Restoran Malika Saba ni terletak di Greentown, Ipoh. Betul2di belakang Hotel Syuen Ipoh. Actually ada beberapa restoran Arab yang saya tahu kat Ipoh ni iaitu Malika Saba, Hydramout dan ada satu lagi di Station 18 (x sure nama). Saya dah cuba kesemua makanan arab ni. Kalau nak rate mana yang lebih sedap...saya ikut susunan
No. 1 : Malika Saba
No. 2 : Hydramout
No. 3 : Station 18.
Chicken Mandy dan Mulawwah cicah dengan Oqda Chicken adalah menu yang paling kami suka kalau pergi restoran ni. Tapi....mereka perlu upgrade servis kot sbb selalu sgt kita kena ulang2 panggil pelayan sebab menu yang dipesan tak sampai2.
Gambar kat atas diambil masa saya dan keluarga pergi ke sana sebab nak celebrate birthday si kecik tu..anak saudara saya yang berumur 1 tahun pada 12.1.2013. Oleh sebab diorang ni tinggal kat Trengganu dan memang susah nak balik tiap2 bulan ke Ipoh, so buat lah belated birthday pada 9 Februari, 2013 yang lepas. Ummi Amsyar ialah adik saya (dalam gambar yang tengah memuncung update instagram tu.)..hehehhe.
Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Tuesday, February 12, 2013
Sunday, February 10, 2013
nazrin buat operation utk remove tonsil
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....
Untuk entry pertama bulan Februari 2013 ni saya nak cerita psl operation yg anak saya buat pd 8 Feb 2013 di Ipoh Specialist Centre. Pembedahan dimulakan pd pukul 1 tghri dan anak saya ditolak keluar dari OT setelah doktor berpuas hati semuanya stabil. Alhamdulillah pembedahan berjalan dgn lancar. Actually tonsil ni dah lama timbulkan masalah pd anak saya sejak dia kecil lagi. Pandangan doktor yg merawat macam2. Ada yg suggest suruh buang dan ada pulak yg kata tak perlu. So we decided to ask opinion from specialist. Menurut doktor, utk pastikan samada tonsil perlu dibuang atau tak bergantung kepada beberapa ujian yg dia akan jalankan. Sebelum tu doktor pakar dah masukkan kamera kecil dalam lubang hidung dan lubang telinga anak saya. Saya sendiri tengok di monitor ada kesan yg berbza di kedua2 telinga dan lubang hidung anak saya. Selepas tu doktor suruh buat satu lagi ujian utk confirmkan keputusan dia. Ujian terakhir tu lebih kepada ujian bunyi utk tengok samada telinga anak saya turut terjejas disebabkan tonsil tersebut. Result menunjukkan bahawa telinga kiri kurang memberi kesan aktif terhadap bunyi berbanding telinga kanan. After the diagnostic, doc kata mmg kena remove. So we make our decision to proceed with the operation. Tarikh yg dipilih adalah 8.2.2013. Masa entry ni ditulis, kami dah pun berada di rumah dan anak saya sedang dlm proses pemulihan. Kesan sakit di kerongkong mula terasa dan makanan yg diambil hanyalah yg sejuk dan lembut. Kat bwh ni saya letakkan beberapa gambar utk tatapan bersama.
Actually, at first doc kata nak remove tosil je tp during the operation bila doctor masukkan kamera dlm hidung anak saya, dia kata ada mcm daging besar belakang hidung anak saya. Daging tu akan block saluran hidung and doc terus buang ketulan tu. That's why hidung anak saya berdarah.

Gambar kat atas ni one day after the operation.....

Monday, January 7, 2013
Salam Tahun Baru 2013 dan cerita Manuskrip Baru
Assalamualaikum semua...
Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2013 walaupun hari ni dah 8 Januari. Rasanya ramai yang masih dalam mood tahun baru dan mungkin ada juga yang masih berfikir-fikir apakah azam yang hendak ditanam pada tahun ini. ehem ehem...sibuk2 nak cari azam tahun baru, azam tahun lepas dah tertunai ke? hehehee.....tak apalah, kalau dah tertunai alhamdulillah. tapi kalau belum cuba lagi tahun ni. Yg penting jangan sesekali berputus asa dan tekad untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Bagi saya pula, mcm yang saya postkan dalam FB saya.....apa yang penting adalah saya nak memperbaiki diri lagi supaya menjadi insan yang lebih baik. Untuk itu...langkah pertama yang perlu kita ambil adalah muhasabah diri dulu kan. Renungkan semula apakah yang telah kita lakukan sepanjang tahun lepas. Kalau kita dah sedar kekurangan dan kelemahan kita, barulah kita boleh ambil langkah seterusnya kan. Tapi make sure la lepas tu kita betul2 berazam dan berjanji untuk berubah kan. Janganlah pulak janji tinggal janji...lepas tu hujung tahun buat azam yang sama berulang2. Kalau mcm tu bila nak berubahnya kan....so wake up now!!!! tepuk2 sikit pipi tu biar terjaga dari alam mimpi dan mula mengambil langkah proaktif tau.
Bagi saya...alhamdulillah. So far momentum azam tahun baru masih berjalan lancar. Insyaallah akan cuba dikekalkan sehingga hujung tahun ini sebelum review balik awal tahun depan kan.
Hmmm...bercerita tentang tahun baru juga..saya memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH (swt) sbb memberikan rezeki yang baik buat saya dan keluarga. Rezeki ni bukan semestinya wang ringgit tapi boleh dlm pelbagai bentuk seperti dipanjangkan umur, diberikan kebahagiaan hidup, jiwa yang tenang, kesihatan yang baik dan sebagainya. So..apa2 yang kita terima tu hendaklah kita bersyukur dan jangan selalu sangat mengeluh dan merungut tau kalau rasa susah sikit. Anggap la dugaan tu kita terima sebab ALLAH sayangkan kita dan nak tengok sama ada kita boleh bersabar atau tak. Okeylah....cukup2 lah kan ckp psl hal agama. Takut pulak kalau saya maklumkan perkara yang salah, sebab saya ni bukan ahli agama. Hanya berkongsi apa yang saya tahu sikit2 dan dengar sebelum ni.
Minggu2 pertama ni juga saya sangat happy sebab akhirnya manuskrip saya yang terkini telah berjaya disiapkan dan dihantar kepada penerbit. Alhamdulillah.....setelah lama manuskrip tu tersangkut di mukasurat 200...dan idea saya tersangkut2 di tengah jalan, akhirnya saya dapat flow yang lancar dan berjaya menamatkan cerita ni dengan happy ending. Saya suka happy ending sebab mahukan kepuasan diri bila selesai meengikuti keseluruhan cerita.
Okeylah....sebagai pre promotion untuk manuskrip tu (huhuhu...harap2 penerbit terbitkan lah), saya ceritalah sikit2 sinopsisnya.
Mcm biasa....cerita ni more to love story. Kali ni kerja yang saya pilih adalah pegawai polis. Kedua2 mereka bertugas di balai polis yang sama. Before that heroin saja yang kerja kat balai tu tapi hero kemudian telah membuat permohonan untuk bertukar ke balai yang sama setelah secara tak sengaja ternampak gambar heroin di PULAPOL.
Hero dan heroin actually dah tak berjumpa lama dan terpisah disebabkan satu peristiwa semasa zaman sekolah mereka. Ada pertelingkahan dalam hati dan perasaan mereka berkait dengan kisah zaman sekolah tu. Dlm cerita ni saya banyak selitkan scene2 yang tak dirancang antara mereka, dan adalah ungkit mengungkit tentang apa yang telah berlaku. Ada juga scene di mana mereka terpaksa menyertai 1 operasi dan terpaksa berlakon sebagai suami isteri. so...kecoh la sikitkan. Pertemuan2 demi pertemuan yang tak disangka akhirnya membuka tirai yang menutupi perasaan sebenar mereka selama ini tetapi keegoaan masing2 menghalang mereka dari berterus terang tentang perasaan masing2. Tetapi....yang menyedihkan adalah mereka hanya tersedar pd waktu2 yang sangat terlewat yang mana heroin telahpun bertunang dengan orang lain dan akan berkahwin dalam masa yang terdekat......
Okeylah....cukup dulu. Kita tunggu dulu keputusan penerbit. Saya tgh berdoa ni, semoga manuskrip ni diterima dan harap2 nya biarlah diterbitkan pd tahun ini juga.....

Friday, July 20, 2012
Puasa
Salam semua....
Pejam celik pejam celik.....cepat je terasa dan alhamdulillah....esok sekali lagi kita diberikan peluang untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan yang sangat mulia. Doa dan harapan saya semoga saya diberikan kesihatan yang baik untuk cuba merebut sebanyak mungkin keberkatan yang dijanjikan ALLAH (swt) pada bulan yang mulia ini. Kepada semua kawan-kawan, marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan...semoga kita sentiasa memperolehi rahmatNya...aminnnnn
Thursday, June 28, 2012
Red Velvet Cupcakes
Cupcakes red velvet ni dah lama saya buat tapi tak update pun gambar dalam blog ni. Masa tu macam teringin sangat nak buat sebab baca blogeer yang dah buat cc ni semua kata sedap sangat. So..saya pun cari la resepi yang ada dalam laptop ni. dan...taraaa...percubaan pertama memang menjadi dan adooiiii rasanya teramatlah sedap ditambah dengan kemasaman cream cheese diseimbangkan dengan kemanisan cc tu....of coz la saya yang paling banyak habiskan. CC ni semakin sedap apabila saya simpan dalam freeze dan untuk dua hari..pintu freezer asyik dibuka oleh saya sebab mengintaikan si baldu merah ini.....
Visit Aini Marisha
Visit Aini Marisha
Menghadapi kerenah anak yang semakin meningkat remaja
Sekarang ni saya sedang menunggu Nazrin membuat latihan soalan matematik UPSR yang terdapat dalam website Portal Pendidikan Utusan Malaysia. Bagus website ni sebab mereka letakkan banyak contoh kertas-kertas soalan untuk semua peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dan sekarang ni terpulang pada pelajar tu sendiri la pulak antara nak buat ke tak.
Tahun ni penting bagi saya dan suami sebab anak kami akan menghadapi peperiksaan penting buat kali pertama iaitu UPSR. Walaupun ada orang kata, tak perlu nak risau sangat sebab lulus atau tak pelajar masih boleh lanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 tapi lain pulak pandangan kami. Dan saya yakin ramai juga yang sependapat dengan kami lebih-lebih lagi saya hanya ada seorang anak sahaja. Buruk dan baik kami bergantung padanya. Dan sudah tentulah kami mahu dia mempunyai masa hadapan yang sangat cerah, hidup yang senang dan yang penting cukup ilmu agama sebagai bekalan kami berdua di akhirat nanti. Segalanya mesti seimbang kan...dalam apa-apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup samada pemakanan, tugas-tugas di pejabat, kerja-kerja seharian di rumah atau pejabat mestilah diuruskan dengan baik dan seimbang. Kalau makanan, mesti seimbang dengan zat-zat dan nutrisi-nutrisi yang diperlukan. Kalau bekerja, kena seimbangkan dengan masa untuk beramal ibadat dan juga masa untuk keluarga. Kalau berharta lebih kena seimbangkan dengan mengeluarkan zakat bagi meringankan beban manusia yang memerlukan.
Sekali sekala naik juga suara saya melihatkan sikap Nazrin yang menunjukkan sikap bosan apabila setiap kali disuruh belajar. Bukan apa...kalau main game/komputer/PS3 sampai ke pagi esok mata dia boleh bertahan...tapi kalau disuruh belajar macam saja-saja sikapnya seolah-olah sengaja hendak mencabar kesabaran saya. Macam tu lah agaknya perasaan ibu bapa kita dulu apabila menyuruh kita belajar kan. Itulah pusingan hidup...apa yang dialami oleh setiap manusia akan dialami pusingan yang sama oleh manusia yang lain. Dari dilahirkan,kita dijaga oleh ibu bapa...diberikan pelajaran sehingga dewasa. Kemudian kita bekerja, berkahwin, mempunyai anak...dan seterusnya anak kita pula akan menyambung kitaran hidup manusia.
Saya dan suami akan cuba sedaya upaya kami membantu Nazrin untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR ini. Usaha + doa + tawakkal = kami harapkan kejayaan akan mengirinyaa nanti.
Kejayaan ini bukan untuk kami banggakan atau untuk kami canagnkan kepada orang lain bahawa anak kami adalah cerdik, tetapi adalah bekalan yang kami sediakan untuknya bagi kehidupannya di masa akan datang. Saya tidak mahu apabila kami tidak ada lagi nanti, hidupnya teriumbang ambing tanpa haluan. Saya tidak sanggup melihat dia hidup susah....apa yang saya dan suami sediakan sekarang adalah untuk kesenangan hidupnya nanti kerana setiap anak memang tanggungjawab ibu bapa.
Muhammad Khairun Nazrin.....mama marah bukan kerana tidak sayang tetapi kerana tidak mahu Nazrin susah di kemudian hari akibat sikap mama yang cuai dalam membentuk Nazrin di masa ini....
Wednesday, June 27, 2012
Mencuri-curi masa
As-salam semua kawan-kawan.....(ada ke pun yang singgah kat blog saya ni...)
firstly nak bagitahu, kalau ada sesiapa nak tahu pasal perkembangan novel saya yang seterusnya...saya nak maklumkan bahawa saya masih dalam proses nak siapkan bab-bab akhir. Semangat nak menghabiskan tu ada...tapi masa selalu mencemburui saya. Kat ofis memang la tak boleh kan, bila balik rumah pulak macam-macam benda nak buat dan akhirnya saya kepenatan dan memang tak sanggup nak bukak laptop untuk terus menulis....adooiiii, macam mana ni? Insyaallah akan saya cuba jugak cari masa untuk menyiapkannya sebab ini adalah minat saya dan saya tak mahu kuburkan begitu sahaja. Oh ya...kepada semua penminat buku Alaf 21...sentiasalah menyokong penulis-penulis Alaf 21 dan beri komen yang membina supaya kami penulis dapat memperbaiki kekurangan yang ada.....
Subscribe to:
Comments (Atom)