E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information
Showing posts with label LAIN-LAIN CERITA. Show all posts
Showing posts with label LAIN-LAIN CERITA. Show all posts

Monday, April 3, 2017

ALHAMDULILLAH.....KES KENA TIPU SELESAI

Alhamdulillah, kalau anda terbaca kisah saya kena tipu pasal nak cari rumah sewa di Shah Alam tahun 2013, saya nak share cerita yang lelaki penipu tu dah pun kena tangkap. Akhirnya....setelah hampir 4 tahun kes tu berlaku. Saya bersyukur, walaupun tak dapat balik duit saya semula, tapi sekurang2nya dia dah tak boleh tipu orang lain. Sekurang2nya orang lain tak akan jadi mangsa dia pula.

Saya lega. Dia dah kena tangkap, dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara. Kalau nak tahu cerita lanjut, boleh klik label "LAIN-LAIN CERITA" DAN "UiTM MASTER". Benarlah kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Please remember, kalau awak makan duit haram, selama2nya hidup tak akan senang di bumi ni. Bukan saja hidup tak senang, hati juga rasa tidak tenang. Jadi yang mana masih buat perkara macam ni, sudah2 lah tipu duit orang. Bertaubatlah....jangan sampai hati jadi hitam. Jangan sampai nyawa dah sampai ke kerongkong baru nak bertaubat, takut tak sempat je nanti.

Sekian....



Tuesday, January 17, 2017

Up semula kisah kena tipu pasal sewa rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sejak hari Isnin yang lepas cuaca di Putrajaya mendung, hujan dan seperti biasa, ofis saya ni dah jadi macam peti sejuk.

Oklah...sebenarnya saya nak share semula kisah kena tipu saya yang berlaku tahun 2013. Lama dah cerita ni iaitu masa saya dapat tawaran buat Master di UiTM Shah Alam dulu. Saya postkan kisah ni di blog ni, boleh cari tajuk "KENA TIPU!!!!" atau klik label di bawah. Lepas tu dah lama saya tak cek post tu. Baru-baru ni saya terkejut sebab still ada yang post komen kat cerita saya tu dan kata kena tipu dengan orang yang sama iaitu Abdullah Hj Pi. Ya Allah....dah 3 tahun lebih cerita ni. Saya dah puan buat report polis, dah bagi nombor telefon dan dah bagi nombor akaun penipu tu...geram sangat sebab dia still lagi tak puas makan duit haram. Still lagi menipu sampai sekarang. Kita tak tahu la pulak sebelum tahun 2013 tu dah berapa lama dia makan duit haram jugak kan. Pihak polis.....tolonglah ambil berat aduan mangsa yang kena tipu dengan orang yang sama ni atau mana2 aduan lah tentang orang yang menipu secara online ni.

Kepada orang2 lain...., please lebih berhati-hati semasa berurusan secara online. Kalau dapat nama tuanpunya akaun tu, google dulu, mana tahu ada orang dah komen sesuatu. Kalau nak sewa atau beli rumah, insist untuk tengok rumah tu dulu. Jangan bank in duit deposit dulu. Cakap nak serah duit deposit by hand dan buat appointment. Tak rugi pun kalau cuti sehari untuk jumpa dia daripada rugi sampai RM1K macam tu je. Hopefully post saya ni dapat dibaca oleh ramai orang dan please share untuk bolehkan ia disebarkan dengan lebih cepat. Saya nak sangat dengar berita Abdullah Hj Pi tu ditangkap dan dibicarakan.

Tuesday, April 1, 2014

Aduhai Lecturer ku sayang

Hehehe...saja je nak hupdate pasal kelas semalam. Ngintai-ngintai kiri kanan dulu. Jangan la pulak lecturer ku baca. Kantoi la nak dapat A masa exam nanti kalau dia baca kan.

Sepanjang perjalanan pergi kelas semalam puas la saya berdoa moga2 mood lecturer dalam keadaan yang sangat baik. Dan satu lagi, saya mintak dilembutkan hati lecturer untuk bagi kitaorang balik awal sikit. Maklumlah baru lepas balik bercuti kan....perasaan malas ni puas dicungkil tapi masih bersisa lagi.

So, dengan hati yang berdebar2 saya ni menunggu la. Okey!. Dia masuk dah. Seperti biasa, mukadimahnya dia cerita pasal aktiviti dan kesibukan dia sepanjang hari tu. Okeylah tu kan. Lepas tu tiba-tiba dia tanya siapa nak jadi class rep. Saya dah pandang kiri kanan sebab tahu dah pantang dia kalau tak de yang nak volunteer. Saya serba salah nak angkat sebab takut tak dapat jalankan tanggungjawab yang diberikan nanti dengan sepenuhnya sebab saya ni bila ada kelas baru saya gerak dari Ipoh.

Jeng jeng jeng...seperti yang diandaikan...dia pun mula naik angin sebab tak de yang nak volunteer. Apa lagi..hangin lah satu badan. Berdesing2 kelas dengan bunyi suara beliau. Semua dah kecut perut. Last2 merajuk la lecturer kesayanganku itu... Dia terus kemas barang2 dan tak mboh mengajar hari tu.

Ringkasannya...doa saya yang kedua dimakbulkan. Dapatlah saya balik awal hari tu berbanding hari biasa. Itu je le yang di update.

Ok, nantikan next entry saya pasal cuti2 di Bali ya.


Monday, March 17, 2014

ISU DADAH DAN KONSERT HIBURAN

Assalamualaikum semua.

Saya masih tidak dapat larikan fikiran saya dari memikirkan mengenai anak2 muda yang meninggal dunia dalam konsert FMFA di Bukit Jalil yang lepas. Yang meninggal, dah pun meninggal. Yang kritikal masih terlantar di hospital. Yang ditangkap kerana memiliki dan menggunakan dadah pun ramai.

Astaghafirullahalazim....sedih kan bila baca berita2 mcm ni. Saya pun ada anak, saya sangat2 risaukan tentang masa hadapan dia. Sebagai seorang ibu, ALLAH s.w.t telah tetapkan bahawa doa seorang ibu pasti akan dimakbulkan. Oleh itu para ibu, marilah kita sama2 berdoa supaya anak2 kita membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Marilah kita berdoa supaya anak2 kita selamat kehidupannya di dunia dan akhirat.

Mungkin....pada pandangan dan pendapat saya lah. Dengan kehidupan serba moden sekarang ni, kebanyakan ibu bapa sibuk mengejar masa, kadang2 kita memang tak sempat nak berdoa dan meminta kepada ALLAH s.w.t.  Kadang2 kita terlupa..dan tanpa kita sendiri sedar, anak2 makin dewasa. Apabila dewasa, memang sukar lagi membentuk mereka. Mereka sudah jadi buluh yang sukar dilentur.

Selain itu, ibu bapa jangan terlalu berlembut dengan anak hanya kerana terlalu sayangkan mereka. Sayang, sayang juga. Tetapi ada masanya kita perlu tegas menyampaikan apa yang kita suka dan tak suka supaya anak kita tahu apa yang dia boleh lakukan atau tidak.

Selepas pendidikan di rumah, guru pula memainkan peranan. Tanggungjawab guru2 bukan sekadar untuk menyampaikan ilmu tetapi juga membimbing sahsiah diri murid2 supaya apabila mereka keluar, mereka menjadi insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Tetapi itu bukan bermakna ibu bapa boleh lepas tangan dan membiarkan tugas itu digalas oleh guru2 sahaja. Ibu bapa adalah orang yang paling penting dalam pendidikan anak2. Mereka adalah contoh ikutan untuk anak2 yang sedang membesar. Jika ibu bapa orangnya kuat bersolat dan berpegang teguh dengan pegangan agama, insyaAllah begitu jugalah dengan anaknya.

Tetapi masalahnya sekarang, ibu bapa di rumah sendiri tidak ada masa untuk membimbing anak2 di rumah. Bila di sekolah pula, jika cikgu2 merotan anak mereka bagi tujuan mendisiplinkan mereka, ibu bapa pula melenting sampai buat laporan polis. Last2nya, anak itu lah yang menjadi mangsa yang paling teruk sebenarnya. Ibu bapa tidak mengajar, cikgu pun malas nak tegur sebab malas nak berhadapan dengan masalah report2 ni semua. Jadi fikir2kan lah. Jika ibu bapa memang rasa dia x byk masa nak didik anak2, berilah kuasa tersebut kepada guru selagi hukuman yang guru berikan adalah berniat baik dan tidak sehingga memudaratkan anak kita.

Selain dari tanggungjawab ibu bapa dan guru2, pemimpin dan pihak kerajaan juga harus memberikan kerjasama dalam pembentukan diri muda mudi  di masa hadapan.  Sudah ternyata pesta2 hiburan ini begitu banyak buruk dari baiknya. Kerajaan yang beragama Islam sudah pasti cukup tahu dengan hukum hakam agama Islam. Sudah jelas bahawa hiburan seperti ini adalah haram. Jika Brunei boleh jalankan hukum hudud dan menjaga kehormatan negara mereka, kenapa negara Malaysia yang juga dikatakan negara Islam tidak boleh bertegas dalam perkara ini?

Sedikit sebanyak masalah ini menunjukkan kelemahan negara kita dalam mengawal penularan dadah seperti ini. Jika rasanya tidak mampu mengawal masalah, jangan benarkan pesta seprti ini diluluskan. Itu sahaja.

Sekian. Semua tulisan ini adalah pendapat peribadi saya sendiri...

untuk membaca berita Astro Awani, boleh klik link di sini ASTRO AWANI.

UMUM - ISU MASALAH REMAJA MASA KINI



Felixia Yeap:
"SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.

Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.

"Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.

"Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.

"...tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.

"Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini," katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.

Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Untuk membaca keratan akhbar Sinaran Harian ini, boleh klik link di bawah.
AMBIL IKTIBAR KEJADIAN DI BUKIT JALIL

Berkenaan isu ini, pada pendapat saya ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk mendidik anak2 dan mencorakkan perlakuan anak2 mereka sejak dari sejak mereka dilahirkan. Jika ibu bapa sendiri mengatakan "tak apa" jika anak berpakaian tidak menutup aurat, atau "biarlah" jika melihat anak2 mereka bergaul bebas dengan kawan2.... Dalam keadaan begini, adakah adil jika selepas itu mereka menunding jari dan meletakkan  pula punca kesalahan ini pada pihak lain?.  Semua ibu bapa kena lebih memainkan peranan penting dlm mendidik anak2 mereka terutama dalam zaman yang serba mencabar ini. Ajar anak dan maklumkan mereka apa yang diharamkan oleh agama. Arak itu haram! Dadah itu haram! Berdua2an dengan lelaki atau wanita yang belum berkahwin itu juga haram!!. Jika dulu kita telah melakukan kesalahan yang sama, janganlah biarkan anak2 kita mengulang perkara yang sama. Biarlah generasi kita menjadi generasi yang lebih baik di masa hadapan.

Kita mesti berusaha dan ambil langkah segera utk mengubahnya dan bukan sekadar mengutuk atau bercakap benda buruk di laman sosial sedangkan anak2 kita di rumah kita tak nasihatkan.

Doa saya semoga semua manusia yang beragama Islam akan berubah mengikuti cara dan perwatakan Rasulullah s.a.w yang sebenarnya. Wahai ibu bapa, kita memang boleh menjadi ibu bapa yang open minded tetapi open minded tu ada had dan batasannya. Yang perlu ditutup, masih perlu ditutup. Ajar anak2 kita untuk sentiasa menutup aurat. Sebab anak2 ini adalah bekalan yang akan kita tinggalkan di dunia selepas kita mati nanti. Ajarlah anak2 kita untuk mengaji Al Quran sebab kita nak anak2 kita ni bantu untuk terangkan dan luaskan kubur kita selepas kita mati nanti. Kalau kita ajar anak2 kita dengan disko dan perkara2 yang lebih membawa dosa, kita takut bila mati nanti kita tak mampu nak tahan segala siksa kubur yang sedia menanti.   Wallahualam....

