E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Monday, January 18, 2010

Seharian di rumah-Part 6

Kat dalam kek ni adalah butter kek yang dilapisi dengan BC jugak. Kek ni saya buatkan untuk kawan2 kat ofis.



Seharian di rumah - Part 5







Yang kek atas ni....entah macam mana ntah, ada pulak kapal tebang tersilap landing..masa tu angin ribut, tak boleh nak landing kat airport...(ada ke gituu).
Airplane tu saya buat dengan coklat. Sedapp...pada pendapat saya, apa sahaja yang berkaitan dengan coklat pasti membuka selera dan memukau pandangan mata kan. Dan..warna hitam2 coklat ni apabila dihias dengan apa sahaja dekorasi pasti cantik. That's why people say.."hitam itu menawan..."

Seharian di rumah- Part 4




Seharian di Rumah -Part 3

Yang ni kek tema warna hijau. Bunga ros lagi...it seems like more practice makes you more confident in doing something kan. So...buat masa ni I feel confident la nak buat bunga rose from BC. It is more easier now and I can handle the cream easily.








Sunday, January 17, 2010

Seharian di rumah -Part 2

Ok, ini pulak fancy cookies yang saya buat. Rasa dia memang sedap....bukan sekadar nak masuk bakul angkat sendiri...tapi ye lah, bukan saya juga yang mencipta resepi biskut ni. Tabik pada pencipta sugar cookies ni. Kanak-kanak pasti suka tambah2 lagi dengan design yang pelbagai warna. Memang sesuai untuk doorgift untuk majlis perkahwinan atau hantaran pertunangan/perkahwinan.



Fancy cookies yang siap dibungkus dengan plastik.







Seharian di rumah

Nak tahu apa yang saya buat seharian di rumah? Sila scroll bawah okey,

Saya ni memang suka cemburu...cemburu melihat kejayaan orang lain. Tapi cemburu saya bukan berniat jahat sehingga mahu merosakkan orang lain. Cemburu saya selalunya akan membuatkan saya bertekad untuk melakukan perkara tersebut, sekurang-kurangnya sehingga mampu membuat perkara tersebut dan satu hari nanti bertekad untuk melakukan yang lebih baik.

So...coklat homemade ni cubaan pertama saya. Sebenarnya taklah susah mana nak membuatnya. Yang penting mesti ada minat, ilmu, kerajinan, usaha, tak boleh cepat mengalah dan selalu praktiskan....saya rasa ini adalah antara kunci-kunci yang penting jika kita ingin berjaya.



Sunday, December 13, 2009

Kek perkahwinan tiga tingkat dan cupcakes untuk sepupu



Ini adalah cupcakes yang saya buat bersama-sama kek tiga tingkat.



adik sepupu saya kahwin 13.12.2009 yang baru lepas. so saya buatkan kek kahwin tiga tingkat. Lapisan pertama dan ketiga -butter cake. Lapisan kedua-chocolate moist cake disalut dengan choc ganache dan fondant. Berat sangat kek ni. On the way ke rumah pengantin saya berdoa banyak-banyak semoga selamat sampai dan kek tak rosak. Alhamdulillah...semuanya ok.


yang ni pulak saya buatkan kek chocolate moist untuk anak yang mintak saya buatkan satu untuknya. comot sikit, tak pe lah kan, untuk makan sendiri2.