E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Tuesday, October 4, 2016

Aini Marisha: NOVEL BARU - SELINGKUH

Aini Marisha: NOVEL BARU - SELINGKUH

NOVEL BARU - SELINGKUH




Assalamualaikum....memang sangat lama saya tak update blog sendiri. Saya selalunya update di facebook dan instagram sahaja. Hari ni saya nak war-warkan tentang kelahiran novel baru saya yang bertajuk SELINGKUH. Segala info berkenaan novel ni banyak saya update di facebook aini marisha, jadi anda boleh baca di sana ya. Harga novel sahaja hanya RM23.00. Oleh kerana novel ini adalah terbitan saya sendiri, jadi stoknya adalah terhad. Saya juga hanya menjual secara online sahaja. Pesanan untuk membeli novel ni boleh dibuat terus kepada saya melalui cara yang dinyatakan di dalam iklan di atas. 

Di bawah ni saya sharekan sedikit prolog novel ini ya...

PROLOG


K
akitangan di bahagian kecemasan di Hospital Putrajaya berada di dalam keadaan panik dan kelam kabut. Jururawat dan petugas hospital kelihatan berlari-lari keluar dan masuk bagi mendapatkan peralatan kecemasan yang diarahkan oleh doktor yang bertugas. Doktor Kamarul sudah dibasahi peluh. Degupan jantung Rania terhenti. Garisan melintang lurus di monitor Electrocardiograph (ECG) terpapar dengan bunyi yang nyaring. Doktor Kamarul dan Pegawai perubatan yang membantu cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Rania.
            “Call Doktor Taufiq Hidayat now!! Hurry!!!” Doktor Kamarul semakin cemas melihat keadaan Rania.
“Come on Rania! Don’t give up. You are strong! Come on Rania!!!!” Doktor Kamarul berkata dengan kuat sambil menekan dada Rania untuk melakukan CPR.
“Nurse!!! Get ready with defibrillator machine!! Now!!” Doktor Kamarul menjerit lagi kepada jururawat yang bertugas di dalam bahagian kecemasan setelah rawatan CPR tidak berjaya. Denyutan jantung Rania masih tiada. Jururawat tersebut berlari mengambil mesin yang dimaksudkan kemudian menyerahkan defibrillator paddle kepada Doktor Kamarul.
“Ok nurse. Use 360 joules!!!” Doktor Kamarul mengarahkan. Serta merta itu juga paddle tersebut diletakkan ke atas dada Rania dan arus elektrik terus disalurkan bagi membantu merenjatkan semula degupan jantung yang terhenti.
“Again!!!” Doktor Kamarul mengarahkan semula apabila masih tiada perubahan di mesin ECG.
“Rania!!! Come on!! Wake up Rania!!!.”
Doktor Taufiq Hidayat masuk ke bahagian kecemasan dan terkejut melihat keadaan di dalamnya. Tetapi yang lebih membuatkan dia tergamam adalah apabila melihat pesakit yang sedang berada di atas katil rawatan… “Rania???”
“Taufiq!! Jangan tercegat saja di situ. Help me now!!!” Panggilan Doktor Kamarul menyentapkan diri Taufiq Hidayat. Dia segera rapat ke katil pesakit dan membantu memberikan rawatan kecemasan.
“Come on Rania….fight!!!” Kali ini kata-kata Doktor Taufiq Hidayat dan Doktor Kamarul silih berganti memberikan kata-kata semangat untuk menyelamatkan nyawa Rania.


Tuesday, May 10, 2016

Kan Aku Dah Kata



Assalamualaikum dan selamat tengahari....

Kan Aku Dah Kata ni adalah tajuk yang saya pilih untuk karya saya yang berikutnya. Dah ada 40 bab di Ilham Karangkraf. Boleh klik SINI untuk baca. Sedikit teaser untuk bacaan anda....


