Alhamdulillah tanggungjawab kita sebagai rakyat telahpun dilaksanakan pada 5.5.2013 dan Alhamdulillah juga proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang peristiwa yang tidak diingini. Saya dan keluarga awal2 pagi dah keluar untuk membuang undi sebab dari hari sebelum tu dah macam excited sangat. Saya memang tak sabar nak mengundi pada 5.5.2013 ni sebab benda ni hanya berlaku 5 tahun sekali je kan, jadi saya rasa satu kerugian besar pada sesiapa yang tak mahu mengundi.
Saya merasa la tersekat dalam jem yang panjang masa hari Jumaat sebelum minggu mengundi tu. kelas saya habis pukul 9.30 malam hari Jumaat tu. Malam tu jugak saya nak balik ke Ipoh. Suami saya sanggup naik bas dari Ipoh dan saya ambil di di Terminal Bas Shah Alam. Lebih kurang pukul 11.30 malam kami dah sedia untuk bertolak ke Ipoh. Ya ALLAH.....panjangnya jem. Dah lah badan penat, kereta tak bergerak2. Last2 suami ambil keputusan nak tidur sekejap sebab mengantuk sangat. Ingatkan nak tidur kejap je tapi rupa2nya kami semua terlena hampir 2 jam. Kami teruskan perjalanan semula dan akhirnnya sampai di rumah tepat pukul 6.00 pagi dan lepas solat Subuh masing2 terus sambung tidur.
Tapi...saya sedih la....sebab saya ada dengar dan ada juga terbaca sebab sebab kenapa sesetengah orang ni tak nak mengundi. Yang memang ada alasan yang betul2 dan memang tak boleh dielakkan tu tak pe lah kan. Tapi kalau setakat alasan-alasan macam kat bawah ni saya rasa kesal la sikit :
1. Malas nak beratur panjang-panjang
2. Sama je undi ke tak
3. Tak de beza pun setakat hilang 1 undi dia je
4. Saya tak kisah siapa menang...saya terima apa sahaja keputusan pilihanraya ni
5. Tak percaya dengan sistem pengundian ni. SPR memang akan menangkan kerajaan sedia ada
Tak sepatutnya lah kita berfikiran macam ni kan sebab setiap 1 undi tu sangat berharga nilainya sebab ia bukan sahaja boleh merubah pemerintahan di negeri kita tetapi juga boleh mengubah 1 negara. Kalau semua orang berfikir macam tu, hilanglah sistem demokrasi di negara kita. Contohnya keadaan yang berlaku di Batu Gajah Perak. Perbezaan kemenangan hanya 2 undi sahaja. Kalau lah 2 @ 3 orang yang berniat tak nak mengundi tu datang mengundi mesti dia telah melakukan satu perubahan besar dalam jumlah undi yang diterima.
Okeylah....nak cakap lebih2 pun dah tak guna kan sebab hari mengundi dah pun selesai. Diharapkan 5 tahun akan datang semua rakyat Malaysia yang layak mengundi akan cuba sedaya upaya untuk keluar mengundi.
Dan di bawah ni adalah keputusan penuh selepas proses pengiraan undi tahun 2013.
Kerajaan Barisan Nasional nampaknya masih diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mentadbir negara ini. Walau apa sahaja keputusan, kita terima lah dengan hati terbuka dan redha dengan ketentuanNya. Rata-rata analisis yang saya dengar dan baca melihatkan bahawa walaupun kerajaan BN menang namun jumlah kerusi yang dimenangi merosot sedikit dari pilihanraya sebelumnya. Dan kita nampak dengan jelas bahawa parti DAP menunjukkan peningkatan kerusi yang amat ketara berbanding dengan PKR dan PAS.
Saya sebenarnya cuba memaksa diri saya untuk tidak lagi memikirkan lagi mengenai isu pilihanraya ini selepas memperolehi keputusan pilihanraya. Tetapi...saya gagal menidakkan dan memujuk hati saya dari meluahkan rasa hati saya apabila melihat keputusan ini. Secara ikhlas dan jujurnya saya gembira kerana kerajaan BN masih menerajui dan mentadbir negara. Saya masih mempunyai kepercayaan penuh kepada kerajaan BN untuk terus membangunkan negara Malaysia yang amat saya cintai. Saya juga amat2 berharap kerajaan BN akan membuat post mortem dengan sebaiknya untuk menganalisis dan mengkaji punca kemerosotan undi terhadap mereka terutama di negeri Perak, Trengganu dan kekalahan terus di Selangor. Satu lagi....antara hasil yang paling jelas yang kita dapat lihat dari pilihanraya ini adalah pengundian kaum Cina yang berpakat secara keseluruhannya untuk mengundi DAP. Kerajaan BN, PAS, PKR kelihatan seolah2 ditikam dari belakang oleh kaum ini walaupun sebelum pilihanraya mereka menunjukkan bahawa mereka tidak bersifat perkauman dan gembira dengan semua bantuan yang kerajaan berikan....tapi akhirnya kerajaan BN ditipu dan ditinggalkan.
Saya bukanlah seorang yang bersikap perkauman. Saya tak kata apa yang kaum Cina lakukan adalah salah sebab kalau saya pun pasti akan menyokong kaum Melayu jugak kan. Cuma masalah yang kita nampak adalah...Cina menang kerana mereka bersatu. Dan yang sedihnya...orang Melayu berpecah belah (BN, PAS dan PKR) dan akhirnya kita yang rugi.
Cuma saya mengharapkan adalah.....janganlah sehingga negara Malaysia ini tergadai sehingga ditadbirkan oleh kaum lain. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya bahawa ini negara yang dibangunkan oleh kaum Melayu. Sejarah adalah jelas bahawa negara kita dibangunkan oleh orang Melayu. Ini negara kita......anak2 muda sekarang tolonglah baca Sejarah Tanah Melayu. Tolonglah selami pengorbanan datuk nenek kita dulu yang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan negara ini demi anak cucu mereka iaitu kita sekarang. Jika mereka tidak lakukan demikian, sudah tentu kita tak akan dapat menikmati suasana aman damai seperti sekarang. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita pula untuk menjaga negara yang diserahkan kepada kita ini untuk diwarisi pula oleh anak cucu kita pada masa akan datang. Jangan ikutkan darah muda.....yang mudah marah apabila disogokkan oleh berita2 palsu/fitnah yang mudah diedarkan di media2 sosial sekarang.
Saya pasti ramai penganalisis politik dapat lihat bahawa selepas ini kaum Melayu perlu bersatu semula. Pemimpin2 kita kena kaji dan lihat dalam2 hasil keputusan pilihanraya ini. Demi masa depan negara Malaysia dan kebajikan anak2 kita di masa hadapan....tolonglah. Lupakan segala persengketaan dulu, buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Saya bersetuju dengan cadangan2 sesetengah orang...penyatuan antara UMNO dan PAS. Dengan kebijaksanaan dan pengalaman pemimpin BN mentadbir negara dan kewarakan serta kewibawaan pemimpin2 PAS, saya yakin negara Malaysia akan semakin gah membangun di masa hadapan.
Fikir2kanlah...demi rakyat dan negara kita yang tercinta.
No comments:
Post a Comment