E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Thursday, January 2, 2014

Promosi novel di radio UFM UiTM

Assalamualaikum...

Nak tempek jugak kat blog ni walaupun event ni sebenarnya dah lepas. Promosi di radio UFM ni berlangsung semalam dari pukul 3-4 petang dalam segmen mari membaca. Pengalaman pertama  dik oooiiii...Ketaq lutut kata orang utara. Hehehee...tapi Alhamdulillah. Lepas dua tiga kali kena tanya, barulah badan ni panas sikit. Kalau tak masa mula2 tu dah rasa duduk dalam bilik sejuk beku.


Agak2 ada ke yang dengar masa akak bersiaran tu kan? Radio ni cuma dapat didengar di area Selangor...KL je. Tapi boleh juga didengar secara online. Tapi tak pe...kepada peminat2 novelis Alaf 21, memang segmen ini akan berterusan setiap hari Khamis jam 3-4 petang dengan novelis2 yang berbeza yang bertujuan untuk mempromosikan novel masing2.

"Kan Aku Dah Kata"

Haaa....kan aku dah kata!!!

Hehehhe...kenapa pulak ni? Jangan risau ya. Ni tajuk cerita baru yang saya sedang tulis. Kalau nak baca Bab 1 -7, boleh pergi ke portal ilham atau klik  sini. Kalau tak keluar terus ke cerita saya, taip nama "ainimarisha" di ruangan carian ya.

Okeylah...kat bawah untuk lebih memudahkan, saya copy je terus bab 6 untuk bacaan semua ya...


BAB 6

“Beb…jom jom cepat. Mommy dan daddy kata flight mendarat dalam pukul 9.00 malam macam tu.” Terkocoh-kocoh Ellyssa menarik beg tangannya yang berada di atas almari. Kasut tumit tinggi yang berada di bawah meja disarungkan rakus kemudian dia terus berjalan pantas ke bahagian luar butik mereka. Sarina juga terkocoh-kocoh mengejar langkah panjang Ellyssa. Nasib baik hari ni dia memakai seluar slack. Jika memakai kain pasti tersangkut-sangkut langkah kakinya yang pendek itu.
“Ira…jaga kedai ya. Kalau kami lambat balik, Ira tutup dan kunci butik ya dan on kan alarm,” pesan Ellyssa sebelum dia dan Sarina berjalan laju menuju ke lif. 
“Tu la…, aku dah cakap suruh cepat. Kau masih la lagi dok mengadap handphone, laptop tu. Kan dah lambat,” bebel Sarina semasa mereka sudah berada di dalam perut lif. Ellyssa menjeling saja Sarina yang membebel sambil membetulkan rambutnya yang sedikit menggerbang. Langsung tidak dipedulikan bebelan tersebut kerana baginya itu adalah Sarina…balas lah macam manapun, makcik itu akan tetap dengan sikapnya yang suka membebel.
“Dah habis dah?” tanya Ellyssa tiba-tiba.
Sarina yang beriringan dengannya tiba-tiba menoleh. Pelik pulak tiba-tiba Ellyssa bertanyakan soalan tersebut. Sementara itu kunci kereta bertukar tangan kerana seperti biasa Sarina yang akan memandu. Portfolionya di butik Ell memang carca marba. Pemandu Ellyssa pun dia….penjaga kaunter bayaran pun dia….pereka fesyen pun dia…pembantu butik pun dia….hehehehe. Nasib baik lah Ellyssa membayar gajinya dengan bayaran yang cukup setimpal. Kalau tidak sudah lama dia cabut untuk mencari pengalaman di syarikat lain.
“Apa yang dah habisnya? Aku tak cakap apa-apapun.”
“Aik! Cepatnya lupa. Memanglah kau ni macam orang tua. Suka membebel jek kemudian lupa apa yang kau dah cakap. Nyanyuk!” Selamba sahaja Ellyssa mengutuk Sarina tanpa bertapis.
“Ooooo…pasal tadi ke?” Panjang saja muncung Sarina apabila dia dapat menangkap maksud Ellyssa sebentar tadi. “Hehehehe….aku tak kisah pun kau nak cakap apa pun kat aku ni Ell. Kau kan boss. Cakap-cakap kau tu tak ada kesan pada diri aku pun. Tapi lain la kalau kau cakap nak potong gaji aku ke. Itu mahu aku terlompat nanti,” usik Sarina dengan wajah lucu.
“Haaa…tau takut.” Sengaja Ellyssa menggerunkan wajahnya tetapi cepat sahaja bibirnya mengukir senyuman lebar apabila Sarina membuat muka sedih. Sarina mengekeh ketawa selepas itu.
Tiba di tempat parikir, terus Sarina menekan butang kunci untuk membuka pintu kereta. Seperti biasa Ellyssa akan masuk di pintu kiri manakala Sarina akan memandu. Memang itu lah tugas utama Sarina sejak mereka mula membuat perancangan untuk membuka butik Ell Collection beberapa bulan yang lepas.
“Ell…bila kau nak cari driver ni? Senang sikit kau nak bergerak. Nak jumpa client ke. Dan aku bolehlah jaga kedai.” Tiba-tiba Ellyssa bertanya apabila kereta mula bergerak keluar dari KLCC.  
“Kenapa? Dah pandai merungut ya. Tak cukup ek gaji yang aku bagi?” soal Ellyssa. Dia menoleh Sarina sekilas. Gadis itu badan saja kecil tetapi ligat apabila bekerja. Sejak dari UiTM lagi mereka telah bersahabat baik.
“Bukanlah macam tu…. Tapi kalau ada driver lelaki, dia tu gagah sikit la nak drive jauh-jauh ke. Aku ni setakat dalam KL ni bolehlah. Jauh-jauh sangat semput jugak. Dah lah aku ni kuat ngantuk. Kena aircond je mata aku mesti layu macam daun pisang atas api tau.” Suara Sarina sambil sesekali mengerling cermin pandang belakang. Lucu pun ada apabila gadis kecil sepertinya memandu kereta pacuan empat roda yang besar. Hampir tenggelam tubuhnya kerana kerusi lebih besar dari pemandunya.
“Bukan senang nak cari driver tau. Lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Kan dalam suratkhabar sekarang macam-macam cerita ada. Orang yang kita ingat baik, dah kerja sama-sama kita selama beberapa tahun pun tiba-tiba boleh bunuh kita sebab duit tau,” jawab Ellyssa dengan pandangan mata terus terarah ke jalanraya.
“Setakat ni aku rasa okey je macam ni. Kalau kau tak boleh nak drive kan, aku call je cab. Kadang-kadang kalau urgent sangat pakcik Mamat ada. Tapi tak boleh lah aku nak kacau dia selalu sangat sebab daddy kan banyak urusan kat luar jugak,” sambung Ellyssa lagi.
“Untung pakcik Mamat tu kan. Punyalah dia setia kerja dengan daddy kau. Rezeki dia lah bila daddy kau bawak dia dan isteri dia sekali pergi buat umrah.”
Ellyssa mengangguk. Pakcik Mamat dan Makcik Normah memang telah bekerja dengan mereka sejak Ellyssa kecil lagi. Daddy dan mommy sangat sayangkan mereka seperti keluarga sendiri dan sebab itulah sebagai penghargaan tugas mereka selama ini, mereka berdua dibawa sekali ke Mekah untuk menunaikan umrah.
“Okey…, dah sampai. Cari parking cepat,” arah Sarina apabila dia sudah mula masuk ke bahagian parkir KLIA.  Ellyssa memanjangkan batang lehernya ke kiri dan kanan untuk mencari petak yang kosong. Sesekali dia mengerling jam di dashboard kereta. Harap-harap tak lambat…bisik hatinya. Dia tidak mahu kalau daddy dan mommy pula terpaksa menunggu mereka.

“Tu tu…, sana sana. Ada satu kosong,” maklum Ellyssa sambil menepuk lengan Sarina. Sarina terus membelok masuk ke petak yang ditunjukkan. Ellyssa pula telah bersiap sedia dengan beg tangannya. Dia mahu cepat sampai ke balai menunggu. Tiga minggu walaupun terasa cepat berlalu, namun rindunya pada daddy dan mommy tetap menggunung. 

Sunday, December 29, 2013

Manuskrip Baru

Assalamualaikum...

Jemput para peminat novel untuk membaca karya yang seterusnya di PORTAL ILHAM. Saya dah lampirkan Bab 1 dan tajuknya adalah "Magnet Cinta". KAlau nak komen pun boleh supaya saya boleh perbaiki mana yang patut ya.

Oh ya....jangan lupa ya untuk dapatkan novel terbaru saya di pasaran iaitu Operasi Bulan Madu.

Saturday, December 28, 2013

Operasi Bulan Madu

Assalamualaikum. ..
Hari2 minggu ni best kan lepak2 kat rumah dengan family. Santai2 tengok tv, kemas2 rumah dan makan sama2. Tapi ada jugak yang ambil peluang jalan2 atau window shopping dengan family. Haa...bercakap pasal keluar ke pusat membeli belah ni, kalau terniat nak singgah kedai buku dan nak cari novel, jangan lupa dapatkan novel Aini Marisha yang terkini ya. Ramai yang kata jalan ceritanya lain dari yang lain. Tak macam cerita cinta lain...dan ada yang kata tak pernah lagi baca novel yang heroinnya adalah pegawai polis.
Kalau tengok tajuk memang la org dok fikir...mesti psl pasangan pergi honeymoon ke kan. Tak...isu utama bukan pasal pergi honeymoon. Kalau nak tahu jalan ceritanya yang sebenar....kenalah dapatkan novel ni di pasaran ya.

Sunday, December 22, 2013

Operasi Bulan Madu

Assalamualaikum....

Jangan jemu ye dengan promo OBM ni. Promosi memang memainkan peranan yang sangat penting dalam bisnes. Kiranya ini pun bisnes saya juga....nak menjual novel saya supaya ramai peminat novel tergerak hati untuk membelinya. Eh eh...bukan setakat nak jual novel sahaja ya, tetapi saya nak berkongsi karya, usaha, kreativiti, hasil nukilan saya untuk dikongsi bersama peminat novel. This is my passion. I''m a  writer. Tak guna juga kan kalau kita menulis tapi simpan je dalam lamptop. Sesebuah karya harus dibaca dan dinilai oleh orang lain supaya kita tak perasan sendiri bahawa kita memang seorang penulis yang hebat. hehehee...senang kata " masuk bakul angkat sendiri".

Anyway, bukan senang sebenarnya nak menulis dan melengkapkan sebuah buku. Bukan boleh ambil masa sehari dua. Makan tahun juga lebih2 lagi penulis macam saya yang ada profession lain untuk diberi perhatian juga. So peminat2 Aini Mariha (ceh ceh ceh...ada ke peminat ni?)....please be patient with me...jangan jemu memberi sokongan ya sebab mmg sokongan2 pembaca, peminat novel sangat2 diharapkan dan dihargai. Okeylah, seperti dijanjikan dan atas permintaan juga, saya attachkan beberapa bab untuk pemangkin atau booster kepada peminat novel untuk dapatkan OBM di kedai2 buku ya. Oh ya....satu lagi saya nak cakap...maaf cakap ya.....JANGAN BERPALING DARI ALAF 21 KERANA KAMI SENTIASA BERJUANG UNTUK MENGHASILKAN NOVEL2 BERMUTU..DAN YANG PALING PENTING NOVEL2 YANG BERIMEJ BERSIH, SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN MINDA SEMUA PERINGKAT!!!








Review of Usah Menangis Sayang....

Assalamualaikum....

Lama dah tak update pasal novel sendiri sebab last novel iaitu Usah Menangis Sayang dah lama juga berada di pasaran sebelum novel baru Operasi Bulan Madu diterbitkan. Sedang menggoogle pasal novel sendiri, saya terjumpa review yang sangat menyentuh hati tentang novel UMS. Sangat2 membakar semangat apabila membaca review yang dibuat oleh adik Puteri ni. So...saya share sama2 ya. Actually...saya tahu setiap insan mempunyai citarasa yang berbeza. Maybe Puteri suka, tapi ada juga yang tidak suka. It's up to each individual taste kan. Semua novel pun macam tu....and its the asam garam dalam kehidupan seorang penulis. Okeylah...jom klik blog PUTERI IRA (KLIK SINI) dan baca review2 beliau yang sangat menarik ya.....


Wednesday, December 18, 2013

Novel Baru....rezeki tahun baru

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat kehadrat Ilahi kerana akhirnya novel baru saya akan diterbitkan pada bulan Januari 2014. Rezeki tahun baru.....cover novel ni pun sangat cantik. InsyaAllah ceritanya pun sangat menarik. Para peminat novel, sila2 lah baca novel terbaru Aini Marisha ya.