Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Friday, April 4, 2014
Donut Kentang
Thursday, April 3, 2014
Menu tengahari -Chicken Buttermilk
Lapar nya perut. Lepas hantar anak sekolah pagi tadi saya sambung tidur balik..hehehe. ye la kan. Bukan ada anak lain yang nak diuruskan pulak. Satu lagi sebab pening la memikirkan masalah pensyarah ni. Tak pe la...semoga ALLAH s.w.t melembutkan hati beliau.
Bila bangun tidur, perut mula la berkeroncong. Breakfast tak lagi ni. Alaaa...alang2 terus brunch je la kan. Kepala otak ni mula lah berfikir nak makan apa tengahari ni. Nak beli macam malas nak keluar. Ayam ada dalam peti ais. Kemudian teringat pulak semalam masa saya singgah di rumah puan Ana Suzana, saya berminat la pulak nak try masak Chicken Buttermilk. Kalau you all nak resepi asal boleh singgah2 blog beliau ya.
Kat bawah ni pulak saya tunjuk cara saya buat. Cuma ada sikit2 la bahan yang saya terpaksa tukar sebab tak ada stok kat rumah ni.
Sunday, February 23, 2014
AYAM MASAK KARI PEKAT
Saya tak tahu la samada resepi ni memang ada nama tersendiri. Sebab bila saya mula masak cara ni, saya tak rujuk mana2 resepi. Masa tu saya kat Taiping, maknanya dah lebih kurang 7 tahun yg lepas la. Masa tu handfon pun x canggih sangat nak google resepi ni semua. Cuma saya rasa saya mcm pernah makan masakan yg sedap mcm tu tapi saya x ingat kat mana atau x tahu resepinya. So bila masak tu, saya main cuba je masukkan bahan2nya. Actually x lah susah sgt pun nak masak ni, caranya lebih kurang masak kari je tapi x masukkan santan dan saya tambahkan gula supaya terasa manisnya. Mula2 tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih. Kemudian bawang putih, halia, bawang merah pulak kena tumis betul2 garing sehingga naik bau. Begitu juga dengan rempah kari. Masukkan daun kari dan asam keping. Asam jawa pun boleh. Tumis dan masak hingga naik bau dan naik minyak....lepas tu baru masukkan ayam. Bila ayam dah masak baru tambahkan gula. Rasakan garamnya ya. Memang sedap....
AGAR-AGAR GULA MERAH
Sunday, August 18, 2013
Char kuey tiaw Ipoh mali....
Udang
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Gula
Bahan perasa
Tuesday, July 9, 2013
Monday, July 8, 2013
Rendang ayam negeri Perak
Cabai kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai - blender sampai halus.
Daun kunyit.
Kunyit serbuk
Kerisik
Santan
Garam
Asam keping
Apam kampung
Pada pendapat saya sebab ni adalah kuih apam yang betul2 tradisional la resepi opah2 dan mak2 kita buat dulu. Kalau sekarang ni banyak dah apam2 lain...ada apam beras la, apam eno la, apam polkadot la....maknanya tu semua apam moden sikit la kan.
Sunday, June 23, 2013
Shepherds pie
Daging kisar -saya guna daging kisar Ramly
Kalau suka boleh bubuh carrot, jagung dan kacan pis ( saya guna yg frozen tu).
Bawang besar dan bawang putih cincang halus.
Sos prego ( kalau x de bubuh je sos tomato)
Garam dan lada sulah.
Lepas tu masukkan sayur2 campur tadi. Actually kalau suka boleh bubuh cendawan butang, daun celery ke...its up to you all sbb kita yg buat dia kan. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Kalau nak kuah dia pekat masukkan tepung gandum yang dibancuh dgn sedikit air. Masak seketika dan siap.
Wednesday, June 5, 2013
Pavlova in da house
Assalamualaikum. ...
Wah wah wah....lamanya tak update blog kan. Sebenarnya mcm pening la pulak sbb byk sgt laman sosial skrg ni. Ada instagram la, keek la, whatsapp la, facebook la, blog la, line lagi, lepas tu we chat pulak.....sampai tak tahu mana satu yg diupdate. Disebabkan saya baru je register Keek, so sekarang ni tengah ralit dok tengok video2 yg keekers postkan. I like video Dr. Harlina (wife angkasawan Malaysia tu la....). Bella and Tasha sangat2 kiut. Bestnya ada anak perempuan kan.....
Okeylah jauh pulak lari dari tajuk. Actually saya nak cakap pasal pavlova ni. Tengok gambar yg saya letakkan. Mengancam kan. Warna2 buah2an tu cantij sgt bila dihias atas fresh cream. Dan....yang penting rasa dia sedap sgt. Tak sampai 1 hari dah habis. Sebenarnya ni kali kedua saya buat. Yg 1st time putih telur tu tak berapa cantik kerasnya. Tapi kali ni everything perfect dan bila dah masak putih telur tu jadi gebu dan ringan. Combination bahan2 sgt sesuai. Saya cari buah yg masam2 sikit utk balancekan dgn rasa manis putih telur tu.
Okey...sekarang ni you all boleh cuba buat ye sebab senang sgt nak buat. Resepinya kat bawah ni.
4 biji putih telur
1 cwn gula castor
Sedikit jus lemon atau cuka
2 sudu besar tepung jagung.
Pukul putih telur hingga separuh kembang then masukkan semua bahan2 lain. Putar lagi sehingga putih telur tu betul2 kembang dan keras dan tak jatuh kalau kita tonggengkan bekas tu. Bancuhan tu letakkan atas dulang pembakar yg dilapik dgn kertas minyak. Bakar dlm oven...lebih kurang 1jam atau hingga putih telur tu kekuningan. Bila cukup masak, switch off oven tapi biarkan dulu putih tu dlm oven dgn merenggangkan sedikit pintu oven tu. Biarkan sejuk sebelum hias dengan fresh cream dan buah2an......
Kan senang tu. Apa lagi...
Jom2 ke dapur.
Tuesday, April 30, 2013
Waffle
Thursday, April 25, 2013
Kuih buah melaka
Panaskan air dalam periuk. Bila air dah mendidih masukkan buah melaka tadi. Kuih ni boleh diangkat bila dia mula terapung. Bila dah terapung, angkat guna tapis dan masukkan dalam kepala parut yang dah digaulkan dengan sedikit garam. Taraaa.....dah siap. Senang kan. So kat bawah ni saya kongsikan gambar2 ye baru ceria sikitkan nak baca entry ni.
Wednesday, April 24, 2013
Chocolate souffle
Wednesday, February 20, 2013
Roti Sosej dan Roti Keju
Tapi kalau nak difikirkan yang roti ni homemade dan tak ada campuran bahan2 kimia yang macam-macam untuk gebukan roti, saya rasa not bad jugaklah roti ni. Anak saya suka yang ada cheese tu. Habis dia makan walaupun sakit tekak masih belum sembuh sepenunhya....
Resepi saya share kat bawah:
Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
Kalau nak pergi ke blog kat mana saya dapat resepi ni, boleh pergi sini
Thursday, June 28, 2012
Red Velvet Cupcakes
Visit Aini Marisha
Monday, July 11, 2011
Spaghetti

Salam semua, gambar di atas ni adalah projek last minute malam tadi. Sebenarnya memang malas nak masak dah sebab saya dah makan kat rumah mak mertua lepas balik kerja tadi. Tapi tiba-tiba si bujang tu merengek sebab lapar. Fikiran pun mulalah mencari2 idea apa yang nak dimasak malam2 ni....so, dengan malas bergerak jugak ke dapur. Tengok2 ada pasta mentah yang masih berbaki dari masakan yang lepas. Ada puri tomato. Masih ada lagi daging ayam kisar yang belum digunakan. Dan stok herba oregano serta daun parsly memang sedia ada di dapur. Apa lagi....saya mulalah keluarkan bahan2 dan dalam masa tak sampai 20 minit, spaghetti saya siap. Sedap dan mudah...dan yang penting mengenyangkan.
Bahan2 yang saya gunakan:
1. Pasta kering -rebus dengan sedikit garam
Kuah:
1. Puri tomato dalam tin atau kalau nak senang beli sahaja sos spaghetti yang siap dijual. Ada pelbagai jenama seperti Heinz, Maggi, Prego dan Kimball
2. Oregano
3. Daun Parsley kering
4. Bawang putih - cincang halus
5. Bawang merah - potong dadu
6. Daging ayam kisar Ramly/Azmy
7. Parutan keju (optional)
Cara masak:
Mula2 rebus dulu pasta.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai layu dan naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam betul2 masak.
3. Masukkan tomato puree, tambahkan air.
4. masukkan garam, gula, oregano dan daun parsley. Kacau sebati. Puan2 kenalah sentiasa rasa masakan untuk seimbangkan rasa garam dan gula. Jika suka boleh letakkan sedikit bahan perasa.
5. Okey...dah siap. Bila nak hidangkan, boleh taburkan hirisan keju jika suka ye.



