***********************************************************

“Kenapa awak terima?” tanya Ellyssa apabila mereka berada di dalam kereta. Kali ini Azrul terus meminta kunci kereta untuk memandu. Insiden tadi membuatkan dia kurang yakin dengan cara pemanduan gadis itu.
“Kenapa? Salahkah saya terima? Itu rezeki saya Cik Ellyssa, tak kan saya nak tolak. Lagipun, saya memang perlukan pekerjaan sekarang. Saya kan nak kahwin. Kalau saya tak kerja macam mana saya nak sara isteri saya nanti,” jawab Azrul kemudian menjeling sekilas ke arah Ellyssa yang kelihatan masam mencuka mendengar jawapannya.
“Malas saya cakap dengan awak. Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan,” selar Ellyssa dengan muncung panjang.
“Kenapa Cik Ellyssa nak marah pulak? Bukankah ini yang Cik Ellyssa nak?” balas Azrul. Tercabar juga kesabarannya dengan kerenah gadis itu.
“Ya…, memang. Memang saya nak awak lepaskan saya cepat-cepat. Habis tu kenapa awak tak lafaskan saja sekarang? Awak nak tunggu sampai bila? Jangan ingat talak di tangan lelaki jadi awak sesuka hati nak paksa seorang wanita tu kekal bersama awak. Awak jangan ingat atau fikir nak madukan saya,” bentak Ellyssa dengan tubuh yang bergetar. Hatinya cukup panas dengan perbualan mereka.

“Saya tahu Cik Ellyssa nak sangat dilepaskan. Tetapi biarlah ia diselesaikan secara baik. Saya akan bawa keluarga saya untuk bertemu dengan keluarga Cik Ellyssa. Biarlah perpisahan kita berlaku secara baik dan ada saksi. Kita bernikah dulu cara baik, mengikut agama. Jadi biarlah pengakhirnya juga baik. Lagipun, saya bukannya nak bermusuh dengan Cik Ellyssa. Tak ada sebab pun untuk kita menjadi musuh selepas ni,” jelas Azrul denga suara yang tenang. Dia juga mahukan gadis itu bertenang dan tidak terlalu mengikut perasaan.
**********************************************************
Hmmmm...dah kenapa pulak diorang ni kan....... Kalau nak tahu cerita keseluruhannya, doa2 kan lah semoga KADK ni akan diterbitkan dalam versi cetak ya.


Sunday, February 28, 2016

MANUSKRIP BARU - SENTAP

Assalamualaikum dan selamat tengahari...

Kalau sesiapa yang pernah singgah di blog saya ni, saya nak ucapkan terima kasih la kerana sudi menyinggah walaupun tuanpunya rumah jarang sekali singgah rumah sendiri. Sudah macam homestay pulak. Datang ke sini jika perlu dan jika nak update mengenai novel dan penulisan sahaja.

Hari ni saya ada masa lapang sikit...sikit je la. So, tiba-tiba teringat nak update blog. Selama ni saya hanya aktif update facebook sahaja. Kalau nak tahu cerita terbaru saya, boleh lah jenguk fb saya ya. Nama sama...cari sahaja Aini Marisha. Tak pun klik sahaja ikon fb di tepi blog ni.

Di ilham sekarang, manuskrip terbaru saya yang telah siap sepenuhnya ialah "Kan Aku Dah Kata". Manuskrip telahpun dihantar kepada editor tetapi masih belum mendapat kelulusan. Ye lah...siapalah saya kan. Bukan penulis hebat sangat pun, follower pun tak ramai (*merajuk)...hehehehe.
Mengada-ngada saja kan dah tua-tua nak merajuk.

Apa-apa pun semuanya bergantung pada rezeki masing-masing. Belum lagi sampai rezeki untuk novel tu diterbitkan. Tak apalah...kalau reject, saya cari lah option lain. Terbitkan sendiri ke....lagipun sekarang ni memang ramai penulis dah buat novel yang Limited edition ni kan...print on demand. In sha Allah saya akan pertimbangkan jika rasa perlu berbuat demikian nanti.

Lupa pulak...saya nak share sikit la kisah manuskrip yang saya sedang tulis sekarang. Genrenya ialah misteri/penyiasatan. Kalau sudi komen, saya amatlah menghargainya ya. Tq so so so much.


