E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Tuesday, May 10, 2016

Kan Aku Dah Kata



Assalamualaikum dan selamat tengahari....

Kan Aku Dah Kata ni adalah tajuk yang saya pilih untuk karya saya yang berikutnya. Dah ada 40 bab di Ilham Karangkraf. Boleh klik SINI untuk baca. Sedikit teaser untuk bacaan anda....


***********************************************************

“Kenapa awak terima?” tanya Ellyssa apabila mereka berada di dalam kereta. Kali ini Azrul terus meminta kunci kereta untuk memandu. Insiden tadi membuatkan dia kurang yakin dengan cara pemanduan gadis itu.
“Kenapa? Salahkah saya terima? Itu rezeki saya Cik Ellyssa, tak kan saya nak tolak. Lagipun, saya memang perlukan pekerjaan sekarang. Saya kan nak kahwin. Kalau saya tak kerja macam mana saya nak sara isteri saya nanti,” jawab Azrul kemudian menjeling sekilas ke arah Ellyssa yang kelihatan masam mencuka mendengar jawapannya.
“Malas saya cakap dengan awak. Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan,” selar Ellyssa dengan muncung panjang.
“Kenapa Cik Ellyssa nak marah pulak? Bukankah ini yang Cik Ellyssa nak?” balas Azrul. Tercabar juga kesabarannya dengan kerenah gadis itu.
“Ya…, memang. Memang saya nak awak lepaskan saya cepat-cepat. Habis tu kenapa awak tak lafaskan saja sekarang? Awak nak tunggu sampai bila? Jangan ingat talak di tangan lelaki jadi awak sesuka hati nak paksa seorang wanita tu kekal bersama awak. Awak jangan ingat atau fikir nak madukan saya,” bentak Ellyssa dengan tubuh yang bergetar. Hatinya cukup panas dengan perbualan mereka.

“Saya tahu Cik Ellyssa nak sangat dilepaskan. Tetapi biarlah ia diselesaikan secara baik. Saya akan bawa keluarga saya untuk bertemu dengan keluarga Cik Ellyssa. Biarlah perpisahan kita berlaku secara baik dan ada saksi. Kita bernikah dulu cara baik, mengikut agama. Jadi biarlah pengakhirnya juga baik. Lagipun, saya bukannya nak bermusuh dengan Cik Ellyssa. Tak ada sebab pun untuk kita menjadi musuh selepas ni,” jelas Azrul denga suara yang tenang. Dia juga mahukan gadis itu bertenang dan tidak terlalu mengikut perasaan.
**********************************************************
Hmmmm...dah kenapa pulak diorang ni kan....... Kalau nak tahu cerita keseluruhannya, doa2 kan lah semoga KADK ni akan diterbitkan dalam versi cetak ya.


No comments: