E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Sunday, July 18, 2010

Kek Lapis Sarawak-Kek Lapis Masam Manis

Hari cuti minggu ni, saya buat kek lapis masam manis. Actually, kek lapis bukanlah my favourite sangat sbb saya rasa taste dia lebih kurang sama mcm kek2 lain dan yang paling berat nak buat ialah kerana step dia agak rumit. You have to bake the cake selapis-selapis until bancuhan habis and you tak boleh nak tinggalkan sangat sbb kek cepat masak. Tapi at the end, the result is quite ok jugak. My son and my husband kata ok and sedap. Tapi my son yang obviously sangat sukakan kek ni sbb dia berulang2makan kek ni (and it's not happen to the other cake I made)...so...kesimpulannya this recipe is very good. Dan bila dah makan banyak2 kali...I have to admit it is good. Maybe because the hawflakes yang buatkan the taste is different...a little bit sweet and sour melting in your mouth.

;a dia




Resepi Kek Lapis yang saya cuba - saya copy dari blog lain (minta halal ye)

KEK LAPIS MASAM MANIS – SAJI MEI ‘07

Bahan-bahan:

10 biji telur
195g gula halus
453g mentega/butter
300g biskut cream crackers (kisar halus)
10 bungkus asam gambir (asam duit-duit)
397g susu manis
85g kaya
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna kuning & merah (terpulang)

Cara menyediakan:

1. Mentega dipukul bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan biskut yang dikisar halus dan gaul lagi. Kemudian masukkan susu, kaya dan vanilla. Gaul hingga sebati
3. Apabila sudah rata, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian ditambah dengan sedikit pewarna kuning manakala bahagian yang lain dengan pewarna merah.
4. Panaskan air kukusan hingga menggelegak. Sediakan acuan segi empat. Lapiskan warna kuning dan tunggu hingga masak. Tutup acuan dengan aluminium foil.
5. Apabila masak susunkan asam gambir dan lapiskan dengan adunan merah dan kukus semula. Ulang susunan sehingga habis.

Selamat Mencuba!!!

Thursday, July 15, 2010

Tart Telur

Actually, dah lama dah buat tart telur ni, cuma tak letak kat sini. Ni saja2 buat untuk makan sendiri. Tiba2 pulak mcm teringin. Asyik buat untuk orang je, sekali-sekali kena puaskan tekak sendiri juga kan.


Tuesday, June 22, 2010

Kek Hantaran untuk perkahwinan adik lelaki

Alhamdulillah....adik lelaki kami telah sah bergelar suami pada tanggal 11hb Jun, 2010.



Kek kat dalam tu -butter cake yang dilapisi dengan filling blueberry.

Monday, June 7, 2010

Tempahan dari Nadya-Kuala Kangsar

Ni tempahan dari Nadya.Saya hantar ke tol Kuala Kangsar dan dapatlah jumpa tuan empunya diri. Harap puas hati yek.



Alhamdulillah, Nadya komen kek tu sedap....

Tempahan dari kakak ipar

Kakak ipar tempah 50 cc dan 1 cheese cake untuk dibawa ke Kedah. Saya buat blueberry cheesecake. cheesecaketu dibakar secara steam bake. sedap....




Monday, May 24, 2010

cheese cake untuk makan sendiri

tak tahu kenapa, tiba2 mcm teringin nak makan cheese cake. so..cari2 resepi dalam laptop. tapi bila beli philedelphia cream cheese, ternampak resepi kat kulit kertas pembalut tu. mcm senang jek. ni yang jenis tak yah bakar. lepas siap bancuhan, just freeze kan je dalam fridge. so...inilah hasilnya. saya tak de bekas untuk cheese cake, so just masukkan je dalam bekas plastik besar.
Rasanya? hmmm...sedap....ada rasa masam2 daripada perahan lemon, ada rasa lemak2 dari keju, ada rasa masin2 dari biskut yang dihancurkan dengan butter yang dicairkan dan juga ada rasa manis dari susu pekat manis yang dicampurkan. ALL IN ONE. Bila cair dalam mulut...fuhhh...tak boleh dibayangkan...hikhikhik...mentang2lah saya penulis novel..berfantasi dan berimiginasi pulak.Anyway, boleh try resepi ni. senang dan sedap. itu yang paling penting bila memasak kan...adik2 saya..jangan mare ye...



kesan comot kat tepi bekas tu ialah kesan dari sudu saya...dah tak sabar dah nak rasa...sepatutnya kena sejukkan semalaman...tapi apapun, rasanya dah sedap dah.

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yangtelah bergelar ibu dan yang bakal menjadi ibu

Kek ni saya buat untuk hari ibu....juga saya hadiahkan untuk semua kaum ibu ya...