Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Sunday, October 24, 2010
Puding cocktail
Semalam, tiba-tiba tekak ni teringin nak makan puding...so, decided nak buat puding cocktail. Lagipun bahan2 nye semua dah ada kat rumah. Memang senang je buatnya dan husband kata sedap...yang lain2 dah masuk dalam peti sejuk. petang ni balik dari kerja boleh makan lagi dan pasti lebih sedap bila sejuk2 kan...oklah kat bawah ni saya share resepi ye.
Puding cocktail
Bahan2:
1. agar-agar 1 kampit
2. 1 tin fruit cocktail
3. 1 tin susu cair
4. sedikit gula (ikut manis yang disukai)
cara-cara buat:
1. masak agar-agar dengan air dan gula sampai larut. Air tu lebih kurang 1/2 periuk yang sederhana besar.
2. asingkan buah2an dari sirapnya.
3. bila agar2 dah menggelegak, masukkan susu cair dan sirap cocktail.
4. biarkan campuran masak seketika, kemudian masukkan buah2an campur. biarkan seketika (jangan lama sangat ye, nanti buah lembek).
5. bila dah masak, tutup api dan ceduk puding ke dalam bekas yang disukai dan sejukkan sebelum dimakan ye...
ok, itu saja. senangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment