E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Friday, February 28, 2014

FEEDBACK OPERASI BULAN MADU LAGI



Alhamdulillah. ..lagi komen pembaca yg suka dgn jalan cerita OBM. Syukur. 

Wednesday, February 26, 2014

Daughtry - Waiting for Superman



Malam-malam ni saja je nak share kan satu klip video yang saya rasakan menarik. Kalau hayati liriknya...saya x berapa faham sgt mesej yang nak disampaikan. Sebab pasal Superman. Mungkin jugak kisah tentang diri kita ini yang ada kalanya mengharapkan seseorang untuk menyelamatkan kita dari sesuatu..Tapi music video ni sangat touching. Kebaikan seseorang tu disalah sangka hanya kerana dia kelihatan bukan seperti orang yang baik-baik. Nampaknya hati budi seseorang dilihat dari segi luaran sahaja dan bukan dalaman...

Sunday, February 23, 2014

Assalamualaikum.  Kali ni saya sharekan karya seorang teman penulis. Baca sinopsis je dah rasa sedih. Karya ni dpt rating yg bagus juga dari pembaca. Jadi cepat2 dptkan di pasaran. Saya pun nak beli jugak...


"Ija… abang tahu, Ija isteri yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan Ija terhadap abang. Cuma, abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan maahad. Izinkan abang berkahwin lagi, Ija.”

Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada, ribut pun tidak, tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup bersama, hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi. Haruskah dia tersenyum?

Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban. Jika suaminya bahagia dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia. Cuma, dia berharap pengorbanan ini tidak disia-siakan.

Sayangnya, tidak semua orang boleh berkongsi kasih. Saat Ummi Khadeeja pasrah dengan takdir hidupnya, Syifa’ Umaira pula meminta sesuatu yang mustahil. Dia memaksa Amir Hudzaifa menceraikan isteri pertama. 

Hancur luluh hati Ummi Khadeeja. Sanggupkah dia berpisah dengan suaminya? Tegakah dia melihat anaknya membesar tanpa ayah di sisi? Jika pengunduran ini bisa membahagiakan suaminya, dia rela berkorban sekali lagi.

(SEM) RM23.00 - RM20.20

(S/S) RM26.00 -RM22.90


FEEDBACK LAGI...OPERASI BULAN MADU


Alhamdulillah. ...semakin ramai memberikan komen yg positif. 




REVIEW DARI SAHABAT PENULIS

Alhamdulillah. ..kali ni review dari sahabat penulis sendiri. Tq my dearest Angela Engkuan.


Ok, di bawah ni pula saya attachkan gambar novel  yg ditulis oleh Angela Engkuan yg berasal dari Sabah. Saya belum pernah lg berjumpa dgn beliau dan berharap sgt dpt berjumpa nanti. 


Mariah gadis kampung yang tabah dan cekal menghadapi liku-liku kehidupan. Dia ditakdirkan lahir dalam keluarga yang serba kekurangan. Demi kasihnya terhadap keluarga, Mariah sanggup berkorban waima terpaksa melupakan cita-citanya. Sesungguhnya, takdir itu tidak pernah teramal. Nasib hidup Mariah berubah tanpa terduga apabila ditakdirkan bertemu jodoh dengan Azizan.

Sangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tatkala mengetahui Azizan berkahwin dengannya atas dasar ingin membalas dendam, hancur lebur sekeping hati Mariah. Parah luka hatinya bila harga diri jadi sendaan. Mahligai indah impiannya bergoncang, retak seribu ditiup ribut kekecewaan.

Dendam Azizan akhirnya bertukar cinta. Dilupakan kisah masa lalu setelah menyedari hatinya sudah terpaut. Mariah cinta pertamanya. Sungguh hati lelakinya diburu kekesalan berpanjangan. Sukarnya meleburkan sekeping hati Mariah yang sudah membeku. Mampukah dia merawat kelukaan Mariah? Dapatkah Azizan mencantumkan semula keretakan mahligai cinta mereka?

REVIEW PEMBACA


Alhamdulillah. ..what else can I say. Semua yg ada adlh milik ALLAH s.w.t. Semasa saya menulis karya2 saya, saya pohon ALLAH s.w.t kurniakan saya idea supaya saya  dpt menulis karya yg baik, juga supaya apa yg saya tulis memberi kesan yg baik kpd pembaca. Dan jika pembaca sukakan karya saya...hanya kesyukuran kepada ALLAH s.w.t yg mampu saya panjatkan. Terima kasih kepada pembaca yg sentiasa memberi sokongan dgn membeli dan membaca karya2 saya. Saya amat2 menghargainya. 



AYAM MASAK KARI PEKAT

Assalamualaikum. ..

Saya tak tahu la samada resepi ni memang ada nama tersendiri. Sebab bila saya mula masak cara ni, saya tak rujuk mana2 resepi. Masa tu saya kat Taiping, maknanya dah lebih kurang 7 tahun yg lepas la. Masa tu handfon pun x canggih sangat nak google resepi ni semua. Cuma saya rasa saya mcm pernah makan masakan yg sedap mcm tu tapi saya x ingat kat mana atau x tahu resepinya. So bila masak tu, saya main cuba je masukkan bahan2nya. Actually x lah susah sgt pun nak masak ni, caranya lebih kurang masak kari je tapi x masukkan santan dan saya tambahkan gula supaya terasa manisnya. Mula2 tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih. Kemudian bawang putih, halia, bawang merah pulak kena tumis betul2 garing sehingga naik bau. Begitu juga dengan rempah kari.  Masukkan daun kari dan asam keping. Asam jawa pun boleh. Tumis dan masak hingga naik bau dan naik minyak....lepas tu baru masukkan ayam. Bila ayam dah masak baru tambahkan gula. Rasakan garamnya ya. Memang sedap....


AGAR-AGAR GULA MERAH


Assalamualaikum. ...

Hari minggu ni macam biasa, kalau kami tak berjalan ke mana-mana, makanya itu menjadi hari masak2 bagi saya. Mulalah dalam fikiran ni berkira2 nak masak apa sepanjang hari tu. 

Untuk minggu ni, saya masak agar2 gula melaka. Agar2 ni arwah mak saya selalu buat dulu tapi mcm biasa tak ada sukatan tertentu. Main campak2 je bahannya ke dalam periuk. Tapi sekarang ni ramai dah yang bermurah hati berkongsi resepi ni kan. Kita google je dah dpt. Untuk agar2 yang saya buat ni, saya just flash look je kat resepi2 dlm internet tp sukatan ikut sendiri dan ada cara2 saya yang berbeza dari org lain.

Resepi agar2 gula melaka. 

1. 1 peket agar  yg 24gm (saya guna agar2 kering, bukan serbuk. Kalau anda nak guna yg serbuk pun boleh)
2. Gula merah dlm 2 cwn.
3. Saya tambahkan gula pasir utk bagi rasa manis agar2 tu (ikut rasa anda-nak lebih manis, tambahkan gula).
4. Air dlm 5 cawan.

*campurkan semua bahan di atas dan masak atas api sampai gula dan agar2 hancur. Lepas dah hancur, tutup api dan tapis bahan2 ni dlm bekas lain. Lepas tu masukkan semula dlm periuk yg sama dan letakkan atas api semula.

5. Pukul 2 biji telur dgn 2 cwn santan sampai sebati dan curahkan ke dalam agar2 tadi. Kacau biar campuran santan tu menjadi pecahan2 halus. Bila dah menggelegak tutup api dan masukkan dalam bekas yang disukai. 

6. Sejukkan dalam peti sejuk. Bila potong nanti, agar2 tu akan terbentuk menjadi 2 bahagian. Bhgn atas adalah santan dan telur yang terapung dan bhgn bwh adalah agar2. 

Selamat mencuba. Gambar kat bawah masa saya sejukkan agar2 dlm peti sejuk. Tak sabar2 nak post entry ni so x sempat la agar2 ni nak sejuk sebelum boleh dipotong. Nanti bila dah sejuk saya edit balik entry ni ya. Selamat mencuba...




Saturday, February 22, 2014

Novel Alaf 21 Bulan April 2014


Assalamualaikum.  Di bawah ni adalah cover untuk novel2 Alaf 21 yang akan diterbitkan pada bulan April 2014. Tapi dengarnya kemungkinan hujung bulan Mac nanti sudah berada di pasaran. Cover2 ni sangat2 sweet kan. Ceritanya mesti juga sgt best sebab semua penulis adalah penulis yang senior dan telah menulis lebih dari 5 buah novel. So...jangan lupa. Siapkan bajet dan serbu Pesta Buku nanti untuk dptkan semua novel keluaran alaf 21. 





ILHAM KARANGKRAF

Assalamualaikum...,

Rasanya ramai dah tahu kan yang pihak Karangkraf dah ada satu portal yang mana para penulis atau sesiapa yang berminat menulis boleh kongsikan karya anda di portal ilham. Pembaca boleh baca karya anda secara online dan percuma. Actually ia juga adalah salah satu cara untuk mempromosikan karya anda.  Jika ramai yang meminati dan membacanya kemungkinan ada penerbit novel, drama atau filem yang akan menghubungi anda untuk menerbitkan kisah itu untuk dibukukan, dibuat drama atau filem. Saya juga telah letakkan 2 karya saya iaitu Operasi Bulan Madu (telah terbit-sudah ada sehingga Bab 11) dan Kan Aku Dah Kata (karya baru sedang dlm proses disiapkan).  Untuk novel Operasi Bulan Madu, saya hanya letakkan sehingga bab 11 sebab ia telah diterbitkan.  Jadi utk mengetahui kisah selanjutnya, boleh dptkan novel ini dipasaran.

Untuk membaca karya2 saya, anda boleh klik sahaja di link ILHAM KARANGKRAF. Jika ia tidak terus memaparkan karya saya, anda boleh taip perkataan 'ainimarisha' di ruangan carian.  Karya penulis2 lain juga boleh dibaca di portal tersebut. Jika anda berminat untuk menjadi penulis, portal ilham inj boleh menjadi medan yg sgt bagus untuk anda melihat contoh karya penulis lain dan juga untuk menguji samada karya anda disukai atau tidak.

OPERASI BULAN MADU...

Assalamualaikum...biarlah gambar sahaja yang menceritakannya...cheewaaahh!!!!. Anyway. Alhamdulillah...syukur tidak terhingga.





Thursday, February 20, 2014

Feedback ttg novel Usah Menangis Sayang

Assalamualaikum,  saya nak share lagi rasa syukur yang tidak terhingga kerana ramai yang suka dengan novel Usah Menangis Sayang. Alhamdulillah sangat2 kerana ALLAH s.w.t memberikan saya idea untuk menyiapkan novel ni. 

Di bawah ni adalah perbualan saya dengan seorang pembaca novel UMS. Adik ni student. Dia kena buat assignment tentang aspek moral...mungkin kena ambil dari novel/buku yg dibaca. Dalam banyak 2 novel yang telah diterbitkan, dia memilih novel saya. Tidak ada yang lebih menggembirakan bagi diri seorang penulis selain dari mengetahui bahawa pembaca sukakan karyanya. Thank you very much utk yang support karya2 saya selama ni. Ketahuilah...saya sangat2 menghargainya. 


Tuesday, February 18, 2014

NOVEL SANDARAN HATI (2008)


Kali ini saya nak buat review untuk novel Sandaran Hati karya sulung Aini Marisha yang diterbitkan pada tahun 2008 (hihihi...ini kes masuk bakul angkat sendiri lah ni). Kalau tak penulis yang promote sendiri, siapa lagi kan. Lagipun hanya penulis yang tahu kisah yang dia tulis. Tak gitu? Okeylah, untuk memudahkan, saya attach sekali gambar2 yang diambil dari beberapa mukasurat novel tersebut dan saya akan ceritakan serba sedikit apa yang berlaku ya. So, jangan lupa klik pada setiap gambar dan baca ulasan saya tentang page tersebut ya.

Sedikit SINOPSIS:


Amalia dibesarkan oleh kak long dan abangnya, Ramlan selepas kedua ibu bapa mereka meninggal dunia. Amalia kemudiannya mendapat kerja sebagai Penasihat Undang-Undang di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Diana yang merupakan penasihat undang-undang sedia ada di syarikat tersebut mula rasa tercabar dengan kehadiran Amalia di situ. Dia kemudiannya mengatur rancangan jahat untuk menjatuhkan Amalia. Rancangan jahatnya dilaksanakan apabila Farhan membuat keputusan membawa Amalia ke Pulau Pinang bagi membincangkan kontrak baru syarikat mereka. Perasaan cemburu yang tidak dapat dikawal membuatkan Diana nekad mengupah seorang pekerja hotel untuk memasukkan pil khayal ke dalam minuman Farhan. Farhan telah dipimpin ke bilik Amalia dan hampir sahaja menodai Amalia dalam keadaan yang tidak sedar. Amalia yang tekejut dengan situasi tersebut telah nekad melarikan diri dan kemudiannya terus tidak hadir bekerja kerana terlalu kecewa dengan sikap majikannya. Apabila tersedar, Farhan terkejut dengan apa yang berlaku. Tetapi ada perkara yang lebih mengejutkan yang diketahui oleh Farhan. Amalia rupa2nya adalah sepupunya yang dicari oleh papanya selama ini....Selain itu Raihana yang merupakan teman wanita Farhan juga mula rasa panas punggung apabila kedua ibu bapa Farhan lebih banyak memberi perhatian dan kasih sayang kepada Amalia sehingga merancangkan untuk menyatukan Amalia dan Farhan. Okeylah... banyak lagi konflik yang berlaku di dalam kisah ini. Jika ingin dapatkan novel Sandaran Hati boleh beli di KARANGKRAF MALL memandangkan novel ini mungkin tidak ada lagi di kedai-kedai buku.



GAMBAR DI BAWAH NI ADALAH ANTARA KOMEN2 YANG SAYA TERIMA TENTANG NOVEL NI. 





Okey...untuk menarik lagi minat anda yang belum membaca novel ni, saya letakkan pula gambar mukasurat novel ni yang saya ambil. 



























Usah Menangis Sayang

Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang saya ambil dari mukasurat novel ini. Anda boleh baca sedikit untuk dapat gambaran tentang jalan ceritanya. Dari ketiga2 novel saya, novel Usah Menangis Sayang paling banyak mendapat review. Ramai yang sukakan jalan ceritanya....