E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information
Showing posts with label UITM-Master. Show all posts
Showing posts with label UITM-Master. Show all posts

Monday, April 3, 2017

ALHAMDULILLAH.....KES KENA TIPU SELESAI

Alhamdulillah, kalau anda terbaca kisah saya kena tipu pasal nak cari rumah sewa di Shah Alam tahun 2013, saya nak share cerita yang lelaki penipu tu dah pun kena tangkap. Akhirnya....setelah hampir 4 tahun kes tu berlaku. Saya bersyukur, walaupun tak dapat balik duit saya semula, tapi sekurang2nya dia dah tak boleh tipu orang lain. Sekurang2nya orang lain tak akan jadi mangsa dia pula.

Saya lega. Dia dah kena tangkap, dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara. Kalau nak tahu cerita lanjut, boleh klik label "LAIN-LAIN CERITA" DAN "UiTM MASTER". Benarlah kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Please remember, kalau awak makan duit haram, selama2nya hidup tak akan senang di bumi ni. Bukan saja hidup tak senang, hati juga rasa tidak tenang. Jadi yang mana masih buat perkara macam ni, sudah2 lah tipu duit orang. Bertaubatlah....jangan sampai hati jadi hitam. Jangan sampai nyawa dah sampai ke kerongkong baru nak bertaubat, takut tak sempat je nanti.

Sekian....



Tuesday, January 17, 2017

Up semula kisah kena tipu pasal sewa rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sejak hari Isnin yang lepas cuaca di Putrajaya mendung, hujan dan seperti biasa, ofis saya ni dah jadi macam peti sejuk.

Oklah...sebenarnya saya nak share semula kisah kena tipu saya yang berlaku tahun 2013. Lama dah cerita ni iaitu masa saya dapat tawaran buat Master di UiTM Shah Alam dulu. Saya postkan kisah ni di blog ni, boleh cari tajuk "KENA TIPU!!!!" atau klik label di bawah. Lepas tu dah lama saya tak cek post tu. Baru-baru ni saya terkejut sebab still ada yang post komen kat cerita saya tu dan kata kena tipu dengan orang yang sama iaitu Abdullah Hj Pi. Ya Allah....dah 3 tahun lebih cerita ni. Saya dah puan buat report polis, dah bagi nombor telefon dan dah bagi nombor akaun penipu tu...geram sangat sebab dia still lagi tak puas makan duit haram. Still lagi menipu sampai sekarang. Kita tak tahu la pulak sebelum tahun 2013 tu dah berapa lama dia makan duit haram jugak kan. Pihak polis.....tolonglah ambil berat aduan mangsa yang kena tipu dengan orang yang sama ni atau mana2 aduan lah tentang orang yang menipu secara online ni.

Kepada orang2 lain...., please lebih berhati-hati semasa berurusan secara online. Kalau dapat nama tuanpunya akaun tu, google dulu, mana tahu ada orang dah komen sesuatu. Kalau nak sewa atau beli rumah, insist untuk tengok rumah tu dulu. Jangan bank in duit deposit dulu. Cakap nak serah duit deposit by hand dan buat appointment. Tak rugi pun kalau cuti sehari untuk jumpa dia daripada rugi sampai RM1K macam tu je. Hopefully post saya ni dapat dibaca oleh ramai orang dan please share untuk bolehkan ia disebarkan dengan lebih cepat. Saya nak sangat dengar berita Abdullah Hj Pi tu ditangkap dan dibicarakan.

Tuesday, April 1, 2014

Aduhai Lecturer ku sayang

Hehehe...saja je nak hupdate pasal kelas semalam. Ngintai-ngintai kiri kanan dulu. Jangan la pulak lecturer ku baca. Kantoi la nak dapat A masa exam nanti kalau dia baca kan.

Sepanjang perjalanan pergi kelas semalam puas la saya berdoa moga2 mood lecturer dalam keadaan yang sangat baik. Dan satu lagi, saya mintak dilembutkan hati lecturer untuk bagi kitaorang balik awal sikit. Maklumlah baru lepas balik bercuti kan....perasaan malas ni puas dicungkil tapi masih bersisa lagi.

