E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Monday, March 17, 2014

ISU DADAH DAN KONSERT HIBURAN

Assalamualaikum semua.

Saya masih tidak dapat larikan fikiran saya dari memikirkan mengenai anak2 muda yang meninggal dunia dalam konsert FMFA di Bukit Jalil yang lepas. Yang meninggal, dah pun meninggal. Yang kritikal masih terlantar di hospital. Yang ditangkap kerana memiliki dan menggunakan dadah pun ramai.

Astaghafirullahalazim....sedih kan bila baca berita2 mcm ni. Saya pun ada anak, saya sangat2 risaukan tentang masa hadapan dia. Sebagai seorang ibu, ALLAH s.w.t telah tetapkan bahawa doa seorang ibu pasti akan dimakbulkan. Oleh itu para ibu, marilah kita sama2 berdoa supaya anak2 kita membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Marilah kita berdoa supaya anak2 kita selamat kehidupannya di dunia dan akhirat.

Mungkin....pada pandangan dan pendapat saya lah. Dengan kehidupan serba moden sekarang ni, kebanyakan ibu bapa sibuk mengejar masa, kadang2 kita memang tak sempat nak berdoa dan meminta kepada ALLAH s.w.t.  Kadang2 kita terlupa..dan tanpa kita sendiri sedar, anak2 makin dewasa. Apabila dewasa, memang sukar lagi membentuk mereka. Mereka sudah jadi buluh yang sukar dilentur.

Selain itu, ibu bapa jangan terlalu berlembut dengan anak hanya kerana terlalu sayangkan mereka. Sayang, sayang juga. Tetapi ada masanya kita perlu tegas menyampaikan apa yang kita suka dan tak suka supaya anak kita tahu apa yang dia boleh lakukan atau tidak.

Selepas pendidikan di rumah, guru pula memainkan peranan. Tanggungjawab guru2 bukan sekadar untuk menyampaikan ilmu tetapi juga membimbing sahsiah diri murid2 supaya apabila mereka keluar, mereka menjadi insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Tetapi itu bukan bermakna ibu bapa boleh lepas tangan dan membiarkan tugas itu digalas oleh guru2 sahaja. Ibu bapa adalah orang yang paling penting dalam pendidikan anak2. Mereka adalah contoh ikutan untuk anak2 yang sedang membesar. Jika ibu bapa orangnya kuat bersolat dan berpegang teguh dengan pegangan agama, insyaAllah begitu jugalah dengan anaknya.

Tetapi masalahnya sekarang, ibu bapa di rumah sendiri tidak ada masa untuk membimbing anak2 di rumah. Bila di sekolah pula, jika cikgu2 merotan anak mereka bagi tujuan mendisiplinkan mereka, ibu bapa pula melenting sampai buat laporan polis. Last2nya, anak itu lah yang menjadi mangsa yang paling teruk sebenarnya. Ibu bapa tidak mengajar, cikgu pun malas nak tegur sebab malas nak berhadapan dengan masalah report2 ni semua. Jadi fikir2kan lah. Jika ibu bapa memang rasa dia x byk masa nak didik anak2, berilah kuasa tersebut kepada guru selagi hukuman yang guru berikan adalah berniat baik dan tidak sehingga memudaratkan anak kita.

Selain dari tanggungjawab ibu bapa dan guru2, pemimpin dan pihak kerajaan juga harus memberikan kerjasama dalam pembentukan diri muda mudi  di masa hadapan.  Sudah ternyata pesta2 hiburan ini begitu banyak buruk dari baiknya. Kerajaan yang beragama Islam sudah pasti cukup tahu dengan hukum hakam agama Islam. Sudah jelas bahawa hiburan seperti ini adalah haram. Jika Brunei boleh jalankan hukum hudud dan menjaga kehormatan negara mereka, kenapa negara Malaysia yang juga dikatakan negara Islam tidak boleh bertegas dalam perkara ini?

Sedikit sebanyak masalah ini menunjukkan kelemahan negara kita dalam mengawal penularan dadah seperti ini. Jika rasanya tidak mampu mengawal masalah, jangan benarkan pesta seprti ini diluluskan. Itu sahaja.

Sekian. Semua tulisan ini adalah pendapat peribadi saya sendiri...

untuk membaca berita Astro Awani, boleh klik link di sini ASTRO AWANI.

No comments: