E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Tuesday, January 19, 2010

Resepi

Okeylah...mula-mula saya nak bagi resepi yang paling mudah sekali. Iaitu Butter cake. Kek ni sangat simple tapi paling sedap (bagi saya). Bagi yang mula-mula berjinak nak buat kek, boleh cuba ye.

Butter Cake

250 gm gula caster
250 gm butter
5 biji telur
250 gm tepung naik sendiri -diayak
esen vanilla
baking powder.


Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula sampai kembang (putih dan gebu) -biar lama2 sikit ye.
2. masukkan esen vanilla dan telur satu persatu -pukul lagi sampai telur tu sebati dengan adunan 1.
3. Masukkan tepung sikit-sikit....pukul lagi sampai sebati.
4. Bakar dalam oven.

Taraa....dah siap kan. senang sangat.

Buttercream icing.

-saya ni memang rajin surf internet untuk cari resepi-resepi yang menarik. Kata orang banyak membaca, luas pengetahuan, lebih banyak ilmu, lebih senang kita nak praktikkan apa yang kita belajar kan. Setelah membaca, step seterusnya ialah kita kena cuba. Walaupun buat-buat tak jadi, tak apa...sebenarnya kesilapan itulah yang banyak mengajar kita. So...lepas ni kita tak akan mengulangi perkara yang sama.
Mengenai buttercream ni...bagi saya, resepi yang saya suka mudah saja dan icing ni juga menjadi cantik sangat. Senang nak sapu pada kek dan nak buat bunga ros.

Buttercream icing.

cuma guna creamwell dan gula icing saja. (pukul sehingga creamwell kembang dan licin berkilat)

Sorry ye, saya tak ada sukatan yang tepat. Kena agak2 sendiri. Bila masukkan creamwell, masukkan gula icing sedikit demi sedikit sehingga anda puas hati dengan tahap kemanisannya. Jika dah puas hati, saya rasa elok anda bahagikan icing tersebut. Semasa icing masih lagi pekat, anda asingkan untuk dibuat bunga atau corak pada kek. Yang selebihnya anda tambah susu supaya dia cair sedikit dan mudah disapu pada keliling kek.

Kalau ikut pada resepi Kak Jun, untuk dapatkan bunga ros icing yang cantik terletak, boleh guna resepi di bawah:

400gm gula icing
200gm creamwell

Ok. Selamat mencuba.

No comments: