E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Wednesday, August 28, 2013

Aktiviti Baru

Assalamualaikum

Okey....hmmmmm kenapa tajuk macam ni pulak kan. Haaa......sebab sekarang ni saya ada aktiviti baru yang saya buat untuk mengisi masa lapang saya kat rumah. Maklumlah anak sorang je. Pagi2 tak ada kat rumah sebab pergi sekolah. Suami pulak kerja jauh. Sejak cuti semester bulan 7 hari tu sehinggalah hari ni rasanya macam saya banyak buang masa jugak kot tambah2 waktu pagi. Selalunya lepas hantar anak sekolah saya akan tidur balik. Pasal tulis novel memang saya tak boleh lah nak tulis waktu siang. Cepat je ngantuk macam baca buku. So masa yang paling sesuai untuk saya menulis novel selalunya adalah waktu malam sebelum tidur dan tempatnya adalah atas katil saya. Saya akan mula menulis dalam pukul 9++  sampai pukul........depends on idea yang datang. Kalau banyak idea lamalah saya menulis. Kalau rasa macam jerebu je, cepatlah laptop tu duduk berehat atas almari.

Okey okey...berbalik pada aktiviti baru ni. Actually ia bukanlah asing sangat pada saya pun. Jika diimbas kembali masa zaman muda remaja dulu memang saya dah biasa dengan aktiviti jahit menjahit ni. Walaupun dalam keluarga saya ada 4 adik beradik perempuan (no. 1-4) tapi rasanya saya je kot yang lebih banyak buat kerja2 menjahit ni. Diorang ni tambah2 adik perempuan no. 3 dan 4 tu tahu pakai baju dah siap jahit je ( jangan marah adik2 nooo).  Tapi rasanya ini adalah hakikat yang diorang kena terima. Dulu-dulu baju sekolah dan baju raya kami semua mak jahitkan. Jarang la nak beli2 kat kedai. Ye lah....kami bukannya orang kaya. Mak tak kerja. Anak pulak ramai. Anak perempuan je ada 4 orang. Bayangkan lah kan. Kalau lelaki senang je beli t-shirt dan seluar kat pasaraya. Tapi anak perempuan ni banyak belanjanya bila nak raya.

Berbalik pada cerita menjahit ni, selalunya mak hanya akan gunting kain ikut ukuran baju masing2 dan tugas menjahit pula akan diserahkan pulak pada saya. Bukan senang tau nak jahit baju tambah2 bila raya sebab semua dapat 2 pasang setiap sorang. Kalau campur baju mak maknanya ada 10 pasang baju nak kena jahit. Terkial2 la saya siapkan semua. Kalau jahit baju jurung moden senang la jugak kan tapi kalau jahit baju kurung biasa stepnya banyak dan lepas siap nak kena jahit sembat pulak semua kelim2 baju tu. Siap jahit insang pari lagi kat tengkok baju. Dulu2 memang saya pandai buat semua tu atas tunjuk ajar mak. Tapi lama sangat dah tak buat dan memang dah lupa. Kena google la nampaknya macam mana nak jahit.... (kalau rajin le).

Arwah mak saya ni bukanlah tukang jahit pun tak ambik pun mana2 tempahan buat baju. Tapi mungkin memang dah kebiasaan perempuan zaman2 dulu yang mesti kena tahu semua kerja2 rumah ni kan terutamanya memasak dan menjahit. Salute my mother...memang dia ada kemahiran benda2 ni. Kalau pasal memasak memang air tangannya sangat2 sedap walaupun main campak2 je masaknya. Kalau buat kuih muih tradisional  ni memang terrer terutamanya kuih yang bancuh2 yang mana sampai sekarang saya failed buat. Saya ingat lagi arwah mak suka buat kuih pau, kuih apam, kuih seri muka dan macam-macam lagi la. Tak ada pun saya tengok dia bersukat2 beria-ia benor. Yang saya ni beria2 la belek buku resepi la, google la tapi memang susah sangat nak jadi elok. Last2 langsung malas nak buat.

Okey,...berbalik kepada aktiviti menjahit ni. Tak tahulah kenapa tiba-tiba rasa hendak menjahit tu seperti magnet pulak kebelakangan ni. Dulu kat rumah saya ni ada lah mesin jahit mak mertua saya untuk saya guna nak jahit2 kain atau seluar yang koyak. Suami pun siap tambah mesin kaki nak bagi mesin tu laju sikit dan senang isteri dia ni nak menjahit. Tapi tak tahu lah apa kenanya....mesin ni meragam je pulak. Bila jahit je benang putus, bila jahit je benang putus. Sampai lama2 saya pun putus minat nak guna mesin tu. Last2 aktiviti menjahit tu pun terkubur la. Bila ada kain2 yang nak kena jahit saya selalunya akan hantar kedai untuk jahitkan. Bayor le dalam harga lebih kurang RM4.00-8.00.

Hmmm....saya rasa salah satu sebab kenapa saya minat menjahit semula sebab bila bercuti ni saya rajin dok tengok internet dan baca macam-macam cerita pasal menjahit ni. Bila belek2 telekung yang saya guna...saya macam terdetik rasa "senang je nak jahit ni". Bila pakai tudung, saya pun kata "macam boleh buat sendiri je ni".

So...disebabkan rasa tu saya pun pergilah merayau ke kedai mesin jahit dan terus beli mesin jahit portable baru jenama Brothers. Lepas beli tak sabar2 nak balik rumah untuk cuba jahit. Benda pertama yang saya nak cuba buat ialah jahit telekung guna kain lycra. Kain dah beli kat nagoya...warna hijau. Orang kata kalau kita nak buat sesuatu kena ada ilmu kan. Bersandarkan pada pengalaman menjahit dulu2 dan ditambah dengan pembacaan di internet saya pun mula lah projek buat telekung. Whoooo....berpeluh2 jugak lah nak cuba buat ni setelah sekian lama tinggalkan aktiviti menggunting dan menjahit ni. Setakat nak jahit cantum tu okey lagi cuma masalah timbul bila nak jahit getah pinggang di kain. Tapi alhamdulillah akhirnya menjadi jugak. So hari ni nak sambung buat badan telekung pulak. Harap2 dipermudahkan usaha saya ni.

Kat bawah ni saya kongsi sikit gambar2 yang berkaitan aktiviti menjahit saya ya.

Mesin jahit Brothers Model GS2700. 

Mesin jahit tepi ni memang dah lama saya beli tapi lama dah tak guna. Nasib baik elok lagi dan boleh guna. Siap manual lagi kat tepi mesin. Penting ni nak tahu macam mana nak guna mesin jahit Brothers tu.


Kain telekung dah siap.


Yang ni perca kain.  Saya cuba jahit tepi dan buat dia jadi curly macam tepi tudung sekarang ni. Puas cuba akhirnya menjadi lah jugak.


Yang ni badan telekung. Dah siap potong, tunggu nak jahit je. 


Thursday, August 22, 2013

Manuskrip baru

Assalamualaikum. ..
Alhamdulillah setelah berbincang dengan editor tentang manuskrip yang saya hantar dulu, akhirnya selesai dah tugas saya mengedit manuskrip tersebut. Saya harap kali ni semua okey dan editor luluskan untuk diterbitkan. Bukan apa...bertahun jugak saya ambil masa nak siapkan manuskrip tu. Selagi ia tak siap, selagi tu la saya tak boleh nak move on dengan cerita baru. So sekarang ni keputusannya di pihak penerbit. Nanti kalau dah approve saya akan paparkan sebahagian bab2 dlm novel baru untuk tatapan pembaca ya. Okey...adios dulu.

Sunday, August 18, 2013

Char kuey tiaw Ipoh mali....

Assalamualaikum. ....
Hari ni kawan baik masa sekolah menengah kata nak datang rumah. Bila tetamu nak datang ni kita mula lah fikir2 nak masak apa kan. Macam tak best la pulak hidang air kosong pada kawan yang datang dari jauh dan kita pun dah lama tak jumpa. Fikir2 punya fikir saya rasa nak buat char kuey tiaw. Saya ni memang suka makan char kuey tiaw tapi tak pernah lah buat. Tapi kalau kuey tiaw goreng biasa tu pernahlah. So mcm biasa saya buat rujukan resepi kat internet. Byk la rumah blogger yang saya intai pagi2 ni....halalkan lah ya blogger2 semua untuk pembacaan saya tu.
Jadi bila dah mcm faham2 sikit cara nak buat, saya pergi pasar untuk cari bahan2 dia. Rupa2nya  untuk buat char kuey tiaw ni ada bahan2 dia yg kita kena prepare dulu. Macam paste dia.
Bahan2 untuk masak paste ialah:
Udang
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Gula
Bahan perasa
Semua bahan2 ni direbus sampai udang betul2 masak. Perasakan garam dan gula. Bila siap ketepikan dulu.
Untuk cili tumis just blender bawang putih dan cili merah. Tapi saya campur juga sikit bawang besar.
Lain2 bahan ialah telur, kerang, kueytiaw, togeh dan kucai.
Cara masak:
Tumis cili masak yg di blend tadi sampai garing kemudian masukkan kerang. Api kena besar ya sbb char kueytiaw ni kita masak kejap je. Lepas tu terus masukkan kueytiaw, togeh, kucai dan tambahkan air rebusan udang dengan udang2 sekali. Lepas tu masukkan telur. Telur tu boleh je nak  pecahkan terus dalam kuali atau pecahkan dalam bekas lain dulu ya. Then lastly rasa garam dia. Jgn terus taruh garam ya sebab masa rebus udang tu kita dah bubuh garam. Cuma tambah garam kalau perlu saja. Ok..siap dah.

Saturday, August 17, 2013

Entry penulis....

Assalamualaikum. ...
Hmmmm....kalau disemak2 balik entry2 saya yg sebelum2 ni saya terpaksa mengaku bahawa saya jarang bercerita tentang diri saya sebagai seorang penulis kan. Nampaknya saya ni lebih banyak bercerita tentang percutian, diri saya sebagai seorang ibu, seorang isteri, pasal masakan2 yang saya dah cuba buat dan lain2 lagi la tapi still sikit sangat cerita tentang menulis novel.
Actually kan...saya lebih banyak mempromosi atau bercakap tentang novel2 di dalam facebook saya. So kawan2 dialu2kan untuk friend dgn saya ya untuk tahu tentang cerita2 novel saya dan penulis2 alaf 21 yang lain.
Okeylah...sebenarnya saya dapat idea untuk buat entry ni adalah disebabkan saya terbaca 1 ruangan di dalam surat khabar Harian Metro semalam. Ada seorang wanita yang menulis kepada ruangan soal jawab berkenaan masalah rumahtangga dia dan suaminya. Dia kata dia dah bercerai talak tiga tapi mereka berdua saling mencintai lagi dan tidak mungkin ada org lain yang boleh menggantikan kasih mereka.  Akibat rasa cinta tapi disebabkan tak boleh kawin semula mereka telah bersekudukan mcm suami isteri jugak. Dia kata perceraian berlaku hanya kerana masalah kecil saja dan dia sendiri salah kerana mencabar suaminya untuk menjatuhkan talak 3 tu. Wanita tu tanya mengenai  kaedah "cina buta" dan minta nasihat bagaimana dia boleh berkahwin semula dengan bekas suaminya.
Membaca nukilan wanita ni menyebabkan saya tersenyum sendiri sebab ia mengingatkan saya kepada novel saya Usah Menangis Sayang. Isu ni sama dengan isu yang saya ketengahkan dalam novel saya tu. Pasal Isma dan Imran yang saling menyintai tetapi disebabkan cemburu melampau Isma dan dia telah mencabar Imran menyebabkan Imran menjatuhkan talak 3. Selepas tu barulah kedua 2 mereka menyesal sebab dah tak boleh bersama sebagai suami isteri. Dan selepas itulah kawan baik Isma iaitu Tini terpaksa menjadi penyelamat dengan berkahwin dengan Imran.
Luahan hati wanita itu jelas menunjukkan bahawa kisah2 seperti ini memang ada berlaku di kalangan kita dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku. Cuma kita semua tidak tahu sahaja sebab manusia terlampau ramai kan....manalah mampu kita nak ambil tahu semua kisah yang berlaku.
Jadi....kesimpulannya di sini adalah, tidak ada sesuatu yang mustahil untuk berlaku sebenarnya. Semuanya boleh berlaku dengan izinNya.
Berkenaan dengan penulisan novel dan tema2 yang dipilih, saya percaya cerita tu akan lebih hidup sekiranya penulis menulis sesuatu keadaan yang dia arif dan tahu. Berkenaan dengan manuskrip baru yang sedang saya siapkan, saya memilih pekerjaan polis dan sedikit sebanyak prosiding mahkamah untuk jalan ceritanya. Ini bukan bermaksud saya seorang polis ya, cuma bidang kerja saya lebih dekat kepada kehakiman dan bidang kerja polis sedikit sebanyak berkaitan dengan pekerjaan saya. Cuma ada sesuatu yg dibimbangkan oleh editor.....dia bimbang cerita2 polis,  siasatan tidak akan disukai oleh pembaca kerana mengikut trend sekarang, mereka lebih sukakan cerita2 cinta. Ini membuatkan saya dalam dilema jugak sebenarnya. Sebab tu lah saya masih lagi dalam proses mengedit manuskrip ni. Dan untuk pengetahuan pembaca, saya masih lagi mengekalkan kerjaya polis tetapi dikurangkan dan saya banyakkan scene kisah2 cinta antara hero dan heroin. Saya harap pembaca menyokong saya dalam bidang penulisan ini kerana ini adalah minat saya sejak dari sekolah lagi. Terima kasih semua yang membeli novel2 saya sebelum ini dan yang memberikan kata2 semangat buat saya untuk terus menulis. Saya sayang anda semua.....