E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Wednesday, March 19, 2014

SINOPSIS USAH MENANGIS SAYANG

Assalamualaikum semua!!!.

Masa ni saya tengah tunggu anak keluar dari sekolah. Saya tunggu awal sikit sebab hari macam nak hujan. Lagi satu sebab saya memang nak kena ambik dia cepat hari ni sebab hari ni hari Selasa. Kenapa pula dengan hari Selasa? Sebab....hari ni saya ada kelas di UiTM Shah Alam. Sekali seminggu saja. So, lepas ambik anak saya terus shoot ke sana. Kelas mula 6.30 petang sampai 9.30 malam. Ini last semester saya. InsyaAllah bulan tujuh nanti akan masuk kerja semula. Diam tak diam, tinggal 4 bulan saja lagi sebelum saya menamatkan cuti belajar ni.

Okeylah, lari topik nampak. Kan....inilah jadinya kalau penulis dapat menulis. Habis semua benda dia nak cerita.

Actually saya nak bagi sinopsis UMS. Bila saya belek2 balik posting saya sebelum ni, rupa-rupanya saya tak letak sinopsis dari saya sendiri. Okeylah, sementara ada masa nak tunggu anak saya ni, saya ceritakan sikit2 ya.

Usah Menangis Sayang ni novel ke 2 saya. Temanya lebih kepada tema persahabatan...pengorbanan seorang sahabat demi melihat sahabatnya bahagia...boleh gitu?

Syarifah Ismawati (Isma) dan Kartini memang bersahabat baik sejak dari kecil lagi walaupun emak Isma tidak sukakan Tini dan keluarganya. Tetapi disebabkan Isma adalah anak kesayangan keluarga, Sharifah terpaksa membiarkan mereka terus bersahabat. Malah persahabatan mereka terus kekal sehingga ke menara gading dan mereka juga berjaya sambung belajar di universiti yang sama.

Syed Faizul pula adalah abang Isma. Dalam diam, dia menyimpan perasaan terhadap Tini. Semasa di kampung dia tidak berani memanjangkan percubaan untuk mendekati Tini kerana emaknya terang2 menyatakan bantahan apabila sedar perasaan Syed Faizul. Alasan yang diberikan oleh makcik Syarifah adalah, keturunan Syed mesti berkahwin dengan keturunan yang sama. Tetapi tanpa pengetahuan semua, sebenarnya terdapat kisah silam yang terjadi antara makcik Syarifah dan ibu bapa Tini.

Tetapi apabila Kartini berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya bersama Isma, Syed Faizul mula mengambil langkah untuk mendekati Tini memandangkan emaknya jauh berada di kampung. Pada peringkat permulaan, Kartini serba salah samaada mahu menyambut kasih yang dihulurkan lebih2 lagi apabila mengingatkan tentang makcik Syarifah. Tetapi akhirnya dia tidak dapat menolak perasaannya yang juga mula menyayangi Syed Faizul. Hubungan ini dirahsiakan dari pengetahuan keluarga masing2.

Isma pula jatuh cinta dengan Syed Imran yang merupakan pensyarahnya di Fakulti Undang-Undang. Kerana rasa cinta yang menebal, Isma berkahwin semasa di tahun tiga dan menangguhkan pengajiannya. Berkahwin pada usia muda ternyata banyak menguji kesabaran Isma dan Imran. Sikap manja dan cemburu buta Isma akhirnya memakan diri dan merosakkan hubungan mereka. Tanpa sedar akibat perasaan marah yang tidak terkawal, Imran menjatuhkan talak 3 ke atas Isma.  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Talak telah dilafaskan dan telah disahkan. Isma dan Imran sangat menyesal dengan apa yang berlaku tetapi semuanya sudah terlewat. Isma mencadangkan cina buta tetapi Imran tidak sanggup melihatkan Isma dimiliki oleh lelaki lain. Dia juga bimbang jika lelaki tersebut tidak mahu menceraikan Isma.

