E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Monday, January 7, 2013

Salam Tahun Baru 2013 dan cerita Manuskrip Baru

Assalamualaikum semua...

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2013 walaupun hari ni dah 8 Januari. Rasanya ramai yang masih dalam mood tahun baru dan mungkin ada juga yang masih berfikir-fikir apakah azam yang hendak ditanam pada tahun ini. ehem ehem...sibuk2 nak cari azam tahun baru, azam tahun lepas dah tertunai ke? hehehee.....tak apalah, kalau dah tertunai alhamdulillah. tapi kalau belum cuba lagi tahun ni. Yg penting jangan sesekali berputus asa dan tekad untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Bagi saya pula, mcm yang saya postkan dalam FB saya.....apa yang penting adalah saya nak memperbaiki diri lagi supaya menjadi insan yang lebih baik. Untuk itu...langkah pertama yang perlu kita ambil adalah muhasabah diri dulu kan. Renungkan semula apakah yang telah kita lakukan sepanjang tahun lepas. Kalau kita dah sedar kekurangan dan kelemahan kita, barulah kita boleh ambil langkah seterusnya kan. Tapi make sure la lepas tu kita betul2 berazam dan berjanji untuk berubah kan. Janganlah pulak janji tinggal janji...lepas tu hujung tahun buat azam yang sama berulang2. Kalau mcm tu bila nak berubahnya kan....so wake up now!!!! tepuk2 sikit pipi tu biar terjaga dari alam mimpi dan mula mengambil langkah proaktif tau.

Bagi saya...alhamdulillah. So far momentum azam tahun  baru masih berjalan lancar. Insyaallah akan cuba dikekalkan sehingga hujung tahun ini sebelum review balik awal tahun depan kan.

Hmmm...bercerita tentang tahun baru juga..saya memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH (swt) sbb memberikan rezeki yang baik buat saya dan keluarga. Rezeki ni bukan semestinya wang ringgit tapi boleh dlm pelbagai bentuk seperti dipanjangkan umur, diberikan kebahagiaan hidup, jiwa yang tenang, kesihatan yang baik dan sebagainya. So..apa2 yang kita terima tu hendaklah kita bersyukur dan jangan selalu sangat mengeluh dan merungut tau kalau rasa susah sikit. Anggap la dugaan tu kita terima sebab ALLAH sayangkan kita dan nak tengok sama ada kita boleh bersabar atau tak. Okeylah....cukup2 lah kan ckp psl hal agama. Takut pulak kalau saya maklumkan perkara yang salah, sebab saya ni bukan ahli agama. Hanya berkongsi apa yang saya tahu sikit2 dan dengar sebelum ni.

Minggu2 pertama ni juga saya sangat happy sebab akhirnya manuskrip saya yang terkini telah berjaya disiapkan dan dihantar kepada penerbit. Alhamdulillah.....setelah lama manuskrip tu tersangkut di mukasurat 200...dan idea saya tersangkut2 di tengah jalan, akhirnya saya dapat flow yang lancar dan berjaya menamatkan cerita ni dengan happy ending.  Saya suka happy ending sebab mahukan kepuasan diri bila selesai meengikuti keseluruhan cerita.

Okeylah....sebagai pre promotion untuk manuskrip tu (huhuhu...harap2 penerbit terbitkan lah), saya ceritalah sikit2 sinopsisnya.

Mcm biasa....cerita ni more to love story. Kali ni kerja yang saya pilih adalah pegawai polis. Kedua2 mereka bertugas di balai polis yang sama. Before that heroin saja yang kerja kat balai tu tapi hero kemudian telah membuat permohonan untuk bertukar ke balai yang sama setelah secara tak sengaja ternampak gambar heroin di PULAPOL.

Hero dan heroin actually dah tak berjumpa lama dan terpisah disebabkan satu peristiwa semasa zaman sekolah mereka. Ada pertelingkahan dalam hati dan perasaan mereka berkait dengan kisah zaman sekolah tu. Dlm cerita ni saya banyak selitkan scene2 yang tak dirancang antara mereka, dan adalah ungkit mengungkit tentang apa yang telah berlaku. Ada juga scene di mana mereka terpaksa menyertai 1 operasi dan terpaksa berlakon sebagai suami isteri. so...kecoh la sikitkan. Pertemuan2 demi pertemuan yang tak disangka akhirnya membuka tirai yang menutupi perasaan sebenar mereka selama ini tetapi keegoaan masing2 menghalang mereka dari berterus terang tentang perasaan masing2. Tetapi....yang menyedihkan adalah mereka hanya tersedar pd waktu2 yang sangat terlewat yang mana heroin telahpun bertunang dengan orang lain dan akan berkahwin dalam masa yang terdekat......


Okeylah....cukup dulu. Kita tunggu dulu keputusan penerbit. Saya tgh berdoa ni, semoga manuskrip ni diterima dan harap2 nya biarlah diterbitkan pd tahun ini juga.....







No comments: