Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Thursday, June 28, 2012
Menghadapi kerenah anak yang semakin meningkat remaja
Sekarang ni saya sedang menunggu Nazrin membuat latihan soalan matematik UPSR yang terdapat dalam website Portal Pendidikan Utusan Malaysia. Bagus website ni sebab mereka letakkan banyak contoh kertas-kertas soalan untuk semua peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dan sekarang ni terpulang pada pelajar tu sendiri la pulak antara nak buat ke tak.
Tahun ni penting bagi saya dan suami sebab anak kami akan menghadapi peperiksaan penting buat kali pertama iaitu UPSR. Walaupun ada orang kata, tak perlu nak risau sangat sebab lulus atau tak pelajar masih boleh lanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 tapi lain pulak pandangan kami. Dan saya yakin ramai juga yang sependapat dengan kami lebih-lebih lagi saya hanya ada seorang anak sahaja. Buruk dan baik kami bergantung padanya. Dan sudah tentulah kami mahu dia mempunyai masa hadapan yang sangat cerah, hidup yang senang dan yang penting cukup ilmu agama sebagai bekalan kami berdua di akhirat nanti. Segalanya mesti seimbang kan...dalam apa-apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup samada pemakanan, tugas-tugas di pejabat, kerja-kerja seharian di rumah atau pejabat mestilah diuruskan dengan baik dan seimbang. Kalau makanan, mesti seimbang dengan zat-zat dan nutrisi-nutrisi yang diperlukan. Kalau bekerja, kena seimbangkan dengan masa untuk beramal ibadat dan juga masa untuk keluarga. Kalau berharta lebih kena seimbangkan dengan mengeluarkan zakat bagi meringankan beban manusia yang memerlukan.
Sekali sekala naik juga suara saya melihatkan sikap Nazrin yang menunjukkan sikap bosan apabila setiap kali disuruh belajar. Bukan apa...kalau main game/komputer/PS3 sampai ke pagi esok mata dia boleh bertahan...tapi kalau disuruh belajar macam saja-saja sikapnya seolah-olah sengaja hendak mencabar kesabaran saya. Macam tu lah agaknya perasaan ibu bapa kita dulu apabila menyuruh kita belajar kan. Itulah pusingan hidup...apa yang dialami oleh setiap manusia akan dialami pusingan yang sama oleh manusia yang lain. Dari dilahirkan,kita dijaga oleh ibu bapa...diberikan pelajaran sehingga dewasa. Kemudian kita bekerja, berkahwin, mempunyai anak...dan seterusnya anak kita pula akan menyambung kitaran hidup manusia.
Saya dan suami akan cuba sedaya upaya kami membantu Nazrin untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR ini. Usaha + doa + tawakkal = kami harapkan kejayaan akan mengirinyaa nanti.
Kejayaan ini bukan untuk kami banggakan atau untuk kami canagnkan kepada orang lain bahawa anak kami adalah cerdik, tetapi adalah bekalan yang kami sediakan untuknya bagi kehidupannya di masa akan datang. Saya tidak mahu apabila kami tidak ada lagi nanti, hidupnya teriumbang ambing tanpa haluan. Saya tidak sanggup melihat dia hidup susah....apa yang saya dan suami sediakan sekarang adalah untuk kesenangan hidupnya nanti kerana setiap anak memang tanggungjawab ibu bapa.
Muhammad Khairun Nazrin.....mama marah bukan kerana tidak sayang tetapi kerana tidak mahu Nazrin susah di kemudian hari akibat sikap mama yang cuai dalam membentuk Nazrin di masa ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment