E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Sunday, December 13, 2009

Kek perkahwinan tiga tingkat dan cupcakes untuk sepupu



Ini adalah cupcakes yang saya buat bersama-sama kek tiga tingkat.



adik sepupu saya kahwin 13.12.2009 yang baru lepas. so saya buatkan kek kahwin tiga tingkat. Lapisan pertama dan ketiga -butter cake. Lapisan kedua-chocolate moist cake disalut dengan choc ganache dan fondant. Berat sangat kek ni. On the way ke rumah pengantin saya berdoa banyak-banyak semoga selamat sampai dan kek tak rosak. Alhamdulillah...semuanya ok.


yang ni pulak saya buatkan kek chocolate moist untuk anak yang mintak saya buatkan satu untuknya. comot sikit, tak pe lah kan, untuk makan sendiri2.

Sunday, November 29, 2009

Barang2 hantaran untuk bakal adik ipar



Inilah bakal adik ipar saya. Yang akan menambahkan lagi bilangan wanita-wanita yang berada di dalam keluarga kami. Pasti meriahkan...dan sudah pastinya kami tak sabar nak tunggu....yea!!! baby baru dalam keluarga kami...
dah lama abah tak ada cucu baru. Cucu yang ada seramai 3 orang tu dah pun semakin membesar bagai johan. Yang paling bongsu tu pun dah 9 tahun, dan tahun depan akan berusia 10 tahun (anak saya lah tu).




yang ni pulak adik lelaki saya. Hasil perbincangan dua belah pihak hari tu telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 11, 12 dan 13 June, 2009. Cepat betul masa berlalu. Adik2 pula kini akan menamatkan zaman bujang mereka. Melihat awan di luar...kelihatannya masih sama seperti dulu tetapi apabila merenung ke dalam diri sendiri dan menghitung hari2 yang telah berlalu...sudah banyak rupanya tahun berlalu.




Ini pula adalah sireh junjung yang digubah oleh saya...ok tak.




Bakul ni pun saya yang gubah. Bukan nak promote pulak, tapi rasanya masuk bakul angkat sendiri...saya sukee...agak2, ada tak yang berani nak menjadi pelanggan saya untuk menggubah hantaran kawin atau bertunang? Hmm...saya rasa boleh cuba ni. So...boleh call2 saya key.



Kek pertunangan untuk adik lelaki





Dah lama betul kan saya menyepi dari meng-update blog ni. Oklah, kali ni saya paparkan gambar kek yang saya buat untuk hari pertunangan adik lelaki saya pada 28.11.2009 (raya haji-2) baru-baru ini. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang proses nak siapkan kek ni. Lain yang dirancang, lain pulak yang jadi. Actually, saya bercadang nak buat kek bersalut icing fondant. Dah terbayang2 dalam kepala design yang nak dibuat, tapi...tup2 fondant tak jadi. Resepi baru yang saya gatal2 nak cuba menyebabkan 3 kilo gula icing terbuang begitu saja. Menyesal tak sudah sebab asyik sangat nak ikut resepi baru sedangkan yang selalu saya ikut tu dah ok sangat2. Last2....terpaksa guna option ke-2. Nasib baik gula icing banyak lagi, creamwell pun ada. So...apa lagi, dalam kepenatan, saya pun bancuh icing pulak. Dan...inilah hasilnya. Kek yang bertemakan biru torquoise (betul ke ejaannya...tak sure lah) sempena tema semua barang hantaran. Next posting saya akan tempekkan gambar2 hantaran yang lain ya.

Thursday, August 20, 2009

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN

Assalamualaikum...kepada semua pembaca yang singgah di blog ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita sama-sama diberi kekuatan oleh ALLAH (s.w.t) untuk berpuasa dan beramal dengan lebih baik pada tahun ini.

Wednesday, August 5, 2009

RESEPI

Kat ruangan ni saya kongsikan resepi-resepi yang saya ada untuk dikongsi bersama. Ada resepi yang saya ambil dari blog dan web site yang saya layari. so kalau ada tuanpunya resepi terbaca, harap tak marah ye. Sama-sama kita berkongsi ilmu.


BROWNIES
A/
150gm unsalted/salted butter
220gm cooking chocolate

B/Gaul
260gm brown sugar (tak nak manis boleh kurang pada 240g)
2 telur besar
100g fresh milk
1tsp esen vanilla

C/Ayak
220gm tepung gandum
50gm serbuk cocoa
1 tsp baking powder
1/2tsp baking soda
150gm walnut/pecan/almond/macadamia (optional)

Cara
1. Ayak C. Jika bubuh kacang, gaul dalam tepung yg dah diayak. Masukkan dalam mangkuk.
2. Potong kecik2 A-butter dan chocolate, double boil atau cairkan dalam microwave.
3. Bahan B gaul dalam mangkuk sampai bercampur/combined (jangan pukul kuat, sekadar bercampur sahaja).
4. Bila A cair, tutup api dan tepikan dalam 2 minit. Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati.
5. Tuang campuran B dan C ke dalam A tadi. Gaul guna hand whisk sampai bercampur (jangan terlebih gaul).
6. Tuang dalam bekas yang dilapik, jika mahu brownies tebal guna 9x9, brownies nipis 10x10.
7. Bakar 170C selama 55minit-1jam5minit untuk 9" dan 45-55minit utk 10". Kalau atas keras tapi dalam belum masak tutup dgn foil.
8. Atas boleh dia tuang chocolate ganache apabila brownies sejuk dan deco ikut suka.

Nota: masa bakar bergantung juga pada oven masing2, mungkin lebih pendek/lebih lama.
Selain tray square boleh juga guna tray rectangle.



KEK COKLAT LEMBAP

Bahan-bahan
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:

150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara memasak

1. Griskan loyang bulat yang bergaris pusat 9 inci dengan butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.

2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yang diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati

5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam.
6. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
7. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.

8. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing-masing. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

9. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek ke atas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Monday, August 3, 2009

MY FATHER'S B'DAY CAKES

As promised, I attach here the cakes I made for my father's b'day



Kek - Chocolate moist, disalut dengan chocolate ganache. dekor - fondant







Kek yang penuh bunga-bunga ni, tak expect pun nak buat. Tapi disebabkan bancuhan kek banyak yang lebih, so saya bake another kek, salut dengan choc ganache, then hiaskan dengan bunga2 fondant yang memang dah siap dibuat. Look nice what...

Wednesday, July 29, 2009

sekadar bersembang

Memang agak lama tak update entry. Sibuk....yup. Agak sibuk juga. Dengan kerja-kerja di ofis dan rumah. Rasanya macam tak cukup 24 jam dalam sehari. Tapi apa nak buat...life goes on.

Actually saya nak cerita tentang dekorasi kek yang sedang saya buat dalam ninggu ni. Dah dua tiga hari tido lewat sebab asyik menggentel bunga dari fondant untuk dihias atas kek yang akan saya buat untuk harijadi abah pada 2 ogos ni. First time nak buat kek guna fondant sepenuhnya. Dulu guna kek dummy jek. kali ni nak buat kek betul2. Cadang2nya nak buat choc moist kek, salut dgn choc frosting and then lastly salut dengan fondant.

Pening jugak memikirkan apakah dekor yang paling sesuai untuk dibuat di atas kek...dan selalunya hiasan untuk kek harijadi ni akan mencerminkan personaliti orang yang diraikan kan. Kalau wanita, rasanya senang sikit sebab kita boleh guna dekor bunga2an sebab wanita dan bunga mmg tak boleh dipisahkan.

So....fikir punya fikir....ada idea yang melintas di fikiran. Untuk abah tersayang yang peribadinya simple, tapi penuh dengan perasaan kasih dan sayang kepada keluarga...I present to you sincerely from my heart....... (gambar kek akan diletakkan minggu depan ya, after 2nd August).

But deep in my heart, I wish my late mother is here too...to celebrate together with us, to see the joyness and the success we have now....because what we are now is what she has done and sacrifice with her soul and love for all of us....Al-Fatihah to arwah mak..Rohayah binti Abdul Hamid.

Sunday, July 26, 2009

Bunga orkid

I know....maybe you think this new entry is out of topic but if we think again, actually it is related. See...kebanyakan dekor yang dibuat atas kek adalah berhiasakan bunga2an, like roses, orkid, daun2....so, kalau nak dapat idea untuk menghias kek atau bila nak buat bunga2 hiasan untuk kek, bunga2 asal inilah yang jadi sumber rujukan yang terbaik kan. Semua apa yang kita hasilkan, ukirkan, lakarkan semuanya datang dari sumber alam semulajadi ciptaan ALLAH yang berada di sekeliling kita. Yeah...ALLAh is the GREAT. Tak ada sesiapapun yang mampu menandingiNYA.












Practice and practice

Memang betul, untuk berjaya di dalam satu-satu perkara yang baru kita ceburi, apa yang penting adalah practice, practice and practice. So, itu yang sempat saya lakukan pada minggu lepas. Buat bunga rose...sesuatu yang sudah lama saya cuba tapi masih tak mahu jadi. Tapi setelah masuk ke blog Kak Jun dari sayasukacupcakes, dan mengambil resepi buttercream icing yang kak jun bagi,alhamdullillah...pada pendapat saya yang amatur ini, inilah hasil terbaik saya.







Ini adalah alat-alat yang saya gunakan untuk buat bunga ros.



Sunday, July 19, 2009

BLUEBERRY CHEESE TART

First time I taste the blueberry cheesetart. Not bad....great taste and my husband likes it.


BROWNIES



MORECAKES

Before.....



After.....





The boy...with the name on the cake