E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Wednesday, March 19, 2014

SINOPSIS USAH MENANGIS SAYANG

Assalamualaikum semua!!!.

Masa ni saya tengah tunggu anak keluar dari sekolah. Saya tunggu awal sikit sebab hari macam nak hujan. Lagi satu sebab saya memang nak kena ambik dia cepat hari ni sebab hari ni hari Selasa. Kenapa pula dengan hari Selasa? Sebab....hari ni saya ada kelas di UiTM Shah Alam. Sekali seminggu saja. So, lepas ambik anak saya terus shoot ke sana. Kelas mula 6.30 petang sampai 9.30 malam. Ini last semester saya. InsyaAllah bulan tujuh nanti akan masuk kerja semula. Diam tak diam, tinggal 4 bulan saja lagi sebelum saya menamatkan cuti belajar ni.

Okeylah, lari topik nampak. Kan....inilah jadinya kalau penulis dapat menulis. Habis semua benda dia nak cerita.

Actually saya nak bagi sinopsis UMS. Bila saya belek2 balik posting saya sebelum ni, rupa-rupanya saya tak letak sinopsis dari saya sendiri. Okeylah, sementara ada masa nak tunggu anak saya ni, saya ceritakan sikit2 ya.

Usah Menangis Sayang ni novel ke 2 saya. Temanya lebih kepada tema persahabatan...pengorbanan seorang sahabat demi melihat sahabatnya bahagia...boleh gitu?

Syarifah Ismawati (Isma) dan Kartini memang bersahabat baik sejak dari kecil lagi walaupun emak Isma tidak sukakan Tini dan keluarganya. Tetapi disebabkan Isma adalah anak kesayangan keluarga, Sharifah terpaksa membiarkan mereka terus bersahabat. Malah persahabatan mereka terus kekal sehingga ke menara gading dan mereka juga berjaya sambung belajar di universiti yang sama.

Syed Faizul pula adalah abang Isma. Dalam diam, dia menyimpan perasaan terhadap Tini. Semasa di kampung dia tidak berani memanjangkan percubaan untuk mendekati Tini kerana emaknya terang2 menyatakan bantahan apabila sedar perasaan Syed Faizul. Alasan yang diberikan oleh makcik Syarifah adalah, keturunan Syed mesti berkahwin dengan keturunan yang sama. Tetapi tanpa pengetahuan semua, sebenarnya terdapat kisah silam yang terjadi antara makcik Syarifah dan ibu bapa Tini.

Tetapi apabila Kartini berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya bersama Isma, Syed Faizul mula mengambil langkah untuk mendekati Tini memandangkan emaknya jauh berada di kampung. Pada peringkat permulaan, Kartini serba salah samaada mahu menyambut kasih yang dihulurkan lebih2 lagi apabila mengingatkan tentang makcik Syarifah. Tetapi akhirnya dia tidak dapat menolak perasaannya yang juga mula menyayangi Syed Faizul. Hubungan ini dirahsiakan dari pengetahuan keluarga masing2.

Isma pula jatuh cinta dengan Syed Imran yang merupakan pensyarahnya di Fakulti Undang-Undang. Kerana rasa cinta yang menebal, Isma berkahwin semasa di tahun tiga dan menangguhkan pengajiannya. Berkahwin pada usia muda ternyata banyak menguji kesabaran Isma dan Imran. Sikap manja dan cemburu buta Isma akhirnya memakan diri dan merosakkan hubungan mereka. Tanpa sedar akibat perasaan marah yang tidak terkawal, Imran menjatuhkan talak 3 ke atas Isma.  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Talak telah dilafaskan dan telah disahkan. Isma dan Imran sangat menyesal dengan apa yang berlaku tetapi semuanya sudah terlewat. Isma mencadangkan cina buta tetapi Imran tidak sanggup melihatkan Isma dimiliki oleh lelaki lain. Dia juga bimbang jika lelaki tersebut tidak mahu menceraikan Isma.

Perpisahana mereka di saat cinta yang masih mekar membara menyebabkan Isma sangat tertekan sehingga merosakkan dirinya sendiri. Dia tidak dapat menerima apa yang telah berlaku sehingga hampir hilang akal. Dalam perasaan yang tidak menentu, Isma membuat cadangan supaya Tini berkahwin dengan Imran supaya Imran tidak akan jatuh cinta atau berkahwin dengan perempuan lain. Isma tidak mahu Imran pergi jauh darinya.

Tini sangat terkejut dengan permintaan Isma dan menolak kerana dia juga sedang bercinta dengan Faizul. Imran sendiri menolak kerana tidak mahu Tini menjadi korban atas kesilapan mereka berdua. Tini meminta masa untuk memikirkan perkara ini hanya untuk menenangkan perasaan Isma. Tetapi kekecewaan atas perbuatan keji yang dilakukan oleh Faizul, dan berlaku di depan matanya sendiri membuatkan Tini terus bersetuju dengan cadangan Isma.

Tini dan Isma berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Isma dan Imran. Mereka tidak mahu keluarga mereka tahu tentang perceraian tersebut kerana malu. Hanya ibu Tini sahaja yang hadir semasa majlis pernikahan tersebut. Walaupun sedih tetapi emak Tini tidak sanggup membiarkan Tini berseorangan pada malam tersebut.


Hati wanita....walau sekuat manapun Isma bertahan,  walau senyum terukir di bibirnya namun hanya ALLAH sahaja yang tahu luka yang berdarah dalam hatinya. Dia akhirnya kalah dengan rasa hati yang terluka sehingga akhirnya terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat gagal mengawal keretanya. Jasadnya tidak ditemui...

Berkenaan Syed Faizul pula, kejadian yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham. Setiausahanya yang cuba menggodanya dan semasa dia terjatuh dari kerusi kerana mahu menolak setiausahanya, pada masa itulah Tini berada di depan biliknya.
Faizul cuba mengejar untuk menjelaskan perkara sebenar tetapi Tini langsung tidak memberi peluang kepadanya.

Tini dan Imran buntu. Mereka bernikah hanya kerana Isma yang memaksa, hanya kerana tidak mahu Isma terus merana dan tersiksa. Tetapi Isma telah meninggalkan mereka selepas 1 hari mereka dinikahkan. Bagi Tini tidak ada gunanya lagi perkahwinan ini diteruskan dengan ketiadaan Isma. Tetapi Imran pula trauma dengan perkataan talak. Dia telah gagal sekali kerana telah menjatuhkan talak dan dia tidak mahu lagi mengulang kesalahan yang sama. Tini memberontak. Dia marah dengan lelaki itu yang dilabelkannya sebagai mementingkan diri sendiri.

Imran serba salah. Dia sangat mencintai Isma, tidak ada wanita lain yang berada di dalam hatinya tetapi dia tidak berani melepaskan Tini kerana itu juga adalah permintaan Isma yang terakhir. Tini sangat kecewa. Oleh kerana Imran tidak berani membuat keputusan, Tini minta dia diberikan kebebasan untuk membawa haluan sendiri....

Nak dijadikan cerita, Tini baru tahu perkara sebenarnya yang terjadi kepada Faizul. Syed Faizul masih mencintainya dan melamar Tini untuk menjadi isterinya. Tini semakin serba salah...


Adoiii....letih la nak taip panjang2. Kalau nak tahu apa sebenarnya kisah silam antara makcik Syarifah dan ibu bapa Tini, dan juga apa yang terjadi pada Isma, Tini, Syed Faizul dan Syed Imran, bolehlah dapatkan novel ni di pasaran ya. Ramai yang kata novel ni best. Ramai yang dah beri feedback positif. Anda tak teruja ke? Kalau tak jumpa di kedai2 buku, boleh juga beli secara online di Karangkraf Mall.



Usah Menangis Sayang

Assalamualaikum. ..

Macam biasa saya lampirkan feedback pembaca tentang novel saya. Ini psl novel UMS lagi.


Monday, March 17, 2014

ISU DADAH DAN KONSERT HIBURAN

Assalamualaikum semua.

Saya masih tidak dapat larikan fikiran saya dari memikirkan mengenai anak2 muda yang meninggal dunia dalam konsert FMFA di Bukit Jalil yang lepas. Yang meninggal, dah pun meninggal. Yang kritikal masih terlantar di hospital. Yang ditangkap kerana memiliki dan menggunakan dadah pun ramai.

Astaghafirullahalazim....sedih kan bila baca berita2 mcm ni. Saya pun ada anak, saya sangat2 risaukan tentang masa hadapan dia. Sebagai seorang ibu, ALLAH s.w.t telah tetapkan bahawa doa seorang ibu pasti akan dimakbulkan. Oleh itu para ibu, marilah kita sama2 berdoa supaya anak2 kita membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Marilah kita berdoa supaya anak2 kita selamat kehidupannya di dunia dan akhirat.

Mungkin....pada pandangan dan pendapat saya lah. Dengan kehidupan serba moden sekarang ni, kebanyakan ibu bapa sibuk mengejar masa, kadang2 kita memang tak sempat nak berdoa dan meminta kepada ALLAH s.w.t.  Kadang2 kita terlupa..dan tanpa kita sendiri sedar, anak2 makin dewasa. Apabila dewasa, memang sukar lagi membentuk mereka. Mereka sudah jadi buluh yang sukar dilentur.

Selain itu, ibu bapa jangan terlalu berlembut dengan anak hanya kerana terlalu sayangkan mereka. Sayang, sayang juga. Tetapi ada masanya kita perlu tegas menyampaikan apa yang kita suka dan tak suka supaya anak kita tahu apa yang dia boleh lakukan atau tidak.

Selepas pendidikan di rumah, guru pula memainkan peranan. Tanggungjawab guru2 bukan sekadar untuk menyampaikan ilmu tetapi juga membimbing sahsiah diri murid2 supaya apabila mereka keluar, mereka menjadi insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Tetapi itu bukan bermakna ibu bapa boleh lepas tangan dan membiarkan tugas itu digalas oleh guru2 sahaja. Ibu bapa adalah orang yang paling penting dalam pendidikan anak2. Mereka adalah contoh ikutan untuk anak2 yang sedang membesar. Jika ibu bapa orangnya kuat bersolat dan berpegang teguh dengan pegangan agama, insyaAllah begitu jugalah dengan anaknya.

Tetapi masalahnya sekarang, ibu bapa di rumah sendiri tidak ada masa untuk membimbing anak2 di rumah. Bila di sekolah pula, jika cikgu2 merotan anak mereka bagi tujuan mendisiplinkan mereka, ibu bapa pula melenting sampai buat laporan polis. Last2nya, anak itu lah yang menjadi mangsa yang paling teruk sebenarnya. Ibu bapa tidak mengajar, cikgu pun malas nak tegur sebab malas nak berhadapan dengan masalah report2 ni semua. Jadi fikir2kan lah. Jika ibu bapa memang rasa dia x byk masa nak didik anak2, berilah kuasa tersebut kepada guru selagi hukuman yang guru berikan adalah berniat baik dan tidak sehingga memudaratkan anak kita.

Selain dari tanggungjawab ibu bapa dan guru2, pemimpin dan pihak kerajaan juga harus memberikan kerjasama dalam pembentukan diri muda mudi  di masa hadapan.  Sudah ternyata pesta2 hiburan ini begitu banyak buruk dari baiknya. Kerajaan yang beragama Islam sudah pasti cukup tahu dengan hukum hakam agama Islam. Sudah jelas bahawa hiburan seperti ini adalah haram. Jika Brunei boleh jalankan hukum hudud dan menjaga kehormatan negara mereka, kenapa negara Malaysia yang juga dikatakan negara Islam tidak boleh bertegas dalam perkara ini?

Sedikit sebanyak masalah ini menunjukkan kelemahan negara kita dalam mengawal penularan dadah seperti ini. Jika rasanya tidak mampu mengawal masalah, jangan benarkan pesta seprti ini diluluskan. Itu sahaja.

Sekian. Semua tulisan ini adalah pendapat peribadi saya sendiri...

untuk membaca berita Astro Awani, boleh klik link di sini ASTRO AWANI.

UMUM - ISU MASALAH REMAJA MASA KINI



Felixia Yeap:
"SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.

Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.

"Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.

"Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.

"...tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.

"Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini," katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.

Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Untuk membaca keratan akhbar Sinaran Harian ini, boleh klik link di bawah.
AMBIL IKTIBAR KEJADIAN DI BUKIT JALIL

Berkenaan isu ini, pada pendapat saya ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk mendidik anak2 dan mencorakkan perlakuan anak2 mereka sejak dari sejak mereka dilahirkan. Jika ibu bapa sendiri mengatakan "tak apa" jika anak berpakaian tidak menutup aurat, atau "biarlah" jika melihat anak2 mereka bergaul bebas dengan kawan2.... Dalam keadaan begini, adakah adil jika selepas itu mereka menunding jari dan meletakkan  pula punca kesalahan ini pada pihak lain?.  Semua ibu bapa kena lebih memainkan peranan penting dlm mendidik anak2 mereka terutama dalam zaman yang serba mencabar ini. Ajar anak dan maklumkan mereka apa yang diharamkan oleh agama. Arak itu haram! Dadah itu haram! Berdua2an dengan lelaki atau wanita yang belum berkahwin itu juga haram!!. Jika dulu kita telah melakukan kesalahan yang sama, janganlah biarkan anak2 kita mengulang perkara yang sama. Biarlah generasi kita menjadi generasi yang lebih baik di masa hadapan.

Kita mesti berusaha dan ambil langkah segera utk mengubahnya dan bukan sekadar mengutuk atau bercakap benda buruk di laman sosial sedangkan anak2 kita di rumah kita tak nasihatkan.

Doa saya semoga semua manusia yang beragama Islam akan berubah mengikuti cara dan perwatakan Rasulullah s.a.w yang sebenarnya. Wahai ibu bapa, kita memang boleh menjadi ibu bapa yang open minded tetapi open minded tu ada had dan batasannya. Yang perlu ditutup, masih perlu ditutup. Ajar anak2 kita untuk sentiasa menutup aurat. Sebab anak2 ini adalah bekalan yang akan kita tinggalkan di dunia selepas kita mati nanti. Ajarlah anak2 kita untuk mengaji Al Quran sebab kita nak anak2 kita ni bantu untuk terangkan dan luaskan kubur kita selepas kita mati nanti. Kalau kita ajar anak2 kita dengan disko dan perkara2 yang lebih membawa dosa, kita takut bila mati nanti kita tak mampu nak tahan segala siksa kubur yang sedia menanti.   Wallahualam....

Friday, March 14, 2014

SANDARAN HATI

Assalamualaikum. .petang2 ni mood menulis kureng sikit. Jadi biarlah gambar yg menjelaskan cerita ya. Apa2pun syukur Alhamdulillah. ..


Sunday, March 9, 2014

PESAWAT MAS MH370



Assalamualaikum. ..

Sejak berita kehilangan pesawat MAS MH370 Sabtu yang lepas, sebagai seorang manusia yg normal dan prihatin, pasti kita akan turut berasa sedih walaupun tidak ada saudara mara atau sahabat kita yang berada di dalamnya. Sehingga sekarang, masih tiada berita tentang nasib penumpang dan anak kapal. Marilah sama-sama kita berdoa semoga ALLAH s.w.t memudahkan tugas para penyelamat untuk mencari petunjuk dan jalan keluar tentang apa yang sebenarnya telah terjadi kepada pesawat tersebut.

Kepada orang2 yang tidak berkenaan, sila hentikan sebarang spekulasi yang mengaitkan tragedi ini dengan perkara2 yang di luar pengetahuan anda sendiri. Apa yang patut anda lakukan sekarang adalah berdoa supaya pesawat ini dapat ditemui seterusnya meleraikan kesedihan dan kegelisahan kaum keluarga yang terlibat. Jangan ditambahkan kesedihan mereka dengan cerita2 kontroversi yang anda tulis hanya kerana ingin memuaskan nafsu marah anda sendiri.  Berfikir menggunakan akal fikiran yg waras. Jangan hanya disebabkan seorang manusia biasa yang tidak ada langsung keistimewaannya, anda kaitkan pula dengan nasib hidup dan mati manusia2 yg lain.

Tunggu pengumuman dan berita yang sahih dari pihak bertanggungjawab yang terlibat dalam operasi menyelamat. Mereka sedang cuba sedaya upaya mereka untuk mengesan pesawat tersebut.


Sekali lagi, saya menyeru supaya kita terus berdoa dan berdoa.



Thursday, March 6, 2014

PERCUBAAN MENJAHIT PEPLUM


Assalamualaikum. ..sebelum tidur nak kongsi cerita hari ni. Jahit peplum. ...hihihi. Ni percubaan pertama saya jahit peplum setelah berhari-hari menelaah cara menjahit peplum dari blok Cik Sue kita. Kalau nak belajar jugak, boleh klik link ni ya KEDAI JAHITKU. Memang baik sungguh Cik Sue tu sebab sudi berkongsi ilmu jahitan dia, siap ajar buat pola, gunting kain semua. Saya buat pola peplum ni memang rujuk sepenuhnya nota Cik Sue. Memang la susah nak faham kalau belajar x berguru ni tapi pelan2 saya cuba buat dan akhirnya siap jugak. Terima kasih byk2 Cik Sue.  Semoga rezeki Cik Sue dlm bidang jahitan bertambah murah. 

Saya ni menjahit untuk baju sendiri saja, al maklumlah..., badan comel2 mcm gini susah sikit nak cari saiz kat kedai kalau yg dah ready made tu. Hajat hati teringin jugak nak  pakai baju berfesyen2 ni. Lagipun saya ni memang malas sikit nak pergi bershopping keluar masuk kedai semua. Tambah sakit hati kalau semua baju yg diorang jual tu utk org yg ramping2 bak kerengga je. Satu lagi sebab, bila buat sendiri ni saya bolehlah adjust mana yg patut, buat longgar2 supaya lebih menutup aurat kan. 

Actually, nak tempah pun boleh. Tapi kalau last2 minute tiba2 je kita decide nak baju baru nak pergi kenduri ke, takut tak sempat siap pulak kan. Lagipun upah jahit sekarang dah mahal. Saya faham tugas menjahit bukan senang. Memang susah....jadi saya x nak la komen byk2 pasal upah menjahit ni. So, utk menjimatkan kos saya cuba lah jahit sendiri baju2 saya. Banyak jimatnya tau. Kos kain tak sampai pun rm 40.00. So dengan rm40.00 tu saya boleh dapat sepasang baju yg kalau dibeli di kedai harganya mungkin mencecah rm100++. Tu pun kalau ada saiz saya la....

Okeylah. Mata dah ngantuk ni. Selamat malam semua. Kalau ada salah dan silap dalam penulisan saya, saya minta maaf byk2 ya. 

Wednesday, March 5, 2014

Usah Menangis Sayang

Alhamdulillah.  Dpt feedback positif lg utk UMS. Kalau nak beli novel ni  secara online, boleh klik laman web -    KARANGKRAF MALL  





USAH MENANGIS SAYANG


Teruja nak dptkan novel Usah Menangis Sayang,  boleh beli secara online di KARANGKRAF MALL ya. 









Tuesday, March 4, 2014

FEEDBACK USAH MENANGIS SAYANG DAN SANDARAN HATI


Alhamdulillah. ..dpt feedback lg. Kali ni untuk novel Sandaran Hati dan Usah Menangis Sayang.  Tapi rata2, memang Usah Menangis Sayang mendapat rating paling tinggi dari kesemua karya saya. Jadi, yg belum membacanya cepat2 dptkan di pasaran ya. Terima kasih.  




Monday, March 3, 2014

ILHAM KARANGKRAF -BAB BARU SANDARAN HATI

 Assalamualaikum,

Saya telah memuat turun bab baru novel SANDARAN HATI di portal ilham. Boleh klik  BAB 10  untuk membaca karya saya yang telah diterbitkan pada tahun 2008.

Selain itu, saya turut muat turun beberapa bab dari novel Usah Menangis Sayang (klik SINI)   dan Operasi Bulan Madu (klik SINI)   juga. Jemput baca- percuma sahaja.

Tapi kat bawah ni pun saya letakkan juga bab 10 novel SANDARAN HATI tersebut untuk terus dibaca. Tapi kalau nak baca bab sebelum ini yang telah saya muat turun boleh pergi ke portal ilham ya. Tq


BAB 10-SANDARAN HATI

Gadis manis penyambut tetamu mengetuk pintu kayu beberapa kali. Kedengaran bunyi “Klik” di pintu. Gadis manis itu terus memulas tombol pintu lalu daun pintu terbuka luas. Amalia dengan perasaan berdebar terus melangkah mengekori gadis di hadapannya.
“Encik Farhan, ini Cik Amalia yang datang untuk temuduga jawatan Penasihat Undang-Undang tu,” gadis itu memaklumkan kepada ketuanya yang sedang menaip sesuatu di komputer yang berada di sebelah kanan meja utamanya.
Lelaki yang berpakaian kemeja berwarna biru laut serta bertali leher warna senada bercorak abstrak memusingkan kerusinya mengadap ke arah Amalia. Alamak!!!.......Amalia terkedu. Lelaki Winter Sonata dalam lif tadi…hati Amalia berdetik cemas. Tetapi kali ini keterampilannya berubah. Sebentar tadi dia kelihatan seperti seorang Mat Motor yang ingin pergi berlumba, tetapi di hadapannya kini duduk seorang lelaki yang berjawatan tinggi, berpakaian kemas dan segak. Rambutnya disisir rapi ke belakang serta tiada lagi sarung tangan getah yang menutupi tangannya. Senyuman meleret di wajahnya. Ada lesung pipit….Amalia berbisik sendiri.
“Ya, Cik Amalia, silakan duduk,” Encik Farhan berkata sambil senyuman masih melatari bibirnya.
“Ya,” Amalia mengikut. Kerusi ditarik perlahan lalu dia melabuhkan punggungnya di kerusi  berhadapan dengan lelaki bermata sepet itu.
“Mula-mula saya nak tanya, kenapa asyik pandang saya masa dalam lif tadi? Cik Amalia tukang tilik ke?”
Ha?!! Amalia betul-betul terkejut dengan pertanyaan lelaki bermata sepet di hadapannya itu. Rona-rona merah menjalar naik ke mukanya. Dirasakan darah merah dan panas membuak-buak menjalar ke urat wajahnya. Amalia benar-benar malu. Rupanya lelaki ini perasan yang dia memerhatikannya semasa di dalam lif tadi.
“Errrr……” Amalia terkedu. Dia tiada jawapan untuk soalan itu kerana itu bukanlah antara soalan-soalan yang dia membayangkan akan ditanya semasa temuduga ini.
“Maafkan saya, saya tak bermaksud begitu,” Amalia akhirnya bersuara perlahan sambil tunduk ke lantai.
“Alamak, Cik Amalia. Awak tak boleh macam ni. Kalau awak nak jadi seorang Penasihat Undang-Undang, awak mesti tegas dan yakin di dalam setiap jawapan awak. Awak mesti ada confident, baru boleh berjaya dan bersaing dengan orang lain. Syarikat ni syarikat yang besar, kita jalankan perniagaan import dan eksport di peringkat antarabangsa. Kami perlukan penasihat undang-undang yang boleh memberi nasihat di dalam bidang perundangan lebih-lebih lagi dalam merangka perjanjian apabila kami berurusan dengan pelanggan-pelanggan. Pelanggan syarikat ini juga terdiri daripada syarikat-syarikat besar dan kadangkala nilai urusan melibatkan jutaan ringgit,”
Encik Farhan menerangkan dengan panjang lebar kepada Amalia tentang syarikat itu. Matanya tajam memandang ke arah Amalia. Amalia hanya mengangguk. Dia cuba mencari kata-kata terbaik untuk mempertahankan dirinya.
“Encik Farhan, saya memohon untuk pekerjaan ini kerana saya berminat dengan jawatan ini dan saya pasti saya mampu menjalankan kerja ini dengan baik. Saya pohon Eencik Farhan memberi saya peluang untuk membuktikan kemampuan saya. Encik Farhan boleh memberi tempoh untuk menilai kemampuan diri saya dalam menjalankan tugas, sekiranya selepas tempoh itu Encik Farhan berpuas hati dengan kemampuan saya, saya harap saya diserap terus untuk bekerja di dalam syarikat ini. Sekiranya tidak, saya sanggup menerima apa sahaja keputusan syarikat terhadap saya,” Amalia berkata penuh yakin dengan ayat yang disusun teratur.
Lelaki itu terdiam sebentar. Matanya yang telah sepet semakin mengecil apabila dia mengerutkan dahinya.
