Assalamualaikum. ...
Hmmmm....kalau disemak2 balik entry2 saya yg sebelum2 ni saya terpaksa mengaku bahawa saya jarang bercerita tentang diri saya sebagai seorang penulis kan. Nampaknya saya ni lebih banyak bercerita tentang percutian, diri saya sebagai seorang ibu, seorang isteri, pasal masakan2 yang saya dah cuba buat dan lain2 lagi la tapi still sikit sangat cerita tentang menulis novel.
Actually kan...saya lebih banyak mempromosi atau bercakap tentang novel2 di dalam facebook saya. So kawan2 dialu2kan untuk friend dgn saya ya untuk tahu tentang cerita2 novel saya dan penulis2 alaf 21 yang lain.
Okeylah...sebenarnya saya dapat idea untuk buat entry ni adalah disebabkan saya terbaca 1 ruangan di dalam surat khabar Harian Metro semalam. Ada seorang wanita yang menulis kepada ruangan soal jawab berkenaan masalah rumahtangga dia dan suaminya. Dia kata dia dah bercerai talak tiga tapi mereka berdua saling mencintai lagi dan tidak mungkin ada org lain yang boleh menggantikan kasih mereka. Akibat rasa cinta tapi disebabkan tak boleh kawin semula mereka telah bersekudukan mcm suami isteri jugak. Dia kata perceraian berlaku hanya kerana masalah kecil saja dan dia sendiri salah kerana mencabar suaminya untuk menjatuhkan talak 3 tu. Wanita tu tanya mengenai kaedah "cina buta" dan minta nasihat bagaimana dia boleh berkahwin semula dengan bekas suaminya.
Membaca nukilan wanita ni menyebabkan saya tersenyum sendiri sebab ia mengingatkan saya kepada novel saya Usah Menangis Sayang. Isu ni sama dengan isu yang saya ketengahkan dalam novel saya tu. Pasal Isma dan Imran yang saling menyintai tetapi disebabkan cemburu melampau Isma dan dia telah mencabar Imran menyebabkan Imran menjatuhkan talak 3. Selepas tu barulah kedua 2 mereka menyesal sebab dah tak boleh bersama sebagai suami isteri. Dan selepas itulah kawan baik Isma iaitu Tini terpaksa menjadi penyelamat dengan berkahwin dengan Imran.
Luahan hati wanita itu jelas menunjukkan bahawa kisah2 seperti ini memang ada berlaku di kalangan kita dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku. Cuma kita semua tidak tahu sahaja sebab manusia terlampau ramai kan....manalah mampu kita nak ambil tahu semua kisah yang berlaku.
Jadi....kesimpulannya di sini adalah, tidak ada sesuatu yang mustahil untuk berlaku sebenarnya. Semuanya boleh berlaku dengan izinNya.
Berkenaan dengan penulisan novel dan tema2 yang dipilih, saya percaya cerita tu akan lebih hidup sekiranya penulis menulis sesuatu keadaan yang dia arif dan tahu. Berkenaan dengan manuskrip baru yang sedang saya siapkan, saya memilih pekerjaan polis dan sedikit sebanyak prosiding mahkamah untuk jalan ceritanya. Ini bukan bermaksud saya seorang polis ya, cuma bidang kerja saya lebih dekat kepada kehakiman dan bidang kerja polis sedikit sebanyak berkaitan dengan pekerjaan saya. Cuma ada sesuatu yg dibimbangkan oleh editor.....dia bimbang cerita2 polis, siasatan tidak akan disukai oleh pembaca kerana mengikut trend sekarang, mereka lebih sukakan cerita2 cinta. Ini membuatkan saya dalam dilema jugak sebenarnya. Sebab tu lah saya masih lagi dalam proses mengedit manuskrip ni. Dan untuk pengetahuan pembaca, saya masih lagi mengekalkan kerjaya polis tetapi dikurangkan dan saya banyakkan scene kisah2 cinta antara hero dan heroin. Saya harap pembaca menyokong saya dalam bidang penulisan ini kerana ini adalah minat saya sejak dari sekolah lagi. Terima kasih semua yang membeli novel2 saya sebelum ini dan yang memberikan kata2 semangat buat saya untuk terus menulis. Saya sayang anda semua.....
No comments:
Post a Comment