E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information
Showing posts with label AINI MARISHA. Show all posts
Showing posts with label AINI MARISHA. Show all posts

Monday, January 1, 2018

TEASER "LELAKI BUAT ELLYSSA"




#LELAKIBUATELLYSSA
#RANDOMTEASER
#PREORDER


“Errr… daddy, rumah Ell dah hampir siap. Hampir 80 peratus dah. Kalau dah siap semuanya, Ell ingat nak pindah. Nak berdikari.” Kali ini topik perbualan telah bertukar. Ellyssa memandang kejap wajah Datuk Aziz. Ada riak terkejut di wajah bapanya.
“Kenapa nak pindah? Rumah ni pun dah cukup besar untuk Ell tinggal. Mommy dan daddy pun bukannya ada anak lain. Tinggal saja di sini. Kalau Ell nak jugak duduk rumah tu, tunggulah sampai Ell dah kahwin nanti. Tak adalah daddy dan mommy risau Ell duduk seorang diri di sana nanti,” jawab Datuk Aziz perlahan lebih kepada memujuk.
“Bukan apa daddy, sayanglah kalau rumah dah siap tapi dibiarkan kosong. Lagi sayang kalau disewakan pada orang lain. Jadi lebih baik Ell duduk saja kat sana. Bukannya jauh pun dari rumah daddy kan. Kalau Ell nak balik sini hari-hari pun tak ada masalah,” jawab Ellyssa dengan wajah kelat apabila mendengar keputusan bapanya tadi.
“Nantilah kita bincang perkara ni. Lagipun ada dalam dua tiga bulan lagi kan sebelum rumah tu boleh diduduki sepenuhnya. Sekarang ni daddy penat sangat. Daddy nak naik solat Isyak kemudian nak tidur,” ujar Datuk Aziz perlahan. Suaranya kedengaran garau disebabkan batuk yang menyerangnya beberapa hari sebelum balik ke Malaysia.
Datuk Aziz mencapai semula kupiah putih atas di meja kopi kemudian melangkah menuju ke tangga. Sebelum tapak kakinya mencium anak tangga yang pertama, Datuk Aziz menoleh ke belakang ke arah Ellyssa yang sedang menukar siaran televisyen.
“Ell…,” panggil Datuk Aziz. Panggilan itu walaupun perlahan tetapi masih jelas ditangkap oleh gegendang telinga Ellyssa.
Ellyssa segera menoleh. “ ya daddy?”
“Sebelum tidur jangan lupa solat Isyak ya dan jangan lupa doakan mommy dan daddy supaya sihat,” pesan Datuk Aziz sebelum dia meneruskan langkahnya ke atas.

Ellyssa pula ternganga apabila mendengar kata-kata bapanya. Pelik! Itulah perkataan yang muncul di fikirannya. Kenapa daddy ni?...bisik hati Ellyssa. Solat Isyak? Berdoa? Seumur hidupnya inilah pesanan paling pelik yang pernah diutarakan oleh daddy. Selama ini tidak pernah pun daddy bercakap mengenai solat kepadanya. 

KOMPILASI NOVEL "NUANSA CINTA"



Assalamualaikum, selamat malam semua yang sudi follow grup Aini Marisha ni. Malam ni baru boleh nak curi masa untuk buka laptop di rumah dan update apa yang patut kat sini. Hari ni saya nak share bab awal mini novel Nina P.I yang terkandung dalam novel Kompilasi Nuansa Cinta. Novel ni adalah hasil kerjasama 4 penulis (Hasreeyati RamliWawa AkilIsma Adeliya dan saya) yang menulis 4 kisah yang berlainan dan ber-genrekan cinta sweet mweet. InsyaAllah.... 😍😍 novel ini akan dapat menepati citarasa pembaca. Jom kita baca petikan Bab 1 ya...


Bab 1

Nina menghempaskan sampul surat bersaiz A4 ke atas meja bersama perasaan marah yang menggunung. Cik Noni yang sedang menaip sesuatu di komputer terkejut bukan kepalang sehingga hampir terlompat dari kerusinya. Dia terus memanjangkan batang lehernya, cuba menjenguk apa yang telah berlaku. Kerusi berodanya ditolak ke belakang perlahan-lahan, cuba mengintai dari pintu bilik majikannya yang memang sentiasa terbuka itu.
“Ha!!! Apa tengok-tengok! Buat saja kerja tu!” Nina merengus kasar ke arah keraninya yang memang suka menyibuk hal orang. Wartawan tak bertauliah, gelaran Nina padanya. Kalau dapat bergossip memang cukup suka. Pantang berbunyi pelik saja di pejabat, pasti cerita yang sekecil pasir akan jadi sebesar bola. 

Secepat kilat Cik Noni terus menghadap semula ke arah komputer. Kecut juga perutnya apabila bossnya, anak dara terlajak umur itu menyinga. Pasti ada masalah dengan client tu, teka Cik Noni. 

“Kalau kau dah tahu mulutnya kecoh mengalahkan mulut burung murai, kenapa kau tak pecat aje dia.” Itu yang dikatakan oleh Atie apabila Nina merungut tentang sikap Cik Noni yang satu ini.

“Kau ingat senang ke nak cari pekerja yang berpengalaman macam dia? Masalah dia mulut tu aje. Tapi kerja tip top. Aku bagi kerja apa pun, semuanya siap on time. Lagipun aku tak boleh nafikan dia tu memang rajin. Aku pun memang perlukan pekerja berpengalaman macam dia sebab aku pun baru lagi dalam bidang ni. Banyak yang aku tak tahu,” jawab Nina. Dia kemudian menongkat dagu dan termenung seketika. 

“Cuma aku warning je lah dia hari tu. Aku cakap, nak kepoh-kepoh pasal cerita personal lantaklah, asalkan hal pejabat, hal pelanggan jangan sesekali di bawa keluar. Kau tahu lah kerja aku kan. Aku ni private investigator. Segala masalah client adalah private and confidential. Kalau aku tak jaga, silap-silap aku yang kena saman fitnah. Kalau kes saman fitnah, saman malu ni bukan sikit-sikit diorang mintak untuk gantirugi. Mana aku nak cekau duit nanti.” Nina merengus lagi. 

“Kalau macam tu kau kena lah banyakkan sabar ya. Dalam hidup kita ni bukan semua benda yang kita nak, yang kita rancang akan berjaya kita perolehi. Jadi kalau dapat yang lebih kurang tu kita terima saja lah dan pelan-pelan kita cuba pulihkan atau perbetulkan. Lagipun kita ni manusia biasa jugak. Banyak yang kurang, tak sempurna mana pun.”

Kata-kata Atie tidak dijawab oleh Nina kerana tidak ada apa yang hendak disanggah. Sebab itu lah juga dia tetap sabar dengan Cik Noni kerana wanita itu mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjanya. Sebagai seorang pemilik syarikat yang baru, Nina memang perlukan sesorang yang jauh lebih berpengalaman darinya untuk memudahkan urusan harian pejabat. Dia perlukan pekerja yang boleh bergerak sendiri dan tidak terlalu bergantung kepadanya.

“Ya, betul lah apa yang kau cakap tu. Sebab tu lah aku bertahan dengan dia. Aku harap dia pun akan dapat bertahan dengan aku. Bukan aku saja-saja nak marah dia tak bertempat. Sebagai sebuah syarikat baru aku kena jaga reputasi syarikat aku ni.”

Atie mengangguk. Memang dia faham sangat perasaan Nina sekarang. Nina berhadapan dengan dugaan hidup yang mencabar sebelum dia akhirnya sedar apa yang sebenarnya dia minat dan ingin lakukan dalam hidupnya.

“Aku tak boleh lah kerja makan gaji ni Atie. Aku tak suka orang arahkan aku buat itu ini sesuka hati diorang aje, konon budak baru…, nak kena belajar banyak benda. Alasan basi. Sedangkan sebenarnya diorang tu yang nak curi tulang, nak kerja senang. Ingat aku ni kuli diorang ke. Isshhh…mak bapak aku keluarkan duit bukannya sikit tau nak bagi aku habis belajar sampai masuk U. Ni senang-senang je diorang nak perlekehkan pasal kemampuan aku nak buat kerja.” 

Memang itulah bebelan yang sering Atie dengar dari mulut Nina sejak dia mula mencari kerja selepas berjaya menamatkan pengajian Diploma Perundangan dan kemudiannya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.

“Habis tu kau ni sebenarnya nak buat apa Nina? Aku pun pening la dengan kau. Masuk ni dah lima kali kau berhenti kerja tau tak? Aku pun dah tak tahu la sama ada kau yang bermasalah atau boss kau yang bermasalah. Kalau setakat berhenti kerja di satu tempat je normal lah kot. Tapi kalau dalam masa satu tahun sampai lima tempat, aku rasa there is something wrong with you la beb.” 

Atie tanpa berlapik-lapik terus meluahkan pendapatnya. Terbeliak biji mata Nina mendengar kata-kata Atie. Atie tidak peduli. Dia tahu marah Nina padanya bagai mencurah air sejuk ke atas dapur panas sahaja. Berasap-asap pada peringkat awal sahaja tetapi kemudian pasti akan sejuk. Berani lah minah itu hendak panjang-panjangkan sebab hanya Atie sahaja yang boleh tahan dengan perangai peliknya selama ini.

“Aku memang tak boleh lah Atie kalau semua benda yang bukan bawah senarai tugas aku pun diorang nak suruh aku buat. Yang aku bengkek lagi ialah…, orang yang sepatutnya buat kerja tu tak ada lah pulak dia nak suruh. Mentang-mentanglah aku junior, dia ingat senang-senang aje nak buli aku ya. Piiraahhh. Tengok lah dengan siapa diorang nak perlekeh.” 

Berapi-rapi lagi Nina meluahkan ketidakpuashatiannya. Atie hanya mampu menggeleng kepala. Tidak tahu apa lagi nasihat yang patut diberikannya kepada Nina. Sudah habis segala kata-kata motivasi dibahaskan kepada sahabatnya itu tetapi ia ibarat mencurah air ke daun keladi. Mengalir terus tanpa diserap langsung ke dalam fikirannya. 

“Lantak kau lah Nina. Aku pun buntu nak nasihat apa lagi. Sekarang ni aku rasa baik kau buat Solat Istikharah, mintak petunjuk dari Allah s.w.t apakah jalan terbaik yang patut kau ambik untuk masa depan kau. Ya lah…, kalau kau dah tak boleh nak kerja bawah orang, tak boleh kena suruh itu ini, mungkin kau kena bukak syarikat sendiri. Jadi boss.” Akhirnya kata-kata itu yang terluah dari mulut Atie.

Dan dari ayat yang keluar dari mulut Atie itulah, akhirnya tertubuhlah syarikat “Nina Private Investigations” atau singkatannya Nina PI. Selain dari menawarkan perkhidmatan sebagai Penyiasat Persendirian, Nina juga menawarkan khidmat nasihat guaman berbekalkan pengetahuannya di dalam pengajian Undang-Undang di UiTM dulu. Selepas mendaftarkan nama syarikat di SSM, dia memohon pula lesen di bawah Seksyen 2(b) di bawah Akta Ejensi Persendirian 1971 seperti yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

LELAKI BUAT ELLYSSA - NOVEL BARU



LELAKI BUAT ELLYSSA
Rashdan hampir menahan teksi apabila tiba-tiba sebuah kereta Kancil berhenti di hadapannya. Seorang gadis manis tersenyum lebar kepadanya dan terus menjemputnya naik.
“Adik dah beli kereta ke?” tanya Rashdan. Dia teruja melihat kereta yang telah dibeli oleh adiknya itu.
“Kereta second hand je abang. Senang nak bawak mak pergi hospital,” jawab gadis manis itu. Rashdan mengangguk. Mendengar nama emak membuatkan dia terdiam seketika.
“Kita balik kampung ya bang. Mak mesti rindukan abang,” ujar gadis itu. Rashdan hanya mendiamkan diri.
“Abang ada kerja di sini. Dah selesai baru abang balik. Nanti adik kirim salam aje pada mak. Lagipun…mana adik tahu mak rindukan abang? Bukankah mak yang halau abang dulu. Adik dah lupa?” ujar Rashdan dengan wajah serius.
‘Abang…, dah lama sangat hal tu. Lagipun…, masa tu abang jugak yang salah kan. Ayah pun dah meninggal. Mak pun dah uzur. Baliklah abang. Walaupun mak tak cakap tapi adik tahu dia rindu dan sayangkan abang,” pujuk gadis itu lagi.
“Biar abang selesaikan kerja abang dulu.” Rashdan masih tegas dengan keputusannya.
“Adik dah dapatkan semua maklumat yang abang suruh cari tu?” Tanya Rashdan selepas mereka mendiamkan diri seketika.
Gadis itu mengangguk.
“Bagus…,” ujar Rashdan. Tangannya menepuk peha adiknya itu beberapa kali.
‘Apa yang abang nak buat lagi ni. Abang baru aje keluar dari penjara. Abang janganlah buat perkara-perkara yang salah lagi ya,” pujuk adiknya lagi.
“Abang tahu lah apa yang abang nak buat. Adik jangan risau dan jangan bagi mak risau pasal abang,” jawab Rashdan.
Gadis muda itu mengangguk lemah. Dalam hati dia masih bimbang akan rancangan yang akan diambil oleh abangnya. Dia juga serba salah untuk memaklumkan berita mengenai abang kepada emak mereka di kampung. Nampaknya apa yang diharapkannya tidak menjadi kenyataan. Abang yang telah dihukum penjara selama 3 tahun nampaknya masih tidak menunjukkan perubahan yang diharapkan oleh mereka sekeluarga. Masalahnya sekarang, dia bimbang kerana dia juga turut dipaksa untuk membantu abangnya.
“Hantarkan abang ke alamat ni.” Tiba-tiba Rashdan menghulurkan keratan kecil kertas yang bertulis alamat seseorang.
“Rumah siapa ni bang?” tanya gadis itu. Semasa kereta berhenti di lampu isyarat, gadis itu cuba membaca alamat yang diberikan.
“Adik tak perlu tahu. Adik hantarkan aje abang ke situ dan adik terus balik rumah,” jawab Rashdan dengan nada serius...

* Rashdan ingin membalas dendam....tetapi kepada siapa dan kenapa? Ingin tahu kisah selanjutnya? Jika nak, terus menyokong novel ini ya...jika ada banyak sambutan, insyaAllah ia akan diterbitkan. Terima kasih....😍😍

PRE ORDER DIBUKA SEKARANG UNTUK NOVEL "LELAKI BUAT ELLYSSA"





Assalamualaikum....sempena tahun baru 2018 saya mempersembahkan novel terbaru saya. Tempahan secara pre order dibuka sekarang dengan harga mampu milik. Tambahan lagi, di sepanjang tempoh pre order ini saya tawarkan harga pos laju separuh sahaja iaitu rm4. Setengah lagi bayaran pos saya tanggung. 

Tajuk novel: Lelaki buat Ellyssa

Harga: RM29.00
Pos RM4.00 (hanya dalam tempoh pre order sahaja)
Bil. m/s : 470 
Genre: Umum...cinta, islamik, keinsafan, dendam



Sinopsis: 

Ellyssa dan Azrul tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Mereka berdua mempunyai impian dan perancangan sendiri dalam kehidupan mereka. Kedua-duanya mempunyai harapan untuk hidup bahagia bersama orang yang mereka cintai. Namun Allah s.w.t mempunyai perancangan yang lain buat mereka.....dan dua orang asing ini telah ditakdirkan untuk bertemu....

Intro kepada watak...

Bagi Azrul, di saat dia kenal erti rindu dan cinta, Natrahlah gadis yang menjadi impiannya. Natrah, seorang gadis yang ingin dijadikan suri hatinya dan peneman sepanjang kehidupannya. Hasratnya dipermudahkan dan kini Natrah menjadi tunangannya.

Remy, seorang lelaki yang sangat dicintai oleh Ellyssa. Sikap romantis Remy membuatkan Ellyssa yakin dia adalah pilihan suami paling tepat buat dirinya. Oleh itu lamaran Remy diterima tanpa rasa ragu.

Danny, menyimpan dendam yang mendalam terhadap Ellyssa. Kerana keterangan Ellyssa di mahkamah, dia merengkok di dalam penjara. Setiap hari dia melalui hari hari di dalam penjara dengan kebencian yang semakin menggunung. Oleh itu apabila tamat sahaja tempoh hukuman segala rancangannya mula dilaksanakan....

Apakah akan terjadi apabila kesemua mereka ditemukan?
#lelakibuatellyssa
#novelbakalterbit
#ainimarisha



*Untuk lebih info berkenaan novel ini, boleh lihat di facebook aini marisha.


Tuesday, December 12, 2017

REVIEW NOVEL HARAPAN

Alhamdulillah, saya sharekan lagi review novel Harapan ya





Novel Selingkuh dan Harapan - Self Published Author

Assalamualaikum semua,

Novel Selingkuh dan Harapan telah selamat diterbitkan. Novel Selingkuh terbit pada tahun 2016 dan novel Harapan tahun 2017. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan penerbitan 2 novel ini walaupun ia adalah percubaan berani mati saya untuk self-publish novel saya. Tidak dinafikan sekarang ramai penulis mengambil langkah yang sama iaitu self-publish. Banyak faktor sebenarnya kenapa penulis ambil tindakan untuk self-publish karya mereka. Senang cerita, saya senaraikan sebab-sebabnya di bawah. senarai ni adalah pendapat saya sendiri, iaitu melihat dari situasi yang ada di sekeliling dan dari luahan kawan-kawan penulis.

1. Kecewa asyik ditipu penerbit - royalti tidak dibayar/dibayar sedikit atau karya diciplak oleh penulis.
2. Pasaran novel yang merundum.
3. Penerbit tidak mempromosikan novel mereka.
4. Karya ditolak oleh penerbit.
5. Penerbit tidak berpuas hati kerana karya diedit dengan banyak oleh editor/penerbit.
6. Ingin kebebasan dalam berkarya dan keuntungan yang lebih.
7. Ada follower yang ramai dan yakin boleh jual sendiri.

Alahai, berterabur je senarai tu kan. Tapi overall, itu lah sebab-sebab kenapa penulis ambil keputusan terbit sendiri. Saya rasa sebab di no. 1 sampai no. 4 adalah sebab utama lah.

Soalan seterusnya, mesti ada yang bertanya "senang ke nak terbit novel sendiri ni?"
Jawapan saya, dalam next entry insyaAllah saya akan tulis pengalaman saya menerbitkan novel sendiri ya...saya juga akan ceritakan susah dan senangnya, pro and cons nya. Right now..jam sudah tunjukkan pukul 1.00 tengahari. And it is time for my short nap sebelum nak sambung kerja pukul 2 petang nanti. Adiosss.

Oh ya, lupa pulak...novel Selingkuh dan Harapan ni adalah novel yang bersambungan. Kalau dah baca novel Selingkuh, wajib baca novel Harapan ya. Kalau nak harga yang lebih berbaloi, belilah set kombo 2 novel ni. Sekarang saya offer RM55-00 untuk 2 novel ini (termasuk bayaran pos). Nak ke tak nak ni? Stok terhad. Ada dalam 50 buah saja lagi. Lepas ni saya nak berehat sekejap dari promot dan menulis novel sebab nak tumpukan pada 1 projek menulis novel berbentuk sejarah.Tolong doakan projek tu berjaya disiapkan on time ya. Tq semua....

P/s: kenapa cover novel Selingkuh warna hitam dan kenapa cover novel Harapan warna putih....semuanya ada maksud tertentu. Kalau nak tahu dan nak faham maksud pemilihan warna ni, kena lah baca novel-novel ini ya. 😊😊😊😊

RM55 (termasuk pos) untuk SM dan RM60 untuk SS




Tuesday, October 10, 2017

PROMOSI- HARGA KOMBO JAUH LEBIH MURAH

Assalamualaikum

Inginkan harga yang lebih murah? Dapatkan harga kombo yang jauh lebih murah dengan pembelian novel Selingkuh dan Harapan. Hanya RM60 untuk 2 buah novel termasuk bayaran pos. Cepat dapatkan dengan penulisnya sendiri sebelum stok kehabisan.





12 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BACA NOVEL SELINGKUH DAN HARAPAN


Sebab-sebab kenapa anda perlu membaca/cuba membaca Novel Selingkuh dan Harapan:

1. Ada kisah cinta suami isteri
2. Ada kisah cinta pasangan kekasih -cinta yang matang, selamat dan sopan.
3. Kisah kesetiaan dan kecurangan
4. Kisah kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
5. Kisah penyesalan
6. Kisah dendam
7. Kisah yang penuh debaran
8. Kisah yang penuh suspen
9. Kisah persahabatan
10. Kisah pengabaian terhadap anak
11. Kisah tamakkan kekayaan
12. Kisah berkaitan dengan mahkamah dan polis.

😏😏😏 Apa lagi yang anda mahukan? Oh ya! Cuma tak ada kisah hantu dan seram je dalam ni sebab saya takut!!!😁😁😁. Yang lain-lain semua ada...perencah secukup rasa, insyaAllah. Yang penting satu keluarga boleh baca novel ni. Selamat untuk bacaan umum. Tidak perlu nak sorokkan dari anak-anak lepas baca novel ni ya.

Tertarik tak? 😅😅😅 Amacam promosi saya????
Kalau berminat boleh DM atau email ke ainimarisha@yahoo.com.


REVIEW NOVEL SELINGKUH DAN HARAPAN

Review dari seorang pembaca Novel Selingkuh dan Harapan.


Dari Puteri Nur Laila (Facebook)

Novel berkesinambungngan.. Selingkuh dan Harapan..
Start dari selingkuh.. Novel setebal 248 muka surat. Mengisahkan Rania yg di khianati suaminya.. memang rasa geram marah bengang semua ada.. memang terbaik.. Plot pun tersusun cuma nk ending tu macam rasa cepat sgt.. tgh2 feeling dh habis..
Novel Harapan plak muka surat setebal 399. Sambungan selepas Rania bebas dari penipuan Hazlan. Rania memulakan hidup baru bersama kisah percintaannya dengan seorang doktor Taufik Hidayat. Plot cerita memang disusun dengan baik. Garapan jalan cerita memang best.
Semoga penulis terus success utk next project.. Gud luck sis.. Aini Marisha.. All the best.
Rekomen utk korang2 yg minat ceta family camni..bagi akak yg dh kertu ni memang best lah..


NOVEL SELINGKUH DAN NOVEL HARAPAN - SINOPSIS

Novel Harapan adalah bersambungan dari novel Selingkuh. Kedua dua novel ini lebih kepada sebuah novel yang menceritakan mengenai konflik yang berlaku di dalam sebuah keluarga. Ia mengenai Rania dan Hazlan yang telah berkahwin hampir 13 tahun dan dikurnai seorang anak perempuan yang telah berumur 12 tahun. Hidup mereka bahagia dan Rania tiada sebab untuk meragui cinta Hazlan. Namun godaan dari seorang gadis jelita bernama Farisya telah berjaya meruntuhkan tembok kesetiaan Hazlan selama ini. Kisah seterusnya menyaksikan bagaimana Hazlan curang kepada Rania sehingga akhirnya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan cuba membunuh Rania dengan menggunakan racun.
Hazlan menyesal atas setiap perbuatannya dan cuba meminta maaf dari Rania. Namun hati Rania sangat terluka walaupun masih ada cinta buat lelaki itu. Pada masa yang sama seorang doktor tampan bernama Taufiq Hidayat telah jatuh cinta kali pertama pada Rania. Dendam kepada Farisya dan harapan untuk bersatu kembali dengan keluarganya telah menyebabkan Hazlan nekad mencari jalan untuk lari dari penjara. Kisah dalam Harapan banyak mengisahkan tentang Hazlan yang cuba membalas dendam pd Farisya dan juga harapannya untuk melihat keluarganya bersatu semula. Novel HARAPAN sarat dengan pelbagai emosi, sedih, marah, dendam, kasih sayang dan cinta.
Dapatkah Taufiq Hidayat menyembuhkan luka di hati Rania akibat kecurangan Hazlan?
Berjayakah Hazlan memenangi semula hati Rania dan menyatukan semula keluarganya?
Dapatkah Hazlan membalas dendam kepada Farisya iaitu gadis yang telah menggodanya dan kemudian meninggalkannya apabila dia dimasukkan ke penjara...
Untuk mengetahui segala persoalan ini dapatkan novel Selingkuh dan Harapan.


PROJEK E-BOOK NOVEL

Assalamualaikum,

Seperti yang telah saya war-warkan sebelum ini, novel Selingkuh telah habis stok. Saya sedang deal untuk reprint cuma saya tak dapat harga yang sama seperti sebelum ini disebabkan kos yang meningkat iaitu harga kertas dan ink. Hmmm..., pening jugak kan. Jadi solution yang saya boleh fikirkan sekarang adalah untuk offer jualan novel Selingkuh secara e-book. Harga off course la lebih murah dari harga buku fizikal. Cuma yea, ada yang tak selesa dengan bacaan secara e-book sebab tak puas tak dapat pegang buku betul. Rasanya yang boleh terima bahan bacaan e-book ni orang-orang muda sahaja.

Novel Harapan masih ada stok tapi tak banyak. Kedua-dua novel ini kisahnya adalah bersambungan. Oleh itu kena baca Selingkuh dulu untuk tahu kisah yang berlaku di dalam Harapan.

Anyway, jika berminat untuk membaca novel Selingkuh secara e-book, boleh DM saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com



MENULIS DI WATTPPAD

Assalamualaikum, jika anda ada akaun wattpad dan suka membaca secara online, saya nak jemput anda baca karya yang saya kongsikan di sana. Ada beberapa draft karya yang saya telah publish untuk bacaan awal. Boleh cari nama penulis Aini Marisha. Ada 2 cerita yang telah saya publish iaitu Lelongan Cinta dan 1 lagi adalah untuk projek 4 penulis geng gojes iaitu Nina P.I. Nina P.I lebih kepada kisah romantik komedi. Ini cubaan pertama saya untuk menulis genre sebegitu. Hopefully menjadi. InsyaAllah.

Ok, boleh klik  LELONGAN CINTA  untuk membaca di wattpad ya.

Klik pula NINA P.I. untuk membaca kisah penyiasat persendirian wanita ini.

Happy reading you all. Hope you enjoy it.

PETIKAN NOVEL HARAPAN - PROLOG

Di bawah ini saya sharekan beberapa petikan Bab yang ada dalam Novel Harapan

Prolog

“A
ku terima nikahnya Rania Suri binti Ismail dengan mas kahwinnya RM2,000-00 tunaiiii.”

Pak Yaakob merangkap Tok Kadi yang menikahkan pasangan itu memandang dua orang saksi yang mengapit di kiri dan kanan pengantin lelaki bagi memohon pengesahan lafaz nikah.

“Sah”

“Sah”

“Alhamdulillah…” Taufiq Hidayat meraup wajah tanda syukur. Sempat lagi dia menjeling wajah isterinya apabila dia bersalam dengan saksi yang berada di sebelah kanannya. Cantik! Jelita! Ayu! Tidak tahu bagaimana lagi hendak digambarkan wajah Rania pada hari itu yang baru sahaja sah menjadi suri hidupnya.

Taufiq Hidayat cuba mengintai sinar gembira di mata Rania namun isterinya itu hanya tunduk. Perasaan Taufiq Hidayat tersentuh apabila dia melihat Rania mengesat air mata yang mengalir di pipi. Mahu rasanya dia pergi mendapatkan Rania untuk mengelap air mata yang mengalir. Dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dia tidak akan sesekali mahu melihat Rania bersedih lagi. Jadi untuk apakah air mata itu di waktu ini? Adakah Rania tidak gembira dengan penyatuan ini? Ahh…tidak mungkin. Taufiq Hidayat cukup pasti itu adalah air mata penuh kesyukuran. Dan ia terbukti apabila akhirnya Taufiq Hidayat ternampak sinar bahagia di mata Rania apabila isterinya itu mengerlingnya sekilas.

Alhamdulillah…, perjalanan majlis pernikahan mereka berjalan lancar dan telah selesai tanpa sebarang masalah. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 9 malam. Ibu dan ayah Rania sudah masuk ke dalam bilik untuk tidur kerana kepenatan seharian melayan tetamu. Saudara mara yang lain begitu juga. Ramai yang telah pulang ke rumah masing-masing dan ada juga yang bermalam di rumah mereka.
“Assalamualaikum…”

Taufiq Hidayat memberikan salam apabila masuk ke bilik tidur. Pada waktu itu Rania sedang mengemaskan baju-baju yang telah dipakai semasa majlis tadi.

“Waalaikummussalam….” Rania menjawab salam kemudian menoleh sekilas ke arah Taufiq Hidayat yang kini menjadi suaminya. Senyuman manis bersama hati yang dipenuhi debaran terukir di bibir merah Rania.

Ketika itu wajah Rania polos tanpa sebarang alat solekan. Segala alat solek yang menyaluti wajahnya di siang hari telah dicuci bersih. Rambutnya yang lurus dan panjang separas bahu dilepaskan sahaja. Taufiq Hidayat sangat terpukau dengan kecantikan Rania. Ini pertama kali dia melihat rambut Rania dan dia jatuh cinta lagi entah yang ke berapa kali. Wow! Wow! dan Wow! yang entah ke berapa kali meletus di dalam hatinya. Terpukau dan terpaku dengan kecantikan wanita di hadapannya. Betapa bertuahnya dia rasakan di waktu ini kerana dapat menjadikan Rania miliknya.

“Abang!!!” Panggilan beberapa kali dari Rania mengejutkan Taufiq Hidayat dari keadaan terpukau itu. Dia malu sendiri dengan igauan yang tidak henti-henti.

“Ya sayang…”

Terpacul perkataan itu buat pertama kali di bibirnya. Rania terkedu dan merah padam mukanya apabila mendengar perkataan yang tajam menusuk hatinya. Taufiq Hidayat pula terus berpaling ke belakang, menyembunyikan wajahnya yang kepanasan. Walaupun mereka telah sah menjadi suami isteri namun perasaan malu masih menebal antara mereka.

Rania duduk di birai katil selepas menyimpan semua barang perhiasan ke dalam kotak di atas almari cermin. Gelang emas di pergelangan tangan kanannya dipintal-pintal dengan debaran dan desah yang tidak mahu hilang. Walaupun ini adalah perkahwinan keduanya, namun lelaki yang akan menyentuhinya buat pertama kali pada malam ini adalah lelaki yang berbeza. Debaran yang dirasakannya pada malam ini tetap sama, Sama seperti malam pernikahannya dengan Hazlan. Rania terkejut…, ada air mata yang mengalir membasahi pipinya. Cepat-cepat disekanya…, tidak mahu ia dilihat oleh Taufiq Hidayat. Biarlah lelaki itu memiliki hatinya yang telah terubat sepenuhnya akibat kedukaan lalu. Rania berjanji dengan dirinya untuk membahagiakan Taufiq Hidayat dan menjadi isteri yang solehah sehingga ke syurga.

Taufiq Hidayat pula masuk ke bilik air untuk menenangkan diri sebentar. Degupan jantungnya sudah seperti kereta api laju…, jika tiada tulang rusuk yang menjadi sangkar, sudah pasti degupan jantungnya akan kelihatan jelas di kulit dadanya. Berdebuk debak sehingga dia sendiri lemas.
“Tak ada salahnya aku nak panggil sayang. Dia kan isteri aku…” Taufiq Hidayat cuba meredakan perasaan gugup dan gemuruh yang menguasai diri.

“Bertenang Taufiq…, kau suami. Kau adalah nakhoda. Kau adalah ketua keluarga. You can do it!!!”  Hati dalaman Taufiq Hidayat tidak henti-henti memberi kata-kata perangsang.

Taufiq Hidayat menarik nafas panjang, mengelap peluh di wajah kemudian menghembuskan semula nafasnya perlahan-lahan. Ya!!! Dia telah bersedia untuk ke langkah yang seterusnya. Telah lama dia menunggu saat ini iaitu untuk menjadikan Rania miliknya secara lahir dan batin.

Dengan lafas Bismillah, tangan Taufiq Hidayat mengenggam tombol pintu bilik air. Dia terus memutar tombol pintu itu sambil membayangkan wajah isterinya yang jelita, yang penuh menggoda dan sudah pasti sedang menunggu kehadirannya. Dengan memandang sekilas wajahnya di cermin serta merapikan rambutnya ke belakang, Taufiq Hidayat menarik daun pintu bilik air dengan sepenuh hati dan dengan dada yang dibidangkan…..

“Kringgggggg!!! Kringgggg!!!! Kringgggg!!!” tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang amat nyaring. Sangat-sangat membingitkan telinganya. Taufiq Hidayat menekup kedua-dua telinganya….
‘Bunyi apa pulak tu?!’ Taufiq Hidayat cuba mengenalpasti bunyi yang menganggu konsentrasinya. Matanya tiba-tiba terbuka luas. Dia terus memerhatikan sekeliling. Cuba mencari isterinya Rania tetapi….

“Ahhhhhh!!!!” Taufiq Hidayat menjerit dengan perasaan kecewa.

“Aku mimpi rupanya!!!!” Taufiq Hidayat cuba sedaya upaya memejamkan matanya semula tetapi walaupun beberapa kali dia mencuba, tetapi masih juga gagal untuk lena. Wajah Taufiq Hidayat kelat. Bibirnya memuncung. Dia mencapai bantal panjang dan terus memeluknya dengan perasaan kecewa dan muka yang monyok.


“Padan muka kau Taufiq. Dah tua-tua macam ni baru nak bercinta…..huhuhu…, Rania…I miss you Rania,” rintih Taufiq Hidayat. 

REVIEW NOVEL HARAPAN


Di bawah ini saya sharekan berita tentang novel Harapan. Review yang diterima dan kenangan bersama antara pembaca-pembaca yang membeli novel Harapan. Ingin mengetaui info lanjut tentang novel Harapan? Boleh DM saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com












NOVEL HARAPAN

Alhamdulillah, sambungan novel Selingkuh sudahpun siap. Ramai yang telah mendapatkannya. Jika berminat boleh DM saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. Harga novel Harapan adalah RM35. Bayaran pos adalah RM8. Jika hendak dapatkan harga yang lebih jimat, beli secara kombo.