E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Tuesday, February 18, 2014

NOVEL SANDARAN HATI (2008)


Kali ini saya nak buat review untuk novel Sandaran Hati karya sulung Aini Marisha yang diterbitkan pada tahun 2008 (hihihi...ini kes masuk bakul angkat sendiri lah ni). Kalau tak penulis yang promote sendiri, siapa lagi kan. Lagipun hanya penulis yang tahu kisah yang dia tulis. Tak gitu? Okeylah, untuk memudahkan, saya attach sekali gambar2 yang diambil dari beberapa mukasurat novel tersebut dan saya akan ceritakan serba sedikit apa yang berlaku ya. So, jangan lupa klik pada setiap gambar dan baca ulasan saya tentang page tersebut ya.

Sedikit SINOPSIS:


Amalia dibesarkan oleh kak long dan abangnya, Ramlan selepas kedua ibu bapa mereka meninggal dunia. Amalia kemudiannya mendapat kerja sebagai Penasihat Undang-Undang di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Diana yang merupakan penasihat undang-undang sedia ada di syarikat tersebut mula rasa tercabar dengan kehadiran Amalia di situ. Dia kemudiannya mengatur rancangan jahat untuk menjatuhkan Amalia. Rancangan jahatnya dilaksanakan apabila Farhan membuat keputusan membawa Amalia ke Pulau Pinang bagi membincangkan kontrak baru syarikat mereka. Perasaan cemburu yang tidak dapat dikawal membuatkan Diana nekad mengupah seorang pekerja hotel untuk memasukkan pil khayal ke dalam minuman Farhan. Farhan telah dipimpin ke bilik Amalia dan hampir sahaja menodai Amalia dalam keadaan yang tidak sedar. Amalia yang tekejut dengan situasi tersebut telah nekad melarikan diri dan kemudiannya terus tidak hadir bekerja kerana terlalu kecewa dengan sikap majikannya. Apabila tersedar, Farhan terkejut dengan apa yang berlaku. Tetapi ada perkara yang lebih mengejutkan yang diketahui oleh Farhan. Amalia rupa2nya adalah sepupunya yang dicari oleh papanya selama ini....Selain itu Raihana yang merupakan teman wanita Farhan juga mula rasa panas punggung apabila kedua ibu bapa Farhan lebih banyak memberi perhatian dan kasih sayang kepada Amalia sehingga merancangkan untuk menyatukan Amalia dan Farhan. Okeylah... banyak lagi konflik yang berlaku di dalam kisah ini. Jika ingin dapatkan novel Sandaran Hati boleh beli di KARANGKRAF MALL memandangkan novel ini mungkin tidak ada lagi di kedai-kedai buku.



GAMBAR DI BAWAH NI ADALAH ANTARA KOMEN2 YANG SAYA TERIMA TENTANG NOVEL NI. 





Okey...untuk menarik lagi minat anda yang belum membaca novel ni, saya letakkan pula gambar mukasurat novel ni yang saya ambil. 



























No comments: