E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Thursday, May 16, 2013

Star Trek Into Darkness

Assalamualaikum

Rasa macam lama pulak tak buat new post. Malam tadi saya dan family pergi tengok wayang cerita Star Trek. This is one of my husband's favourite movie. Kami ni memang kaki wayang. Pantang ada cerita baru mesti tergedik2 nak ke panggung wayang. But its good kan. Spending time with our family.....

Okey, berbalik semula pada cerita Star Trek ni. Thumbs up man....best sangat2. Kami sangat2 puas hati. The "wow" feeling tu always there along the movie. Hahaha.....kalau anda baca komen saya tentang cerita X Men tentu realise the "wow" expression tu kan. Yes...this is what I mean. Filem star trek ni membuatkan kami sentiasa nak tahu...."what happen next". I think semua genre ada dlm movie ni...funny moment ada, action, sad feeling, hate feeling dan macam2 lagi la. This time kehadiran Khan betul2 memberi kesan. Lakonannya sangat bagus. Saya x tahu nama sebenar lelaki ni (malas nak google) tp dia ada berlakon sebagai Sherlock Holmes dalam siri drama SH di Astro. Menyaksikan dia membawa watak yang amat berbeza dari seorang penyiasat yang bijak menyelesaikan kes kepada menjadi seorang pengganas yang amat2 kejam  sangat mengujakan. Bagi saya dia sangat2 hebat dalam lakonannya.......and handsome tooo.

Okeylah....lastly secara ringkasnya saya katakan -go!!! Rugi kalau tak tengok movie ni. Best sangat2.  From 5 star I give *****

Adios......

Friday, May 10, 2013

Selamat datang bulan Rejab yang mulia

Assalamualaikum. ...
Alhamdulillah esok kita akan bertemu dengan  bulan Rejab yang mulia. Sama2 lah kita memperbanyakkan amal ibadah kita dan lupakan semua dendam dan persengketaan. Di bawah ni saya kongsikan sedikit sebanyak kebaikan bulan Rejab yang saya panjangkan dari blog yang lain. Semoga perkongsian ini memberikan kerahmatan ALLAH swt buat kita semua.
"Rejab merupakan bulan ke tujuh dalam kalendar Islam (Hijriah). Pada bulan ini terdapat peristiwa yang sangat agung dan suci iaitu Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Dimana peristiwa suci itu merupakan  perintah awal Allah kepada umat Muhammad SAW  untuk menjalankan perintah solat lima waktu iaitu  terjadi pada 27 Rejab ini. Dalam kepercayaan Umat Islam, terdapat empat bulan haram (suci) satu diantaranya Rejab, dimana secara berurutan adalah Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram, dan satu bulan yang tersendiri,  Rejab. Bulan ini dinamakan bulan suci  kerana pada bulan-bulan tersebut orang Islam dilarang mengadakan peperangan. Tentang bulan-bulan  ini, Al-Qur’an menjelaskan:“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu Menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa."
Banyak sekali keistimewaan yang boleh diperolehi apabila kita mahu menunaikan puasa Rejab, Salah Satunya adalah sebagai berikut:
1. Laksana puasa sebulan.
Rasulullah SAW bersabda,“Barang siapa berpuasa pada bulan Rejab sehari maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya 7 pintu neraka jahanam. Bila puasa 8 hari maka dibukakan untuknya 8 pintu surga. Dan bila puasa 10 hari maka Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”
2. Rasulullah SAW bersabda,“Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rajab, Allah mencatatnya sebagaimana orang yang puasa selama 60 bulan.”Abu Hurairah.
3. Puasa 7 hari pada bulan Rajab akan menutup pintu neraka baginya.
4. Puasa 8 hari pada bulan Rajab akan membuka 8 pintu surga untuknya.
5. Puasa 10 hari pada bulan Rajab maka akan menghapus dosa-dosanya dan diganti dengan kebaikan.
6. Puasa sehari pada bulan Rajab akan mendapatkan air susu yang berasal dari sungai Rajab di surga.Rasanya manis melebihi madu.
Wassalam....

Hari Ibu

Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur sebab kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH swt sehingga sekarang.  Sempena menunjukkan kasih sayang kepada kaum ibu, tahun 2013 ni tahun ibu ditetapkan pada 12 Mei 2013. Hmm....berkenaan sambutan hari ibu ni apa yang saya baca, ada yang kata haram disambut sebab bersangkut dengan perayaan asal oleh agama lain untuk tujuan yang bertentangan dgn agama Islam. Wallahualam....saya tak berapa arif tentang perkara ni.
Tapi apa yang saya boleh katakan ialah ia bergantung kepada niat kita. Memangla...untuk menghargai jasa seorang ibu actually tak perlu la kita nak tetapkan 1 hari khas kan sebab memang dah jadi tanggungjawab seorang anak untuk sentiasa menghormati dan membahagiakan kedua ibu bapanya. Cuma....ada kalanya kita terlupa. Kita jadikan tanggungjawab ibu bapa tu sebagai 1 alasan bahawa mmg ibu bapa patut jaga anak2 mereka dgn baik. Dan kadang2 anak2 yang dah bekerja dan tidak tinggal bersama ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing2. Jadi....dalam keadaan seperti ini lah hari ibu amat bermakna buat seorang ibu. Walaupun anda hanya memberikan hadiah dan menggembirakan mereka dengan bawa keluar makan atau balik bercuti  setahun sekali, percayalah....ia adalah perkara yang paling menggembirakan buat mereka. Tapi nasihat saya....luangkan lah masa dengan ibu bapa anda sebanyak mungkin kerana mereka lebih tua dari kita. Mereka sudah tak kuat.....tenaga mereka semakin hari semakin berkurangan. Kita tak tahu berapa lama kita mempunyai peluang untuk bersama mereka.
Pada yang masih mempunyai ibu bapa, bersyukurlah. Peluk dan cium lah mereka semasa mereka masih hidup. Ibu saya telah lama meninggal dunia.....kalau lah masa boleh diputar semula saya nak ubah semula kisah hidup saya semasa saya remaja. Tapi.....semuanya sudah terlambat. Cuma apa yang saya harapkan....jika ALLAH memasukkan saya ke neraka atas dosa saya, saya harap anak saya Muhammad Khairun Nazrin akan dapat menarik saya keluar dan memimpin saya untuk ke syurga.........
Ya ALLAH Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku dan kau kasihani dan sayangilah mereka dan tempatkanlah ibuku di kalangan orang2 yang beriman dan orang2 yang Engkau sayangi.....

Monday, May 6, 2013

PRU 2013

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah tanggungjawab kita sebagai rakyat telahpun dilaksanakan pada 5.5.2013 dan Alhamdulillah juga proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang peristiwa yang tidak diingini.  Saya dan keluarga awal2 pagi dah keluar untuk membuang undi sebab dari hari sebelum tu dah macam excited sangat. Saya memang tak sabar nak mengundi pada 5.5.2013 ni sebab benda ni hanya berlaku 5 tahun sekali je kan, jadi saya rasa satu kerugian besar pada sesiapa yang tak mahu mengundi.

Saya merasa la tersekat dalam jem yang panjang masa hari Jumaat sebelum minggu mengundi tu. kelas saya habis pukul 9.30 malam hari Jumaat tu. Malam tu jugak  saya nak balik ke Ipoh. Suami saya sanggup naik bas dari Ipoh dan saya ambil di di Terminal Bas Shah Alam. Lebih kurang pukul 11.30 malam kami dah sedia untuk bertolak ke Ipoh. Ya ALLAH.....panjangnya jem. Dah lah badan penat, kereta tak bergerak2. Last2 suami ambil keputusan nak tidur sekejap sebab mengantuk sangat. Ingatkan nak tidur kejap je tapi rupa2nya kami semua terlena hampir 2 jam. Kami teruskan perjalanan semula dan akhirnnya sampai di rumah tepat pukul 6.00 pagi dan lepas solat Subuh masing2 terus sambung tidur.

Tapi...saya sedih la....sebab saya  ada dengar dan ada juga terbaca sebab sebab kenapa sesetengah orang ni tak nak mengundi. Yang memang ada alasan yang betul2 dan memang tak boleh dielakkan tu tak pe lah kan. Tapi kalau setakat alasan-alasan macam kat bawah ni saya rasa kesal la sikit :

1. Malas nak beratur panjang-panjang
2. Sama je undi ke tak
3. Tak de beza pun setakat hilang 1 undi dia je
4. Saya tak kisah siapa menang...saya terima apa sahaja keputusan pilihanraya ni
5. Tak percaya dengan sistem pengundian ni. SPR memang akan menangkan kerajaan sedia ada

Tak sepatutnya lah kita berfikiran macam ni kan sebab setiap 1 undi tu sangat berharga nilainya sebab ia bukan sahaja boleh merubah pemerintahan di negeri kita tetapi juga boleh mengubah 1 negara. Kalau semua orang berfikir macam tu, hilanglah sistem demokrasi di negara kita. Contohnya keadaan yang berlaku di Batu Gajah Perak. Perbezaan kemenangan hanya 2 undi sahaja. Kalau lah 2 @ 3 orang yang berniat tak nak mengundi tu datang mengundi mesti dia telah melakukan satu perubahan besar dalam jumlah undi yang diterima.

