E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Tuesday, November 9, 2010

Pizza lagi

Hehehee...tak habis lagi kisah makan2 hari minggu tu. Actually hari tu saya buat pizza and cheese cake sekali. Huhh...memang habis menjunam segala diet2 semua. Kolestrol berganda2 masuk dalam perut. Tapi tak pe kan..sekali sekala nak jugak makan sedap2 hasil tangan sendiri. Dan yang paling best adalah apabila anak dan suami tak habis2 puji memuji.....ok, gambar ada kat bawah ye.



Wednesday, November 3, 2010

Aiskrim..



huhuhu...first time nak cuba buat aiskrim...tapi rasanya kan, hehehee...lebih baik beli aiskrim dah siap. Anyway, dah ada pengalaman and it's fun. Rasa aiskrim ni memang sedap..tapi nak membuatnya, saya rasa agak remeh terutama nak tunggu dia sejuk/beku sikit (dalam beberapa jam), keluarkan dari peti sejuk dan pukul lagi hingga kembang dan proses ni perlu diulang beberapa kali untuk dapatkan tekstur aiskrim yang baik dan gebu

Tuesday, November 2, 2010

cheese cake

Cheesecakeni saya buat hari minggu yang lepas. masa tu cik rajin datang tak henti-henti. so, saya pun mengadaptasi segala ilmu "baking" yang saya baca di internet selama ni....mcm2 lah yang teringin nak dibuat. salah satunya cheesecake ni la. Satu bekas tu saya buat plain cheese cake je dan satu lagi tu saya hiaskan dengan blueberry filling kat atasnya. Dua-dua sedap...tapi kalau nak suruh pilih tempat pertama, saya lebih suka yang plain without any additional flavour. So, boleh try ye..agak senanag jugak membuatnya. resepi ada kat bawah. resepi ni saya ambik dari blog Rima-Singapore tu.






Cheese cake Japanese style –resepi dari Rima Singapore

A:
50 gm tepung gandum
50gm tepung jagung diayak bersama

B:

60gm unsalted butter
250gm cream cheese
120ml whip cream
5 biji kuning telur
2 tbsp grated lemon peel (saya tak bubuh sebab terlupa beli lemon)

C:
5 biji putih telur
125gm gula castor
1tsp lemon juice (tak bubuh jugak tapi saya gantikan dengan lemon paste) sedap jugak

Cara-Cara:

1. Satukan butter, cream cheese dan whipping cream dalam satu bekas dan panaskan secara double boiler. Kacau sehingga bahan2 tersebut sebati. Selepas sebati dan cream cheese cair, angkat dari api. Perlahan-lahan masukkan bahan A dan kacau lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan parutan kulit lemon.

2. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan gula castor dan juslemon sedikit demi sedikit.Pukul lagi sehingga putih telur menjadi pekat.

3. Setelah selesai, masukkan 1/3 bancuhan putih telur ke dalam campuran creamcheese dan kacau sehingga sebati. Selepas itu masukkan bancuhan creamcheese itu ke dalam putih telur. Kacau sehingga semua adunan menjadi sebati.

4. Selepas itu, masukkan adunan ke dalam bekas dan masak secara water bath selama lebih kurang 75 minit. Selepas masak, sejukkan.

5. Jika suka,selepas kek sejuk, boleh sapukan blueberry filling di atas kes.

Thursday, October 28, 2010

Lega... dan roti pizza

Kenapa lega? lega sebab segala urusan di tempat kerja dapat diselesaikan walaupun hari-hari sebelum mesyuarat yang nak diadakan tu memang meletihkan dan men"stress" kan. Anyway, banyak pengajaran yang boleh diperolehi especially pengurusan pejabat...memang tension nak mengerahkan semua staff untuk bergotong royong bersihkan ofis dan kawasan sekeliling. Kesian pun ada kat dia orang tambah2 staff lelaki, tetapi what to do,daripada kena marah, baik lupakan saja perasaan kesian tu. Anyway, alhamdulillah kerana staff semua mahu bekerjasama dan alhamdulillah juga semua perkara dapat diselesaikan dengan bantuan mereka.

So, malam tadi, sebab semua dah settle baru kepala rasa ringan sikit. Tengah2 tengok tv,tiba-tiba anak saya kata "mama..saya lapar". Aduii...actually memang tak berniat pun nak masak sebab dia dah makan kat rumah opah dia petang tadi. Dan saya konon2nya cuba untuk kurangkan makan pada waktu malam (diet la konon)...tapi sian kat Nazrin. So...saya gagahkan juga diri untuk bangun dari kerusi empuk tu. Pergi ke dapur dan belek2 apa yang boleh dimasak dengan cara yang mudah tapi sedap. first,mata saya ternampak roti, then terfikir yang dalam fridge ada sosej. Kat atas rak ada pulak nenas dalam tin, ada sos tomato, ada keju mozarella. Ok, dah tahu nak masak apa.

Saya pun ambik beberapa keping roti, potong sosej dan nenas kiub kemudian susun atas roti. tabur sos, keju mozarella...then masukkan dalam oven...taraaa!!! hasilnya dapatlah pizza segera. Anak saya kata best dan habiskan sekejap jek. Huhuhuhu...selesai tugas sebagai ibu pada malam tu. ok, gambar roti pizza tu boleh tengok kat bawah ye:



Tuesday, October 26, 2010

Kek gula hangus

Haa...semalam dah cakap kan rasa macam nak buat kek gula hangus @ kek sarang lebah. So, lepas balik kerja semalam apa lagi...(mood rajin tengah membara ni) terus saya keluarkan bahan2, bukak laptop (untuk tengok resepi) dan mulalah menimbang, membancuh dan membakar bahan2. Lepas tu perapkan selama 2 jam (tak lalu nak tunggu 3 jam sebab masa tu dah nak dekat pukul 10.00 malam)...so..bakar lebih kurang 1 jam.Hasilnya....taraaa....amat memukau diri saya sendiri. Sarang2 tu jadi cantik sangat...best sebab cubaan pertama menjadi. Dan sudah tentu rasanya amat laaaa sedap. So, si lebah2 jangan jeles ye sebab manusia pun dah pandai buat sarang lebah...hehehe.

Cuba tengok gambar2 kat bawah ni...











So, nak cuba boleh tengok resepi kat bawah ye. Saya ambil dari "Myresepi.com". Dan pemberi resepi adalah Widad. Thanks a lot ye.

Bahan-bahan ( 6 orang )
• 1 cawan gula
• 1 cawan air panas
• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan susu pekat
• 2 camt soda bikarbonat
• 4 biji telur
• 2 camb mentega

Cara-cara
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Monday, October 25, 2010

Ular tedung gergasi menyerang bandaraya Ipoh!!!




Alamak!!!apa dah jadi ni...takutnye..besor betul ular ni...


Relakss....hehee..saja je nak buat lawak petang2 ni sbb kepala tension dengan kerja2 ofis ni. Sebenarnya ini penangan pameran "Gadis & Ular" yang sedang diadakan di Muzium Bandaraya Ipoh. Pameranni bermula 18 Okt - 7 November 2010. Saya dan family pergi hari Ahad(semalam). Punyala ramainye orang...nak jalan pun tersangkut2, dahlah muzium tu kecik jek. Anyway, oklah jugak...dan memang perempuan tu berani la compare dengan kita orang biasa ni yang semstinya takutkan ular kan lebih2 lagi ular tedung yang memang tak boleh dinafikan bisanya. Perempuan tu saya tengok rileks je meng"acah-acah" ular2 tu supaya aktif sikit. Mengerikan bila tengok ular2 tu mengembangkan kepalanya dan berdiri seolah-olah bersedia hendak mematuk. Ok, kat bawah ni kawan2 boleh lihat beberapa keping gambar saya ambik masa pameran tu.


Ni lah perempuan yang duduk dengan ular dalam bilik kaca tu.


Antara aksi2 yang ditunjukkan...





ok, sape2 yang rasa teruja nak pegi tengok, cepat2 lah ye..takut nanti melepas pulak.

Sunday, October 24, 2010

Puding cocktail







Semalam, tiba-tiba tekak ni teringin nak makan puding...so, decided nak buat puding cocktail. Lagipun bahan2 nye semua dah ada kat rumah. Memang senang je buatnya dan husband kata sedap...yang lain2 dah masuk dalam peti sejuk. petang ni balik dari kerja boleh makan lagi dan pasti lebih sedap bila sejuk2 kan...oklah kat bawah ni saya share resepi ye.

Puding cocktail

Bahan2:

1. agar-agar 1 kampit
2. 1 tin fruit cocktail
3. 1 tin susu cair
4. sedikit gula (ikut manis yang disukai)

cara-cara buat:

1. masak agar-agar dengan air dan gula sampai larut. Air tu lebih kurang 1/2 periuk yang sederhana besar.
2. asingkan buah2an dari sirapnya.
3. bila agar2 dah menggelegak, masukkan susu cair dan sirap cocktail.
4. biarkan campuran masak seketika, kemudian masukkan buah2an campur. biarkan seketika (jangan lama sangat ye, nanti buah lembek).
5. bila dah masak, tutup api dan ceduk puding ke dalam bekas yang disukai dan sejukkan sebelum dimakan ye...

ok, itu saja. senangkan...