Perpisahana mereka di saat cinta yang masih mekar membara menyebabkan Isma sangat tertekan sehingga merosakkan dirinya sendiri. Dia tidak dapat menerima apa yang telah berlaku sehingga hampir hilang akal. Dalam perasaan yang tidak menentu, Isma membuat cadangan supaya Tini berkahwin dengan Imran supaya Imran tidak akan jatuh cinta atau berkahwin dengan perempuan lain. Isma tidak mahu Imran pergi jauh darinya.

Tini sangat terkejut dengan permintaan Isma dan menolak kerana dia juga sedang bercinta dengan Faizul. Imran sendiri menolak kerana tidak mahu Tini menjadi korban atas kesilapan mereka berdua. Tini meminta masa untuk memikirkan perkara ini hanya untuk menenangkan perasaan Isma. Tetapi kekecewaan atas perbuatan keji yang dilakukan oleh Faizul, dan berlaku di depan matanya sendiri membuatkan Tini terus bersetuju dengan cadangan Isma.

Tini dan Isma berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Isma dan Imran. Mereka tidak mahu keluarga mereka tahu tentang perceraian tersebut kerana malu. Hanya ibu Tini sahaja yang hadir semasa majlis pernikahan tersebut. Walaupun sedih tetapi emak Tini tidak sanggup membiarkan Tini berseorangan pada malam tersebut.


Hati wanita....walau sekuat manapun Isma bertahan,  walau senyum terukir di bibirnya namun hanya ALLAH sahaja yang tahu luka yang berdarah dalam hatinya. Dia akhirnya kalah dengan rasa hati yang terluka sehingga akhirnya terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat gagal mengawal keretanya. Jasadnya tidak ditemui...

Berkenaan Syed Faizul pula, kejadian yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham. Setiausahanya yang cuba menggodanya dan semasa dia terjatuh dari kerusi kerana mahu menolak setiausahanya, pada masa itulah Tini berada di depan biliknya.
Faizul cuba mengejar untuk menjelaskan perkara sebenar tetapi Tini langsung tidak memberi peluang kepadanya.

Tini dan Imran buntu. Mereka bernikah hanya kerana Isma yang memaksa, hanya kerana tidak mahu Isma terus merana dan tersiksa. Tetapi Isma telah meninggalkan mereka selepas 1 hari mereka dinikahkan. Bagi Tini tidak ada gunanya lagi perkahwinan ini diteruskan dengan ketiadaan Isma. Tetapi Imran pula trauma dengan perkataan talak. Dia telah gagal sekali kerana telah menjatuhkan talak dan dia tidak mahu lagi mengulang kesalahan yang sama. Tini memberontak. Dia marah dengan lelaki itu yang dilabelkannya sebagai mementingkan diri sendiri.

Imran serba salah. Dia sangat mencintai Isma, tidak ada wanita lain yang berada di dalam hatinya tetapi dia tidak berani melepaskan Tini kerana itu juga adalah permintaan Isma yang terakhir. Tini sangat kecewa. Oleh kerana Imran tidak berani membuat keputusan, Tini minta dia diberikan kebebasan untuk membawa haluan sendiri....

Nak dijadikan cerita, Tini baru tahu perkara sebenarnya yang terjadi kepada Faizul. Syed Faizul masih mencintainya dan melamar Tini untuk menjadi isterinya. Tini semakin serba salah...


Adoiii....letih la nak taip panjang2. Kalau nak tahu apa sebenarnya kisah silam antara makcik Syarifah dan ibu bapa Tini, dan juga apa yang terjadi pada Isma, Tini, Syed Faizul dan Syed Imran, bolehlah dapatkan novel ni di pasaran ya. Ramai yang kata novel ni best. Ramai yang dah beri feedback positif. Anda tak teruja ke? Kalau tak jumpa di kedai2 buku, boleh juga beli secara online di Karangkraf Mall.



No comments: