E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Sunday, October 24, 2010

Kek Oren Lembap-diambil dari blog Mat Gebu




Kali ni saya cuba buat kek ikut resepi dari blog Mat Gebu...kalau nak tengok resepi2 yang best2, boleh singgah blog "Dapur Tanpa Sempadan" tu ye.

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
2.Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
3.Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
4.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
5.Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

Memang kek ni naik cantik...saya happy dengan result dia sbb selalunya saya kurang yakin nak buat resepi yang menggunakan putih telur mcm kek chiffon. Dah lama saya tak buat kek chiffon sbb bila saya buat, ia tak berapa gebu dan ringan mcm yang sepatutnya. So...kali ni, alhamdulillah, dia jadi ok. Memang betul kata Mat Gebu, bila kek dah masak...aduhaii..bau oren tu betul2 memikat kalbu...hehhee..oklah kawan2.Selamat mencuba ye.

No comments: