E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Tuesday, July 9, 2013

Cerita tentang Novel

Entry kali ni saya nak cerita tentang novel-novel yang telah saya tulis. Actually saya dah tulis 4 buah novel. 2 dengan Tintarona, 1 dengan NHf Media dan yang terbaru dengan Alaf 21. Dan sekarang saya sedang cuba menyiapkan novel saya yang ke-5. Manuskrip tu sebenarnya dah lama dihantar ke Alaf tapi diminta buat pembetulan oleh editor kerana ada beberapa part yang perlu diolah semula. Anyway, saya anggap itu sebagai salah satu cabaran yang saya harus terima untuk membolehkan saya bergelar seorang penulis yang hebat dan terbaik agar dapat berjalan seiringan dengan penulis2 Alaf yang lain seperti Anis Ayuni, Bikash, Aleeya Aneesa, Sharifah Abu Saleem dan ramai lagi.

Hopefully, saya akan mendapat sokongan yang baik daripada peminat2 novel Alaf 21 sekiranya novel terbaru saya diterbitkan nanti.

Mengenai penulisan juga, di sini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya apabila menjadi seorang penulis novel. First of all...apa yang penting ialah "MINAT". Jika tak ada perkataan ini...maka semua yang dibawah ini tak akan berlaku....

Apa yang saya lakukan sebelum mula membuat sesuatu cerita?

a. Mula-mula saya akan berangan atau dalam kata lain berfantasi mengenai cerita yang bakal saya tulis. Saya akan bayangkan jalan ceritanya secara ringkas, siapa pelaku-pelakunya, di mana ia akan berlaku, plot cerita, klimaks dan endingnya. Dan yang paling penting...selain dari mereka2 cerita, saya juga tidak lupa berdoa kepada ALLAH agar dikurniakan ilham dan idea yang baik untuk saya menulis novel yang baik. Ini yang paling penting.

b. Ada kalanya saya biarkan saja cerita itu melayang-layang dalam fikiran saya begitu sahaja kerana selalunya jalan cerita itu akan bertukar-tukar mengikut masa dan tempat dimana saya berada. Ia juga mungkin boleh diadaptasi dari apa yang saya perhatikan berlaku di sekeliling saya.

c. Jika saya dah dapat isi-isi cerita yang bakal saya tulis, maka step seterusnya ialah saya akan menulisnya di atas kertas/buku kerja saya. Saya akan nyatakan nama-nama yang telah saya pilih untuk watak2 dalam cerita saya, pekerjaannya, wataknya, tempat di mana cerita akan berlaku, konflik2 yang ada, dan akhir sekali endingnya. Dan jika saya perlu buat kajian mengenai sesuatu isu yang akan timbul dalam cerita saya, maka saya pasti akan membuatnya. Selalunya saya akan membuat rujukan dengan melayari laman web sahaja. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa...

d. Bila dah ada cerita...ok. bolehlah mula menulis. Yang penting kena ada "masa" yang mana kebelakangan ini saya kehilangannya dan sukar untuk saya cari ia untuk membolehkan saya duduk lebih lama di hadapan komputer lebih lama.

Ok...selamat berjaya bagi sesiapa yang mempunya "MINAT" untuk menulis. Aloha.

cheese cake lagi



Monday, July 8, 2013

Rendang ayam negeri Perak

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...tinggal lagi 2 hari je sebelum bulan Ramadhan yang mulia menyapa kita. Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH s.w.t masih memberikan kita peluang untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan dan melakukan ibadah puasa dan juga meningkatkan amalan kita yang lain.
Berbalik kepada tajuk utama entry ni, walaupun rendang ayam ni selalunya saya masak masa pagi hari raya sebagai hidangan wajib tapi tak lah melanggar etika pulak bila saya masak hari ni kan. Rasa macam teringin pulak nak makan, tu yang buat jugak tu.
Resepi yang saya ikut memang resepi yang opah dan mak saya guna bila setiap kali masak rendang ayam dan daging. Dan saya memang tak ubah atau edit langsung resepi tu. Saya kongsi resepi kat bawah ya. Oh ya...disebabkan ini resepi tradisional jadi dia tak ada sukatan2 semua tu tau. Bahan2 dia agak2 sendiri ya.
Resepi:
Stgh ekor ayam
Cabai kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai - blender sampai halus.
Daun kunyit.
Kunyit serbuk
Kerisik
Santan
Garam
Asam keping
Semua bahan2 tu masukkan terus dalam kuali. Santan tu biarlah pekat supaya bila dah masak, minyak2 akan kelihatan. Perasakan garam.  Tak payah bubuh bahan perasa sebab gabungan bahan2 tu memang dah sedap. Kerisik cukup la 1 peket beli kat kedai tu. Kunyit serbuk sebagai pewarna nak bagi dia kuning2 sikit. Asam keping dlm 2 keping pun dah cukup nak balancekan semua rasa. Daun kunyit tu kalau malas nak potong halus2 masukkan je sekeping dalam kuali sebab kita nakkan bau dia je. Kacau elok2 bagi bahan2 tu sebati. Masakkan sehingga naik minyak dan agak kering. Kalau suka berkuah janganlah sampai kering sangat. Senang je buat dia kan...

Apam kampung

Assalamualaikum semua....
Hari ni untuk minum petang saya buat kuih apam kampung. Ngape pulak namanya apam kampung pulak....
Pada pendapat saya sebab ni adalah kuih apam yang betul2 tradisional la resepi opah2 dan mak2 kita buat dulu. Kalau sekarang ni banyak dah apam2 lain...ada apam beras la, apam eno la, apam polkadot la....maknanya tu semua apam moden sikit la kan.
Apam ni arwah mak saya dulu pun selalu buat. Saya ni tak la pulak salin resepinya. Lepas tu bila mak dah tak ada baru la terkial2 nak buat. Sukat beria-ia pun tak jadi segebu yang arwah mak buat dulu yang main agak2 je sukatannya. Sebenarnya malam tadi saya dah try dah buat tapi.....bila dah masak jadi macam getah sekerap la pulak. Bantat kata orang Perak. Tak maunya naik adunan tu. Langsung la apam tu merempat dalam tong sampah. Bila saya compare2 balik dengan resepi lain yang ada kat internet...saya rasa silapnya ialah saya bancuh adunan dengan air suam. Yis pun saya bancuh dengan air suam jugak. Lepas tu saya rasa yis saya tu pun dah x elok kot.
Petang ni saya cuba lagi. Pakai resepi lain pulak yang saya google jugak. Ada lah nampak perubahan positif dari cubaan pertama. Yis naik elok. Adunan tu mengembang dengan cantik sebelum nak kukus. Dalam hati harap2 menjadi la kan.
Lepas masak...gambar macam kat bawah ya. Resepi pun saya akan letakkan kat sini. Thanks pada blogger yang share tu ya. Mintak halal ye saya pinjam resepi tu. Ikut resepi ni menjadi la jugak apam saya.....tapi kureng gebu sikit. Mungkin saya kena tunggu lama sikit sebelum kukus kot supaya adunan betul2 mengembang dengan baik. Tak pe lah....kalauuuu rajin nanti saya cuba lagi. Kalau orang lain boleh buat takkan saya tak boleh kan.
So...saya kongsi hasilnya kat bawah ni ya. Oh ya...antara perubahan yang saya buat ialah saya tak cairkan gula dengan air panas sebaliknya saya kacau je gula2 tu dalam air sejuk sampai larut then tapis. Alasannya sebab malas nak masak then tunggu pulak gula tu sejuk. You all kalau nak guna gula merah yang ketul2 tu make sure cairkan dan tapis ye sebab dalam gula merah tu macam2 benda ada. Ehh...tak de lah benda yang bukan2 pulak. Tapi selalunya ada macam ketul2 kasar macam batu la dan pasir2 halus.
Okeylah...resepi yang saya ikut saya screenshort je dari laman orang lain dan bukan hak cipta saya ya.