Hai.....susahnya nak cari bilik sewa kat area Shah Alam ni. Dah lah mahal, bilik kecik pulak tu. Ke....I yang sebenarnya cerewet? Hmmm....x lah cerewet sgt pun. Tapi mmg nak cari bilik single, x nak share. Housemate tak nak la ramai2 sgt, nanti pening kepala dengan kerenah mcm2. And..... di sebabkan tu, saya masih lagi menumpang rumah kawan and still tercari2 bilik yang bersesuaian. Ada sapa2 yang boleh sewakan bilik pd saya? Heheheh....kan saya kata saya dah tertipu sebelum ni, so jadi macam fobia la jugak nak survey bilik2 kat ibilik.com dan mudah.my. Pihak polis kata kes2 mcm ni mcm mula berkembang dah kat Malaysia. So kawan2, please be very3 carefull dengan orang yang tak dikenali. DON'T JUST BANK IN MONEY TO STRANGER!!!!!!!!.
Dan satu lagi untuk para wanita yang single ke, yang dah berkahwin ke, jangan cepat terpedaya dengan janji2 manis lelaki yang baru dikenali. Pihak polis cakap, kes yang paling banyak polis terima adalah kes penghantaran bungkusan/barang. Kalau nak deal dgn pembelian barang2 online ni, cuba survey banyak2 kali website tu. Mungkin boleh google dulu ke to make sure tak ada aduan penipuan untuk website tu. Sebab mcm kes saya tu, bila dah kena tipu, saya pun survey la internet untuk tengok kot2 ada kes yang sama. So...memang ada dan baru saya mcm terima kenyataan yang tipah tertipu...huhuhu. satu lagi polis kata, wanita2 terutamanya mudah tertipu dengan kata2 manis lelaki yang menggoda. Mungkin wanita2 yang dah berkahwin ni mcm terover excited bila fikirkan bahawa " aku dah kahwin dan dah ada anak ni masih laku rupanya....". Pleasssseeee.....jangan perasan lebih2. Tolong toleh belakang dan ingatkan suami dan anak ya. They are the one for you all the while yang telah temankan you semasa susah dan senang. Marah2, gaduh2 sikit2 adalah asam garam rumahtangga....janganlah jadikan semua isu sebagai penyebab untuk you beralih arah. Dan janganlah menunding jari dan kata semua salah suami bila bergaduh. Mungkin kita tak sedar ada juga salah di pihak kita...so, muhasabah diri dan cuba berbincang secara baik dengan suami. Fikirkan masa depan anak2 kerana mereka perlukan kedua2 ibu dan bapa untuk mendapatkan kehidupan yang baik untuk masa depan mereka.
Okey...all the while dalam entry ni saya banyak sebut pihak polis kan. Yes,!!....saya memang pergi buat laporan polis untuk kes tipu bilik tu. Kot2 la kalau penipu tu terbaca....kalau rasa mcm takut nak kena tangkap, pandai2 la pulangkan balik duit saya tu. Kalau you rasa mcm senang je nak terlepas dari penipuan ni, it's okey sebab balasan ALLAH tetap akan ada menanti. sekarang mungkin awak masih muda ke dan tak ada rasa insaf. Tapi bila dah tua nanti, kot2 masa tu terfikir nak pergi umrah ke, pergi haji ke.....fikir2kanlah duit haram yang org tak halalkan yang mengalir dalam tubuh awak selama ni. Masa tu nak cari balik org2 yang awak dah tipu mungkin dah terlambat.....
No comments:
Post a Comment