday, December 12, 2017

The Impossible

Assalamualaikum semua dan salam pagi Jumaat yang mulia.


Hehehehe...nak cerita psl movie lg. Kali ni pasal cerita The Impossible.  Sob sob sob....... (nangis). Yezzaaa....itu yang terjadi sepanjang menonton cerita ni. Husband berkali2 menoleh pada saya and then akan gelak2 and perli. GUYS!!!!! diorang ni memang la tak ada sensitive feeling. Tak sedih ke tengok family tu cuba sedaya upaya untuk bersatu kembali selepas tsunami. Insaf jap......kalau saya di tempat mereka tak tahulah samaada saya cukup kuat untuk mengharungi seua cabaran dan dugaan tu. Syukur Alhamdulillah kita semua diselamatkan dari bencana tsunami tu kan. 


REVIEW NOVEL HARAPAN

Alhamdulillah, saya sharekan lagi review novel Harapan ya





Novel Selingkuh dan Harapan - Self Published Author

Assalamualaikum semua,

Novel Selingkuh dan Harapan telah selamat diterbitkan. Novel Selingkuh terbit pada tahun 2016 dan novel Harapan tahun 2017. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan penerbitan 2 novel ini walaupun ia adalah percubaan berani mati saya untuk self-publish novel saya. Tidak dinafikan sekarang ramai penulis mengambil langkah yang sama iaitu self-publish. Banyak faktor sebenarnya kenapa penulis ambil tindakan untuk self-publish karya mereka. Senang cerita, saya senaraikan sebab-sebabnya di bawah. senarai ni adalah pendapat saya sendiri, iaitu melihat dari situasi yang ada di sekeliling dan dari luahan kawan-kawan penulis.

1. Kecewa asyik ditipu penerbit - royalti tidak dibayar/dibayar sedikit atau karya diciplak oleh penulis.
2. Pasaran novel yang merundum.
3. Penerbit tidak mempromosikan novel mereka.
4. Karya ditolak oleh penerbit.
5. Penerbit tidak berpuas hati kerana karya diedit dengan banyak oleh editor/penerbit.
6. Ingin kebebasan dalam berkarya dan keuntungan yang lebih.
7. Ada follower yang ramai dan yakin boleh jual sendiri.

Alahai, berterabur je senarai tu kan. Tapi overall, itu lah sebab-sebab kenapa penulis ambil keputusan terbit sendiri. Saya rasa sebab di no. 1 sampai no. 4 adalah sebab utama lah.

Soalan seterusnya, mesti ada yang bertanya "senang ke nak terbit novel sendiri ni?"
Jawapan saya, dalam next entry insyaAllah saya akan tulis pengalaman saya menerbitkan novel sendiri ya...saya juga akan ceritakan susah dan senangnya, pro and cons nya. Right now..jam sudah tunjukkan pukul 1.00 tengahari. And it is time for my short nap sebelum nak sambung kerja pukul 2 petang nanti. Adiosss.

Oh ya, lupa pulak...novel Selingkuh dan Harapan ni adalah novel yang bersambungan. Kalau dah baca novel Selingkuh, wajib baca novel Harapan ya. Kalau nak harga yang lebih berbaloi, belilah set kombo 2 novel ni. Sekarang saya offer RM55-00 untuk 2 novel ini (termasuk bayaran pos). Nak ke tak nak ni? Stok terhad. Ada dalam 50 buah saja lagi. Lepas ni saya nak berehat sekejap dari promot dan menulis novel sebab nak tumpukan pada 1 projek menulis novel berbentuk sejarah.Tolong doakan projek tu berjaya disiapkan on time ya. Tq semua....

P/s: kenapa cover novel Selingkuh warna hitam dan kenapa cover novel Harapan warna putih....semuanya ada maksud tertentu. Kalau nak tahu dan nak faham maksud pemilihan warna ni, kena lah baca novel-novel ini ya. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

RM55 (termasuk pos) untuk SM dan RM60 untuk SS




Tuesday, October 10, 2017

PROMOSI- HARGA KOMBO JAUH LEBIH MURAH

Assalamualaikum

Inginkan harga yang lebih murah? Dapatkan harga kombo yang jauh lebih murah dengan pembelian novel Selingkuh dan Harapan. Hanya RM60 untuk 2 buah novel termasuk bayaran pos. Cepat dapatkan dengan penulisnya sendiri sebelum stok kehabisan.





12 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BACA NOVEL SELINGKUH DAN HARAPAN


Sebab-sebab kenapa anda perlu membaca/cuba membaca Novel Selingkuh dan Harapan:

1. Ada kisah cinta suami isteri
2. Ada kisah cinta pasangan kekasih -cinta yang matang, selamat dan sopan.
3. Kisah kesetiaan dan kecurangan
4. Kisah kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
5. Kisah penyesalan
6. Kisah dendam
7. Kisah yang penuh debaran
8. Kisah yang penuh suspen
9. Kisah persahabatan
10. Kisah pengabaian terhadap anak
11. Kisah tamakkan kekayaan
12. Kisah berkaitan dengan mahkamah dan polis.

๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Apa lagi yang anda mahukan? Oh ya! Cuma tak ada kisah hantu dan seram je dalam ni sebab saya takut!!!๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Yang lain-lain semua ada...perencah secukup rasa, insyaAllah. Yang penting satu keluarga boleh baca novel ni. Selamat untuk bacaan umum. Tidak perlu nak sorokkan dari anak-anak lepas baca novel ni ya.

Tertarik tak? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… Amacam promosi saya????
Kalau berminat boleh DM atau email ke ainimarisha@yahoo.com.


REVIEW NOVEL SELINGKUH DAN HARAPAN

Review dari seorang pembaca Novel Selingkuh dan Harapan.


Dari Puteri Nur Laila (Facebook)

Novel berkesinambungngan.. Selingkuh dan Harapan..
Start dari selingkuh.. Novel setebal 248 muka surat. Mengisahkan Rania yg di khianati suaminya.. memang rasa geram marah bengang semua ada.. memang terbaik.. Plot pun tersusun cuma nk ending tu macam rasa cepat sgt.. tgh2 feeling dh habis..
Novel Harapan plak muka surat setebal 399. Sambungan selepas Rania bebas dari penipuan Hazlan. Rania memulakan hidup baru bersama kisah percintaannya dengan seorang doktor Taufik Hidayat. Plot cerita memang disusun dengan baik. Garapan jalan cerita memang best.
Semoga penulis terus success utk next project.. Gud luck sis.. Aini Marisha.. All the best.
Rekomen utk korang2 yg minat ceta family camni..bagi akak yg dh kertu ni memang best lah..


NOVEL SELINGKUH DAN NOVEL HARAPAN - SINOPSIS

Novel Harapan adalah bersambungan dari novel Selingkuh. Kedua dua novel ini lebih kepada sebuah novel yang menceritakan mengenai konflik yang berlaku di dalam sebuah keluarga. Ia mengenai Rania dan Hazlan yang telah berkahwin hampir 13 tahun dan dikurnai seorang anak perempuan yang telah berumur 12 tahun. Hidup mereka bahagia dan Rania tiada sebab untuk meragui cinta Hazlan. Namun godaan dari seorang gadis jelita bernama Farisya telah berjaya meruntuhkan tembok kesetiaan Hazlan selama ini. Kisah seterusnya menyaksikan bagaimana Hazlan curang kepada Rania sehingga akhirnya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan cuba membunuh Rania dengan menggunakan racun.
Hazlan menyesal atas setiap perbuatannya dan cuba meminta maaf dari Rania. Namun hati Rania sangat terluka walaupun masih ada cinta buat lelaki itu. Pada masa yang sama seorang doktor tampan bernama Taufiq Hidayat telah jatuh cinta kali pertama pada Rania. Dendam kepada Farisya dan harapan untuk bersatu kembali dengan keluarganya telah menyebabkan Hazlan nekad mencari jalan untuk lari dari penjara. Kisah dalam Harapan banyak mengisahkan tentang Hazlan yang cuba membalas dendam pd Farisya dan juga harapannya untuk melihat keluarganya bersatu semula. Novel HARAPAN sarat dengan pelbagai emosi, sedih, marah, dendam, kasih sayang dan cinta.
Dapatkah Taufiq Hidayat menyembuhkan luka di hati Rania akibat kecurangan Hazlan?
Berjayakah Hazlan memenangi semula hati Rania dan menyatukan semula keluarganya?
Dapatkah Hazlan membalas dendam kepada Farisya iaitu gadis yang telah menggodanya dan kemudian meninggalkannya apabila dia dimasukkan ke penjara...
Untuk mengetahui segala persoalan ini dapatkan novel Selingkuh dan Harapan.


PROJEK E-BOOK NOVEL

Assalamualaikum,

Seperti yang telah saya war-warkan sebelum ini, novel Selingkuh telah habis stok. Saya sedang deal untuk reprint cuma saya tak dapat harga yang sama seperti sebelum ini disebabkan kos yang meningkat iaitu harga kertas dan ink. Hmmm..., pening jugak kan. Jadi solution yang saya boleh fikirkan sekarang adalah untuk offer jualan novel Selingkuh secara e-book. Harga off course la lebih murah dari harga buku fizikal. Cuma yea, ada yang tak selesa dengan bacaan secara e-book sebab tak puas tak dapat pegang buku betul. Rasanya yang boleh terima bahan bacaan e-book ni orang-orang muda sahaja.

Novel Harapan masih ada stok tapi tak banyak. Kedua-dua novel ini kisahnya adalah bersambungan. Oleh itu kena baca Selingkuh dulu untuk tahu kisah yang berlaku di dalam Harapan.

Anyway, jika berminat untuk membaca novel Selingkuh secara e-book, boleh DM saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com



MENULIS DI WATTPPAD

Assalamualaikum, jika anda ada akaun wattpad dan suka membaca secara online, saya nak jemput anda baca karya yang saya kongsikan di sana. Ada beberapa draft karya yang saya telah publish untuk bacaan awal. Boleh cari nama penulis Aini Marisha. Ada 2 cerita yang telah saya publish iaitu Lelongan Cinta dan 1 lagi adalah untuk projek 4 penulis geng gojes iaitu Nina P.I. Nina P.I lebih kepada kisah romantik komedi. Ini cubaan pertama saya untuk menulis genre sebegitu. Hopefully menjadi. InsyaAllah.

Ok, boleh klik  LELONGAN CINTA  untuk membaca di wattpad ya.

Klik pula NINA P.I. untuk membaca kisah penyiasat persendirian wanita ini.

Happy reading you all. Hope you enjoy it.

PETIKAN NOVEL HARAPAN - PROLOG

Di bawah ini saya sharekan beberapa petikan Bab yang ada dalam Novel Harapan

Prolog

“A
ku terima nikahnya Rania Suri binti Ismail dengan mas kahwinnya RM2,000-00 tunaiiii.”

Pak Yaakob merangkap Tok Kadi yang menikahkan pasangan itu memandang dua orang saksi yang mengapit di kiri dan kanan pengantin lelaki bagi memohon pengesahan lafaz nikah.

“Sah”

“Sah”

“Alhamdulillah…” Taufiq Hidayat meraup wajah tanda syukur. Sempat lagi dia menjeling wajah isterinya apabila dia bersalam dengan saksi yang berada di sebelah kanannya. Cantik! Jelita! Ayu! Tidak tahu bagaimana lagi hendak digambarkan wajah Rania pada hari itu yang baru sahaja sah menjadi suri hidupnya.

Taufiq Hidayat cuba mengintai sinar gembira di mata Rania namun isterinya itu hanya tunduk. Perasaan Taufiq Hidayat tersentuh apabila dia melihat Rania mengesat air mata yang mengalir di pipi. Mahu rasanya dia pergi mendapatkan Rania untuk mengelap air mata yang mengalir. Dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dia tidak akan sesekali mahu melihat Rania bersedih lagi. Jadi untuk apakah air mata itu di waktu ini? Adakah Rania tidak gembira dengan penyatuan ini? Ahh…tidak mungkin. Taufiq Hidayat cukup pasti itu adalah air mata penuh kesyukuran. Dan ia terbukti apabila akhirnya Taufiq Hidayat ternampak sinar bahagia di mata Rania apabila isterinya itu mengerlingnya sekilas.

Alhamdulillah…, perjalanan majlis pernikahan mereka berjalan lancar dan telah selesai tanpa sebarang masalah. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 9 malam. Ibu dan ayah Rania sudah masuk ke dalam bilik untuk tidur kerana kepenatan seharian melayan tetamu. Saudara mara yang lain begitu juga. Ramai yang telah pulang ke rumah masing-masing dan ada juga yang bermalam di rumah mereka.
“Assalamualaikum…”

Taufiq Hidayat memberikan salam apabila masuk ke bilik tidur. Pada waktu itu Rania sedang mengemaskan baju-baju yang telah dipakai semasa majlis tadi.

“Waalaikummussalam….” Rania menjawab salam kemudian menoleh sekilas ke arah Taufiq Hidayat yang kini menjadi suaminya. Senyuman manis bersama hati yang dipenuhi debaran terukir di bibir merah Rania.

Ketika itu wajah Rania polos tanpa sebarang alat solekan. Segala alat solek yang menyaluti wajahnya di siang hari telah dicuci bersih. Rambutnya yang lurus dan panjang separas bahu dilepaskan sahaja. Taufiq Hidayat sangat terpukau dengan kecantikan Rania. Ini pertama kali dia melihat rambut Rania dan dia jatuh cinta lagi entah yang ke berapa kali. Wow! Wow! dan Wow! yang entah ke berapa kali meletus di dalam hatinya. Terpukau dan terpaku dengan kecantikan wanita di hadapannya. Betapa bertuahnya dia rasakan di waktu ini kerana dapat menjadikan Rania miliknya.

“Abang!!!” Panggilan beberapa kali dari Rania mengejutkan Taufiq Hidayat dari keadaan terpukau itu. Dia malu sendiri dengan igauan yang tidak henti-henti.

“Ya sayang…”

Terpacul perkataan itu buat pertama kali di bibirnya. Rania terkedu dan merah padam mukanya apabila mendengar perkataan yang tajam menusuk hatinya. Taufiq Hidayat pula terus berpaling ke belakang, menyembunyikan wajahnya yang kepanasan. Walaupun mereka telah sah menjadi suami isteri namun perasaan malu masih menebal antara mereka.

Rania duduk di birai katil selepas menyimpan semua barang perhiasan ke dalam kotak di atas almari cermin. Gelang emas di pergelangan tangan kanannya dipintal-pintal dengan debaran dan desah yang tidak mahu hilang. Walaupun ini adalah perkahwinan keduanya, namun lelaki yang akan menyentuhinya buat pertama kali pada malam ini adalah lelaki yang berbeza. Debaran yang dirasakannya pada malam ini tetap sama, Sama seperti malam pernikahannya dengan Hazlan. Rania terkejut…, ada air mata yang mengalir membasahi pipinya. Cepat-cepat disekanya…, tidak mahu ia dilihat oleh Taufiq Hidayat. Biarlah lelaki itu memiliki hatinya yang telah terubat sepenuhnya akibat kedukaan lalu. Rania berjanji dengan dirinya untuk membahagiakan Taufiq Hidayat dan menjadi isteri yang solehah sehingga ke syurga.

Taufiq Hidayat pula masuk ke bilik air untuk menenangkan diri sebentar. Degupan jantungnya sudah seperti kereta api laju…, jika tiada tulang rusuk yang menjadi sangkar, sudah pasti degupan jantungnya akan kelihatan jelas di kulit dadanya. Berdebuk debak sehingga dia sendiri lemas.
“Tak ada salahnya aku nak panggil sayang. Dia kan isteri aku…” Taufiq Hidayat cuba meredakan perasaan gugup dan gemuruh yang menguasai diri.

“Bertenang Taufiq…, kau suami. Kau adalah nakhoda. Kau adalah ketua keluarga. You can do it!!!”  Hati dalaman Taufiq Hidayat tidak henti-henti memberi kata-kata perangsang.

Taufiq Hidayat menarik nafas panjang, mengelap peluh di wajah kemudian menghembuskan semula nafasnya perlahan-lahan. Ya!!! Dia telah bersedia untuk ke langkah yang seterusnya. Telah lama dia menunggu saat ini iaitu untuk menjadikan Rania miliknya secara lahir dan batin.

Dengan lafas Bismillah, tangan Taufiq Hidayat mengenggam tombol pintu bilik air. Dia terus memutar tombol pintu itu sambil membayangkan wajah isterinya yang jelita, yang penuh menggoda dan sudah pasti sedang menunggu kehadirannya. Dengan memandang sekilas wajahnya di cermin serta merapikan rambutnya ke belakang, Taufiq Hidayat menarik daun pintu bilik air dengan sepenuh hati dan dengan dada yang dibidangkan…..

“Kringgggggg!!! Kringgggg!!!! Kringgggg!!!” tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang amat nyaring. Sangat-sangat membingitkan telinganya. Taufiq Hidayat menekup kedua-dua telinganya….
‘Bunyi apa pulak tu?!’ Taufiq Hidayat cuba mengenalpasti bunyi yang menganggu konsentrasinya. Matanya tiba-tiba terbuka luas. Dia terus memerhatikan sekeliling. Cuba mencari isterinya Rania tetapi….

“Ahhhhhh!!!!” Taufiq Hidayat menjerit dengan perasaan kecewa.

“Aku mimpi rupanya!!!!” Taufiq Hidayat cuba sedaya upaya memejamkan matanya semula tetapi walaupun beberapa kali dia mencuba, tetapi masih juga gagal untuk lena. Wajah Taufiq Hidayat kelat. Bibirnya memuncung. Dia mencapai bantal panjang dan terus memeluknya dengan perasaan kecewa dan muka yang monyok.


“Padan muka kau Taufiq. Dah tua-tua macam ni baru nak bercinta…..huhuhu…, Rania…I miss you Rania,” rintih Taufiq Hidayat. 

REVIEW NOVEL HARAPAN


Di bawah ini saya sharekan berita tentang novel Harapan. Review yang diterima dan kenangan bersama antara pembaca-pembaca yang membeli novel Harapan. Ingin mengetaui info lanjut tentang novel Harapan? Boleh DM saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com












NOVEL HARAPAN

Alhamdulillah, sambungan novel Selingkuh sudahpun siap. Ramai yang telah mendapatkannya. Jika berminat boleh DM saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. Harga novel Harapan adalah RM35. Bayaran pos adalah RM8. Jika hendak dapatkan harga yang lebih jimat, beli secara kombo.





KENANGAN BERSAMA PEMBELI NOVEL SELINGKUH


Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar bersama pembeli Novel Selingkuh.







REVIEW NOVEL SELINGKUH DARI PEMBACA TETAP NOVEL AINI MARISHA

Alhamdulillah....sangat teruja dan bersyukur membaca review daripada salah seorang pembaca ni. Kak Medeena memang selalu beli novel novel saya. Terima kasih kak.


Celik seceliknya biji mata saya apabila membaca #reviewnovel yang sangat panjang lebar dari salah seorang pembaca #novel #selingkuh iaitu kak Medeena Ameen. Alhamdulillah...part ni sebenarnya yang paling mendebarkan diri seorang penulis iaitu ulasan dari pembaca. Sebab pendapat dan minat seseorang itu berbeza2. Ada pembaca yg suka genre tertentu sahaja, dan ada juga yang baca semua genre bagi menambahkan ilmu pengetahuan. 

Okey...kat bwh ni semua review yg saya terima dari whatsapp dan saya copy kan ke sini. Terima kasih banyak2 kak Medeena...saya sgt2 menghargainya. Ini semua pembakar semangat utk saya sambung lagi menulis. 

Pssstt....kepada yg dah baca novel Selingkuh, sudi tak nak kongsi review?๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Kita whatsapp atau pm ya. Tq๐Ÿ˜๐Ÿ˜

********************************

๐ŸŒปAssalamualaikum Pn Aini Marisha ...

Pendapat kak ๐Ÿ˜‰

☘Sebuah karya yang sangat menarik ( lain daripada lain )
gaya penceritaan dan susunan bab ke bab seterusnya tidak terputus.

☘Permulaan cerita dah buat kak tertarik untuk baca bab seterusnya.(tidak melangkau muka surat semasa membaca ๐Ÿ˜ฌ).

☘Watak yang tidak ramai pada awal penceritaan, jadi mudah faham.

☘Penceritaan yang padat.
(Tidak meleret-leret dengan watak yang banyak membebel panjang).๐Ÿ‘

☘Banyak ilmu/pengajaran
- isu bahaya 'is' dan akibat.
- isu ilmu hitam dan akibat.
- isu nasib kanak-kanak 
(mungkin boleh dikembangkan
dalam sambungan novel)...
Cadangan kak ๐Ÿ˜ฌ.

๐ŸŒบPenulis menulis dari hati yang ikhlas ๐Ÿ˜๐Ÿ‘...maksud kak penulis menjiwai/menghayati setiap watak ketika beliau menulis. 

Sebab ketika membaca kak berasa dekat dengan watak- watak dan situasi di mana mereka berada.๐Ÿ˜

๐Ÿ’๐Ÿ‘
Suka :- Novel tidak tebal.
         - Harga berpatutan 
            rm30 termasuk pos.
Boleh lah dalam ekonomi yang ๐Ÿ‘‡sekarang ini...๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….

๐Ÿ’Kesimpulannya...mari ramai- ramai beli dan baca ye...memang berbaloi...๐Ÿ˜๐Ÿ‘

Tak sabar tunggu sambunganya๐Ÿ˜‰
Sekian pendapat daripada kak๐Ÿ˜ƒ
Tahniah dan selamat maju jaya Puan Aini Marisha๐Ÿ˜

REVIEW NOVEL #SELINGKUH

Assalamualaikum,

Macam biasalah, kesibukan membuatkan saya tak dapat nak update blog ni. Actually banyak yang dah berlaku dalam aktiviti seharian. Novel Selingkuh juga sudah setahun lebih dipasaran. Alhamdulillah, memang tak print banyak tapi stok habis. Terima kasih kepada yang membeli. Sekarang saya dalam proses untuk print yang baru sebab masih ada permintaan. Jika ada yang berminat nak dapatkan #novelselingkuh boleh lah DM saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com.
Di bawah ini saya kongsikan beberapa review yang saya terima dari pembaca mengenai novel Selingkuh








Wednesday, September 27, 2017

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah novel Harapan sudah siap, tunggu untuk diambil dari kilang cetak sahaja. Novel Harapan ni sequel kepada novel Selingkuh. Buat masa ini stok novel Selingkuh sudah habis. Untuk novel Harapan pula, pembelian masih boleh dibuat sementara stok masih ada. Jika ada yang berminat nak membaca novel Selingkuh, saya buka jualan secara e-book dengan harga RM14.00 sahaja. Pembelian boleh dibuat secara terus kepada saya dengan cara mesej di facebook atau email ke ainimarisha@yahoo.com untuk detail lanjut tentang cara pembayaran.

Sedikit sinopsis novel #Selingkuh :

Rania dan Hazlan melayari kehidupan berumahtangga yang cukup bahagia selama hampir 13 tahun. Rania mengharapkan kebahagiaan sehingga ke Jannah namun siapa sangka badai melanda menghempas mahligai yang dibina sekian lama. Hazlan gagal menahan godaan seorang gadis muda jelita. Dia tersungkur dan akhirnya mengahwini Farisya secara rahsia. Bertahun tahun Rania dicurangi sehinggalah sesuatu berlaku....
Kesihatan Rania merosot sehingga hampir meragut nyawanya...siasatan dijalankan dan keputusannya amat mengecewakan Rania.
Sementara itu Taufiq Hidayat, seorang doktor pakar jatuh cinta pada seorang wanita jelita dari pandangan pertama. Hatinya kecewa apabila mengetahui wanita itu telahpun bersuami, namun dia akur lalu cinta itu dikunci kukuh di dalam hati.
Namun adakah takdir akan menentukan bahawa ada jodoh diantara mereka?
Dan apakah yang akan terjadi pada mahligai cinta Rania dan Hazlan selama ini.
Adakah cinta yang mendalam pada Hazlan membuatkan Rania sanggup memaafkannya? Untuk mengetahui segala jawapan ini, boleh dapatkan novel #selingkuh versi ebook. Dan selepas itu dapatkan sequelnya iaitu novel #Harapan.

PROLOG

Kakitangan di bahagian kecemasan di Hospital Putrajaya berada di dalam keadaan panik dan kelam kabut. Jururawat dan petugas hospital kelihatan berlari-lari keluar dan masuk bagi mendapatkan peralatan kecemasan yang diarahkan oleh doktor yang bertugas. Doktor Kamarul sudah dibasahi peluh. Degupan jantung Rania terhenti. Garisan melintang lurus di monitor Electrocardiograph (ECG) terpapar dengan bunyi yang nyaring. Doktor Kamarul dan Pegawai perubatan yang membantu cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Rania.
“Call Doktor Taufiq Hidayat now!! Hurry!!!” Doktor Kamarul semakin cemas melihat keadaan Rania.
“Come on Rania! Don’t give up. You are strong! Come on Rania!!!!” Doktor Kamarul berkata dengan kuat sambil menekan dada Rania untuk melakukan CPR.
“Nurse!!! Get ready with defibrillator machine!! Now!!” Doktor Kamarul menjerit lagi kepada jururawat yang bertugas di dalam bahagian kecemasan setelah rawatan CPR tidak berjaya. Denyutan jantung Rania masih tiada. Jururawat tersebut berlari mengambil mesin yang dimaksudkan kemudian menyerahkan defibrillator paddle kepada Doktor Kamarul.
“Ok nurse. Use 360 joules!!!” Doktor Kamarul mengarahkan. Serta merta itu juga paddle tersebut diletakkan ke atas dada Rania dan arus elektrik terus disalurkan bagi membantu merenjatkan semula degupan jantung yang terhenti.
“Again!!!” Doktor Kamarul mengarahkan semula apabila masih tiada perubahan di mesin ECG.
“Rania!!! Come on!! Wake up Rania!!!.”
Doktor Taufiq Hidayat masuk ke bahagian kecemasan dan terkejut melihat keadaan di dalamnya. Tetapi yang lebih membuatkan dia tergamam adalah apabila melihat pesakit yang sedang berada di atas katil rawatan… “Rania???”
“Taufiq!! Jangan tercegat saja di situ. Help me now!!!” Panggilan Doktor Kamarul menyentapkan diri Taufiq Hidayat. Dia segera rapat ke katil pesakit dan membantu memberikan rawatan kecemasan.
“Come on Rania….fight!!!” Kali ini kata-kata Doktor Taufiq Hidayat dan Doktor Kamarul silih berganti memberikan kata-kata semangat untuk menyelamatkan nyawa Rania.

Pm/email ke ainimarisha@yahoo.com untuk versi ebook. Harga RM14.00 sahaja.

Monday, April 3, 2017

ALHAMDULILLAH.....KES KENA TIPU SELESAI

Alhamdulillah, kalau anda terbaca kisah saya kena tipu pasal nak cari rumah sewa di Shah Alam tahun 2013, saya nak share cerita yang lelaki penipu tu dah pun kena tangkap. Akhirnya....setelah hampir 4 tahun kes tu berlaku. Saya bersyukur, walaupun tak dapat balik duit saya semula, tapi sekurang2nya dia dah tak boleh tipu orang lain. Sekurang2nya orang lain tak akan jadi mangsa dia pula.

Saya lega. Dia dah kena tangkap, dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara. Kalau nak tahu cerita lanjut, boleh klik label "LAIN-LAIN CERITA" DAN "UiTM MASTER". Benarlah kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Please remember, kalau awak makan duit haram, selama2nya hidup tak akan senang di bumi ni. Bukan saja hidup tak senang, hati juga rasa tidak tenang. Jadi yang mana masih buat perkara macam ni, sudah2 lah tipu duit orang. Bertaubatlah....jangan sampai hati jadi hitam. Jangan sampai nyawa dah sampai ke kerongkong baru nak bertaubat, takut tak sempat je nanti.

Sekian....



Tuesday, January 17, 2017

Up semula kisah kena tipu pasal sewa rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sejak hari Isnin yang lepas cuaca di Putrajaya mendung, hujan dan seperti biasa, ofis saya ni dah jadi macam peti sejuk.

Oklah...sebenarnya saya nak share semula kisah kena tipu saya yang berlaku tahun 2013. Lama dah cerita ni iaitu masa saya dapat tawaran buat Master di UiTM Shah Alam dulu. Saya postkan kisah ni di blog ni, boleh cari tajuk "KENA TIPU!!!!" atau klik label di bawah. Lepas tu dah lama saya tak cek post tu. Baru-baru ni saya terkejut sebab still ada yang post komen kat cerita saya tu dan kata kena tipu dengan orang yang sama iaitu Abdullah Hj Pi. Ya Allah....dah 3 tahun lebih cerita ni. Saya dah puan buat report polis, dah bagi nombor telefon dan dah bagi nombor akaun penipu tu...geram sangat sebab dia still lagi tak puas makan duit haram. Still lagi menipu sampai sekarang. Kita tak tahu la pulak sebelum tahun 2013 tu dah berapa lama dia makan duit haram jugak kan. Pihak polis.....tolonglah ambil berat aduan mangsa yang kena tipu dengan orang yang sama ni atau mana2 aduan lah tentang orang yang menipu secara online ni.

Kepada orang2 lain...., please lebih berhati-hati semasa berurusan secara online. Kalau dapat nama tuanpunya akaun tu, google dulu, mana tahu ada orang dah komen sesuatu. Kalau nak sewa atau beli rumah, insist untuk tengok rumah tu dulu. Jangan bank in duit deposit dulu. Cakap nak serah duit deposit by hand dan buat appointment. Tak rugi pun kalau cuti sehari untuk jumpa dia daripada rugi sampai RM1K macam tu je. Hopefully post saya ni dapat dibaca oleh ramai orang dan please share untuk bolehkan ia disebarkan dengan lebih cepat. Saya nak sangat dengar berita Abdullah Hj Pi tu ditangkap dan dibicarakan.