E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Wednesday, February 20, 2013

Roti Sosej dan Roti Keju

Malam tadi, entah apa mimpinya....tiba2 macam teringin nak buat roti. Walaupun sebelum ni memang dah pernah buat roti dengan guna water roux, tapi kali ni malas dan nak cepat sebab sampai rumah pun dah dekat pukul 6 ptg. Sempat lagi tidur sekejap dan lepas makan malam terus siapkan adunan roti. Nasib baik sukatan adunan tu tak banyak....dapat la dalam 8 ketul roti. Saya buat roti sosej dan yang lain saya tabur cheddar cheese + gula. Okey jugak la resepi yang saya cuba ni tapi tak segebu adunan roti guna water roux. Suami saya dok compare2 la kegebuan roti ni dengan roti yang dulu.....

Tapi kalau nak difikirkan yang roti ni homemade dan tak ada campuran bahan2 kimia yang macam-macam untuk gebukan roti, saya rasa not bad jugaklah roti ni. Anak saya suka yang ada cheese tu. Habis dia makan walaupun sakit tekak masih belum sembuh sepenunhya....

Resepi saya share kat bawah:

Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

Kalau nak pergi ke blog kat mana saya dapat resepi ni, boleh pergi sini

Tuesday, February 19, 2013

REVIEW PEMBACA TENTANG NOVEL USAH MENANGIS SAYANG

Untuk entry kali ni, saya nak kongsikan review pwmbaca novel Usah Menangis Sayang...biasalah kan seperti novel2 yang lain, minat dan interpretasi seseorang adalah berbeza. Ada yang suka, ada yang tak suka. By the way, saya amat2 menghargai setiap review dan komen yang diterima. Komen yang negatif akan saya jadikan sebagai satu cabaran untuk meningkatkan mutu penulisan saya dan memperbaiki kekurangan yang ada. Komen positif membuatkan saya rasa terharu dan akan saya jadikan pemangkin untuk menaikkan semangat saya untuk terus menulis dan mencari idea2 bagi menghasilkan novel yang baik. Saya nak share review2 tersebut dan harapkan penuliisnya mengizinkan.....

Untuk membaca review2 novel UMS, anda hanya perlu klik pada nama2 yang senaraikan di bawah ya dan ia akan bawa anda ke blog2 tersebut.

zetty zainal

arissa

nadhir

nusha

dailylifeana

faratina

Tuesday, February 12, 2013

Tutti Frutti time.....

Hehhee....lagi cerita pasal memenuhi kehendak orang sakit. Kali ni kami bawa dia makan Tutti Frutti. And of coz.....dia memang suka lah aiskrim yogurt ni. Hehehee...bila dia nak tekan yogurt tu, saya siap bisik2...jangan banyak sgt.....kalau tak pesan, alamatnya berpuluh2 ringgit la kena bayar utk makan secawan yogurt jek.



Tak pe lah Nazrin...asalakan  Nazrin selesa dan cepat sembuh. Mama and abah love you very much.....

Restoran Malika Saba, Ipoh

Restoran Malika Saba ni terletak di Greentown, Ipoh. Betul2di belakang Hotel Syuen Ipoh. Actually ada beberapa  restoran Arab yang saya tahu kat Ipoh ni iaitu Malika Saba, Hydramout dan ada satu lagi di Station 18 (x sure nama). Saya dah cuba kesemua makanan arab ni. Kalau nak rate mana yang lebih sedap...saya ikut susunan

No. 1 : Malika Saba
No. 2 : Hydramout
No. 3 : Station 18.

Chicken Mandy dan Mulawwah cicah dengan Oqda Chicken adalah menu yang paling kami suka kalau pergi restoran ni. Tapi....mereka perlu upgrade servis kot sbb selalu sgt kita kena ulang2 panggil pelayan sebab menu yang dipesan tak sampai2.

Gambar kat atas diambil masa saya dan keluarga pergi ke sana sebab nak celebrate birthday si kecik tu..anak saudara saya yang berumur 1 tahun pada 12.1.2013. Oleh sebab diorang ni tinggal kat Trengganu dan memang susah nak balik tiap2 bulan ke Ipoh, so buat lah belated birthday pada 9 Februari, 2013 yang lepas. Ummi Amsyar ialah adik saya (dalam gambar yang tengah memuncung update instagram tu.)..hehehhe.

Sunday, February 10, 2013

nazrin buat operation utk remove tonsil

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....

Untuk entry pertama bulan Februari 2013 ni saya nak cerita psl operation yg anak saya buat pd 8 Feb 2013 di Ipoh Specialist Centre. Pembedahan dimulakan pd pukul 1 tghri dan anak saya ditolak keluar dari OT setelah doktor berpuas hati semuanya stabil. Alhamdulillah pembedahan berjalan dgn lancar. Actually tonsil ni dah lama timbulkan masalah pd anak saya sejak dia kecil lagi. Pandangan doktor yg merawat macam2. Ada yg suggest suruh buang dan ada pulak yg kata tak perlu. So we decided to ask opinion from specialist. Menurut doktor, utk pastikan samada tonsil perlu dibuang atau tak bergantung kepada beberapa ujian yg dia akan jalankan. Sebelum tu doktor pakar dah masukkan kamera kecil dalam lubang hidung dan lubang telinga anak saya. Saya sendiri tengok di monitor ada kesan yg berbza di kedua2 telinga dan lubang hidung anak saya. Selepas tu doktor suruh buat satu lagi ujian utk confirmkan keputusan dia. Ujian terakhir tu lebih kepada ujian bunyi utk tengok samada telinga anak saya turut terjejas disebabkan tonsil tersebut. Result menunjukkan bahawa telinga kiri kurang memberi kesan aktif terhadap bunyi berbanding telinga kanan. After the diagnostic, doc kata mmg kena remove. So we make our decision to proceed with the operation. Tarikh yg dipilih adalah 8.2.2013. Masa entry ni ditulis, kami dah pun berada di rumah dan anak saya sedang dlm proses pemulihan. Kesan sakit di kerongkong mula terasa dan makanan yg diambil hanyalah yg sejuk dan lembut. Kat bwh ni saya letakkan beberapa gambar utk tatapan bersama.





Actually, at first doc kata nak remove tosil je tp during the operation bila doctor masukkan kamera dlm hidung anak saya, dia kata ada mcm daging besar belakang hidung anak saya. Daging tu akan block saluran hidung and doc terus buang ketulan tu. That's why hidung anak saya berdarah.




Gambar kat atas ni one day after the operation.....