Cheese cake Japanese style –resepi dari Rima Singapore
A:
50 gm tepung gandum
50gm tepung jagung diayak bersama
B:
60gm unsalted butter
250gm cream cheese
120ml whip cream
5 biji kuning telur
2 tbsp grated lemon peel (saya tak bubuh sebab terlupa beli lemon)
C:
5 biji putih telur
125gm gula castor
1tsp lemon juice (tak bubuh jugak tapi saya gantikan dengan lemon paste) sedap jugak
Cara-Cara:
1. Satukan butter, cream cheese dan whipping cream dalam satu bekas dan panaskan secara double boiler. Kacau sehingga bahan2 tersebut sebati. Selepas sebati dan cream cheese cair, angkat dari api. Perlahan-lahan masukkan bahan A dan kacau lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan parutan kulit lemon.
2. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan gula castor dan juslemon sedikit demi sedikit.Pukul lagi sehingga putih telur menjadi pekat.
3. Setelah selesai, masukkan 1/3 bancuhan putih telur ke dalam campuran creamcheese dan kacau sehingga sebati. Selepas itu masukkan bancuhan creamcheese itu ke dalam putih telur. Kacau sehingga semua adunan menjadi sebati.
4. Selepas itu, masukkan adunan ke dalam bekas dan masak secara water bath selama lebih kurang 75 minit. Selepas masak, sejukkan.
5. Jika suka,selepas kek sejuk, boleh sapukan blueberry filling di atas kes.
No comments:
Post a Comment