E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Tuesday, November 9, 2010

Pizza lagi

Hehehee...tak habis lagi kisah makan2 hari minggu tu. Actually hari tu saya buat pizza and cheese cake sekali. Huhh...memang habis menjunam segala diet2 semua. Kolestrol berganda2 masuk dalam perut. Tapi tak pe kan..sekali sekala nak jugak makan sedap2 hasil tangan sendiri. Dan yang paling best adalah apabila anak dan suami tak habis2 puji memuji.....ok, gambar ada kat bawah ye.



Wednesday, November 3, 2010

Aiskrim..



huhuhu...first time nak cuba buat aiskrim...tapi rasanya kan, hehehee...lebih baik beli aiskrim dah siap. Anyway, dah ada pengalaman and it's fun. Rasa aiskrim ni memang sedap..tapi nak membuatnya, saya rasa agak remeh terutama nak tunggu dia sejuk/beku sikit (dalam beberapa jam), keluarkan dari peti sejuk dan pukul lagi hingga kembang dan proses ni perlu diulang beberapa kali untuk dapatkan tekstur aiskrim yang baik dan gebu

Tuesday, November 2, 2010

cheese cake

Cheesecakeni saya buat hari minggu yang lepas. masa tu cik rajin datang tak henti-henti. so, saya pun mengadaptasi segala ilmu "baking" yang saya baca di internet selama ni....mcm2 lah yang teringin nak dibuat. salah satunya cheesecake ni la. Satu bekas tu saya buat plain cheese cake je dan satu lagi tu saya hiaskan dengan blueberry filling kat atasnya. Dua-dua sedap...tapi kalau nak suruh pilih tempat pertama, saya lebih suka yang plain without any additional flavour. So, boleh try ye..agak senanag jugak membuatnya. resepi ada kat bawah. resepi ni saya ambik dari blog Rima-Singapore tu.






Cheese cake Japanese style –resepi dari Rima Singapore

A:
50 gm tepung gandum
50gm tepung jagung diayak bersama

B:

60gm unsalted butter
250gm cream cheese
120ml whip cream
5 biji kuning telur
2 tbsp grated lemon peel (saya tak bubuh sebab terlupa beli lemon)

C:
5 biji putih telur
125gm gula castor
1tsp lemon juice (tak bubuh jugak tapi saya gantikan dengan lemon paste) sedap jugak

Cara-Cara:

1. Satukan butter, cream cheese dan whipping cream dalam satu bekas dan panaskan secara double boiler. Kacau sehingga bahan2 tersebut sebati. Selepas sebati dan cream cheese cair, angkat dari api. Perlahan-lahan masukkan bahan A dan kacau lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan parutan kulit lemon.

2. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan gula castor dan juslemon sedikit demi sedikit.Pukul lagi sehingga putih telur menjadi pekat.

3. Setelah selesai, masukkan 1/3 bancuhan putih telur ke dalam campuran creamcheese dan kacau sehingga sebati. Selepas itu masukkan bancuhan creamcheese itu ke dalam putih telur. Kacau sehingga semua adunan menjadi sebati.

4. Selepas itu, masukkan adunan ke dalam bekas dan masak secara water bath selama lebih kurang 75 minit. Selepas masak, sejukkan.

5. Jika suka,selepas kek sejuk, boleh sapukan blueberry filling di atas kes.