E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Sunday, February 28, 2016

MANUSKRIP BARU - SENTAP

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Kalau sesiapa yang pernah singgah di blog saya ni, saya nak ucapkan terima kasih la kerana sudi menyinggah walaupun tuanpunya rumah jarang sekali singgah rumah sendiri. Sudah macam homestay pulak. Datang ke sini jika perlu dan jika nak update mengenai novel dan penulisan sahaja.

Hari ni saya ada masa lapang sikit...sikit je la. So, tiba-tiba teringat nak update blog. Selama ni saya hanya aktif update facebook sahaja. Kalau nak tahu cerita terbaru saya, boleh lah jenguk fb saya ya. Nama sama...cari sahaja Aini Marisha. Tak pun klik sahaja ikon fb di tepi blog ni.

Di ilham sekarang, manuskrip terbaru saya yang telah siap sepenuhnya ialah "Kan Aku Dah Kata". Manuskrip telahpun dihantar kepada editor tetapi masih belum mendapat kelulusan. Ye lah...siapalah saya kan. Bukan penulis hebat sangat pun, follower pun tak ramai (*merajuk)...hehehehe.
Mengada-ngada saja kan dah tua-tua nak merajuk.

Apa-apa pun semuanya bergantung pada rezeki masing-masing. Belum lagi sampai rezeki untuk novel tu diterbitkan. Tak apalah...kalau reject, saya cari lah option lain. Terbitkan sendiri ke....lagipun sekarang ni memang ramai penulis dah buat novel yang Limited edition ni kan...print on demand. In sha Allah saya akan pertimbangkan jika rasa perlu berbuat demikian nanti.

Lupa pulak...saya nak share sikit la kisah manuskrip yang saya sedang tulis sekarang. Genrenya ialah misteri/penyiasatan. Kalau sudi komen, saya amatlah menghargainya ya. Tq so so so much.


***********************************************************



SENTAP


Prolog:

Risya sudah lembik lutut. Segala isi perutnya sudah habis terkeluar tetapi dia masih ada rasa hendak muntah. Akhirnya hanya air sahaja yang mampu keluar dari perutnya yang telah kosong. Tali perutnya sudah rasa berpintal-pintal dan perutnya terasa memulas-mulas. Nuha juga sudah hilang entah ke mana. Risya sudah tidak pedulikan sesiapa lagi. Apa yang dia tahu, dia perlu pergi sebentar dari tempat itu untuk menenangkan dirinya, jika tidak dia pula yang akan diusung ke hospital kerana dehidrasi. Angin yang tiba-tiba meniup kuat membuatkan Risya muntah kembali. Dia langsung bertinggung. Tapak tangannya melekap ke tanah untuk menahan tubuhnya yang semakin lemah. Bau yang membuatkan Risya berkeadaan begini kembali mencuit deria bau Risya. Memang teruk keadaan Risya kali ini.
Ini kali kedua dia kalah dengan kes yang perlu dia jalankan siasatan. Kali pertama adalah sewaktu dia perlu menyiasat kes pembunuhan yang pertama selepas dia dilantik sebagai sebagai seorang Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah, Balai Polis Subang Jaya. Ia adalah kes dimana seorang lelaki berumur dalam 40an telah ditikam di perut sehingga Risya boleh nampak tali perutnya yang bergulung-gulung. Darah merah pula pekat mengalir membasahkan lantai simen dan Risya hampir pitam. Nasib baik Sarjan Kahar berada di tepinya pada waktu itu. Jika tidak mahu dia terus jatuh ke atas lantai simen yang keras.
Kali ini, mayat yang ditemui telah dikerat-kerat. Bahagian tubuh yang boleh dikenal pasti hanyalah bahagian lengan, peha, betis, dan separuh badan yang telah dipotong dari bahagian tengkuk sehingga ke paras pinggang. Bahagian-bahagian badan yang lain masih tidak ditemui. Yang meloyakan tekak Risya adalah apabila melihat ulat-ulat mayat yang telah memenuhi bahagian-bahagian tubuh tersebut kerana daging-daging sudah mula membusuk, berair dan bernanah. Bau yang keluar dari daging mayat sangat kuat sehingga Risya akhirnya kalah, tidak mampu bertahan lalu memuntahkan segala isi perutnya. Bukan Risya sahaja malah hampir kesemua anggota polis yang berada di situ juga turut muntah-muntah kerana tidak tahan dengan bau yang dihidu. Menyesal pula kerana dia tidak mendengar nasihat Nuha sebentar tadi…tetapi tidak ada apa yang boleh dilakukannya lagi sekarang. Segala donut yang masuk ke dalam perutnya tadi telah habis terkeluar….tidak sempat pun dicernakan oleh asid perutnya.

Setengah jam sebelum itu…..

“Kau janganlah makan banyak-banyak sangat ni. Kita ni nak pergi ke tempat kejadian. Aku takut bila tiba kat sana nanti, semua isi perut kau terkeluar balik aje.”
Nuha menjeling Risya yang terlalu asyik makan donut Big Apple yang dibeli oleh mereka malam tadi di pasaraya Mydin. Beria-ria benar sahabatnya itu makan sehingga langsung tidak menawarkannya sedikit. Tetapi jika ditawarkan pun dia akan menolak kerana memang dia jarang bersarapan seawal ini. Jam di dashboard kereta baru saja menunjukkan jam 7.30 pagi. Mata pun masih lagi mengantuk. Hari-hari minggu seperti ini sepatutnya mereka berdua masih lagi bergolek-golek di atas katil tetapi disebabkan mendapat panggilan kecemasan pada pukul 6.00 pagi tadi, mahu tidak mahu mereka berdua terpaksa juga bangun untuk menjalankan tugas.

“Aku lapor la beb. Malam tadi aku makan sikit aje. Penat kerja tak lalu aku nak makan dah. Pagi-pagi tadi, bila bangun tidur kebulur betul perut aku ni. Pedih. Nasib baik kau tak habiskan donut aku ni malam tadi,” jawab Risya dengan mulut yang masih dipenuhi dengan cebisan donut. Digigitnya lagi donut yang dipegang. Sedap, manis, gebu…semua rasa itu membuatkan dia terlagi-lagi hendak menghabiskan donut-donut yang ada.

*****************************************************
Okey lah ya...buat hari ni...ini sajalah yang ingin saya coretkan. In Sha Allah jika ada kelapangan saya akan menulis lagi di sini ya. Tata...

Friday, October 30, 2015

Bab baru dan cerita baru di Ilham Karangkraf

Assalamualaikum  dan selamat malam pd semua pembaca blog saya...ihiikkk ada ke yg singgah agaknya. Harap2 ada la ya utk mengintai apa yang saya tulis di sini. Actually, saya dah upload banyak bab baru kot dalam ilham.  Manuskrip terbaru saya adalah bertajuk "Kan Aku Dah Kata".  Rasanya dah ada 16 bab kat dalam tu. Saya juga dah upload bab 1 manuskrip terkini yang bertajuk "Cinta Rahsia".  Di follow my story ya.  Cinta Rahsia ni saya mulakan tanpa ada sebarang plan cerita...org kata main taip je ikut kata hati dan idea yang akan terlintas semasa jari2 saya mula menekan papan kekunci. Cehhh...mcm terrer kan. Hihihi...InsyaAllah. ..semoga Allah akan terus mengurniakan saya idea2 yang baik utk saya terus menulis dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej yang baik2 kepada pembaca. Aminnnn....

Okey...itu sahaja utk kali ni. Kalau rajin dan ada masa terluang, saya akan menulis lagi ya.

Untuk baca karya2 saya di ilham...boleh klik di sini.


Jualan Gudang Karangkraf Akhir Tahun 2015

Assalamualaikum  dan selamat petang. Laaaa...lama sangat saya tak update blog saya ni. Dah hujung tahun baru nak buat posting. Tak pe la kan...jadila dari tak ada langsung. Ok...kali ni saya nak ajak semua datang ramai2 ke jualan gudang karangkraf ni. Diskaun hebat sangat2 dan buku2 dijual serendah harga RM1. Mana nak dapat kakak-kakak semua....jadi cepat2 datang. Bawa semua keluarga datang ya. Dan....jangan lupa cari novel2 saya ya. Kalau nak tengok sinopsis  dan review pembaca tg dah baca novel2 saya, boleh klik kat gambar novel di bahagian kiri blog saya ni.


Wednesday, September 2, 2015

review hebat untuk UMS

Alhamdulillah. ..saya dpt review yg best sgt dari pembaca UMS di instagram. Bersyukur sgt2 sbb novel ni disukai oleh kebanyakan pembaca. Review2 begini lah yg menjadi penyuntik semangat kpd setiap penulis utk terus berkarya...thank you very much.

#Repost @salinalaylah with @repostapp
・・・
Tymecheck: 0730am. Stayed up d whole nyte fer diz #usahmenangissayang. X sia2 ako bli. Crita mmg best la. #isma & #tini bersahabat baik snjk skola rendah lgi. #isma berkawin dgn #syedimran & #tini pula bercinta dgn abg #isma , #syedfaizul . Disbbkn selisih fhm #syedimran telah melafaz talak 3x pd #isma. Sbb x snggup melihat #syedimran berkawin dgn wanita lain #isma telah meminta #tini berkawin dgn bekas suaminya. #syedimran & #tini terpaksa setuju demi mnjga perasaan #isma. #tini sanggup korbankn cintanya pd #syedfaizul kerna kasihkn sahabatnya itu. Den #isma accident. Her body was nt found. 2yrs #syedimran & #tini hidup berasingan sedangkn mereka masih sah suami istri. Den #syedinran ws diagnosed w cancer so #tini came bck to take care of him. Lama kelamaan perasaan syg mula berdetik di hati masing2. Takala cinta kian mekar bersemi, muncul kembali. #jengjengjeng .. suspend mcm nie power weii! Real friends r hard 2cum by.. erti friends r hard 2cum by.. erti sebenar sebuah persahabatan .. ratings: 10/10 ;) now I can #zzZZzZ

Sunday, September 21, 2014

Feedback Operasi Bulan Madu


Assalamualaikum. ...Alhamdulillah dpt feedback yang mengujakan dari pembaca novel Operasi Bulan Madu. Jadi....sesiapa yang belum dptkan karya saya ni, cepat2 lah beli dan baca ya....semoga jalan ceritanya menepati selera anda semua.  

Wednesday, September 10, 2014

Feedback-Sandaran Hati

Assalamualaikum....

Memang lama betul saya berhenti menulis di blog ni. Kali terakhir adalah pada bulan April yang lepas. Maknanya hampir 5 bulan jugak kan. Tak tahu lah kenapa...tiba2 sahaja saya tak ada masa nak update cerita terbaru di sini. Mungkin sebab saya dah mula bekerja selepas selesai pengajian saya di UiTM Shah Alam. Perpindahan tempat kerja, pindah rumah dan suasana baru memang betul2 membuatkan saya sibuk dan tidak ada masa hendak menjenguk di sini. Anyway..., sekarang rasanya dah settle down. So..., bolehlah saya memberi perhatian yang lebih di sini.

Baru2 ini ada adik yang pm saya dan kata minat sangat dengan novel Sandaran Hati iaitu novel sulung saya dengan Alaf 21. Thanks dearest Jasmine...really appreciate your compliments.

 
Jadi...kawan2 yang belum membeli dan membaca novel2 saya, cepat2 dapatkan di pasaran ya.