Friday, May 10, 2013

Selamat datang bulan Rejab yang mulia

Assalamualaikum. ...
Alhamdulillah esok kita akan bertemu dengan  bulan Rejab yang mulia. Sama2 lah kita memperbanyakkan amal ibadah kita dan lupakan semua dendam dan persengketaan. Di bawah ni saya kongsikan sedikit sebanyak kebaikan bulan Rejab yang saya panjangkan dari blog yang lain. Semoga perkongsian ini memberikan kerahmatan ALLAH swt buat kita semua.
"Rejab merupakan bulan ke tujuh dalam kalendar Islam (Hijriah). Pada bulan ini terdapat peristiwa yang sangat agung dan suci iaitu Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Dimana peristiwa suci itu merupakan  perintah awal Allah kepada umat Muhammad SAW  untuk menjalankan perintah solat lima waktu iaitu  terjadi pada 27 Rejab ini. Dalam kepercayaan Umat Islam, terdapat empat bulan haram (suci) satu diantaranya Rejab, dimana secara berurutan adalah Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram, dan satu bulan yang tersendiri,  Rejab. Bulan ini dinamakan bulan suci  kerana pada bulan-bulan tersebut orang Islam dilarang mengadakan peperangan. Tentang bulan-bulan  ini, Al-Qur’an menjelaskan:“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu Menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa."
Banyak sekali keistimewaan yang boleh diperolehi apabila kita mahu menunaikan puasa Rejab, Salah Satunya adalah sebagai berikut:
1. Laksana puasa sebulan.
Rasulullah SAW bersabda,“Barang siapa berpuasa pada bulan Rejab sehari maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya 7 pintu neraka jahanam. Bila puasa 8 hari maka dibukakan untuknya 8 pintu surga. Dan bila puasa 10 hari maka Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”
2. Rasulullah SAW bersabda,“Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rajab, Allah mencatatnya sebagaimana orang yang puasa selama 60 bulan.”Abu Hurairah.
3. Puasa 7 hari pada bulan Rajab akan menutup pintu neraka baginya.
4. Puasa 8 hari pada bulan Rajab akan membuka 8 pintu surga untuknya.
5. Puasa 10 hari pada bulan Rajab maka akan menghapus dosa-dosanya dan diganti dengan kebaikan.
6. Puasa sehari pada bulan Rajab akan mendapatkan air susu yang berasal dari sungai Rajab di surga.Rasanya manis melebihi madu.
Wassalam....

Hari Ibu

Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur sebab kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH swt sehingga sekarang.  Sempena menunjukkan kasih sayang kepada kaum ibu, tahun 2013 ni tahun ibu ditetapkan pada 12 Mei 2013. Hmm....berkenaan sambutan hari ibu ni apa yang saya baca, ada yang kata haram disambut sebab bersangkut dengan perayaan asal oleh agama lain untuk tujuan yang bertentangan dgn agama Islam. Wallahualam....saya tak berapa arif tentang perkara ni.
Tapi apa yang saya boleh katakan ialah ia bergantung kepada niat kita. Memangla...untuk menghargai jasa seorang ibu actually tak perlu la kita nak tetapkan 1 hari khas kan sebab memang dah jadi tanggungjawab seorang anak untuk sentiasa menghormati dan membahagiakan kedua ibu bapanya. Cuma....ada kalanya kita terlupa. Kita jadikan tanggungjawab ibu bapa tu sebagai 1 alasan bahawa mmg ibu bapa patut jaga anak2 mereka dgn baik. Dan kadang2 anak2 yang dah bekerja dan tidak tinggal bersama ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing2. Jadi....dalam keadaan seperti ini lah hari ibu amat bermakna buat seorang ibu. Walaupun anda hanya memberikan hadiah dan menggembirakan mereka dengan bawa keluar makan atau balik bercuti  setahun sekali, percayalah....ia adalah perkara yang paling menggembirakan buat mereka. Tapi nasihat saya....luangkan lah masa dengan ibu bapa anda sebanyak mungkin kerana mereka lebih tua dari kita. Mereka sudah tak kuat.....tenaga mereka semakin hari semakin berkurangan. Kita tak tahu berapa lama kita mempunyai peluang untuk bersama mereka.
Pada yang masih mempunyai ibu bapa, bersyukurlah. Peluk dan cium lah mereka semasa mereka masih hidup. Ibu saya telah lama meninggal dunia.....kalau lah masa boleh diputar semula saya nak ubah semula kisah hidup saya semasa saya remaja. Tapi.....semuanya sudah terlambat. Cuma apa yang saya harapkan....jika ALLAH memasukkan saya ke neraka atas dosa saya, saya harap anak saya Muhammad Khairun Nazrin akan dapat menarik saya keluar dan memimpin saya untuk ke syurga.........
Ya ALLAH Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku dan kau kasihani dan sayangilah mereka dan tempatkanlah ibuku di kalangan orang2 yang beriman dan orang2 yang Engkau sayangi.....

Monday, May 6, 2013

PRU 2013

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah tanggungjawab kita sebagai rakyat telahpun dilaksanakan pada 5.5.2013 dan Alhamdulillah juga proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang peristiwa yang tidak diingini.  Saya dan keluarga awal2 pagi dah keluar untuk membuang undi sebab dari hari sebelum tu dah macam excited sangat. Saya memang tak sabar nak mengundi pada 5.5.2013 ni sebab benda ni hanya berlaku 5 tahun sekali je kan, jadi saya rasa satu kerugian besar pada sesiapa yang tak mahu mengundi.

Saya merasa la tersekat dalam jem yang panjang masa hari Jumaat sebelum minggu mengundi tu. kelas saya habis pukul 9.30 malam hari Jumaat tu. Malam tu jugak  saya nak balik ke Ipoh. Suami saya sanggup naik bas dari Ipoh dan saya ambil di di Terminal Bas Shah Alam. Lebih kurang pukul 11.30 malam kami dah sedia untuk bertolak ke Ipoh. Ya ALLAH.....panjangnya jem. Dah lah badan penat, kereta tak bergerak2. Last2 suami ambil keputusan nak tidur sekejap sebab mengantuk sangat. Ingatkan nak tidur kejap je tapi rupa2nya kami semua terlena hampir 2 jam. Kami teruskan perjalanan semula dan akhirnnya sampai di rumah tepat pukul 6.00 pagi dan lepas solat Subuh masing2 terus sambung tidur.

Tapi...saya sedih la....sebab saya  ada dengar dan ada juga terbaca sebab sebab kenapa sesetengah orang ni tak nak mengundi. Yang memang ada alasan yang betul2 dan memang tak boleh dielakkan tu tak pe lah kan. Tapi kalau setakat alasan-alasan macam kat bawah ni saya rasa kesal la sikit :

1. Malas nak beratur panjang-panjang
2. Sama je undi ke tak
3. Tak de beza pun setakat hilang 1 undi dia je
4. Saya tak kisah siapa menang...saya terima apa sahaja keputusan pilihanraya ni
5. Tak percaya dengan sistem pengundian ni. SPR memang akan menangkan kerajaan sedia ada

Tak sepatutnya lah kita berfikiran macam ni kan sebab setiap 1 undi tu sangat berharga nilainya sebab ia bukan sahaja boleh merubah pemerintahan di negeri kita tetapi juga boleh mengubah 1 negara. Kalau semua orang berfikir macam tu, hilanglah sistem demokrasi di negara kita. Contohnya keadaan yang berlaku di Batu Gajah Perak. Perbezaan kemenangan hanya 2 undi sahaja. Kalau lah 2 @ 3 orang yang berniat tak nak mengundi tu datang mengundi mesti dia telah melakukan satu perubahan besar dalam jumlah undi yang diterima.

Okeylah....nak cakap lebih2 pun dah tak guna kan sebab hari mengundi dah pun selesai. Diharapkan 5 tahun akan datang semua rakyat Malaysia yang layak mengundi akan cuba sedaya upaya untuk keluar mengundi.

Dan di bawah ni adalah keputusan penuh selepas proses pengiraan undi tahun 2013.



Kerajaan Barisan Nasional nampaknya masih diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mentadbir negara ini. Walau apa sahaja keputusan, kita terima lah dengan hati terbuka dan redha dengan ketentuanNya. Rata-rata analisis yang saya dengar dan baca melihatkan bahawa walaupun kerajaan BN menang namun jumlah kerusi yang dimenangi merosot sedikit dari pilihanraya sebelumnya. Dan kita nampak dengan jelas bahawa parti DAP menunjukkan peningkatan kerusi yang amat ketara berbanding dengan PKR dan PAS.

Saya sebenarnya cuba memaksa diri saya untuk tidak lagi memikirkan lagi mengenai isu pilihanraya ini selepas memperolehi keputusan pilihanraya. Tetapi...saya gagal menidakkan dan memujuk hati saya dari meluahkan rasa hati saya apabila melihat keputusan ini. Secara ikhlas dan jujurnya saya gembira kerana kerajaan BN masih menerajui dan mentadbir negara. Saya masih mempunyai kepercayaan penuh kepada kerajaan BN untuk terus membangunkan negara Malaysia yang amat saya cintai. Saya juga amat2 berharap kerajaan BN akan membuat post mortem dengan sebaiknya untuk menganalisis dan mengkaji punca kemerosotan undi terhadap mereka terutama di negeri Perak, Trengganu dan kekalahan terus di Selangor. Satu lagi....antara hasil yang paling jelas yang kita dapat lihat dari pilihanraya ini adalah pengundian kaum Cina yang berpakat secara keseluruhannya untuk mengundi DAP. Kerajaan BN, PAS, PKR kelihatan seolah2 ditikam dari belakang oleh kaum ini walaupun sebelum pilihanraya mereka menunjukkan bahawa mereka tidak bersifat perkauman dan gembira dengan semua bantuan yang kerajaan berikan....tapi akhirnya kerajaan BN ditipu dan ditinggalkan.

Saya bukanlah seorang yang bersikap perkauman. Saya tak kata apa yang kaum Cina lakukan adalah salah sebab kalau saya pun pasti akan menyokong kaum Melayu jugak kan. Cuma masalah yang kita nampak adalah...Cina menang kerana mereka bersatu. Dan yang sedihnya...orang Melayu berpecah belah (BN, PAS dan PKR) dan akhirnya kita yang rugi.

Cuma saya mengharapkan adalah.....janganlah sehingga negara Malaysia ini tergadai sehingga ditadbirkan oleh kaum lain. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya bahawa ini negara yang dibangunkan oleh kaum Melayu. Sejarah adalah jelas bahawa negara kita dibangunkan oleh orang Melayu. Ini negara kita......anak2 muda sekarang tolonglah baca Sejarah Tanah Melayu. Tolonglah selami pengorbanan datuk nenek kita dulu yang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan negara ini demi anak cucu mereka iaitu kita sekarang. Jika mereka tidak lakukan demikian, sudah tentu kita tak akan dapat menikmati suasana aman damai seperti sekarang. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita pula untuk menjaga negara yang diserahkan kepada kita ini untuk diwarisi pula oleh anak cucu kita pada masa akan datang. Jangan ikutkan darah muda.....yang mudah marah apabila disogokkan oleh berita2 palsu/fitnah yang mudah diedarkan di media2 sosial sekarang.

Saya pasti ramai penganalisis politik dapat lihat bahawa selepas ini kaum Melayu perlu bersatu semula. Pemimpin2 kita kena kaji dan lihat dalam2 hasil keputusan pilihanraya ini. Demi masa depan negara Malaysia dan kebajikan anak2 kita di masa hadapan....tolonglah. Lupakan segala persengketaan dulu, buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Saya bersetuju dengan cadangan2 sesetengah orang...penyatuan antara UMNO dan PAS. Dengan kebijaksanaan dan pengalaman pemimpin BN mentadbir negara dan kewarakan serta kewibawaan pemimpin2 PAS, saya yakin negara Malaysia akan semakin gah membangun di masa hadapan. 

 Fikir2kanlah...demi rakyat dan negara kita yang tercinta.













Friday, April 26, 2013

New gadget

Selama ni saya mmg tercari-cari gadget yang memudahkan untuk saya update blog sebab nak on kan laptop selalu memang malas. Saya pernah cuba update dengan blackberry tapi memang susah. Lepas tu beli samsung galaxy tablet sama jugak. Saya nak cuba update tapi susah sangat nak attach gambar. Yang terbaru saya guna samsung notes 2. Best sebab boleh download blogger application dan sangat senang nak update blog. Nak attach gambar sangat cepat dan selalunya x de masalah. I'm so happy dan harap2 tak de la masalah di masa hadapan. Satu lagi saya suka applicaton S Note. Sape2 yg kreatif boleh main2 dengan macam2 application yg menarik, boleh edit gambar dan boleh buat kad yang menarik menggunakam daya kreativiti sendiri. Saya attachkan contoh gambar yg saya buat....saya x la kreatif sangat tapi mmg best la benda2 ni semua.....

Thursday, April 25, 2013

Latest family member

Introducing.....Muhamad Syafi Anaqi. Anak saudara yang baru je lahir bulan 14 April 2013. Berat 3kg. Masa adik ipar lahirkan first  baby, Mia Sarah dia bersalin normal je. Tapi untuk yang ke 2 ni kena operate sebab doktor kata baby dah mula berak dalam perut. Tak kisahlah kan keluar kot mana pun asalkan dua2nya sihat dan selamat.  Baby sangat2 comel and of coz bila ada baby baru semua family sangat2 happy dan z sabar2 nak tengok.
Hmm.....menambahkan lagi kegembiraan kami apabila adik perempuan saya pulak didiagnois sakit yang sama. Sakit buatan orang lelaki....heheehe. insyaallah the newest baby akan lahir hujung tahun ni....
So congrats for adik saya Muhammad Isamudin dan adik perempuan saya Ismawati. Nampaknya cucu encik Ishak semakin bertambah sejak  pertambahan populasi terhenti selepas abang nazrin lahir tahun 2000 dulu.

Wednesday, April 24, 2013

What a day

Assalamualaikum semua,
Hari ni saya lepak2 kat rumah sebab minggu ni tak ada kelas. Cuma semalam je saya terpaksa pergi ke uitm sebab ada discussion dengan member group untuk siapkan assignment sebab start minggu depan dah kena prepare untuk presentation.
What a day kan.....saya menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam setengah to make sure that I give commitment untuk grup. Pukul 11 pg saya sampai di shah alam, kami buat discussion sampai pukul 5.30 ptg di library. Skip lunch sebab malas nak keluar dan area2 library pun x de kedai makan. Lapik perut dengan air mineral dan biskut chipsmore je. Nasib baik la perut x mengada2 nak mintak nasi.
So..akhirnya kita stop at 5.30 pm, saya pun rush balik Ipoh. Tahu2 je la kalau memandu time2 macam ni kan. Dengan keadaan cuaca hujan dan masa orang berpusu-pusu keluar lepas habis kerja, jalan memang jem. Dekat 1 jam lebih baru saya sampai ke persimpangan ke sungai buloh. Badan sakit2....perut lapar, mata mengantuk. Alhamdulillah ALLAH memudahkan perjalanan saya dan akhirnya saya selamat sampai pukul 8.30 malam. Kesimpulannya....kalau kita keluar dari rumah dengan niat yang baik, insyaallah ALLAH akan membantu dan memudahkan urusan kita. Adios dulu......

Monday, April 22, 2013

Kelas cuti

Ehem.....ni la yang paling best bila jadi student balik. Minggu ni kelas cuti seminggu. Minggu lepas pulak kelas banyak cancel. So...boleh dikatakan lebih kurang 2 minggu la saya lepak2 kat rumah. Anddd..... untuk tambahkan jeles korang yang tengah kerja semua, hujung bulan 5 ni, universiti cuti seminggu lagi and alhamdulillah sama dengan minggu pertama cuti sekolah. So dapatlah kami planning untuk cuti2 Malaysia. Tempahan actually dah pun dibuat. Insyaallah jika tiada aral, kami akan bercuti ke pulau tioman untuk pakej 3 hari 2 malam. Pulau, pantai, laut....adalah antara tempat percutian yang kami sekeluarga suka pergi. Before this, kami dah pergi ke pulau perhentian. Pantai dan lautnya cantik sangat2. Airnya sangat jernih dan kami sangat enjoy dengan peemandangan yang sangat memukau.
Satu lagi tempat menarik yang anda semua boleh kunjungi adalah Pulau Payar. Pulau ni sangat sesuai untuk pergi snorkelling. Kami sekeluarga pergi tahun lepas dari Pulau Pinang. Kami tidur di hotel Traders dan awal2 pagi naik feri dari pelabuhan port swettenham. Kami bayar rm200 untuk pakej sehari di pulau payar termasuk tambang feri pergi balik, makan tengahari dan peralatan snorkeling. Feri berhentikan kami di sebuah pelantar terapung dan kat situlah aktiviti kami seharian. Kami snorkeling dan sangat teruja lihat ikan yang sangat banyak berbanding kalau kita snorkeling di tepi2 pantai saja. Pakej Pulau Payar ni pun banyak ditawarkan kalau anda pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kalau dari Langkawi, jarak perjalanan feri lebih dekat iaitu dalam 45 minit manakala dari Pulau Pinang dalam 2 jam.
So, kalau anda semua juga peminat aktiviti snorkeling, bolehlah pertimbangkan pulau2 yang saya ceritakan.

Wednesday, March 13, 2013

NAK CARI BILIK SEWA

Hai.....susahnya nak cari bilik sewa kat area Shah Alam ni. Dah lah mahal, bilik kecik pulak tu. Ke....I yang sebenarnya cerewet? Hmmm....x lah cerewet sgt pun. Tapi mmg nak cari bilik single, x nak share. Housemate tak nak la ramai2 sgt, nanti pening kepala dengan kerenah mcm2. And..... di sebabkan tu, saya masih lagi menumpang rumah kawan and still tercari2 bilik yang bersesuaian. Ada sapa2 yang boleh sewakan bilik pd saya? Heheheh....kan saya kata saya dah tertipu sebelum ni, so jadi macam fobia la jugak nak survey bilik2 kat ibilik.com dan mudah.my. Pihak polis kata kes2 mcm ni mcm mula berkembang dah kat Malaysia. So kawan2, please be very3 carefull dengan orang yang tak dikenali. DON'T JUST BANK IN MONEY TO STRANGER!!!!!!!!.

Dan satu lagi untuk para wanita yang single ke, yang dah berkahwin ke, jangan cepat terpedaya dengan janji2 manis lelaki yang baru dikenali. Pihak polis cakap, kes yang paling banyak polis terima adalah kes penghantaran bungkusan/barang. Kalau nak deal dgn pembelian barang2 online ni, cuba survey banyak2 kali website tu. Mungkin boleh google dulu ke to make sure tak ada aduan penipuan untuk website tu. Sebab mcm kes saya tu, bila dah kena tipu, saya pun survey la internet untuk tengok kot2 ada kes yang sama. So...memang ada dan baru saya mcm terima kenyataan yang tipah tertipu...huhuhu. satu lagi polis kata, wanita2 terutamanya mudah tertipu dengan kata2 manis lelaki yang menggoda. Mungkin wanita2 yang dah berkahwin ni mcm terover excited bila fikirkan bahawa " aku dah kahwin dan dah ada anak ni masih laku rupanya....". Pleasssseeee.....jangan perasan lebih2. Tolong toleh belakang dan ingatkan suami dan anak ya. They are the one for you all the while yang telah temankan you semasa susah dan senang. Marah2, gaduh2 sikit2 adalah asam garam rumahtangga....janganlah jadikan semua isu sebagai penyebab untuk you beralih arah. Dan janganlah menunding jari dan kata semua salah suami bila bergaduh. Mungkin kita tak sedar ada juga salah di pihak kita...so, muhasabah diri dan cuba berbincang secara baik dengan suami. Fikirkan masa depan anak2 kerana mereka perlukan kedua2 ibu dan bapa untuk mendapatkan kehidupan yang baik untuk masa depan mereka.

Okey...all the while dalam entry ni saya banyak sebut pihak polis kan. Yes,!!....saya memang pergi buat laporan polis untuk kes tipu bilik tu. Kot2 la kalau penipu tu terbaca....kalau rasa mcm  takut nak  kena tangkap, pandai2 la pulangkan balik duit saya tu. Kalau you rasa mcm senang je nak terlepas dari penipuan ni, it's okey sebab balasan ALLAH tetap akan ada menanti. sekarang mungkin awak masih muda ke dan tak ada rasa insaf. Tapi bila dah tua nanti, kot2 masa tu terfikir nak pergi umrah ke, pergi haji ke.....fikir2kanlah duit haram yang org tak halalkan yang mengalir dalam tubuh awak selama ni. Masa tu nak cari balik org2 yang awak dah tipu mungkin dah terlambat.....

Wednesday, March 6, 2013

KENA TIPU!!!!!!

Assalamualaikum semua....

Lately saya agak sibuk kerana saya telah diarahkan untuk bertukar tempat kerja ke negeri lain iaitu Shah Alam. Tapi disebabkan saya memang telah diluluskan cuti belajar untuk tahun ni, maka saya memilih untuk terus proceed dengan study saya. Study saya di UITM Shah Alam akan bermula pada 11 Mac, 2013 selama 1 tahun. Berhubungkait dengan sambung belajar ni, saya pun sibuklah mencari bilik sewa sebab saya berpindah seorang sahaja. Anak dan suami tak ikut. Oleh kerana jarak masa yang sangat singkat, saya memang kelam kabut la sikit nak cari bilik. So...oleh kerana zaman IT yang bertujuan untuk memudahkan kita untuk mencari maklumat, saya pun pergi ke website ibilik.com. Saya dengan tulus ikhlasnya nak mencari bilik yg sesuai, berdekatan dengan uitm dan non-sharing room. So...bila tengok bilik2 yang diiklankan, saya tertarik dengan 1 bilik ni. Cantik gambar bilik yang dia attachkan kat situ. Saya pun call la org yang iklankan kat situ. Nama dia Abdullah Hj. Pi. Saya berurusan dengan call dan sms. Dia suruh masukkan duit booking untuk confirmkan. Saya pun dah terdesak dan terus setuju. lagipun dengar suara dan janji dia mcm baik sangaaaaattttt orangnya (bangsat).
Dua hari lepas bank in duit dalam akaun RHB dia, dia call kata kena bayar rm350 pulak untuk akses parking. Saya pun dengan suci hati dan percaya sepenuhnya, terus bank in dalam akaun maybank pulak sbb susah nak cari RHB bank. Saya janji dengan dia nak jumpa hari ahad sebab saya nak kena kerja kat PUTRAJAYA hari Isnin tu. Punya;ah susah nya nak dapat. Tiba2 dia angkat kata ada kat Kuantan sebab mak mertua dia meninggal. Saya pun bila dengar pasal orang meninggal, rasa mcm lembut hati lah.....Dia mintak masa 3 hari untuk jumpa. Dia suruh saya sewa hotel dulu dan dia kata macam ni " Puan, puan duduk hotel dulu, nanti puan simpan resit tu. Tak pe..saya akan bayar. Saya keluarkan duit saya pun tak pe, kerana ALLAH"

Berani dia menggunakan nama ALLAH kan.....dan sekarang dah 3 hari, saya sms dan call langsung tak angkat2. Semua masuk voice mail. Hari ni memang mood saya sangat2 down...sedih, stress dan mcm2 lagi. tambah2 saya berseorangan di sini dalam mengharungi dugaan macam ni. Saya berdoa semoga ALLAH (swt) membalas perbuatan lelaki ni dan juga semua penipu2 lain kerana menganiayai orang lain. Dia ingat senang ke kita nak cari duit dan simpan duit nak bayar sebanyak tu pada dia......

Jadi, berdasarkan pengalaman saya sendiri kalau anda nak cari rumah sewa, bilik sewa atau nak beli rumah, siasat la betul2 owner tu. Mintak la S&P jual beli rumah ke untuk confirmkan tuanpunya. Kalau perlu tengok IC dia untuk confirmkan supaya tak jadi mcm saya dan org2 lain yang telah ditipu.

"YA ALLAH.....semoga penipu2 ni akan menerima balasan atas perbuatan mereka"




Iklannya seperti ini...
BILIK ADE DI AREA - AREA BERIKUT :-
1. Bangsar - Pantai Hill Park Condo
2. The Heritage Residences CONDO - BERHADAPAN THE MINES
3. BANDAR SRI PERMAISURI - Vista Amani Condo
(tapi dalam kes saya di Kristal Kondo, Shah Alam)
*** HANYA UNTUK WANITA BERKERJAYA@KERJA TETAP SAHAJA.
*** STUDENT BOLEH JUGA TETAPI JIKA AHLI RUMAH TERSEBUT SETUJU.