“Hmmm……mengikut sijil-sijil yang awak kemukakan, nampaknya awak aktif juga di sekolah dan universiti. Banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan. Nampaknya awak juga pelajar terbaik bagi fakulti undang-undang. Saya nak tanya awak, adakah apa yang tercatit dalam sijil ini boleh terus menilai diri seseorang dan kemampuannya dalam bekerja? Sesetengah orang berkata kelulusan di universiti walau secemerlang manapun tidak akan dapat menentukan bahawa dia mampu bekerja dengan baik. Malah ada yang mengatakan pengalaman itu lebih bernilai daripada sekeping sijil,”
“Encik Farhan, bagaimana seseorang itu mahu mencari pengalaman sekiranya dia langsung tidak diberi peluang untuk mencuba? Saya berpendapat setiap orang yang berpengalaman itu juga bermula dengan kosong sewaktu dia memulakan pekerjaannya. Sampai bila kami yang fresh ini berpeluang menimba pengalaman sekiranya setiap syarikat memberi alasan bahawa mereka inginkan orang yang berpengalaman? Rasanya Encik Farhan juga sewaktu menerajui syarikat ini, memang tidak mempunyai sebarang pengalaman, tetapi saya yakin berkat usaha gigih dan kerja keras Encik Farhan serta ingin belajar tentang pekerjaan ini, maka Encik Farhan telah berjaya mengendalikan syarikat ini dengan baik sekali,”
Ada senyuman kelihatan di bibir lelaki itu. Amalia pula semakin yakin untuk berbicara dan melontarkan pendapatnya.  
“Bila boleh mula bekerja?” tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara selepas mendiamkan diri sambil matanya meliar melihat sijil-sijil yang dikemukakan oleh Amalia.
“Ha?” Amalia bagai tidak percaya. Adakah lelaki ini ingin mempermainkannya?
“Kenapa? Saya tanya bila boleh mula bekerja?” lelaki itu bertanya lagi tetapi kali ini pandangannya menghala kepada Amalia. 
“Errr…bila-bila masa yang Encik mahukan,” Amalia menjawab tergagap-gagap. Dia begitu terkejut sebenarnya. Dia ingatkan dia akan gagal di dalam temuduga itu kerana soalan-soalan yang dikemukakan oleh Encik Farhan sebentar tadi seolah-olah tidak mahu menerimanya bekerja di situ.
“Esok boleh?” lelaki itu bertanya lagi.
Amalia terdiam. Esok? Fikirnya. Cepatnya…Amalia berkata-kata sendiri dalam hati.
“Kenapa? Ada masalah ke? Kata tadi ingin memberikan yang terbaik kepada syarikat ini. Takkan perkara kecil macam ni pun menjadi masalah kepada awak?” kata-kata Encik Farhan itu bagai satu cabaran kepada Amalia.
“Baiklah, saya setuju untuk mula bekerja esok,” Amalia berkata. Jika ini adalah cabaran, maka dia akan menerimanya dengan hati yang terbuka.
“Baiklah, mula mendaftar pada 1 haribulan nanti,” tiba-tiba lain pula arahan yang dikeluarkan oleh lelaki itu.
Amalia mengerutkan dahinya. Dia keliru. Mana satu arahan yang perlu dipatuhinya. Datang esok atau 1 haribulan?.
“Errr…maafkan saya Encik Farhan. Saya kena datang esok atau 1 haribulan?”
“Kalau awak datang esok, sempat ke nak cari rumah sewa, nak cari pakaian untuk datang kerja, kasut, beg tangan, transport…. Awak duduk di Ipoh kan?”
Amalia mengangguk. Lelaki di hadapannya ini seperti cuba mengujinya. Dia rasa dipermain-mainkan pula. Nasib baiklah lelaki di hadapannya ini Ketua Jabatannya, kalau tidak mahu rasanya dia meninggalkannya di situ begitu sahaja.
“Ok, saya rasa itu sahaja. Awak boleh balik dan datang semula pada 1 haribulan depan. Tahniah,”

“Terima kasih Encik Farhan,” Amalia bangun lalu berjalan menuju ke pintu bilik. Dia berasa sangat lega dan turut bersyukur kerana berjaya mendapat pekerjaan ini.

Saturday, March 1, 2014

KOMEN PEMBACA OPERASI BULAN MADU. ..


Alhamdulillah. ..dpt feedback positif  lagi dari pembaca OBM. Syukur kehadrat Ilahi. Terima kasih atas sokongan anda semua yg telah membaca OBM.