E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Thursday, April 3, 2014

STOK DAPUR YANG SENTIASA ADA DI DAPUR

Hehehe...nampak sangat dah tak ada idea nak tulis pasal apa kan. Yang ni pun boleh la jugak ya. Kongsi2 cerita dengan puan2  surirumah yang baca blog saya ni (ada ke orang baca pun???...kalau ada saya nak ucapkan terima kasih banyak2 ya).

Ok, berbalik kepada topik di atas. Selain dari garam gula, kunyit dan bahan asas biasa, saya juga sentiasa pastikan Bahan2 kat bawah ni ada kat dapur atau dalam peti sejuk.


Oregano is a must kat rumah sebab anak suka makanan western style especially spaghetti, shepherds pie, lasagna yang mana bila masak memang saya akan gunakan oregano. Malah stok spaghetti , macaroni pun memang akan saya beli everytime beli barang2 dapur. Selain tu mixed herbs juga penting.  

Yang ni pulak rempah2 kering. Lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang,  dry rosemary...mcm2 lagilah. Benda2 ni x pe beli sebab memang dry ingredients dan boleh tahan lama. So bila terasa nak masak, senang terus ambik je.


Okey..yang ni barang2 dalam peti sejuk. Daun2 kering mcm daun kari dan daun kunyit memang saya sentiasa beli dan simpan je dalam peti ais. Tak apa kalau daun2 ni kering pun sebab bila kita masak daun2 ni akan kembang semula dan baunya masih akan sama mcm daun segar. Lagipun mmg daun2 ni kita gunakan utk dapatkan bau dia je kan.

hmmm....selain tu kalau pergi pasar saya akan beli santan segar banyak2. Tak la berkilo2. Tapi srlalunya saya akan cakap kat penjual untuk bungkuskan santan tu untuk rm2 sebanyak 5 atau 6 plastik. Bila balik rumah saya akan letakkan dalam freezer untuk air batu. Biar dia betul2 beku. Bila nak guna, keluarkan dan masuk je dalam periuk. Alhamdulillah setakat ni mmg ni cara saya. Saya tak suka guna santan kotak sebab kdg2 ada yang jenis berbau tengik. Satu lagi saya cuba nak kurangkan penggunaan bahan2 yang byk bahan kimia/pengawet. 

Mcm cili giling pun saya x pernah beli cili boh siap tu. Bila saya mesin cabai, bawang semua..selalunya saya akan buat extra kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila nak buat nasi goreng ke atau masakan yang perlukan cili memang amat mudah sebab semua dah ada. 

Apa lagi ya...oh ya. Serbuk milo, nescafe dan kopi O pun saya letak dalam peti sejuk untuk bagi tahan lama. Cuaca panas kat luar kadang2 cepat sahaja buatkan benda2 ni masuk angin dan mengeras. Jadi untuk panjangkan jangka hayat penggunaan dan nak elakkan membazir, saya akan pindahkan semua barang2 ni dalam bekas kedap udara kemudian masukkan dalam peti sejuk. Selesai masalah. 

Okeylah...rasanya tu saja lah kot bebelan saya kali ni. Nak hantar anak pergi solat Jumaat jap. Jumpa lagi ya. 

No comments: