E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Thursday, October 28, 2010

Lega... dan roti pizza

Kenapa lega? lega sebab segala urusan di tempat kerja dapat diselesaikan walaupun hari-hari sebelum mesyuarat yang nak diadakan tu memang meletihkan dan men"stress" kan. Anyway, banyak pengajaran yang boleh diperolehi especially pengurusan pejabat...memang tension nak mengerahkan semua staff untuk bergotong royong bersihkan ofis dan kawasan sekeliling. Kesian pun ada kat dia orang tambah2 staff lelaki, tetapi what to do,daripada kena marah, baik lupakan saja perasaan kesian tu. Anyway, alhamdulillah kerana staff semua mahu bekerjasama dan alhamdulillah juga semua perkara dapat diselesaikan dengan bantuan mereka.

So, malam tadi, sebab semua dah settle baru kepala rasa ringan sikit. Tengah2 tengok tv,tiba-tiba anak saya kata "mama..saya lapar". Aduii...actually memang tak berniat pun nak masak sebab dia dah makan kat rumah opah dia petang tadi. Dan saya konon2nya cuba untuk kurangkan makan pada waktu malam (diet la konon)...tapi sian kat Nazrin. So...saya gagahkan juga diri untuk bangun dari kerusi empuk tu. Pergi ke dapur dan belek2 apa yang boleh dimasak dengan cara yang mudah tapi sedap. first,mata saya ternampak roti, then terfikir yang dalam fridge ada sosej. Kat atas rak ada pulak nenas dalam tin, ada sos tomato, ada keju mozarella. Ok, dah tahu nak masak apa.

Saya pun ambik beberapa keping roti, potong sosej dan nenas kiub kemudian susun atas roti. tabur sos, keju mozarella...then masukkan dalam oven...taraaa!!! hasilnya dapatlah pizza segera. Anak saya kata best dan habiskan sekejap jek. Huhuhuhu...selesai tugas sebagai ibu pada malam tu. ok, gambar roti pizza tu boleh tengok kat bawah ye:



No comments: