E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information
Showing posts with label Nazrin. Show all posts
Showing posts with label Nazrin. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Selamat Hari Jadi Nazrin

Assalamualaikum semua....
Hari ni 12.6.2013....genap umur anak lelaki saya 13 tahun. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Bertambahnya usia Nazrin bermaksud bertambah juga usia saya dan suami. Alhamdulillah ALLAH swt memberi saya peluang untuk bergelar seorang ibu bermula pada  tahun 2000.  Masih segar lagi semua kenangan saya semasa saya mula2 tahu bahawa saya pregnant. Memang itu adalah saat yang sangat2 membahagiakan. Setiap hari rasa tak sabar melihat perut kian membesar walaupun bagi sesetengah wanita ia sesuatu yg menakutkan. Selain itu pemeriksaan setiap bulan sangat2 ditunggu sebab waktu tu sajalah kita dapat melihat baby sewaktu doktor scan perut. Melihat perkembangan baby walaupun hanya dari monitor sangat membahagiakan....tak sabar nak tunggu 9 bulan supaya dapat memeluk dan mencium baby....
Alhamdulillah Nazrin lahir sihat dengan berat 3.63kg. Dia membesar sepenuhnua di depan mata saya dan saya bersyukur kerana dia membesar menjadi seorang anak yang tidak banyak kerenahnya. Saya berdoa semoga ALLAH swt kekalkan kebaikan hatinya dan jadikan dia anak yang soleh yang akan memimpin tangan ibu bapanya ke syurga. Walaupun saya sangat mendambakan kehadiran lebih ramai cahaya mata....namun jika ALLAH swt telah takdirkan bahawa hanya Nazrin sahaja reseki saya....saya redha dengan ketentuanNya kerana saya telah berusaha tetapi sehingga kini rezeki belum ada. walaupun seorang, saya bersyukur kerana saya mendapat seorang anak yang baik.....alhamdulillah. 
Nazrin....mama ucapkan selamat  ulangtahun kelahiran Nazrin yang ke 13. Mama minta maaf sebab pada hari ni mama tak dapat bersama Nazrin disebabkan mama ada kelas dan pembentangan tugasan yang perlu diselesaikan. Insyaallah...hari sabtu ni kita akan raikan bersama2 sebab hari jadi mama pula pada 15 june ini....
Doa mama semoga Nazrin menjadi anak yanh soleh, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan akan sentiasa menyayangi mama dan abah sehingga akhir hayat kami.....aminnnn.

Sunday, February 10, 2013

nazrin buat operation utk remove tonsil

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....

Untuk entry pertama bulan Februari 2013 ni saya nak cerita psl operation yg anak saya buat pd 8 Feb 2013 di Ipoh Specialist Centre. Pembedahan dimulakan pd pukul 1 tghri dan anak saya ditolak keluar dari OT setelah doktor berpuas hati semuanya stabil. Alhamdulillah pembedahan berjalan dgn lancar. Actually tonsil ni dah lama timbulkan masalah pd anak saya sejak dia kecil lagi. Pandangan doktor yg merawat macam2. Ada yg suggest suruh buang dan ada pulak yg kata tak perlu. So we decided to ask opinion from specialist. Menurut doktor, utk pastikan samada tonsil perlu dibuang atau tak bergantung kepada beberapa ujian yg dia akan jalankan. Sebelum tu doktor pakar dah masukkan kamera kecil dalam lubang hidung dan lubang telinga anak saya. Saya sendiri tengok di monitor ada kesan yg berbza di kedua2 telinga dan lubang hidung anak saya. Selepas tu doktor suruh buat satu lagi ujian utk confirmkan keputusan dia. Ujian terakhir tu lebih kepada ujian bunyi utk tengok samada telinga anak saya turut terjejas disebabkan tonsil tersebut. Result menunjukkan bahawa telinga kiri kurang memberi kesan aktif terhadap bunyi berbanding telinga kanan. After the diagnostic, doc kata mmg kena remove. So we make our decision to proceed with the operation. Tarikh yg dipilih adalah 8.2.2013. Masa entry ni ditulis, kami dah pun berada di rumah dan anak saya sedang dlm proses pemulihan. Kesan sakit di kerongkong mula terasa dan makanan yg diambil hanyalah yg sejuk dan lembut. Kat bwh ni saya letakkan beberapa gambar utk tatapan bersama.





Actually, at first doc kata nak remove tosil je tp during the operation bila doctor masukkan kamera dlm hidung anak saya, dia kata ada mcm daging besar belakang hidung anak saya. Daging tu akan block saluran hidung and doc terus buang ketulan tu. That's why hidung anak saya berdarah.




Gambar kat atas ni one day after the operation.....

Thursday, June 28, 2012

Menghadapi kerenah anak yang semakin meningkat remaja

Sekarang ni saya sedang menunggu Nazrin membuat latihan soalan matematik UPSR yang terdapat dalam website Portal Pendidikan Utusan Malaysia. Bagus website ni sebab mereka letakkan banyak contoh kertas-kertas soalan untuk semua peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dan sekarang ni terpulang pada pelajar tu sendiri la pulak antara nak buat ke tak. Tahun ni penting bagi saya dan suami sebab anak kami akan menghadapi peperiksaan penting buat kali pertama iaitu UPSR. Walaupun ada orang kata, tak perlu nak risau sangat sebab lulus atau tak pelajar masih boleh lanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 tapi lain pulak pandangan kami. Dan saya yakin ramai juga yang sependapat dengan kami lebih-lebih lagi saya hanya ada seorang anak sahaja. Buruk dan baik kami bergantung padanya. Dan sudah tentulah kami mahu dia mempunyai masa hadapan yang sangat cerah, hidup yang senang dan yang penting cukup ilmu agama sebagai bekalan kami berdua di akhirat nanti. Segalanya mesti seimbang kan...dalam apa-apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup samada pemakanan, tugas-tugas di pejabat, kerja-kerja seharian di rumah atau pejabat mestilah diuruskan dengan baik dan seimbang. Kalau makanan, mesti seimbang dengan zat-zat dan nutrisi-nutrisi yang diperlukan. Kalau bekerja, kena seimbangkan dengan masa untuk beramal ibadat dan juga masa untuk keluarga. Kalau berharta lebih kena seimbangkan dengan mengeluarkan zakat bagi meringankan beban manusia yang memerlukan. Sekali sekala naik juga suara saya melihatkan sikap Nazrin yang menunjukkan sikap bosan apabila setiap kali disuruh belajar. Bukan apa...kalau main game/komputer/PS3 sampai ke pagi esok mata dia boleh bertahan...tapi kalau disuruh belajar macam saja-saja sikapnya seolah-olah sengaja hendak mencabar kesabaran saya. Macam tu lah agaknya perasaan ibu bapa kita dulu apabila menyuruh kita belajar kan. Itulah pusingan hidup...apa yang dialami oleh setiap manusia akan dialami pusingan yang sama oleh manusia yang lain. Dari dilahirkan,kita dijaga oleh ibu bapa...diberikan pelajaran sehingga dewasa. Kemudian kita bekerja, berkahwin, mempunyai anak...dan seterusnya anak kita pula akan menyambung kitaran hidup manusia. Saya dan suami akan cuba sedaya upaya kami membantu Nazrin untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR ini. Usaha + doa + tawakkal = kami harapkan kejayaan akan mengirinyaa nanti. Kejayaan ini bukan untuk kami banggakan atau untuk kami canagnkan kepada orang lain bahawa anak kami adalah cerdik, tetapi adalah bekalan yang kami sediakan untuknya bagi kehidupannya di masa akan datang. Saya tidak mahu apabila kami tidak ada lagi nanti, hidupnya teriumbang ambing tanpa haluan. Saya tidak sanggup melihat dia hidup susah....apa yang saya dan suami sediakan sekarang adalah untuk kesenangan hidupnya nanti kerana setiap anak memang tanggungjawab ibu bapa. Muhammad Khairun Nazrin.....mama marah bukan kerana tidak sayang tetapi kerana tidak mahu Nazrin susah di kemudian hari akibat sikap mama yang cuai dalam membentuk Nazrin di masa ini....

Wednesday, June 15, 2011

Corat coret

lamanya tak buat posting kat sini. BZ benor teman ni ye...terima kasihlah pada kawan2yang sudi follow blog saya ni...I follow..
terkezut jugak bila menjenguk blog sendiri, tiba2 nampak ramai yang dah follow....tq again ye.
Teman menyepi bukannye pasal merajuk, tapi psl kerja kat ofis ni, kebelakangan ni amat meletihkan. Bila balik rumah, rasa mcm dah tak nampak apa2 selain tilam dan bantal. mmg dah tak larat nak online pun. Nak memasak pun mcm dah tak lalu...tapi tak pe le, sekadar nak menceriakan semula teman punya rumah ni, teman letak le beberapa gambar masakan yang teman dah buat



Happy Birthday untuk anak saya..dah 11 tahun dah. sekejap je masa berlalu


kek yang dibuat serba express...yg penting ingatan tulus ikhlas dari mama




ini just a simple gift untuk anak jiran yang bertunang


yg di tempahan dari mastura..untuk cenderhati masa mesyuarat puteri umno di sg. siput.