tak sempat nak tulis..ni adalah gambar2 cupcakes dan blueberry muffin yang saya buat hari tu untuk jual kat kedai. Layann...je la k.
Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Tuesday, March 9, 2010
Blueberry Muffin dan cupcakes
tak sempat nak tulis..ni adalah gambar2 cupcakes dan blueberry muffin yang saya buat hari tu untuk jual kat kedai. Layann...je la k.
Monday, March 1, 2010
Roti Arab dan Kuah sardin
Dah lama saya buat roti arab ni tapi tak update gambar kat sini.saya buat ikut resepi....mana ye. nanti saya attach kat bawah ni. saya makan dengan kuah sardin....best sangat. Puas sebab makan roti masak sendiri.

Resepi Roti Arab
-maaf kepada tuanpunya resepi. saya lupa ambik kat mana. mintak halal ye.
Bahan
500 gm tepung hi-protin ]
1 paket yeast..mauripan ] gaul rata
50 gm gula kastor/halus ]
Secubit garam
250 ml air suam
6 s/b shortening/lemak sayur..(warna putih)
Cara
1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
5. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
6. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
7. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
8. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
9. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.
10. Angkat dan hidangkan dengan kari atau sambal sardin.
Gambar kat bawah ni pulak, roti sosej. anak saya suka makan roti ni, jadi saya pakai je adunan roti arab tu untuk buat roti ni. sebelum bakar, just sapu telur atas tepung.

gumpaste decor lagi- cupcakes topper
Subscribe to:
Posts (Atom)