E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Saturday, February 22, 2014

ILHAM KARANGKRAF

Assalamualaikum...,

Rasanya ramai dah tahu kan yang pihak Karangkraf dah ada satu portal yang mana para penulis atau sesiapa yang berminat menulis boleh kongsikan karya anda di portal ilham. Pembaca boleh baca karya anda secara online dan percuma. Actually ia juga adalah salah satu cara untuk mempromosikan karya anda.  Jika ramai yang meminati dan membacanya kemungkinan ada penerbit novel, drama atau filem yang akan menghubungi anda untuk menerbitkan kisah itu untuk dibukukan, dibuat drama atau filem. Saya juga telah letakkan 2 karya saya iaitu Operasi Bulan Madu (telah terbit-sudah ada sehingga Bab 11) dan Kan Aku Dah Kata (karya baru sedang dlm proses disiapkan).  Untuk novel Operasi Bulan Madu, saya hanya letakkan sehingga bab 11 sebab ia telah diterbitkan.  Jadi utk mengetahui kisah selanjutnya, boleh dptkan novel ini dipasaran.

Untuk membaca karya2 saya, anda boleh klik sahaja di link ILHAM KARANGKRAF. Jika ia tidak terus memaparkan karya saya, anda boleh taip perkataan 'ainimarisha' di ruangan carian.  Karya penulis2 lain juga boleh dibaca di portal tersebut. Jika anda berminat untuk menjadi penulis, portal ilham inj boleh menjadi medan yg sgt bagus untuk anda melihat contoh karya penulis lain dan juga untuk menguji samada karya anda disukai atau tidak.

No comments: