E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Thursday, August 20, 2009

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN

Assalamualaikum...kepada semua pembaca yang singgah di blog ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita sama-sama diberi kekuatan oleh ALLAH (s.w.t) untuk berpuasa dan beramal dengan lebih baik pada tahun ini.

Wednesday, August 5, 2009

RESEPI

Kat ruangan ni saya kongsikan resepi-resepi yang saya ada untuk dikongsi bersama. Ada resepi yang saya ambil dari blog dan web site yang saya layari. so kalau ada tuanpunya resepi terbaca, harap tak marah ye. Sama-sama kita berkongsi ilmu.


BROWNIES
A/
150gm unsalted/salted butter
220gm cooking chocolate

B/Gaul
260gm brown sugar (tak nak manis boleh kurang pada 240g)
2 telur besar
100g fresh milk
1tsp esen vanilla

C/Ayak
220gm tepung gandum
50gm serbuk cocoa
1 tsp baking powder
1/2tsp baking soda
150gm walnut/pecan/almond/macadamia (optional)

Cara
1. Ayak C. Jika bubuh kacang, gaul dalam tepung yg dah diayak. Masukkan dalam mangkuk.
2. Potong kecik2 A-butter dan chocolate, double boil atau cairkan dalam microwave.
3. Bahan B gaul dalam mangkuk sampai bercampur/combined (jangan pukul kuat, sekadar bercampur sahaja).
4. Bila A cair, tutup api dan tepikan dalam 2 minit. Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati.
5. Tuang campuran B dan C ke dalam A tadi. Gaul guna hand whisk sampai bercampur (jangan terlebih gaul).
6. Tuang dalam bekas yang dilapik, jika mahu brownies tebal guna 9x9, brownies nipis 10x10.
7. Bakar 170C selama 55minit-1jam5minit untuk 9" dan 45-55minit utk 10". Kalau atas keras tapi dalam belum masak tutup dgn foil.
8. Atas boleh dia tuang chocolate ganache apabila brownies sejuk dan deco ikut suka.

Nota: masa bakar bergantung juga pada oven masing2, mungkin lebih pendek/lebih lama.
Selain tray square boleh juga guna tray rectangle.



KEK COKLAT LEMBAP

Bahan-bahan
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:

150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara memasak

1. Griskan loyang bulat yang bergaris pusat 9 inci dengan butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.

2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yang diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati

5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam.
6. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
7. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.

8. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing-masing. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

9. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek ke atas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Monday, August 3, 2009

MY FATHER'S B'DAY CAKES

As promised, I attach here the cakes I made for my father's b'day



Kek - Chocolate moist, disalut dengan chocolate ganache. dekor - fondant







Kek yang penuh bunga-bunga ni, tak expect pun nak buat. Tapi disebabkan bancuhan kek banyak yang lebih, so saya bake another kek, salut dengan choc ganache, then hiaskan dengan bunga2 fondant yang memang dah siap dibuat. Look nice what...