E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Wednesday, August 5, 2009

RESEPI

Kat ruangan ni saya kongsikan resepi-resepi yang saya ada untuk dikongsi bersama. Ada resepi yang saya ambil dari blog dan web site yang saya layari. so kalau ada tuanpunya resepi terbaca, harap tak marah ye. Sama-sama kita berkongsi ilmu.


BROWNIES
A/
150gm unsalted/salted butter
220gm cooking chocolate

B/Gaul
260gm brown sugar (tak nak manis boleh kurang pada 240g)
2 telur besar
100g fresh milk
1tsp esen vanilla

C/Ayak
220gm tepung gandum
50gm serbuk cocoa
1 tsp baking powder
1/2tsp baking soda
150gm walnut/pecan/almond/macadamia (optional)

Cara
1. Ayak C. Jika bubuh kacang, gaul dalam tepung yg dah diayak. Masukkan dalam mangkuk.
2. Potong kecik2 A-butter dan chocolate, double boil atau cairkan dalam microwave.
3. Bahan B gaul dalam mangkuk sampai bercampur/combined (jangan pukul kuat, sekadar bercampur sahaja).
4. Bila A cair, tutup api dan tepikan dalam 2 minit. Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati.
5. Tuang campuran B dan C ke dalam A tadi. Gaul guna hand whisk sampai bercampur (jangan terlebih gaul).
6. Tuang dalam bekas yang dilapik, jika mahu brownies tebal guna 9x9, brownies nipis 10x10.
7. Bakar 170C selama 55minit-1jam5minit untuk 9" dan 45-55minit utk 10". Kalau atas keras tapi dalam belum masak tutup dgn foil.
8. Atas boleh dia tuang chocolate ganache apabila brownies sejuk dan deco ikut suka.

Nota: masa bakar bergantung juga pada oven masing2, mungkin lebih pendek/lebih lama.
Selain tray square boleh juga guna tray rectangle.



KEK COKLAT LEMBAP

Bahan-bahan
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:

150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara memasak

1. Griskan loyang bulat yang bergaris pusat 9 inci dengan butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.

2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yang diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati

5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam.
6. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
7. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.

8. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing-masing. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

9. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek ke atas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

No comments: