Untuk entry pertama bulan Februari 2013 ni saya nak cerita psl operation yg anak saya buat pd 8 Feb 2013 di Ipoh Specialist Centre. Pembedahan dimulakan pd pukul 1 tghri dan anak saya ditolak keluar dari OT setelah doktor berpuas hati semuanya stabil. Alhamdulillah pembedahan berjalan dgn lancar. Actually tonsil ni dah lama timbulkan masalah pd anak saya sejak dia kecil lagi. Pandangan doktor yg merawat macam2. Ada yg suggest suruh buang dan ada pulak yg kata tak perlu. So we decided to ask opinion from specialist. Menurut doktor, utk pastikan samada tonsil perlu dibuang atau tak bergantung kepada beberapa ujian yg dia akan jalankan. Sebelum tu doktor pakar dah masukkan kamera kecil dalam lubang hidung dan lubang telinga anak saya. Saya sendiri tengok di monitor ada kesan yg berbza di kedua2 telinga dan lubang hidung anak saya. Selepas tu doktor suruh buat satu lagi ujian utk confirmkan keputusan dia. Ujian terakhir tu lebih kepada ujian bunyi utk tengok samada telinga anak saya turut terjejas disebabkan tonsil tersebut. Result menunjukkan bahawa telinga kiri kurang memberi kesan aktif terhadap bunyi berbanding telinga kanan. After the diagnostic, doc kata mmg kena remove. So we make our decision to proceed with the operation. Tarikh yg dipilih adalah 8.2.2013. Masa entry ni ditulis, kami dah pun berada di rumah dan anak saya sedang dlm proses pemulihan. Kesan sakit di kerongkong mula terasa dan makanan yg diambil hanyalah yg sejuk dan lembut. Kat bwh ni saya letakkan beberapa gambar utk tatapan bersama.
Actually, at first doc kata nak remove tosil je tp during the operation bila doctor masukkan kamera dlm hidung anak saya, dia kata ada mcm daging besar belakang hidung anak saya. Daging tu akan block saluran hidung and doc terus buang ketulan tu. That's why hidung anak saya berdarah.
Gambar kat atas ni one day after the operation.....
1 comment:
Dia tak rasa sakit ke lepas operate? Or dia rasa lega lepas operate tu. Sbb saya alami masalah yg sama susah nak bernafas sbb ada ketulan daging tu saya rasa. Saya tak operate lagi tapi tunggu feed back drpd org lain. Tolong reply sis :)
Post a Comment