E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Thursday, October 28, 2010

Lega... dan roti pizza

Kenapa lega? lega sebab segala urusan di tempat kerja dapat diselesaikan walaupun hari-hari sebelum mesyuarat yang nak diadakan tu memang meletihkan dan men"stress" kan. Anyway, banyak pengajaran yang boleh diperolehi especially pengurusan pejabat...memang tension nak mengerahkan semua staff untuk bergotong royong bersihkan ofis dan kawasan sekeliling. Kesian pun ada kat dia orang tambah2 staff lelaki, tetapi what to do,daripada kena marah, baik lupakan saja perasaan kesian tu. Anyway, alhamdulillah kerana staff semua mahu bekerjasama dan alhamdulillah juga semua perkara dapat diselesaikan dengan bantuan mereka.

So, malam tadi, sebab semua dah settle baru kepala rasa ringan sikit. Tengah2 tengok tv,tiba-tiba anak saya kata "mama..saya lapar". Aduii...actually memang tak berniat pun nak masak sebab dia dah makan kat rumah opah dia petang tadi. Dan saya konon2nya cuba untuk kurangkan makan pada waktu malam (diet la konon)...tapi sian kat Nazrin. So...saya gagahkan juga diri untuk bangun dari kerusi empuk tu. Pergi ke dapur dan belek2 apa yang boleh dimasak dengan cara yang mudah tapi sedap. first,mata saya ternampak roti, then terfikir yang dalam fridge ada sosej. Kat atas rak ada pulak nenas dalam tin, ada sos tomato, ada keju mozarella. Ok, dah tahu nak masak apa.

Saya pun ambik beberapa keping roti, potong sosej dan nenas kiub kemudian susun atas roti. tabur sos, keju mozarella...then masukkan dalam oven...taraaa!!! hasilnya dapatlah pizza segera. Anak saya kata best dan habiskan sekejap jek. Huhuhuhu...selesai tugas sebagai ibu pada malam tu. ok, gambar roti pizza tu boleh tengok kat bawah ye:



Tuesday, October 26, 2010

Kek gula hangus

Haa...semalam dah cakap kan rasa macam nak buat kek gula hangus @ kek sarang lebah. So, lepas balik kerja semalam apa lagi...(mood rajin tengah membara ni) terus saya keluarkan bahan2, bukak laptop (untuk tengok resepi) dan mulalah menimbang, membancuh dan membakar bahan2. Lepas tu perapkan selama 2 jam (tak lalu nak tunggu 3 jam sebab masa tu dah nak dekat pukul 10.00 malam)...so..bakar lebih kurang 1 jam.Hasilnya....taraaa....amat memukau diri saya sendiri. Sarang2 tu jadi cantik sangat...best sebab cubaan pertama menjadi. Dan sudah tentu rasanya amat laaaa sedap. So, si lebah2 jangan jeles ye sebab manusia pun dah pandai buat sarang lebah...hehehe.

Cuba tengok gambar2 kat bawah ni...











So, nak cuba boleh tengok resepi kat bawah ye. Saya ambil dari "Myresepi.com". Dan pemberi resepi adalah Widad. Thanks a lot ye.

Bahan-bahan ( 6 orang )
• 1 cawan gula
• 1 cawan air panas
• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan susu pekat
• 2 camt soda bikarbonat
• 4 biji telur
• 2 camb mentega

Cara-cara
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Monday, October 25, 2010

Ular tedung gergasi menyerang bandaraya Ipoh!!!




Alamak!!!apa dah jadi ni...takutnye..besor betul ular ni...


Relakss....hehee..saja je nak buat lawak petang2 ni sbb kepala tension dengan kerja2 ofis ni. Sebenarnya ini penangan pameran "Gadis & Ular" yang sedang diadakan di Muzium Bandaraya Ipoh. Pameranni bermula 18 Okt - 7 November 2010. Saya dan family pergi hari Ahad(semalam). Punyala ramainye orang...nak jalan pun tersangkut2, dahlah muzium tu kecik jek. Anyway, oklah jugak...dan memang perempuan tu berani la compare dengan kita orang biasa ni yang semstinya takutkan ular kan lebih2 lagi ular tedung yang memang tak boleh dinafikan bisanya. Perempuan tu saya tengok rileks je meng"acah-acah" ular2 tu supaya aktif sikit. Mengerikan bila tengok ular2 tu mengembangkan kepalanya dan berdiri seolah-olah bersedia hendak mematuk. Ok, kat bawah ni kawan2 boleh lihat beberapa keping gambar saya ambik masa pameran tu.


Ni lah perempuan yang duduk dengan ular dalam bilik kaca tu.


Antara aksi2 yang ditunjukkan...





ok, sape2 yang rasa teruja nak pegi tengok, cepat2 lah ye..takut nanti melepas pulak.

Sunday, October 24, 2010

Puding cocktail







Semalam, tiba-tiba tekak ni teringin nak makan puding...so, decided nak buat puding cocktail. Lagipun bahan2 nye semua dah ada kat rumah. Memang senang je buatnya dan husband kata sedap...yang lain2 dah masuk dalam peti sejuk. petang ni balik dari kerja boleh makan lagi dan pasti lebih sedap bila sejuk2 kan...oklah kat bawah ni saya share resepi ye.

Puding cocktail

Bahan2:

1. agar-agar 1 kampit
2. 1 tin fruit cocktail
3. 1 tin susu cair
4. sedikit gula (ikut manis yang disukai)

cara-cara buat:

1. masak agar-agar dengan air dan gula sampai larut. Air tu lebih kurang 1/2 periuk yang sederhana besar.
2. asingkan buah2an dari sirapnya.
3. bila agar2 dah menggelegak, masukkan susu cair dan sirap cocktail.
4. biarkan campuran masak seketika, kemudian masukkan buah2an campur. biarkan seketika (jangan lama sangat ye, nanti buah lembek).
5. bila dah masak, tutup api dan ceduk puding ke dalam bekas yang disukai dan sejukkan sebelum dimakan ye...

ok, itu saja. senangkan...

Kek Oren Lembap-diambil dari blog Mat Gebu




Kali ni saya cuba buat kek ikut resepi dari blog Mat Gebu...kalau nak tengok resepi2 yang best2, boleh singgah blog "Dapur Tanpa Sempadan" tu ye.

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
2.Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
3.Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
4.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
5.Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

Memang kek ni naik cantik...saya happy dengan result dia sbb selalunya saya kurang yakin nak buat resepi yang menggunakan putih telur mcm kek chiffon. Dah lama saya tak buat kek chiffon sbb bila saya buat, ia tak berapa gebu dan ringan mcm yang sepatutnya. So...kali ni, alhamdulillah, dia jadi ok. Memang betul kata Mat Gebu, bila kek dah masak...aduhaii..bau oren tu betul2 memikat kalbu...hehhee..oklah kawan2.Selamat mencuba ye.

Wednesday, October 20, 2010

Cupcake chocolate

resepi cupcake chocolate

resepi ni kakak saya guna masa buat cupcake untuk hantaran pertunangan adik kami-Ismawati (tapi sekarang dah kawen dah). Sedap sangat kek tu, dan saya paste kan resepi tu kat sini. Mintak izin ye dari tuanpunya blog.."Tiara & syahran" untuk kongsi resepi dari blog you.

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKE

Ingredients :
190 g butter
330 g sugar
330 g eggs
50 ml milk
50 g cocoa powder
220 g self raising flour
1/4 tsp salt
1 tsp vanilla

Method ;
- Mix flour and cocoa powder, put it aside.
- Beat butter and sugar
- Add in eggs, one at a time
- Add flour and milk. Mix it slowly till it forms a smooth batter.
-Pour batter into cupcake paper and bake at 180 darjah celcius for about 25 minutes.

-*kalau you all suka, boleh tambahkan chocolate chip dalam adunan sebelum bakar dalam oven.

Sunday, October 17, 2010

Cupcakes untuk konvokesyen








Yang ni adalah cupcake tema konvokesyen, tempahan dari Muhammad Ismal Azwan untuk kawan2 nya yang graduate dari UTP, Tronoh. Congratulation untuk kawan2 Ismal yang berjaya graduasi...akhirnya segala penat lelah selama bertahun2 belajar terbalas juga akhirnya. Memang saat-saat menerima scroll adalah saat yang benar2 membahagiakan...saat yang tak boleh nak digambarkan dengan kata2,(teringat masa terima scroll dari DYMM Sultan Azlan Syah di UM)....

Saturday, October 9, 2010

Cupcake Tema Kartun Elmo



cupcake vanilla dan buttercream icing

Hari ni cupcake ni dihantar ke Sungai Siput.Tempahan dari Nadya Khalid untuk kawannya Fida sempena b'day yang ke-21. "Happy Birhday Fida". Harap-harap Nadya dan kawan-kawannya puas hati dengan cc ni ye. Sorry jugak sebab akak lambat sikit dari waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah...ia sampai dengan selamat...

Sunday, October 3, 2010

Our little sister is now Mrs. Juma...congratulations!!!!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, majlis perkahwinan adik perempuan kami yang bongsu telah selamat diadakan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Melihat ke dalam matanya, I can feel the happiness in her life now because the person she love is hers. Memang penat hari ni tapi kegembiraan melihat adik kami kini melangkah ke fasa kedua hidupnya sebagai seorang wanita melangkaui segala-galanya.Doa kami sekeluarga agar perkahwinan mereka akan berkekalan selama2nya selagi hayat di kandung badan. To our new brother in law....take care of our sister, love her as much as we love her. We are very sure that you can full her life with happiness and joy because you are the one that we also hoping to become our family...We welcome you with a lots of love.

Ok,kat bawah ni saya attach kan beberapa gambar majlis perkahwinan tersebut. By the way, dengan bantuan semua kaum keluarga, I manage to prepare sugar cookies for the doorgift and cupcakes for the acara potong kek. Tempat letak cupcake tu buatan sendiri. Dah tak sempat nak cari/sewa cake stand sbb dah last minute sangat. So, fikir punya fikir saya plan untuk buat sendiri. On the way nak balik ke kampung saya singgah di Jalan Kuala Kangsar dan beli segala riben, kertas warna dan bunga2 kecil untuk dihiaskan. Harap2 pengantin berpuas hati dengan hasil yang tak seberapa ni ye. Selamat menjamu mata.














Mr & Mrs. Juma