Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Wednesday, June 27, 2012
Mencuri-curi masa
As-salam semua kawan-kawan.....(ada ke pun yang singgah kat blog saya ni...)
firstly nak bagitahu, kalau ada sesiapa nak tahu pasal perkembangan novel saya yang seterusnya...saya nak maklumkan bahawa saya masih dalam proses nak siapkan bab-bab akhir. Semangat nak menghabiskan tu ada...tapi masa selalu mencemburui saya. Kat ofis memang la tak boleh kan, bila balik rumah pulak macam-macam benda nak buat dan akhirnya saya kepenatan dan memang tak sanggup nak bukak laptop untuk terus menulis....adooiiii, macam mana ni? Insyaallah akan saya cuba jugak cari masa untuk menyiapkannya sebab ini adalah minat saya dan saya tak mahu kuburkan begitu sahaja. Oh ya...kepada semua penminat buku Alaf 21...sentiasalah menyokong penulis-penulis Alaf 21 dan beri komen yang membina supaya kami penulis dapat memperbaiki kekurangan yang ada.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment