E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Sunday, November 29, 2009

Kek pertunangan untuk adik lelaki





Dah lama betul kan saya menyepi dari meng-update blog ni. Oklah, kali ni saya paparkan gambar kek yang saya buat untuk hari pertunangan adik lelaki saya pada 28.11.2009 (raya haji-2) baru-baru ini. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang proses nak siapkan kek ni. Lain yang dirancang, lain pulak yang jadi. Actually, saya bercadang nak buat kek bersalut icing fondant. Dah terbayang2 dalam kepala design yang nak dibuat, tapi...tup2 fondant tak jadi. Resepi baru yang saya gatal2 nak cuba menyebabkan 3 kilo gula icing terbuang begitu saja. Menyesal tak sudah sebab asyik sangat nak ikut resepi baru sedangkan yang selalu saya ikut tu dah ok sangat2. Last2....terpaksa guna option ke-2. Nasib baik gula icing banyak lagi, creamwell pun ada. So...apa lagi, dalam kepenatan, saya pun bancuh icing pulak. Dan...inilah hasilnya. Kek yang bertemakan biru torquoise (betul ke ejaannya...tak sure lah) sempena tema semua barang hantaran. Next posting saya akan tempekkan gambar2 hantaran yang lain ya.

No comments: