Assalamualaikum
Okey....hmmmmm kenapa tajuk macam ni pulak kan. Haaa......sebab sekarang ni saya ada aktiviti baru yang saya buat untuk mengisi masa lapang saya kat rumah. Maklumlah anak sorang je. Pagi2 tak ada kat rumah sebab pergi sekolah. Suami pulak kerja jauh. Sejak cuti semester bulan 7 hari tu sehinggalah hari ni rasanya macam saya banyak buang masa jugak kot tambah2 waktu pagi. Selalunya lepas hantar anak sekolah saya akan tidur balik. Pasal tulis novel memang saya tak boleh lah nak tulis waktu siang. Cepat je ngantuk macam baca buku. So masa yang paling sesuai untuk saya menulis novel selalunya adalah waktu malam sebelum tidur dan tempatnya adalah atas katil saya. Saya akan mula menulis dalam pukul 9++ sampai pukul........depends on idea yang datang. Kalau banyak idea lamalah saya menulis. Kalau rasa macam jerebu je, cepatlah laptop tu duduk berehat atas almari.
Okey okey...berbalik pada aktiviti baru ni. Actually ia bukanlah asing sangat pada saya pun. Jika diimbas kembali masa zaman muda remaja dulu memang saya dah biasa dengan aktiviti jahit menjahit ni. Walaupun dalam keluarga saya ada 4 adik beradik perempuan (no. 1-4) tapi rasanya saya je kot yang lebih banyak buat kerja2 menjahit ni. Diorang ni tambah2 adik perempuan no. 3 dan 4 tu tahu pakai baju dah siap jahit je ( jangan marah adik2 nooo). Tapi rasanya ini adalah hakikat yang diorang kena terima. Dulu-dulu baju sekolah dan baju raya kami semua mak jahitkan. Jarang la nak beli2 kat kedai. Ye lah....kami bukannya orang kaya. Mak tak kerja. Anak pulak ramai. Anak perempuan je ada 4 orang. Bayangkan lah kan. Kalau lelaki senang je beli t-shirt dan seluar kat pasaraya. Tapi anak perempuan ni banyak belanjanya bila nak raya.
Berbalik pada cerita menjahit ni, selalunya mak hanya akan gunting kain ikut ukuran baju masing2 dan tugas menjahit pula akan diserahkan pulak pada saya. Bukan senang tau nak jahit baju tambah2 bila raya sebab semua dapat 2 pasang setiap sorang. Kalau campur baju mak maknanya ada 10 pasang baju nak kena jahit. Terkial2 la saya siapkan semua. Kalau jahit baju jurung moden senang la jugak kan tapi kalau jahit baju kurung biasa stepnya banyak dan lepas siap nak kena jahit sembat pulak semua kelim2 baju tu. Siap jahit insang pari lagi kat tengkok baju. Dulu2 memang saya pandai buat semua tu atas tunjuk ajar mak. Tapi lama sangat dah tak buat dan memang dah lupa. Kena google la nampaknya macam mana nak jahit.... (kalau rajin le).
Arwah mak saya ni bukanlah tukang jahit pun tak ambik pun mana2 tempahan buat baju. Tapi mungkin memang dah kebiasaan perempuan zaman2 dulu yang mesti kena tahu semua kerja2 rumah ni kan terutamanya memasak dan menjahit. Salute my mother...memang dia ada kemahiran benda2 ni. Kalau pasal memasak memang air tangannya sangat2 sedap walaupun main campak2 je masaknya. Kalau buat kuih muih tradisional ni memang terrer terutamanya kuih yang bancuh2 yang mana sampai sekarang saya failed buat. Saya ingat lagi arwah mak suka buat kuih pau, kuih apam, kuih seri muka dan macam-macam lagi la. Tak ada pun saya tengok dia bersukat2 beria-ia benor. Yang saya ni beria2 la belek buku resepi la, google la tapi memang susah sangat nak jadi elok. Last2 langsung malas nak buat.
Okey,...berbalik kepada aktiviti menjahit ni. Tak tahulah kenapa tiba-tiba rasa hendak menjahit tu seperti magnet pulak kebelakangan ni. Dulu kat rumah saya ni ada lah mesin jahit mak mertua saya untuk saya guna nak jahit2 kain atau seluar yang koyak. Suami pun siap tambah mesin kaki nak bagi mesin tu laju sikit dan senang isteri dia ni nak menjahit. Tapi tak tahu lah apa kenanya....mesin ni meragam je pulak. Bila jahit je benang putus, bila jahit je benang putus. Sampai lama2 saya pun putus minat nak guna mesin tu. Last2 aktiviti menjahit tu pun terkubur la. Bila ada kain2 yang nak kena jahit saya selalunya akan hantar kedai untuk jahitkan. Bayor le dalam harga lebih kurang RM4.00-8.00.
Hmmm....saya rasa salah satu sebab kenapa saya minat menjahit semula sebab bila bercuti ni saya rajin dok tengok internet dan baca macam-macam cerita pasal menjahit ni. Bila belek2 telekung yang saya guna...saya macam terdetik rasa "senang je nak jahit ni". Bila pakai tudung, saya pun kata "macam boleh buat sendiri je ni".
So...disebabkan rasa tu saya pun pergilah merayau ke kedai mesin jahit dan terus beli mesin jahit portable baru jenama Brothers. Lepas beli tak sabar2 nak balik rumah untuk cuba jahit. Benda pertama yang saya nak cuba buat ialah jahit telekung guna kain lycra. Kain dah beli kat nagoya...warna hijau. Orang kata kalau kita nak buat sesuatu kena ada ilmu kan. Bersandarkan pada pengalaman menjahit dulu2 dan ditambah dengan pembacaan di internet saya pun mula lah projek buat telekung. Whoooo....berpeluh2 jugak lah nak cuba buat ni setelah sekian lama tinggalkan aktiviti menggunting dan menjahit ni. Setakat nak jahit cantum tu okey lagi cuma masalah timbul bila nak jahit getah pinggang di kain. Tapi alhamdulillah akhirnya menjadi jugak. So hari ni nak sambung buat badan telekung pulak. Harap2 dipermudahkan usaha saya ni.
Kat bawah ni saya kongsi sikit gambar2 yang berkaitan aktiviti menjahit saya ya.
Mesin jahit Brothers Model GS2700. |
Kain telekung dah siap. |
Yang ni perca kain. Saya cuba jahit tepi dan buat dia jadi curly macam tepi tudung sekarang ni. Puas cuba akhirnya menjadi lah jugak. |
Yang ni badan telekung. Dah siap potong, tunggu nak jahit je. |
No comments:
Post a Comment