Okeylah....nak cakap lebih2 pun dah tak guna kan sebab hari mengundi dah pun selesai. Diharapkan 5 tahun akan datang semua rakyat Malaysia yang layak mengundi akan cuba sedaya upaya untuk keluar mengundi.

Dan di bawah ni adalah keputusan penuh selepas proses pengiraan undi tahun 2013.



Kerajaan Barisan Nasional nampaknya masih diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mentadbir negara ini. Walau apa sahaja keputusan, kita terima lah dengan hati terbuka dan redha dengan ketentuanNya. Rata-rata analisis yang saya dengar dan baca melihatkan bahawa walaupun kerajaan BN menang namun jumlah kerusi yang dimenangi merosot sedikit dari pilihanraya sebelumnya. Dan kita nampak dengan jelas bahawa parti DAP menunjukkan peningkatan kerusi yang amat ketara berbanding dengan PKR dan PAS.

Saya sebenarnya cuba memaksa diri saya untuk tidak lagi memikirkan lagi mengenai isu pilihanraya ini selepas memperolehi keputusan pilihanraya. Tetapi...saya gagal menidakkan dan memujuk hati saya dari meluahkan rasa hati saya apabila melihat keputusan ini. Secara ikhlas dan jujurnya saya gembira kerana kerajaan BN masih menerajui dan mentadbir negara. Saya masih mempunyai kepercayaan penuh kepada kerajaan BN untuk terus membangunkan negara Malaysia yang amat saya cintai. Saya juga amat2 berharap kerajaan BN akan membuat post mortem dengan sebaiknya untuk menganalisis dan mengkaji punca kemerosotan undi terhadap mereka terutama di negeri Perak, Trengganu dan kekalahan terus di Selangor. Satu lagi....antara hasil yang paling jelas yang kita dapat lihat dari pilihanraya ini adalah pengundian kaum Cina yang berpakat secara keseluruhannya untuk mengundi DAP. Kerajaan BN, PAS, PKR kelihatan seolah2 ditikam dari belakang oleh kaum ini walaupun sebelum pilihanraya mereka menunjukkan bahawa mereka tidak bersifat perkauman dan gembira dengan semua bantuan yang kerajaan berikan....tapi akhirnya kerajaan BN ditipu dan ditinggalkan.

Saya bukanlah seorang yang bersikap perkauman. Saya tak kata apa yang kaum Cina lakukan adalah salah sebab kalau saya pun pasti akan menyokong kaum Melayu jugak kan. Cuma masalah yang kita nampak adalah...Cina menang kerana mereka bersatu. Dan yang sedihnya...orang Melayu berpecah belah (BN, PAS dan PKR) dan akhirnya kita yang rugi.

Cuma saya mengharapkan adalah.....janganlah sehingga negara Malaysia ini tergadai sehingga ditadbirkan oleh kaum lain. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya bahawa ini negara yang dibangunkan oleh kaum Melayu. Sejarah adalah jelas bahawa negara kita dibangunkan oleh orang Melayu. Ini negara kita......anak2 muda sekarang tolonglah baca Sejarah Tanah Melayu. Tolonglah selami pengorbanan datuk nenek kita dulu yang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan negara ini demi anak cucu mereka iaitu kita sekarang. Jika mereka tidak lakukan demikian, sudah tentu kita tak akan dapat menikmati suasana aman damai seperti sekarang. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita pula untuk menjaga negara yang diserahkan kepada kita ini untuk diwarisi pula oleh anak cucu kita pada masa akan datang. Jangan ikutkan darah muda.....yang mudah marah apabila disogokkan oleh berita2 palsu/fitnah yang mudah diedarkan di media2 sosial sekarang.

Saya pasti ramai penganalisis politik dapat lihat bahawa selepas ini kaum Melayu perlu bersatu semula. Pemimpin2 kita kena kaji dan lihat dalam2 hasil keputusan pilihanraya ini. Demi masa depan negara Malaysia dan kebajikan anak2 kita di masa hadapan....tolonglah. Lupakan segala persengketaan dulu, buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Saya bersetuju dengan cadangan2 sesetengah orang...penyatuan antara UMNO dan PAS. Dengan kebijaksanaan dan pengalaman pemimpin BN mentadbir negara dan kewarakan serta kewibawaan pemimpin2 PAS, saya yakin negara Malaysia akan semakin gah membangun di masa hadapan. 

 Fikir2kanlah...demi rakyat dan negara kita yang tercinta.