So, dengan hati yang berdebar2 saya ni menunggu la. Okey!. Dia masuk dah. Seperti biasa, mukadimahnya dia cerita pasal aktiviti dan kesibukan dia sepanjang hari tu. Okeylah tu kan. Lepas tu tiba-tiba dia tanya siapa nak jadi class rep. Saya dah pandang kiri kanan sebab tahu dah pantang dia kalau tak de yang nak volunteer. Saya serba salah nak angkat sebab takut tak dapat jalankan tanggungjawab yang diberikan nanti dengan sepenuhnya sebab saya ni bila ada kelas baru saya gerak dari Ipoh.

Jeng jeng jeng...seperti yang diandaikan...dia pun mula naik angin sebab tak de yang nak volunteer. Apa lagi..hangin lah satu badan. Berdesing2 kelas dengan bunyi suara beliau. Semua dah kecut perut. Last2 merajuk la lecturer kesayanganku itu... Dia terus kemas barang2 dan tak mboh mengajar hari tu.

Ringkasannya...doa saya yang kedua dimakbulkan. Dapatlah saya balik awal hari tu berbanding hari biasa. Itu je le yang di update.

Ok, nantikan next entry saya pasal cuti2 di Bali ya.


Wednesday, April 24, 2013

What a day

Assalamualaikum semua,
Hari ni saya lepak2 kat rumah sebab minggu ni tak ada kelas. Cuma semalam je saya terpaksa pergi ke uitm sebab ada discussion dengan member group untuk siapkan assignment sebab start minggu depan dah kena prepare untuk presentation.
What a day kan.....saya menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam setengah to make sure that I give commitment untuk grup. Pukul 11 pg saya sampai di shah alam, kami buat discussion sampai pukul 5.30 ptg di library. Skip lunch sebab malas nak keluar dan area2 library pun x de kedai makan. Lapik perut dengan air mineral dan biskut chipsmore je. Nasib baik la perut x mengada2 nak mintak nasi.
So..akhirnya kita stop at 5.30 pm, saya pun rush balik Ipoh. Tahu2 je la kalau memandu time2 macam ni kan. Dengan keadaan cuaca hujan dan masa orang berpusu-pusu keluar lepas habis kerja, jalan memang jem. Dekat 1 jam lebih baru saya sampai ke persimpangan ke sungai buloh. Badan sakit2....perut lapar, mata mengantuk. Alhamdulillah ALLAH memudahkan perjalanan saya dan akhirnya saya selamat sampai pukul 8.30 malam. Kesimpulannya....kalau kita keluar dari rumah dengan niat yang baik, insyaallah ALLAH akan membantu dan memudahkan urusan kita. Adios dulu......

Monday, April 22, 2013

Kelas cuti

Ehem.....ni la yang paling best bila jadi student balik. Minggu ni kelas cuti seminggu. Minggu lepas pulak kelas banyak cancel. So...boleh dikatakan lebih kurang 2 minggu la saya lepak2 kat rumah. Anddd..... untuk tambahkan jeles korang yang tengah kerja semua, hujung bulan 5 ni, universiti cuti seminggu lagi and alhamdulillah sama dengan minggu pertama cuti sekolah. So dapatlah kami planning untuk cuti2 Malaysia. Tempahan actually dah pun dibuat. Insyaallah jika tiada aral, kami akan bercuti ke pulau tioman untuk pakej 3 hari 2 malam. Pulau, pantai, laut....adalah antara tempat percutian yang kami sekeluarga suka pergi. Before this, kami dah pergi ke pulau perhentian. Pantai dan lautnya cantik sangat2. Airnya sangat jernih dan kami sangat enjoy dengan peemandangan yang sangat memukau.
Satu lagi tempat menarik yang anda semua boleh kunjungi adalah Pulau Payar. Pulau ni sangat sesuai untuk pergi snorkelling. Kami sekeluarga pergi tahun lepas dari Pulau Pinang. Kami tidur di hotel Traders dan awal2 pagi naik feri dari pelabuhan port swettenham. Kami bayar rm200 untuk pakej sehari di pulau payar termasuk tambang feri pergi balik, makan tengahari dan peralatan snorkeling. Feri berhentikan kami di sebuah pelantar terapung dan kat situlah aktiviti kami seharian. Kami snorkeling dan sangat teruja lihat ikan yang sangat banyak berbanding kalau kita snorkeling di tepi2 pantai saja. Pakej Pulau Payar ni pun banyak ditawarkan kalau anda pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kalau dari Langkawi, jarak perjalanan feri lebih dekat iaitu dalam 45 minit manakala dari Pulau Pinang dalam 2 jam.
So, kalau anda semua juga peminat aktiviti snorkeling, bolehlah pertimbangkan pulau2 yang saya ceritakan.

Friday, March 29, 2013

Life as a student

Assalamualaikum.....

Hehehe...."sibuk"...klishe sangat alasan tu kan. Tapi.....itulah alasan yang sebetulnya. As you all know...atau mmg tak tahu langsung pun pasal saya kan. Actually saya dah mula bergelar student semula sejak 11.3.2013. Alhamdulillah, saya dapat tawaran sambung belajar dari JPA. Tawaran ni saya kira rezeki terbesar buat saya pada tahun 2012 sebab rezeki dari ALLAH tak semestinya berbentuk wang ringgit kan. Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk seprti kesihatan yang baik, keluarga dan rumahtangga yang aman damai, anak2 ayang soleh dan solehah dan macam2 lagi lah kan. Walaupun saya dapat Hadiah Latihan Persekutuan ni pada tahun 2012, tapi HLP ni untuk tahun 2013. So, saya start belajar pada bulan Mac yang lepas di UItM Shah Alam di peringkat Sarjana atau omputih kata Master in Commercial Law. So kat sini saya nak story mory sikit perasaan, pengalaman dan kisah hidup saya selepas bergelar pelajar ni.....

Mula2 sekali saya nak cerita perbezaan2 ketara yang  saya alami semasa bergelar student:

1. Heheheh...rasa macam lebih muda pulak sebab joint dan bergaul dengan ramai student2 muda (perasaaaaannnn)

2. Seronok dapat baucer buku BBIM. Kalau kerja tak dapat kan.....

3. Dapat kad matriks, so boleh dapat diskaun untuk banyak benda macam tengok wayang dan naik transport awam

4. Kena banyak jalan kakiiii...sebab uitm ni susah nak dapat parking dekat2. 

5. Kena banyak naik tangga. Sana sini tangga sebab uitm ni banyak sangat bangunan atas bukit. Dah la lif tak banyak...dulu masa kat ofis, tingkat 1 pun naik lif.....

6. Kena duduk jauh dari family (uwaaa!!, yang ni tak best)

7. Oleh kerana saya ni matured student, macam dpt keistimewaan sikit. Contohnya masa beratur nak beli ayam goreng Uncle Bob kat depan Kolej Mawar. Walaupun nama saya lambat lagi dalam que, tapi kakak tu dgn baik hatinya bagi saya dulu (maybe dia ingat saya pensyarah kot.....)

8. Keadaan saya ni of course  perlu dibezakan dengan student biasa kan sebab saya ni dah kerja dan sekarang cuti belajar bergaji penuh and plus dapat elaun lagi. Hehehehe...bab ni yang best. Alhamdulillah la sebab saya tak rasa susah seperti saya belajar masa peringkat Ijazah Sarjana Muda dulu.

9. Bila dah kerja, dan ada pengalaman kerja, then sambung study dalam bidang yang sama, saya rasa kelebihannya adalah kematangan umur dan pengalaman mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih komited dan bertangggungjawab. Saya dapat rasakan saya lebih fokus dalam study saya berbanding masa undergraduate dulu. Hopefully saya akan berjaya dengan keputusan yang lebih baik. 

Okeylah....jam dah tunjuk pukul 12.46  tengah malam. Mata dah mengantuk. Esok saya akan drive awal pagi balik ke Ipoh. Saya stop kat sini dulu dan insyaallah ada kesempatan saya akan menulis lagi. 


