Assalamualaikum. ....
Hari ni kawan baik masa sekolah menengah kata nak datang rumah. Bila tetamu nak datang ni kita mula lah fikir2 nak masak apa kan. Macam tak best la pulak hidang air kosong pada kawan yang datang dari jauh dan kita pun dah lama tak jumpa. Fikir2 punya fikir saya rasa nak buat char kuey tiaw. Saya ni memang suka makan char kuey tiaw tapi tak pernah lah buat. Tapi kalau kuey tiaw goreng biasa tu pernahlah. So mcm biasa saya buat rujukan resepi kat internet. Byk la rumah blogger yang saya intai pagi2 ni....halalkan lah ya blogger2 semua untuk pembacaan saya tu.
Jadi bila dah mcm faham2 sikit cara nak buat, saya pergi pasar untuk cari bahan2 dia. Rupa2nya untuk buat char kuey tiaw ni ada bahan2 dia yg kita kena prepare dulu. Macam paste dia.
Bahan2 untuk masak paste ialah:
Udang
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Gula
Bahan perasa
Udang
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Gula
Bahan perasa
Semua bahan2 ni direbus sampai udang betul2 masak. Perasakan garam dan gula. Bila siap ketepikan dulu.
Untuk cili tumis just blender bawang putih dan cili merah. Tapi saya campur juga sikit bawang besar.
Lain2 bahan ialah telur, kerang, kueytiaw, togeh dan kucai.
Cara masak:
Tumis cili masak yg di blend tadi sampai garing kemudian masukkan kerang. Api kena besar ya sbb char kueytiaw ni kita masak kejap je. Lepas tu terus masukkan kueytiaw, togeh, kucai dan tambahkan air rebusan udang dengan udang2 sekali. Lepas tu masukkan telur. Telur tu boleh je nak pecahkan terus dalam kuali atau pecahkan dalam bekas lain dulu ya. Then lastly rasa garam dia. Jgn terus taruh garam ya sebab masa rebus udang tu kita dah bubuh garam. Cuma tambah garam kalau perlu saja. Ok..siap dah.
No comments:
Post a Comment