KELENGKAPAN RUMAH :-
- AIR COND SETIAP BILIK
- SET SOFA
- SET MEJA MKN
- SET PERABOT RUANG TAMU
- RUMAH ADE ALARM N LOCENG
- RUANG SOLAT JUGA TELAH DI SEDIAKAN (RENOVATION)
- WIFI ADA
- LANTAI MARMAR BARU TUKAR...WARNA BIRU.
- DAPUR LENGKAP BERKABINET & BOLEH MEMASAK.
DI LARANG :-
MEROKOK!!
ARAK!!
BAWAK LELAKI BUKAN MUHRIM!!
BERJUDI!!
BERPARTI DI RUMAH!!

- PERLU BOOKING Deposit
- PERLU BG CONTACT SESEORANG SBG PENJAMIN(RUJUKAN)
- PERLU DEPOSIT 2 BULAN SBB RAMAI SGT YG MAHU JD SYSTEM SIAPA CEPAT DIA DAPAT.BANK IN @ BY HAND MENGIKUT KEADAAN LOKASI SY & ANDA.

Friday, July 20, 2012

Puasa

Salam semua.... Pejam celik pejam celik.....cepat je terasa dan alhamdulillah....esok sekali lagi kita diberikan peluang untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan yang sangat mulia. Doa dan harapan saya semoga saya diberikan kesihatan yang baik untuk cuba merebut sebanyak mungkin keberkatan yang dijanjikan ALLAH (swt) pada bulan yang mulia ini. Kepada semua kawan-kawan, marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan...semoga kita sentiasa memperolehi rahmatNya...aminnnnn

Thursday, June 28, 2012

Menghadapi kerenah anak yang semakin meningkat remaja

Sekarang ni saya sedang menunggu Nazrin membuat latihan soalan matematik UPSR yang terdapat dalam website Portal Pendidikan Utusan Malaysia. Bagus website ni sebab mereka letakkan banyak contoh kertas-kertas soalan untuk semua peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dan sekarang ni terpulang pada pelajar tu sendiri la pulak antara nak buat ke tak. Tahun ni penting bagi saya dan suami sebab anak kami akan menghadapi peperiksaan penting buat kali pertama iaitu UPSR. Walaupun ada orang kata, tak perlu nak risau sangat sebab lulus atau tak pelajar masih boleh lanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 tapi lain pulak pandangan kami. Dan saya yakin ramai juga yang sependapat dengan kami lebih-lebih lagi saya hanya ada seorang anak sahaja. Buruk dan baik kami bergantung padanya. Dan sudah tentulah kami mahu dia mempunyai masa hadapan yang sangat cerah, hidup yang senang dan yang penting cukup ilmu agama sebagai bekalan kami berdua di akhirat nanti. Segalanya mesti seimbang kan...dalam apa-apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup samada pemakanan, tugas-tugas di pejabat, kerja-kerja seharian di rumah atau pejabat mestilah diuruskan dengan baik dan seimbang. Kalau makanan, mesti seimbang dengan zat-zat dan nutrisi-nutrisi yang diperlukan. Kalau bekerja, kena seimbangkan dengan masa untuk beramal ibadat dan juga masa untuk keluarga. Kalau berharta lebih kena seimbangkan dengan mengeluarkan zakat bagi meringankan beban manusia yang memerlukan. Sekali sekala naik juga suara saya melihatkan sikap Nazrin yang menunjukkan sikap bosan apabila setiap kali disuruh belajar. Bukan apa...kalau main game/komputer/PS3 sampai ke pagi esok mata dia boleh bertahan...tapi kalau disuruh belajar macam saja-saja sikapnya seolah-olah sengaja hendak mencabar kesabaran saya. Macam tu lah agaknya perasaan ibu bapa kita dulu apabila menyuruh kita belajar kan. Itulah pusingan hidup...apa yang dialami oleh setiap manusia akan dialami pusingan yang sama oleh manusia yang lain. Dari dilahirkan,kita dijaga oleh ibu bapa...diberikan pelajaran sehingga dewasa. Kemudian kita bekerja, berkahwin, mempunyai anak...dan seterusnya anak kita pula akan menyambung kitaran hidup manusia. Saya dan suami akan cuba sedaya upaya kami membantu Nazrin untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR ini. Usaha + doa + tawakkal = kami harapkan kejayaan akan mengirinyaa nanti. Kejayaan ini bukan untuk kami banggakan atau untuk kami canagnkan kepada orang lain bahawa anak kami adalah cerdik, tetapi adalah bekalan yang kami sediakan untuknya bagi kehidupannya di masa akan datang. Saya tidak mahu apabila kami tidak ada lagi nanti, hidupnya teriumbang ambing tanpa haluan. Saya tidak sanggup melihat dia hidup susah....apa yang saya dan suami sediakan sekarang adalah untuk kesenangan hidupnya nanti kerana setiap anak memang tanggungjawab ibu bapa. Muhammad Khairun Nazrin.....mama marah bukan kerana tidak sayang tetapi kerana tidak mahu Nazrin susah di kemudian hari akibat sikap mama yang cuai dalam membentuk Nazrin di masa ini....

Thursday, December 23, 2010

Corat coret

Huuhuh..salam semua. entry kali ni tak ada la nak cerita pasal masak atau tempek gambar masakan yang saya dah buat. tapi just nak sembang2 kosong. actually beberapa minggu ni penyakit malas datang menyinggah, tu yang oven tu dah lama tak dibuka. bukan tak ada langsung ye, tapi just masak/baking kek biasa2 jek. Hari tu tiba-tiba mcm teringin nak makan butter cake, tengok jam dah pukul 10.00 malam. Hati dok mencongak2. nak buat ke tak, nak buat ke tak...dan jawapannya...siap jugak butter cake saya malam tu. Hubby yang dah tido masa saya buat kek tu terkezut sangat. Aik! bila buat ni? tanyanya. Hehehee...hendak seribu daya kan.

Hmm...sebenarnya yang menyebabkan tak de mood nak baking cake ialah...I'm so busy at the office. so tired, so stress...that's why bila balik rumah, fikiran cuma kata...nak relaxs,nak relaxs. So balik kerja I mmg rehat, tonton tv, makan, tengok tv,tido....and then pergi keje semula.

Hari ni Jumaat...saya ambik cuti because I need it badly. Dan baru sekarang berpeluang untuk jenguk blog sendiri dan jengah2 blog kawan2 lain. So, pada sapa2 yang singgah blog saya... thank you very much sbb sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni. Best tengok pelbagai masakan @ baking yang kawan2 buat. For me, I like to bake, but I cannot afford to do it everyday because I have a full time job that I need to put it as a priority. saya doakan pada kawan2 yang jadi full time baker, semoga maju jaya dan berjaya, berjaya dan berjaya lagi di masa akan datang. Aminnnn...

Okey, itu saja. Jika ada masa kita jumpa lagi ye. Bye

Monday, October 25, 2010

Ular tedung gergasi menyerang bandaraya Ipoh!!!




Alamak!!!apa dah jadi ni...takutnye..besor betul ular ni...


Relakss....hehee..saja je nak buat lawak petang2 ni sbb kepala tension dengan kerja2 ofis ni. Sebenarnya ini penangan pameran "Gadis & Ular" yang sedang diadakan di Muzium Bandaraya Ipoh. Pameranni bermula 18 Okt - 7 November 2010. Saya dan family pergi hari Ahad(semalam). Punyala ramainye orang...nak jalan pun tersangkut2, dahlah muzium tu kecik jek. Anyway, oklah jugak...dan memang perempuan tu berani la compare dengan kita orang biasa ni yang semstinya takutkan ular kan lebih2 lagi ular tedung yang memang tak boleh dinafikan bisanya. Perempuan tu saya tengok rileks je meng"acah-acah" ular2 tu supaya aktif sikit. Mengerikan bila tengok ular2 tu mengembangkan kepalanya dan berdiri seolah-olah bersedia hendak mematuk. Ok, kat bawah ni kawan2 boleh lihat beberapa keping gambar saya ambik masa pameran tu.


Ni lah perempuan yang duduk dengan ular dalam bilik kaca tu.


Antara aksi2 yang ditunjukkan...





ok, sape2 yang rasa teruja nak pegi tengok, cepat2 lah ye..takut nanti melepas pulak.

Friday, April 9, 2010

Award from syurahomemade



This morning when I check this blog, syurahomemade ask me to collect the award that she has sent to Rest In. Thanks a lot to Syura Homemade. Hmm....because I have accepted the award, so I have to follow the rules right. Sapa-sapa nak lawat blog Syura, boleh klik sini http://syurahomemade.blogspot.com/.

Dari apa yang saya faham sesiapa yg dapat AWARD ni mesti ikot syarat-syarat yg disertakan…
ada 4 syarat disini.JOM!!
1- Thank & link the person that gave you the award
2- Pass the award onto 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic
3- Contact said blogs & let them know they've won the award
4- State 7 things about yourself

Okeh meh kita mula dengan syarat yang terakhir.....

7 things about myself:

a. suka mencuba sesuatu yang baru. Prinsip saya adalah,jika orang lain boleh buat, then I also can do it.
b. Last time I like green colour, but now I like red because it shows the braveness inside me.
c.My family is everything 4 me.
d.cepat tersentuh apabila melihat kesedihan dan kesengsaraan orang lain. Saya support kempen "hentikan kekejaman kepada bayi-bayi yang tidak berdosa"
e.Bidang bakery...tak tau macam mana boleh involve. I think because of the no. (a) of this list.
f.senang memaafkan orang lain.senang saja prinsip saya...kalau you tak nak cakap dengan saya, saya juga tak akan mulakan perbualan. But if you start talking to me,I can be your best, best friend. Siapalah kita untuk berdendam dengan orang..we are only human...we also cannot run from mistake.
g.Like to watch love story...and before I forget, I'm a novelist too. My nick name is "Aini Marisha" . My first book with Alaf 21 is titled "Sandaran Hati". Insyaallah my next novel will be coming soon.

Ok. that'sall I can tell about myself. Now I will send this award to 15 blog that I like...

http://ismalstories.blogspot.com
http://shakeymirza.blogspot.com/
http://massa235.blogspot.com
http;//zdiniycupcakes.blogspot.com
http://chiquecakes.blogspot.com
http://ibukesuma.blogspot.com
http;//Kingnqueencakes.blogspot.com
http://annluvcakes.blogspot.com
http://chepahcutecakes.blogspot.com
http://sweetcuppies.blogspot.com
http://pnutcupcakes.blogspot.com
http://mycuppycake.blogspot.com
http://shanabakery.blogspot.com
http://anisbakery.blogspot.com

*yang lain-lain tu update nanti boleh kot ye...
anyway, chow dulu. bye

Sunday, November 29, 2009

Barang2 hantaran untuk bakal adik ipar



Inilah bakal adik ipar saya. Yang akan menambahkan lagi bilangan wanita-wanita yang berada di dalam keluarga kami. Pasti meriahkan...dan sudah pastinya kami tak sabar nak tunggu....yea!!! baby baru dalam keluarga kami...
dah lama abah tak ada cucu baru. Cucu yang ada seramai 3 orang tu dah pun semakin membesar bagai johan. Yang paling bongsu tu pun dah 9 tahun, dan tahun depan akan berusia 10 tahun (anak saya lah tu).




yang ni pulak adik lelaki saya. Hasil perbincangan dua belah pihak hari tu telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 11, 12 dan 13 June, 2009. Cepat betul masa berlalu. Adik2 pula kini akan menamatkan zaman bujang mereka. Melihat awan di luar...kelihatannya masih sama seperti dulu tetapi apabila merenung ke dalam diri sendiri dan menghitung hari2 yang telah berlalu...sudah banyak rupanya tahun berlalu.




Ini pula adalah sireh junjung yang digubah oleh saya...ok tak.




Bakul ni pun saya yang gubah. Bukan nak promote pulak, tapi rasanya masuk bakul angkat sendiri...saya sukee...agak2, ada tak yang berani nak menjadi pelanggan saya untuk menggubah hantaran kawin atau bertunang? Hmm...saya rasa boleh cuba ni. So...boleh call2 saya key.