***********************************************************



SENTAP


Prolog:

Risya sudah lembik lutut. Segala isi perutnya sudah habis terkeluar tetapi dia masih ada rasa hendak muntah. Akhirnya hanya air sahaja yang mampu keluar dari perutnya yang telah kosong. Tali perutnya sudah rasa berpintal-pintal dan perutnya terasa memulas-mulas. Nuha juga sudah hilang entah ke mana. Risya sudah tidak pedulikan sesiapa lagi. Apa yang dia tahu, dia perlu pergi sebentar dari tempat itu untuk menenangkan dirinya, jika tidak dia pula yang akan diusung ke hospital kerana dehidrasi. Angin yang tiba-tiba meniup kuat membuatkan Risya muntah kembali. Dia langsung bertinggung. Tapak tangannya melekap ke tanah untuk menahan tubuhnya yang semakin lemah. Bau yang membuatkan Risya berkeadaan begini kembali mencuit deria bau Risya. Memang teruk keadaan Risya kali ini.
Ini kali kedua dia kalah dengan kes yang perlu dia jalankan siasatan. Kali pertama adalah sewaktu dia perlu menyiasat kes pembunuhan yang pertama selepas dia dilantik sebagai sebagai seorang Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah, Balai Polis Subang Jaya. Ia adalah kes dimana seorang lelaki berumur dalam 40an telah ditikam di perut sehingga Risya boleh nampak tali perutnya yang bergulung-gulung. Darah merah pula pekat mengalir membasahkan lantai simen dan Risya hampir pitam. Nasib baik Sarjan Kahar berada di tepinya pada waktu itu. Jika tidak mahu dia terus jatuh ke atas lantai simen yang keras.
Kali ini, mayat yang ditemui telah dikerat-kerat. Bahagian tubuh yang boleh dikenal pasti hanyalah bahagian lengan, peha, betis, dan separuh badan yang telah dipotong dari bahagian tengkuk sehingga ke paras pinggang. Bahagian-bahagian badan yang lain masih tidak ditemui. Yang meloyakan tekak Risya adalah apabila melihat ulat-ulat mayat yang telah memenuhi bahagian-bahagian tubuh tersebut kerana daging-daging sudah mula membusuk, berair dan bernanah. Bau yang keluar dari daging mayat sangat kuat sehingga Risya akhirnya kalah, tidak mampu bertahan lalu memuntahkan segala isi perutnya. Bukan Risya sahaja malah hampir kesemua anggota polis yang berada di situ juga turut muntah-muntah kerana tidak tahan dengan bau yang dihidu. Menyesal pula kerana dia tidak mendengar nasihat Nuha sebentar tadi…tetapi tidak ada apa yang boleh dilakukannya lagi sekarang. Segala donut yang masuk ke dalam perutnya tadi telah habis terkeluar….tidak sempat pun dicernakan oleh asid perutnya.

Setengah jam sebelum itu…..

“Kau janganlah makan banyak-banyak sangat ni. Kita ni nak pergi ke tempat kejadian. Aku takut bila tiba kat sana nanti, semua isi perut kau terkeluar balik aje.”
Nuha menjeling Risya yang terlalu asyik makan donut Big Apple yang dibeli oleh mereka malam tadi di pasaraya Mydin. Beria-ria benar sahabatnya itu makan sehingga langsung tidak menawarkannya sedikit. Tetapi jika ditawarkan pun dia akan menolak kerana memang dia jarang bersarapan seawal ini. Jam di dashboard kereta baru saja menunjukkan jam 7.30 pagi. Mata pun masih lagi mengantuk. Hari-hari minggu seperti ini sepatutnya mereka berdua masih lagi bergolek-golek di atas katil tetapi disebabkan mendapat panggilan kecemasan pada pukul 6.00 pagi tadi, mahu tidak mahu mereka berdua terpaksa juga bangun untuk menjalankan tugas.

“Aku lapor la beb. Malam tadi aku makan sikit aje. Penat kerja tak lalu aku nak makan dah. Pagi-pagi tadi, bila bangun tidur kebulur betul perut aku ni. Pedih. Nasib baik kau tak habiskan donut aku ni malam tadi,” jawab Risya dengan mulut yang masih dipenuhi dengan cebisan donut. Digigitnya lagi donut yang dipegang. Sedap, manis, gebu…semua rasa itu membuatkan dia terlagi-lagi hendak menghabiskan donut-donut yang ada.

*****************************************************
Okey lah ya...buat hari ni...ini sajalah yang ingin saya coretkan. In Sha Allah jika ada kelapangan saya akan menulis lagi di sini ya. Tata...