Wednesday, March 13, 2013

NAK CARI BILIK SEWA

Hai.....susahnya nak cari bilik sewa kat area Shah Alam ni. Dah lah mahal, bilik kecik pulak tu. Ke....I yang sebenarnya cerewet? Hmmm....x lah cerewet sgt pun. Tapi mmg nak cari bilik single, x nak share. Housemate tak nak la ramai2 sgt, nanti pening kepala dengan kerenah mcm2. And..... di sebabkan tu, saya masih lagi menumpang rumah kawan and still tercari2 bilik yang bersesuaian. Ada sapa2 yang boleh sewakan bilik pd saya? Heheheh....kan saya kata saya dah tertipu sebelum ni, so jadi macam fobia la jugak nak survey bilik2 kat ibilik.com dan mudah.my. Pihak polis kata kes2 mcm ni mcm mula berkembang dah kat Malaysia. So kawan2, please be very3 carefull dengan orang yang tak dikenali. DON'T JUST BANK IN MONEY TO STRANGER!!!!!!!!.

Dan satu lagi untuk para wanita yang single ke, yang dah berkahwin ke, jangan cepat terpedaya dengan janji2 manis lelaki yang baru dikenali. Pihak polis cakap, kes yang paling banyak polis terima adalah kes penghantaran bungkusan/barang. Kalau nak deal dgn pembelian barang2 online ni, cuba survey banyak2 kali website tu. Mungkin boleh google dulu ke to make sure tak ada aduan penipuan untuk website tu. Sebab mcm kes saya tu, bila dah kena tipu, saya pun survey la internet untuk tengok kot2 ada kes yang sama. So...memang ada dan baru saya mcm terima kenyataan yang tipah tertipu...huhuhu. satu lagi polis kata, wanita2 terutamanya mudah tertipu dengan kata2 manis lelaki yang menggoda. Mungkin wanita2 yang dah berkahwin ni mcm terover excited bila fikirkan bahawa " aku dah kahwin dan dah ada anak ni masih laku rupanya....". Pleasssseeee.....jangan perasan lebih2. Tolong toleh belakang dan ingatkan suami dan anak ya. They are the one for you all the while yang telah temankan you semasa susah dan senang. Marah2, gaduh2 sikit2 adalah asam garam rumahtangga....janganlah jadikan semua isu sebagai penyebab untuk you beralih arah. Dan janganlah menunding jari dan kata semua salah suami bila bergaduh. Mungkin kita tak sedar ada juga salah di pihak kita...so, muhasabah diri dan cuba berbincang secara baik dengan suami. Fikirkan masa depan anak2 kerana mereka perlukan kedua2 ibu dan bapa untuk mendapatkan kehidupan yang baik untuk masa depan mereka.

Okey...all the while dalam entry ni saya banyak sebut pihak polis kan. Yes,!!....saya memang pergi buat laporan polis untuk kes tipu bilik tu. Kot2 la kalau penipu tu terbaca....kalau rasa mcm  takut nak  kena tangkap, pandai2 la pulangkan balik duit saya tu. Kalau you rasa mcm senang je nak terlepas dari penipuan ni, it's okey sebab balasan ALLAH tetap akan ada menanti. sekarang mungkin awak masih muda ke dan tak ada rasa insaf. Tapi bila dah tua nanti, kot2 masa tu terfikir nak pergi umrah ke, pergi haji ke.....fikir2kanlah duit haram yang org tak halalkan yang mengalir dalam tubuh awak selama ni. Masa tu nak cari balik org2 yang awak dah tipu mungkin dah terlambat.....

Pelajar semula.....

Assalamualaikum semua.....

Just to share, bermula 11.3.2013 saya secara rasminya memegang gelaran sebagai pelajar semula. Sepanjang minggu pendaftaran memang mcm tersiksa la jugak sebab saya buat semua secara sendiri dan sorang2. Suami tak dapat cuti dan everything pulak baru bagi saya. Masa hari Isnin yg lepas iaitu hari pendaftaran saya dah macam masuk acara treasure hunt jek. Memusing satu universiti sebab nak hantar semua dokumen2 dan dapatkan pengesahan penerimaan dari semua tempat yang saya kena pergi tu.  kalau suami saya ada, at least dia boleh bawa kereta dan turunkan saya di depan pintu tempat tu dan saya pergi submit dokumen tu kejap. Ini tak....dah lah parking susah. Dah dapat jauh pulak. so saya terpaksa menapak la walaupun lutut ni rasa macam dah nak tercabut. Saya berazam nak siapkan urusan pendaftaran tu hari yang sama sebab malas nak berulang2 datang awal2 ke universiti. Al maklumlah kelas untuk pelajar master akan hanya mula pukul 6.30 ptg, so buat apa nak datang awal pagi kan.

Peristiwa hari pendaftaran yang betul2 menggoyahkan keazaman saya hari tu adalah bila saya lupa kat mana saya parking kereta. Dah lah bangunan tu terletak kat tempat yang paling tinggi dalam universiti tu dan kena naik turun tangga dan turun bukit semua. Saya cuma tersilap pilih tingkat bangunan yang saya patut keluar selepas naik lif. Sepatutnya saya turun di level 2 tapi saya turun di level 1. Jadi memang menggagau la saya cari kereta dalam kepanasan matahari yang betul2 tegak di kepala masa tu. Masa tu rasa mcm dah nak give up. Selepas bertenang kejap, saya pun mcm flashback jalan yang saya mula2 ikut masa datang ke bangunan SAAS tu. Akhirnya....lepas hampir 40 minit berjalan, turun naik bukit, turun naik tangga saya jumpa semula dgn kereta saya....sangat2 bersyukur sangat waktu tu. Alahamdulillah akhirnya tepat pukul 5 petang saya berjaya juga mendaftar di IPSIS.

Kelas pun dah start. Walaupun kadang2 terfikir macam....'ish,tak ada susah cari susah', tapi sebenarnya rasa seronok belajar semula lebih kuat dari rasa susahnya nak belajar. Saya berazam untuk berusaha sebaik mungkin di dalam tempoh pengajian kerana saya nak tebus kembali dan perbaiki kelemahan dan kemalasan saya semasa belajar di peringkat ijazah sarjana muda dulu. Pengalaman, kematangan usia sebenarnya banyak mengajar, mendidik kita menjadi orang yang berbeza dari masa umur kita muda2 dulu. Masa masuk universiti di peringkat ijazah sarjana muda, student2 kampung mcm saya ni mcm dapat cultural shock. Tiba2 je tinggal di bandar besar, bebas dari keluarga, tak ada lagi pemantauan dari keluarga.......akhirnya yang terpesong dan tak jumpa jalan pulang terus gagal di dalam pengajian walaupun sebelum ini mereka pelajar yang amat cemerlang di sekolah dulu. Macam saya ni...alhamdulillah, walaupun kena cultural shock jugak tapi masih dapat menggenggam segulung ijazah yang diimpikan tetapi dengan result yang tak boleh nak dibanggakan sangat. So that's why saya tanamkan semangat dan azam untuk tebus kembali semua tu di peringkat master ni pulak. Ini peluang kedua yang saya dapat dan saya tak sepatutnya main2 lagi and hopefully kejayaan saya menjadi satu pendorong untuk anak saya untuk turut serius di dalam pembelajarannya di sekolah.

Okeylah...stop dulu untuk celoteh ni. Till we meet again sebab sekarang nak siap2 untuk ke universiti untuk selesaikan beberapa perkara penting. See ya.....

Wednesday, March 6, 2013

KENA TIPU!!!!!!

Assalamualaikum semua....

Lately saya agak sibuk kerana saya telah diarahkan untuk bertukar tempat kerja ke negeri lain iaitu Shah Alam. Tapi disebabkan saya memang telah diluluskan cuti belajar untuk tahun ni, maka saya memilih untuk terus proceed dengan study saya. Study saya di UITM Shah Alam akan bermula pada 11 Mac, 2013 selama 1 tahun. Berhubungkait dengan sambung belajar ni, saya pun sibuklah mencari bilik sewa sebab saya berpindah seorang sahaja. Anak dan suami tak ikut. Oleh kerana jarak masa yang sangat singkat, saya memang kelam kabut la sikit nak cari bilik. So...oleh kerana zaman IT yang bertujuan untuk memudahkan kita untuk mencari maklumat, saya pun pergi ke website ibilik.com. Saya dengan tulus ikhlasnya nak mencari bilik yg sesuai, berdekatan dengan uitm dan non-sharing room. So...bila tengok bilik2 yang diiklankan, saya tertarik dengan 1 bilik ni. Cantik gambar bilik yang dia attachkan kat situ. Saya pun call la org yang iklankan kat situ. Nama dia Abdullah Hj. Pi. Saya berurusan dengan call dan sms. Dia suruh masukkan duit booking untuk confirmkan. Saya pun dah terdesak dan terus setuju. lagipun dengar suara dan janji dia mcm baik sangaaaaattttt orangnya (bangsat).
Dua hari lepas bank in duit dalam akaun RHB dia, dia call kata kena bayar rm350 pulak untuk akses parking. Saya pun dengan suci hati dan percaya sepenuhnya, terus bank in dalam akaun maybank pulak sbb susah nak cari RHB bank. Saya janji dengan dia nak jumpa hari ahad sebab saya nak kena kerja kat PUTRAJAYA hari Isnin tu. Punya;ah susah nya nak dapat. Tiba2 dia angkat kata ada kat Kuantan sebab mak mertua dia meninggal. Saya pun bila dengar pasal orang meninggal, rasa mcm lembut hati lah.....Dia mintak masa 3 hari untuk jumpa. Dia suruh saya sewa hotel dulu dan dia kata macam ni " Puan, puan duduk hotel dulu, nanti puan simpan resit tu. Tak pe..saya akan bayar. Saya keluarkan duit saya pun tak pe, kerana ALLAH"

Berani dia menggunakan nama ALLAH kan.....dan sekarang dah 3 hari, saya sms dan call langsung tak angkat2. Semua masuk voice mail. Hari ni memang mood saya sangat2 down...sedih, stress dan mcm2 lagi. tambah2 saya berseorangan di sini dalam mengharungi dugaan macam ni. Saya berdoa semoga ALLAH (swt) membalas perbuatan lelaki ni dan juga semua penipu2 lain kerana menganiayai orang lain. Dia ingat senang ke kita nak cari duit dan simpan duit nak bayar sebanyak tu pada dia......

Jadi, berdasarkan pengalaman saya sendiri kalau anda nak cari rumah sewa, bilik sewa atau nak beli rumah, siasat la betul2 owner tu. Mintak la S&P jual beli rumah ke untuk confirmkan tuanpunya. Kalau perlu tengok IC dia untuk confirmkan supaya tak jadi mcm saya dan org2 lain yang telah ditipu.

"YA ALLAH.....semoga penipu2 ni akan menerima balasan atas perbuatan mereka"




Iklannya seperti ini...
BILIK ADE DI AREA - AREA BERIKUT :-
1. Bangsar - Pantai Hill Park Condo
2. The Heritage Residences CONDO - BERHADAPAN THE MINES
3. BANDAR SRI PERMAISURI - Vista Amani Condo
(tapi dalam kes saya di Kristal Kondo, Shah Alam)
*** HANYA UNTUK WANITA BERKERJAYA@KERJA TETAP SAHAJA.
*** STUDENT BOLEH JUGA TETAPI JIKA AHLI RUMAH TERSEBUT SETUJU.

KELENGKAPAN RUMAH :-
- AIR COND SETIAP BILIK
- SET SOFA
- SET MEJA MKN
- SET PERABOT RUANG TAMU
- RUMAH ADE ALARM N LOCENG
- RUANG SOLAT JUGA TELAH DI SEDIAKAN (RENOVATION)
- WIFI ADA
- LANTAI MARMAR BARU TUKAR...WARNA BIRU.
- DAPUR LENGKAP BERKABINET & BOLEH MEMASAK.
DI LARANG :-
MEROKOK!!
ARAK!!
BAWAK LELAKI BUKAN MUHRIM!!
BERJUDI!!
BERPARTI DI RUMAH!!

- PERLU BOOKING Deposit
- PERLU BG CONTACT SESEORANG SBG PENJAMIN(RUJUKAN)
- PERLU DEPOSIT 2 BULAN SBB RAMAI SGT YG MAHU JD SYSTEM SIAPA CEPAT DIA DAPAT.BANK IN @ BY HAND MENGIKUT KEADAAN LOKASI SY & ANDA.