E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Wednesday, February 20, 2013

Roti Sosej dan Roti Keju

Malam tadi, entah apa mimpinya....tiba2 macam teringin nak buat roti. Walaupun sebelum ni memang dah pernah buat roti dengan guna water roux, tapi kali ni malas dan nak cepat sebab sampai rumah pun dah dekat pukul 6 ptg. Sempat lagi tidur sekejap dan lepas makan malam terus siapkan adunan roti. Nasib baik sukatan adunan tu tak banyak....dapat la dalam 8 ketul roti. Saya buat roti sosej dan yang lain saya tabur cheddar cheese + gula. Okey jugak la resepi yang saya cuba ni tapi tak segebu adunan roti guna water roux. Suami saya dok compare2 la kegebuan roti ni dengan roti yang dulu.....

Tapi kalau nak difikirkan yang roti ni homemade dan tak ada campuran bahan2 kimia yang macam-macam untuk gebukan roti, saya rasa not bad jugaklah roti ni. Anak saya suka yang ada cheese tu. Habis dia makan walaupun sakit tekak masih belum sembuh sepenunhya....

Resepi saya share kat bawah:

Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

Kalau nak pergi ke blog kat mana saya dapat resepi ni, boleh pergi sini