E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Thursday, February 11, 2010

Bergedil Ayam

Malam tadi macam teringin sangat nak makan begedil. Almaklumlah, kalau nak beli kat kedai bukannya murah dalam RM1.00 satu. Kalau nak beli banyak2, tumpor kata orang Perak. So...decided nak buat sendiri. Senang je sebenarnya nak buat begedil ni yang penting ada bahan2 yang diperlukan dicampur dengan sedikit daya usaha dan sikap rajin. Fuhh..ada ke resepi cam ni.

Saya teringat masa belajar dulu. Masa kat KL saya duduk dengan seorang akak ni yang memang buat kuih muih untuk jual kat kantin. So..ada la sedikit sebanyak resepi yang saya belajar. Salah satu adalah bergedil. Tapi resepi yang saya buat tadi saya ikut satu resepi kat internet. Sebenarnya tak banyak yang berubah cuma cara nak lembutkan kentang tu je. Masa kat KL dulu, akak tu rebus kentang tu tapi kali ni saya guna cara goreng kentang sampai empuk.

Kat bawah ni ada gambar begedil yang saya masak tu.


Gambar sebelum masak-dah siap bulat2


Selepas masak.

Bahan-bahan yang saya guna: (tak ada sukatan ye. Ikut suka masing2. Nak buat banyak, guna kentang banyak2).

1.Ubi kentang
2.Daun bawang -dipotong2 halus.
3.Bawang goreng
4.Garam (ikut rasa lidah masing2)
5.Sos tiram (agak2 je sukatannya)
6.Ayam atau daging (ikut selera masing-masing. Tapi bahan2 ni kena rebus dulu dan potong atau racik halus2)

Cara:

1.Ubi kentang dibuang kulit dan dipotong-potong. Jangan kecik sangat. Sedang2 saje. Janganla pulak punyalah malas, hangpa campak seketul-seketul terus kentang tu. Nanti lambat pulak lembut.
2.Lepas kentang dah cukup masak, angkat dan toskan.
3.Bahan-bahan lain tu disatukan dalam bekas.
4.Masukkan ubi kentang ke dalam bahan2 lain dan lenyek2kan sampai semua bahan2 tu sebati dengan kentang.
5. Lepas tu masukkan garam dan sos tiram. Gaul sebati lagi.
6. Dah sebatai, bulat2kan ikut saiz yang disukai kemudian leper2 kan sikit.
7. Dah habis semua buat bulat2, masa nak goreng salutkan dulu adunan tadi dengan telur. Lepas dah salut dengan telur, bolehlah goreng dengan minyak masak sampailah masak...
8. Lepas tu...apa lagi, bolehlah makan.

Testimoni: memang sedap sungguh bergedil ni. Kalau buat sendiri memang puas sebab:
a. Dapat makan banyak dengan kos yang rendah
b. Sedap sbb dari air tangan sendiri
c.Ayam atau daging banyak sampai terasa2 kat lidah. Kalau beli rasa kentang jek.


Pendapat saya, resepi begedil guna cara ubi kentang yang digoreng lebih senang sebab masa nak bulat2 kan ubi kentang tu lebih mudah. Mungkin sebab dia lebih kering (tak banyak air) dan minyak2 yang diserap tu menganjalkan sikit ubi tu. Tak payah bubuh tepung lagi. Kalau ubi kentang tu direbus, dia lembik sikit, so kena bubuh tepung. So..selamat mencuba!!!!

1 comment:

nadzirahikraam said...

arr...sdapnya....suka sngat3 dgn begedil...xsabar nk try buat!!...buat sniri ley mkn bnyak2...hhohoo...